Saturday, March 10, 2012

Jus Penyembuh Pelbagai Penyakit

Terharu dengar cerita dari seorang ibu di Bintulu, Sarawak, yang sangat sayang kan anaknya.... Anaknya mengalami darah tinggi yang teramat tinggi sehingga strock dan coma... Cuba mendapat rawatan di Kch, tetapi tidak berhasil dan terpaksa di bedah di kepala untuk mengeluarkan darah yang beku akibat saluran darah otaknya yang pecah akibat tekanan darah tinggi yang terlampau. Usia baru awal 30an, berpendidikan  tinggi tetapi sudah menderita akibat sakit..

Diterbangkan ke KL, mencuba untuk dibedah - 50-50 kata doktor... Keluarganya bingung, berhabis duit. Dengan kuasa Tuhan, sementara menjaga anaknya yang telah dibedah, ibunya terjumpa sehelai brochure di dalam surat khabar. Berkenaan sejenis minuman buah-buahan.
Tanpa berfikir panjang, demi sayang terhadap anaknya, si ibu menelefon penama di dalam brochure dan terus membeli... Diberikan kepada si anak yang sgt lemah, disuapkan ke mulut yang entah dapat menerima atau tidak, dengan harapan yang menggunung agar anaknya sembuh. Setelah bebarapa hari disuapkan dengan jus tersebut, anak nya mulai menunjukkan reaksi yang baik. Dari keadaan coma, anaknya sudah menunjukkan kesan positif. Betapa gembiranya si ibu, diteruskan memberi jus tersebut..

Dengan ajaibnya, si anak yang tidak sedar apa-apa 4 bulan yang lepas kini telah boleh memandu kereta... dan yang AJAIB nya, ketika diperiksa oleh Specialist, disahkan, badannya pulih sepenuhnya seolah-olah tidak pernah berpenyakit.
Kini, kerana rasa kesyukuran yang teramat sangat, si ibu mula berjalan ke seluruh sarawak, berkongsi dengan kenalan2 yang sakit, jantung, kanser, darah tinggi, gaut dan pelbagai penyakit lain berkenaan khasiat jus tersebut. Yang paling mengharukan, ketika bertemu dengan ramai golongan yang tidak mampu, Si Ibu sanggup memberikan secara percuma jus tersebut.... "Yang penting, kawan-kawan sihat, kalau dia orang mampu, boleh bayar, tapi kalau tidak mampu, nanti Tuhan yang bayar..." katanya dengan senyum.... TAHNIAH PN PAYA!!!....

 I wish I know about this earlier, so that I can give to my mother… May her soul rest in peace!!!
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Tiada lagi Darah Tinggi, Darah Rendah, Kanser (Cancer), Kencing Manis, Leukimia, Gout, Tumor, masalah Jantung... etc...

Sunday, February 26, 2012

Labuan oh Labuan

Yuhuuu...

Hari ini betul-betul meletihkan... Dari pagi berjalan, kemudian balik rumah dalam jam 5.30pm... Sengaja buang gian, habis satu Labuan di jelajahi... Dan yang paling menarik, ini masuk tahun ke-2 aku di Labuan dan dengan bangga nya aku mengumumkan ini kali kedua aku ke Muzium Marin Labuan dan kali pertama menjejak kaki ke Taman Burung Labuan... Terus terang... azam ini telah di"set"kan dari mula-mula bekerja di Labuan, December 2010, tetapi hanya kesampaian pada penghujung Februari 2012....  Tak ada banyak nak di tulis... letih...nak tido... bye...







Sunday, January 8, 2012

Semangat Baharu di Hari Baharu

Bangun awal pagi ini.... Jam 6.00am mata dah terbeliak.... terbuka besar2... Bangun pagi.... ok 6.30am keluar rumah, pergi Church.... (jahat-jahat juga, Tuhan jangan lupa)

After Church, kemudian bersarapan dengan kawan (junior sewaktu di UiTM dahulu) dengan isterinya... Dia orang inilah keluarga aku di Labuan. Asal dari Sarawak.

Selepas sarapan dan berborak, masa untuk balik.... Ingatkan hendak sambung tidur balik. "Tak jadi la, lebih baik aku sambung projek aku yang sudah berbulan-bulan terbengkalai."... Tulis Novel...
"Wah... berbakat ke?"
"Hello, kita pernah menang hadiah saguhati Pertandingan Menulis Cerpen Peringkat Kebangsaan, ok... Pertandingan Formula Malaysia... kau ada?"

Hendak tahu apa ceritanya....
Berkenaan kehidupan seorang wanita biasa yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia masakan. Bukan terpengaruh dengan Rancangan Master Chef Musim Pertama, tetapi ini adalah projek yang ingin aku tulis sejak bulan September tahun lepas.... tetapi terbengkalai...

Memandangkan malam ini merupakan pertandingan akhir Master Chef Musim Pertama, adalah semangat sikit untuk menyambung projek penulisan itu...

Oh ya... berbalik kepada cerita novel.... genre nya.... hmmm.... kehidupan vs masakan. Ingin membuat kelainan sikit dalam novel ini yang mana akan menggabungkan kisah kehidupan masyarakat / individu dengan minat - Memasak. Cerita ini berdasarkan pengalaman seorang sahabat penulis yang mana bekerjaya tetapi mempunyai minat yang sangat mendalam dalam dunia masakan. Maksudnya, akan terdapat juga pelbagai jenis resipi yang akan dimuatkan didalam novell ini... kebanyakkannya resipi masakan yang selalu kita dengar tetapi diubah mengikut kreativiti. Selain itu juga dimuatkan resipi ciptaannya sendiri, yang sangat mudah diikuti dan dicuba di rumah.

Hmm... bila agaknya boleh siap? Entah la.... sukar untuk dinyatakan bila, tetapi tunggu sahaja... Harap dapat diterbitkan secepat yang boleh. Saya berjanji, setiap orang tanpa mengira usia, samada lelaki mahupun perempuan, yang minat memasak atau tidak... pasti akan menantikan novel ini...

Have a good day!!!

Edwin F.

Friday, January 6, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hi Semua...

Mungkin belum lambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Terlalu lama sudah tidak menulis di dalam blog ini.... Alasan yang sudah basi... "SIBUK"...

Sejak berpindah ke Labuan, mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan di tempat orang memang bukan perkara yang senang. Hidup sendiri... hanya kawan-kawan sahaja yang menjadi peneman dan keluarga.

Tidak terasa, setahun sudah hidup di perantauan... Suka dan duka.... sedih dan gembira... semua ada.. (wah... jiwang segh)

Seperti orang lain, setiap menjelang tahun baru, memang ada azam baru.... Azam tahun ini... hmmm...
ok yang pertama... merajinkan diri membuat posting di permatabintulu.blogspot.com dan juga blog http://jutawanbergaya.blogspot.com/.

Azam yang lain belum ada lagi.. Yang penting ini yang perlu ditulis selalu...

Sampai berjumpa lagi...

Chiaooo le

Edwin F.