Teguh. Tegar. Wanita itu bersikap teguh dan tegar. Seperti falsafah yang ada pada bunga-bunga kegemarannya, tulip. Tulip mungkin tidak seanggun mawar, malah tidak berduri untuk mempertahankan diri, namun tulip tetap cantik kerana simple, bunganya bertahan segar, kelopaknya tegar, dahannya teguh. Cukuplah prinsip tegar dan teguh itu mencantikkan sekuntum bunga yang tak mudah layu dan mengindahkan seorang wanita yang tak mudah putus asa.
Wanita itu, Hanis Khairunnisa'.
Hanis Khairunnisa' hidup dalam golongan pertengahan, pertengahan bukan dari sudut status sosio ekonomi atau usia, tapi dari sudut biah Islamiahnya. Dia bukanlah anak seorang imam, atau seorang pejuang kebenaran first class, juga bukan anak seorang kaki judi si pelingkup. Dia bersyukur dengan apa adanya diri dan keluarganya.
Suaminya seorang yang budiman, masih belajar di peringkat master, seperti kebanyakan lelaki. Bapanya seorang kontraktor kecil-kecilan, mengambil upah dan mengupah manusia membersihkan kawasan. Ibunya seorang kerani, seorang yang ikhlas bekerja membantu keluarga setiap hari. Adik-adiknya masih belajar di universiti tempatan dan luar negara, juga seperti orang-orang kebanyakan. Dia bersyukur, apa adanya diri, keluarga dan asal usulnya.
Dia, wanita istimewa yang sentiasa berjuang di tengah-tengah medan pertengahan. Medan pertengahan ialah medan yang penuh dengan cabaran dan peluang bagi mereka yang mahu berjuang, juga merupakan medan yang selesa dan melemahkan bagi mereka yang tenggelam dalam nikmat zon selesa (comfort zone).
Cabaran di medan pertengahan ini ialah dalam separuh kehidupannya, dia harus berhadapan dengan cara hidup manusia yang sedang meninggalkan Al-Qur'an dengan perlahan-lahan. Di dalam separuh kehidupannya yang lain, dia masih berpelung untuk menerima nikmat ditarbiyyah dan mentarbiyyah bersama manusia yang sentiasa memperjuangkan kesejahteraan.
Di tengah-tengah medan itu, dia mencipta prinsipnya. Dia tidak mahu terus hidup dengan keresahan yang menjadikan hilang ceria, takut yang menjadikan pesimis, tercabar yang menjadikan pemarah dan kelam kabut yang menjadikan hilang keindahan. Dia harus yakin.
Dia hanya perlu menjadi apa yang dimahukannya. Sehingga kini, dialah Hanis Kahirunnisa' yang sentiasa ceria dengan kesyukurannya, optimis dengan keyakinannya, penyayang dengan bimbingan suaminya dan indah dengan prinsip untuk meraikan akhlak muslimah sejati, meskipun kadang-kadang dia gagal, namun cepat-cepat dia memaafkan dirinya dan mencuba sekali lagi.
Setiap waktu, dia sentiasa bermuhajadah menyeimbangkan cinta. Ya, dia mencintai ramai manusia, khususnya suaminya. Namun dia tidak pernah menggugah singgahsana cinta agung untuk tuhan di hatinya. Untuk itu, dia tidak pernah lupa untuk berjuang untuk cinta Tuhannya. Dialah bakal bidadari syurga, selagi dia berprinsip dengan prinsip hidup matinya kerana Tuhannya, kerana dia pernah berikrar pada suatu masa..

"Ku cintai Allah seluruhnya, Ku taati suamiku selayaknya dia. Ku akui kepimpinannya dan aku percaya. Tugasku hanya untuk menerima cintanya menggunakan cintaku, dan kembalikan kepada Pemiliknya, agar aku kekal sebagai bidadarinya di kerajaan itu, agar aku kekal sebagai hamba terpilih yang dicintaiNya, selamanya..."