Showing posts with label Umrah Jordan-Syria. Show all posts
Showing posts with label Umrah Jordan-Syria. Show all posts

Saturday, May 2, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 6

Selepas melakukan tawaf wida', kami bertolak ke Jeddah untuk menaiki pesawat Royal Jordan sekali lagi ke Jordan. Perjalanan yang suatu masa dahulu mengambil masa sebulan lamanya bersama kafilah unta, kini dengan teknologi yang semakin maju hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja menaiki kapalterbang.
Perjalanan ziarah kami belum berakhir lagi. Kami melawat ke Petra yang merupakan salah satu keajaiban dunia. Di sini merupakan bekas tapak kaum Aad dan Tsamud (kaum Nabi Saleh a.s.) yang pakar dalam seni bina dan ukiran batu bukit pada zaman itu hingga dapat membina rumah di dalam bukit. Sebelum sampai ke situ juga kami melalui kawasan 12 mata air nabi Musa a.s dan di atas sebuah bukit kami dapat melihat kawasan bertanda hijau yang merupakan Makam Nabi Harun a.s.
Perjalanan ke Petra tempat di mana Indiana Jones melakukan penggambaran mengambil masa 1 jam untuk tiba ke situ dengan berjalan kaki melalui kawasan berbatu-batu di kawasan berlembah yang sungguh unik warna dan teksturnya. Kami ingatkan kami akan berjalan dalam keadaan panas, rupanya perjalanan ke Petra sangat nyaman kerana ia menuruni lembah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam pergi dan balik. Perjalanan juga boleh diteruskan apabila tiba di Petra selama 1 jam lagi di mana lebih banyak ukiran batu boleh ditemui. Namun, kami memilih untuk berhenti di Petra sahaja. Ramai Mat Saleh yang datang melawat ketika itu. Harga tiket untuk masuk juga mahal malah kami juga boleh memilih untuk menunggang kuda atau keldai atau menaiki kereta kuda pergi dan balik. Namun harganya tersangatlah mahal. Harga untuk menaiki kereta kuda ialah USD20! Menunggang kuda USD 10-15 dan yang paling murah menunggang keldai USD 5 He..He..He..!
Tapi tak sampai hati aku tengokkan si keldai walaupun murah. Mahu patah agaknya tengkok si keldai tersebut ..
Berhenti makan di sebuah Restoran sebelum ke Petra

Perjalanan bermula, kereta kuda kelihatan sedang menunggu passenger

Keunikan rupa bentuk batu dalam perjalanan (kelihatan seperti seekor gajah)

Group photo dipertengahan perjalanan

Perjalanan semakin hampir ke destinasi

Dah tiba ke tempat yang merupakan 1 of the 7 wonders of the world 'PETRA'

Selepas melawat ke Petra kami berehat sebentar di Hotel Airport, mandi dan menukar baju sebelum menaiki Royal Jordan ke Bangkok. Dari Bangkok kami ke Malaysia menaiki pesawat Thai Airways.
Berakhirlah perjalanan Umrah-Ziarah kami yang sungguh bermakna ke Bumi Anbia'. Jika direzekikan oleh Allah SWT lagi aku ingin mengikuti Ziarah ke Istanbul, Cairo dan lain-lain lagi. Membaca buku "Perjalanan Ibnu Batuta" lebih merangsang rasa hati untuk berjalan ke bumi-bumi anbiya' tersebut.

Antara yang aku ingat tentang kisah yang diceritakan oleh Ibnu Batuta di dalam bukunya ialah Terusan Siti Zubaidah yang di biayai pembinaannya oleh isteri seorang pembesar bernama Siti Zubaidah dan mewakafkan terusan tersebut untuk membekalkan air kepada jemaah Haji yang menunaikan haji. Ustaz Daud menunjukkan terusan tersebut kepada kami di Madinah dalam perjalanan ke Medan Magnet tapi tak sempat untuk aku mengambil gambar kerana bas sedang berjalan. Rupa terusan tersebut seperti Tembok Besar Cina tapi dalam saiz yang lebih kecil. Ia sudah tidak digunakan lagi namun betapa besarnya pahala seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah itu yang telah menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT. Walaupun beliau telah tiada terusan itu masih digunakan lagi hinggalah sistem membekalkan air kepada jemaah Haji diadakan..

Monday, April 27, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 5

Kami tiba di Mekah pada waktu petang. Setelah berehat sebentar kami dengan diketuai oleh Ustaz Daud terus ke Masjidiharam untuk tawaf, saie serta bertahalul bagi menyelesaikan umrah..Alhamdulillah selesai umrah sunat kami.


Di hadapan Masjidilharam

Di Mekah kami tinggal selama 8 hari dan sempat membuat beberapa Umrah dengan bermiqatkan Tana'im dan Hudaibiyah. Sempatlah aku menunaikan umrah buat arwah tok, chak dan mummy yang uzur. Mekah ketika itu sedang dalam proses meruntuhkan hotel2 lama bagi tujuan membesarkan Masjidil Haram, tempat saie juga akan ditambah menjadi 5 tingkat. Keadaan sangat berdebu. Hotel yang kami tinggal semasa menunaikan haji 4 tahun yang lalu di kawasan Masjid Kucing juga telah diruntuhkan, begitu juga Pasar Zink (Pasar Zink adalah tempat melontar a.k.a shopping yang sgt famous bg jemaah haji coz ala-ala Petaling Street boleh bargain).

Sekarang kami ditempatkan di kawasan yang lain iaitu di belakang Hotel Hilton di kawasan Bani Syubaikah. Setiap hari kami akan melalui Ben Laden Supermarket untuk ke Masjidilharam. Disebabkan cuaca panas tidak seperti ketika kami datang 4 tahun yang lalu iaitu pada bulan Jan-Feb yang merupakan musim sejuk ia menjadi tempat persinggahan kami selain utk dapat kesejukan air-cond dapat juga menjamu mata (window shopping) sambil minum jus mangga yang sangat enak.

Selain solat 5 waktu berjemaah di Masjidilharam serta menunaikan umrah2 sunat, kami sempat melawat ke Ladang Unta dan minum susu unta dalam perjalanan ke Hudaibiyah, melawat masjid Hudaibiyah(tempat perjanjian Hudaibiyah termeteri), Museum of Two Holy Mosque, Gua Thur, Gua Hira' (hubby saja yang berpeluang panjat sebab aku pregnant.. Hu.. Hu..), Jabal Rahmah, Mina, Mudzhalifah serta tempat Jamrah (ketika itu dalam proses renovasi menjadi 3 tingkat jadi kami cuma melihat dari atas bas sahaja).

Dahulu selepas melawat Museum of 2 Holy Mosque kami berpeluang melawat kilang membuat kain kiswah (kelambu Ka'abah) tapi kali ini jemaah tak berpeluang ke situ. Alhamdulillah dulu dah dapat pergi. Kain Kiswah ditukar setiap tahun ketika semua jemaah haji berada di Padang Arafah untuk berwukuf kerana hanya pada ketika itu sahaja boleh dikatakan Ka'abah agak lengang sedikit. Hanya tinggal Masyarakat Arab sekitar atau mereka yang berada di Mekah dan tidak menunaikan Haji sahaja di Masjidilharam.


Museum of Two Holy Mosque


Gambar telaga zam-zam dalam Muzeum (sekarang semuanya telah ditutup). Tahun 2004 dulu pun dah takde.


Minum susu unta (5 Riyal sebotol) di ladang unta



Tapak Masjid lama Hudaibiyah

Di Mekah dan Madinah aku tinggal sebilik dengan Makcik Arbi, Makcik Azizah dan Wan. Seronok mengenali Makcik Arbi yang walaupun berpangkat datin tapi sangat peramah begitu juga Makcik Azizah. Ada satu ketika kami sama2 berjalan menyelusuri persekitaran Masjidilharam bersama Ustaz Daud yang asyik bercerita dan menunjukkan bekas tapak rumah di mana Rasulullah SAW dilahirkan (sekarang menjadi perpustakaan), tapak rumah Saidina Ali dan Fatimah r.a, Masjid Jin dll. Sayang sekali aku lupa membawa kamera sob..sob.. Makcik Arbi membawa kami ke kedai menjual jubah sahabatnya di sana yang bernama 'Ahmad Albab'. Aku ingatkan makcik Arbi berseloroh tapi rupanya memang betul nama sahabat makcik Arbi yang dipanggilnya Mat itu 'Ahmad Albab' malah dia pandai berbahasa Malaysia. He..He..He...

Tidak ramai orang di Mekah ketika itu, aku berpeluang menunaikan tawaf sunat berkali2 dalam jarak yang begitu dekat dengan Kaa'bah. Aku juga berpeluang memasuki Hijir Ismail untuk solat sunat dan berdoa', cuma aku agak keberatan untuk berasak beratur untuk mencium Hajar Aswad memandangkan aku masih mengandung di Trimester pertama. Namun aku bersyukur kerana ketika musim haji dahulu aku langsung tak berpeluang untuk mendekati hijir apalagi untuk menyentuh Ka'bah. Masih lagi aku terbau haruman kain kiswah Ka'abah yang begitu harum.. Betapa aku rindu pada tanah Mekah dan Madinah..

Pada suatu hari, Makcik Arbi mengajak aku ke rumah bapa saudara Ustaz Daud yang mereka panggil Pak su yang berasal dari Kedah dan telah lebih 30 tahun bermastautin di Mekah bersama keluarganya untuk makan malam di situ. Gembira betul aku mendapat undangan istimewa makcik Arbi tersebut.





Hidangan nasi mandi istimewa di rumah Toksu. Makcik Arbi sedang meneliti hidangan

Anak2 dan cucu2 Paksu (Rasanya patut aku panggil Tok su kerana umur mereka sudah lebih 80 tahun) fasih berbahasa Arab. Begitu juga Toksu. Rupa mereka juga seiras orang2 Arab kerana telah lama berada di tanah Arab. 4 daripada 6 orang anak2 Tok su telah mendapat taraf kewarganeraan yang tetap. Sungguh bertuah mereka sentiasa dapat menunaikan Umrah dan Haji dan berada di bumi yang paling mulia dan dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Makanan dan buah-buahan yang mereka hidangkan sungguh enak sekali. Tak habis kami makan He3x.. Kami juga dihidangkan dengan teh pudina yang sungguh sedap sekali. Aku tidak akan lupakan sampai bila2 keramahan Toksu sekeluarga pada kami seolah-olah mereka adalah keluarga aku sendiri..

Ustaz Daud berpesan agar sentiasa berdoa' moga Allah SWT akan memurahkan rezeki dan menjemput kita untuk datang lagi berkali-kali ke Mekah dan Madinah..Terima kasih Ya Allah terutamanya kerana mempertemukan aku dengan ustaz Daud dan isteri yang banyak memberikan tunjuk-ajar dan nasihat . Moga aku dijemput lagi menjadi tetamu-Mu di masa akan datang. Hiba meninggalkan Tanah Mekah kerana tidak tahu bila agaknya aku bakal menjadi tetamu Allah lagi.

Friday, April 24, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 4


Restoran nasi Mandi Special

Tiba di Jeddah kami terus ke Madinah. Dalam perjalanan kami 'singgah sahur' (actually bukan bersahur tapi sbb makan pukul 3 pagi maka macam bersahurlah pulak He..He..) di sebuah Restoran. Sedap sungguh nasi Mandi di situ and special coz ada ikan goreng yang besar yang digoreng panas2... Aku rasa akulah yang paling byk sekali makan di kalangan jemaah perempuan.. Rugi.. Bila lagi nak dapat nasi Mandi He3x.. My baby Mawaddah dalam perut pun dpt makan sama.. Teringat my kids kat umah.. Insya-ALLAH kalau ada rezeki aku nak bawa semua anak2 aku nanti dtg Umrah.. Mungkin lepas angah tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran..

Bergambar di hadapan Masjid Nabi, Madinah



Pemandangan dari atas bas ketika bas yang hanya dalam keadaan free gear ditarik magnet hingga mencapai 90 Km/jam



Medan magnet yang hanya mempunyai pokok2 renek. Pada musim sejuk orang2 Arab akan berkhemah di sini bersama keluarga sebagai satu acara percutian



Masjid Quba' vs Masjid Qiblatain



Makam syuhada' termasuk Saidina Hamzah (bapa saudara Rasulullah SAW) yang gugur syahid dalam peperangan Uhud


Jabal Uhud dipenuhi gerai2 jualan bagi acara 'melontar' (membeli-belah) he3x.Pelbagai herba seperti habatussauda' dan akar Siti Fatimah ada dijual di sini

Kami tinggal 3 hari di Madinah. Selesai ziarah selamat datang ke Makam Nabi di samping solat berjemaah di Masjid Nabi kami mengadakan ziarah ke Kubur Baqi', Masjid Tujuh, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Bazar Kurma serta tempat yang baru ditemui 5 tahun yang lalu iaitu Medan Magnet.. Di Madinah kami ditempatkan di Hotel Al-Fairuz yang jaraknya hanya lebih kurang 30 m dari Masjid Nabi. Cuaca di Madinah ketika itu sangat panas orang juga ramai seperti musim Haji.


Pada hari terakhir di Madinah setelah melakukan ziarah wida' kepada Makam Rasulullah SAW kami bertolak ke Masjid Bir Ali untuk melakukan miqat bagi Umrah dan meneruskan perjalanan ke Mekah yang mengambil masa selama 8 jam menaiki bas. Dalam perjalanan persekitaran hanya dipenuhi bukit-bukau serta gurun. Sedikit sekali pokok2. Ini adalah kali ke-2 aku melalui kawasan ini (kali yang pertama pada tahun 2004 pada waktu malam). Kali ini perjalanan pada waktu siang. Setiap kali melalui kawasan ini aku sering bayangkan bagaimana agaknya keadaan Rasululullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq serta kaum muslimin yang lain melakukan hijrah ke Madinah hanya dengan menaiki unta dan berjalan kaki..



Thursday, April 23, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 3


Checkpoint Sempadan Syria-Jordan





17-July-08: Selepas sarapan kami bertolak ke Amman, Jordan. Dalam perjalanan Mr. Kamil sempat bercerita tentang sejarah Kota Damsyik, pada ketika berlakunya Peperangan Salib Damascus merupakan satu-satunya kubu di Syria. Di zaman pemerintahan Sultan Nuruddin Zirukilah berlakunya peristiwa cubaan mencuri jasad Rasululullah (SAW) di Madinah. Di mana Allah SWT mengilhamkan mimpi tentang niat jahat tersebut kepada sultan dan akhirnya penjahat tersebut berjaya ditangkap. Perjalanan sekali lagi mengambil masa selama 6 jam dan kami terpaksa melalui check point tempat pemeriksaan passport di Sempadan Syria-Jordan.

Aku jatuh cinta dengan bumi anbiya' Syria. Ketika bersiar-siar di bandar Damsyik aku berkesempatan untuk beramah-mesra dengan pelajar2 Malaysia yang belajar di sana. Sungguh bertuah mereka ini. Jika diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT aku ingin ke sini lagi kerana masih banyak tempat yang belum aku lawati. Antaranya:-
  • Makam para sahabat di Bab Saghir
  • Makam Habil (anak Nabi Adam) di sempadan Lubnan-Syria
  • Makam sahabat Abu Hurairah (r.a.) di bandar lama Damascus
  • Makam sahabat Khalid Al-Walid (r.a.) di Homs
  • Makam khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal sebagai pemimpin yang sangat tawadduk dan amanah di Ma'aratun Nu'man
  • Kincir air yang dibina ribuan tahun dahulu
  • Makam Nabi Zakaria di Bandar Halab
  • Makam Imam Nawawi (atau nama sebenarnya Abu Zakariya Yahya b. Sharaf, wafat pada tahun 631H) dan makam Nabi Ayyub (a.s) di Nawa.
Tiba di Jordan kami terus ke Laut Mati dan makan tengahari di sebuah Restoran yang terletak di sebelah Laut Mati tersebut. Ia terletak 9 metre di bawah paras air laut. Laut Mati dikaitkan dengan kisah kaum Nabi Allah Luth (a.s). Tahap kemasinan air ini adalah 32%, tersangat masin hingga garam berbentuk hablur dan batu boleh dilihat ditepian tasik.






Laut Mati


Ia juga dikenali sebagai "Nabi Allah Luth Lake". Ia adalah bekas tapak kaum Nabi Allah Luth yang telah diazab oleh Allah (SWT) sehinggakan tiada suatu makhluk Allah pun dapat hidup didalamnya hingga ke hari ini. Ia juga dikenali sebagai Laut Mati kerana tasik ini mengumpul air dari sungai-sungai di Jordan tapi tak memberikan sebarang hasil. Lebar tasik ini adalah 7 metre ke arah sempadan Jerusalem.

Selain Nabi Allah Luth (a.s.), nabi-nabi lain yang pernah berada di Jordan adalah Nabi Musa (a.s.), Nabi Harun (a.s), Nabi Isa (a.s.), Nabi Yahya (a.s.), Nabi Syuib (a.s.), Nabi Ilyas (a.s.), Nabi Ilyasa' (a.s.), Nabi Khidir (a.s.) dan Nabi Yusya' (a.s.).

Bersama wanita Palestine di hadapan Masjid Al-Kahfi



Tinggalan dalam Gua Kahfi





Masjid yang dibina di kawasan Gua Al-Kahfi



Gua Al-Kahfi



Kubur Al-Kahfi



Tulang-tulang Al-Kahfi


Suhu air Laut Mati ketika kami berada di situ adalah antara 38 - 40C. Sememangnya sangat panas kerana bulan Jun - Ogos merupakan musim panas manakala bulan Disember - Febuari merupakan musim salji bagi Syria, Jordan dan negara-negara Arab sekitarnya. Kami sepatutnya melawat Makam Nabi Allah Syuaib (a.s.) namun disebabkan kesuntukan masa kami hanya melawat Gua Kahfi dan kemudiannya ke airport untuk menaiki pesawat Royal Jordan ke Jeddah. Kisah Al-Kahfi belaku 2 abad yang lalu (pada zaman Roman). Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui jumlah sebenar mereka samada 5 atau 6 atau 8 termasuk seekor anjing. Mereka dipercayai tertidur selama 309 tahun (wallahu'alam). Namun, kesan2 tulang Al-Kahfi serta gua tempat mereka ditemui menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT memelihara tapak tersebut yang mana kisahnya kita boleh temui dan baca di dalam Al-Quran (Surah Al-Kahfi) hingga ke hari ini....

Thursday, April 16, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt2

Lagi di sekitar Bosra.


Rumah peninggalan kaum Nabatean (keturunan daripada kaum Nabi Ibrahim) vs Kota Bosra
Dalam masjid Al-Umari bersama kanak2 Syria yang sedang belajar Al-Quran

Pada tahun 636H tentera Islam menakluk kota Damsyik dan membina Masjid Al-Umari (sempena nama Khalifah Umar Al-Khattab). Al-Quran pertama yang asli disimpan di sini. Replika Al-Quran tersebut ada di "Museum of Two Holy Mosque" di Mekah.


cara batu-batu disusun tanpa menggunakan sebarang simen tapi masih utuh hingga ke hari ini.



Bergambar di bawah pohon anggur dalam Kota Bosra vs hasil tenunan tangan masyarakat di sini

Aku berpeluang mengimbas kembali kisah sejarah kegemilangan Islam selepas kewafatan Rasulullah (SAW) iaitu teraju pemerintahan diserahkan kepada para sahabat (Sistem Khulafah) dan kemudiannya berubah kepada sistem Keturunan (Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Fatimah). Bani Umayyah berpusat di Syria kerana itu kesan-kesannya byk di sini (Umayyad Mosque - yang akan kami lawat keesokan harinya). Selepas Bani Umayyah, pemerintahan Islam diterajui oleh Bani Abbasiyyah pula berpusat di Baghdad, Iraq. Kemudiannya Bani Fatimah, hanya selepas 150 pemerintahan Bani Fatimah wujud pemerintahan2 lain.

16-Julai-08: Kami melawat Masjid Mehiedin Ibni Rabah (dibina pada tahun 1518) dan kemudian melawat makam Saidatina Ruqayyah (cicit Rasulullah(SAW) - Anak Saidina Husin) berdekatan Masjid Umayyad. Kami kemudiannya masuk ke dalam masjid Umayyad, di dalamnya terdapat Makam Nabi Yahya, bekas tempat letak kepala Saidina Husin selepas dibunuh di Karbala sebelum dimakamkan (badannya dimakamkan di Kaherah, Mesir manakala kepalanya tidak diketahui dimana ia disemadikan), mimbar 4 mazhab dan Menara Isa (tempat yang dipercayai Nabi Isa akan turun di akhir zaman nanti). Masjid Umayyad dibina oleh Khalifah Khalid Al-Walid pada tahun 705M dan masih mengekalkan ciri-ciri masjid pada zaman kegemilangan Islam dahulu.

Dalam perjalanan ke masjid Umayyad kami melalui tugu Salahuddin Al-Ayubi. Aku kurang pasti bagaimana kisah kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi namun Mr. Kamil (pemandu pelancong) menceritakan bahawa Salahuddin Al-Ayubi yang dilahirkan di Iraq dan berbangsa Kurdish meninggal pada tahun 1193.

Ummayad Mosque vs pintu masuk masjid


Makam Saidatina Ruqqayah vs Makam Nabi Yahya


Menara Nabi Isa vs Tempat letak kepala Saidina Husin(masyad Husin)




Tugu Salahuddin Al-Ayubi vs Bekas kota kerajaan Umayyah

Kemudian tibalah ke acara yg ditunggu2 iaitu shopping ataupun "melontar" (bak kata Ustaz Daud). Kami bershopping di Bazaar Al-Hamidiah. Pelbagai benda ada di sini dan kami berpeluang merasa keenakan ais krim beserta kacang pistachio yang dihasilkan di tempat yang sama.. Sayangnya tak ada gambar yg sempat aku rakamkan. Mungkin kerana terpukau dengan keunikan bazaar Al-Hamidiah 





Setelah penat melontar, kami menjamu selera di sebuah restoran. Makanan di Syria sungguh enak.. Yum Yum Yum...

Besok kami akan meninggalkan Kota Damsyik. Terasa bagaikan mimpi berada di bumi anbiya' Syria yang bersempadan dengan negara Iraq, Israel, Jordan, Lubnan dan Turki. Antara tempat-tempat yang tidak kami lawati di Syria adalah Makam Habil (anak Nabi Adam) dan Makam Nabi Ayub (di Nawar).
Matawang Syria sgt rendah, lebih kurang macam indonesia berbanding Jordan yang lebih mahal dari USD.


Pemandangan Kota Damsyik dari atas bukit


Pada petangnya, Mr. Kamil membawa kami melawat ke Gunung Qasiyun, dari atas gunung tersebut pemandangan bandar Damsyik sangat indah. Kami juga boleh melihat sempadan negara Palestine. Sepanjang perjalanan mendaki gunung tersebut menaiki bas persekitaran dijaga rapi oleh pihak tentera Syria kerana ia merupakan sempadan dengan negara lain.


Tuesday, April 14, 2009

Umrah Jordan-Syria July 2008 Pt 1



Perjalanan dari Amman, Jordan ke Damsyik, Syria(menaiki bas)


Suddenly masa nak inject Meningitis vaccine I just teringat yang I haven't got my period yet. Alhamdulillah masa check it was positive. So Mawaddah also travelled with us although masa tu she was only a fetus.

Saya sendiri kurang pasti bagaimana saya boleh mengandung secara tiba2...

14 July 2008 - aku dan hubby mengikuti rombongan umrah dan ziarah Jordan-Syria (16 hari) oleh ANDALUSIA TRAVEL diketuai oleh Ustaz Daud Che' Ngah. Seramai 34 orang mengikuti rombongan ini termasuklah isteri Ustaz Daud (Makcik Arbi) serta adik isteri Ustaz Daud (Makcik Azizah). Kami bertolak ke Bangkok untuk transit sebelum berlepas ke Amman, Jordan menaiki Royal Jordan.


Pemandangan Kota Bosra


Gereja Pendita Bukhira (tempat Rasulullah bertemu Pendita Bukhira)


15 July 2008 - Tiba di Amman dan kami terus ke kota Damascus (Damsyik), Syria untuk ke Bosra (pernah berada dibawah kekuasaan Roman). Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam lamanya. Bosra adalah tempat di mana Rasulullah (SAW) pada umur 12 tahun mengikuti bapa saudara Baginda (Abu Talib) berniaga. Dalam perjalanan mereka singgah dibawah sebuah pokok dan bertemu paderi Bukhira. Paderi Bukhira yang mengenali tanda2 kerasulan Nabi menasihatkan Abu Talib supaya membawa Rasulullah pulang ke Mekah kerana bimbang orang2 Yahudi membunuh Baginda. Pada zaman Rasulullah satu2 kafilah terdiri daripada lebih 43 ekor unta sebagai kenderaan dan terpaksa berjalan kaki dari Mekah selama hampir sebulan.

Bekas tapak kolam (Gambar dalam poskad menunjukkan keadaan kolam ketika kolam masih digunakan)

Di luar kawasan kota Bosra kami melalui sebuah kolam buatan Zaman Uthmaniyah tempat di mana jemaah haji berhenti untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman dan mengambil wudu' dalam perjalanan ke Mekah (ambil masa hampir sebulan perjalanan untuk ke Mekah remember!!), hari ini dalam kemudahan yang Allah SWT berikan pada kita masih ramai yang alpa dan menunggu hingga ke saat-saat hampir expired baru mahu menunaikan Haji atau Umrah...