Sunday, July 17, 2011
Sunday, May 8, 2011
Ikrar Hanis Khairunnisa' 2
Sesekali hati berkecamuk memikirkan masa depan, sesekali hati tenang memikirkan kudrah dan iradah tuhan. Dia tidak terlepas dari memikirkan dilema kehidupan seperti manusia yang lainnya.
Saat ini hatinya tenang. Dicari-carinya formula untuk mengekalkan ketengannya itu. Apa yang harus sentiasa difikirkan, apa yang harus sentiasa dilakukan. Bimbang saat-saat resah datang semula. Dia tidak mahu perasaan resah, gundah gulana atas-sebab-sebab yang tidak pasti terus menghantui fikirannya.
Apa yang menghantui fikirannya? Masa depan. Masa silam. Keyakinan hari ini. Atau kemungkinan kegagalan hari esok. Dia terlalu risau. Kadang-kadang, dia memikirkan perkara-perkara yang tidak bisa terjadi tetapi tidak mustahil. Memikirkan kehilangan nikmat hari ini, orang-orang yang disayangi, bencana, kesempitan hidup, kesibukan kerja, gangguan manusia atau apa-apa makhluk dan pelbagai lagi. Begitu sekali. Namun, dia tidaklah memikirkannya dengan terlalu mendalam, segalanya hanya sekadar untuk mengingatkannnya kepada kehendak Allah Taala dan untuk menyedarkannya bahawa segala-galanya bukanlah milik dia.
Namun kadang-kadang pemikiran itu tidak mampu membawa dirinya ke tahap iman yang tinggi, dimana tahap keyakinan yang dia harus percaya bahawa segala-galanya adalah di dalam aturan ilahi. Kerjaya, keselamatan diri dan orang-orang yang disayangi, kelapangan atau kesibukan, harta, hatta sehingga gugurnya sehelai daun kering ke bumi, dan halaju angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup nyaman saat itu juga semuanya dalam aturan dan sukatan yang telah tertulis di sisiNya.
Dia kagum dengan manusia-manusia yang mampu memperlihatkan keyakinan mereka terhadap kehebatan Allah itu sehingga ke tahap sedalam-dalamnya dengan tingkah laku dan cara hidup mereka untuk setiap detik kehidupan. Pada hati mereka, ada zikir. Pada tingkah laku mereka, ada zikir. Pada senyum mereka, ada zikir. Pada ucapan mereka, ada zikir. Dan pada diam mereka, sudah tentu mereka berzikir. Ingat Allah. Kerana itulah Allah mengingati, dan mengutamakan mereka.
Soal ketenangan samar-samar yang diperolehi untuk saat-saat ini, dia terus memikirkan apakah yang telah dilakukannya sepanjang hari untuk tenang hingga begitu rupa. Pagi tadi dia masih belum berjaya bertahajjud setelah meninggalkannya untuk beberapa hari, namun telah digantikannya dengan rutin beberapa surah al-Qur'an. Mungkin juga faktor kesihatan. Ya, hari ini dia telah mendapat rehat yang cukup. Mungkin juga terhindar dari segala macam kesibukan dunia, maka dia sempat merenungi kebesaran ilahi. Ataupun... ya! hampir terlupa. Dia sedang mendalami sebuah novel sriritual . Di dalamnya ada zikir dan renungan tentang kebesaran Allah. Tapi.. dia sedar itu semua tidak mencukupi, hatta amalan yang tidak seberapa itu semua juga adalah rezki Allah taala.
Dia risau kembali. Sekejap dia mendengar kata hati, ada lintasan perasaan yang menyuruhnya untuk tenang. Katanya, semua itu tipu daya syaitan. Dipesan-pesan supaya membanyakkan lagi amalan, mudahan-mudahan Allah akan memberikan petunjuknya yang jelas dan terus memeliharanya dari kejahatan diri dan syaitan.
Tipu daya syaitan. Tipu daya dunia.
Apa itu tipu daya syaitan?.
Itulah apa-apa yang dirasakan di hati yang bertentangan dengan sifat-sifat Allah. Jika dia adalah Allah yang dinobatkan dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim. maka seharusnya hamba-hambanya tidak boleh memikirkan atau merisaukan tentang kezaliman atau ketidakadilan yang akan menimpa hidupnya. Dan apa-apa lagi yang semisal dengan contoh tersebut.
Tipu daya dunia?
Itulah apa-apa sahaja yang melalaikan diri dari mengutamakan Allah dalam setiap hela nafas hamba. Biasanya manusia tidak sedar bahawa matlamat sementaranya telah menjauhkannya dari matlamat akhirnya. Kerjayanya contohnya, ada sesetangan manusia yang terlalu mengejar prestasi kerjaya , ataupun mengutamakan kesibukan kerja lebih dari menyibukkan diri untuk mengutamakan yang difardhukan. Itu perkara biasa hamba-hamba akhir zaman.

Friday, May 6, 2011
Amanah
Subhanallah...
Alhamdulillah..
Allahu akbar..
Maha Suci Allah yang telah menunaikan permintaanku, Maha Suci Allah yang telah memberikan khabar gembira kepadaku, Maha Suci Allah yang benar-benar telah mendengar rintihan hatiku.
Segala puji bagi Allah yang telah mengadakan sesuatu dari tiada kepada ada. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan rahimku sebagai rahim yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang sentiasa menjaga dan melindungi kandunganku.
Maha Besar Allah yang mengatakan "terciptalah ia!", maka terciptalah maklukNya dengan sesempurna penciptaan. Syukur, terima kasih Allah....Alhamdulillah!.
Mudah-mudahan Allah sentiasa melindunginya pembentukannya, memelihara ruhnya, menyelamatkan jasadnya, menumbuhkan imannya, menjaga akalnya, dan mengindahkan perilakunya kelak.
Kini, bersama kurnia itu, amanah. Bersama amanah tuhan itu, mujahadah. Bersama apa yang telah ku pinta itu, pengorbanan diri, masa, perasaan, tenaga, dan segalanya..
Sudah sampai masanya aku mempersiapkan diri dengan sebenar-benar persiapan untuk menggalas tugas seorang ibu. ya Ibu. Mengejanya hanya dengan tiga huruf, membunyikannya hanya dengan 2 suku kata, menggelarkannya boleh kepada sesiapa sahaja tetapi untuk melayakkan diri untuknya, tidak terkira pengorbanannya.
Tidak penting lagi rasa untuk bermanja-manja. Tidak sesuai lagi untuk terus bergantung harap kepada manusia. Mengadu perlu hanya padaNya. Merintih hanya perlu dihadapanNya, sekalipun aduan dan rintihan itu telah dia fahami. Namun, doa harus terus dipanjatkan agar jalan sentiasa dipermudahkan.

Thursday, January 27, 2011
Ikrar Hanis Khairunnisa'.
Teguh. Tegar. Wanita itu bersikap teguh dan tegar. Seperti falsafah yang ada pada bunga-bunga kegemarannya, tulip. Tulip mungkin tidak seanggun mawar, malah tidak berduri untuk mempertahankan diri, namun tulip tetap cantik kerana simple, bunganya bertahan segar, kelopaknya tegar, dahannya teguh. Cukuplah prinsip tegar dan teguh itu mencantikkan sekuntum bunga yang tak mudah layu dan mengindahkan seorang wanita yang tak mudah putus asa.
Wanita itu, Hanis Khairunnisa'.
Hanis Khairunnisa' hidup dalam golongan pertengahan, pertengahan bukan dari sudut status sosio ekonomi atau usia, tapi dari sudut biah Islamiahnya. Dia bukanlah anak seorang imam, atau seorang pejuang kebenaran first class, juga bukan anak seorang kaki judi si pelingkup. Dia bersyukur dengan apa adanya diri dan keluarganya.
Suaminya seorang yang budiman, masih belajar di peringkat master, seperti kebanyakan lelaki. Bapanya seorang kontraktor kecil-kecilan, mengambil upah dan mengupah manusia membersihkan kawasan. Ibunya seorang kerani, seorang yang ikhlas bekerja membantu keluarga setiap hari. Adik-adiknya masih belajar di universiti tempatan dan luar negara, juga seperti orang-orang kebanyakan. Dia bersyukur, apa adanya diri, keluarga dan asal usulnya.
Dia, wanita istimewa yang sentiasa berjuang di tengah-tengah medan pertengahan. Medan pertengahan ialah medan yang penuh dengan cabaran dan peluang bagi mereka yang mahu berjuang, juga merupakan medan yang selesa dan melemahkan bagi mereka yang tenggelam dalam nikmat zon selesa (comfort zone).
Cabaran di medan pertengahan ini ialah dalam separuh kehidupannya, dia harus berhadapan dengan cara hidup manusia yang sedang meninggalkan Al-Qur'an dengan perlahan-lahan. Di dalam separuh kehidupannya yang lain, dia masih berpelung untuk menerima nikmat ditarbiyyah dan mentarbiyyah bersama manusia yang sentiasa memperjuangkan kesejahteraan.
Di tengah-tengah medan itu, dia mencipta prinsipnya. Dia tidak mahu terus hidup dengan keresahan yang menjadikan hilang ceria, takut yang menjadikan pesimis, tercabar yang menjadikan pemarah dan kelam kabut yang menjadikan hilang keindahan. Dia harus yakin.
Dia hanya perlu menjadi apa yang dimahukannya. Sehingga kini, dialah Hanis Kahirunnisa' yang sentiasa ceria dengan kesyukurannya, optimis dengan keyakinannya, penyayang dengan bimbingan suaminya dan indah dengan prinsip untuk meraikan akhlak muslimah sejati, meskipun kadang-kadang dia gagal, namun cepat-cepat dia memaafkan dirinya dan mencuba sekali lagi.
Setiap waktu, dia sentiasa bermuhajadah menyeimbangkan cinta. Ya, dia mencintai ramai manusia, khususnya suaminya. Namun dia tidak pernah menggugah singgahsana cinta agung untuk tuhan di hatinya. Untuk itu, dia tidak pernah lupa untuk berjuang untuk cinta Tuhannya. Dialah bakal bidadari syurga, selagi dia berprinsip dengan prinsip hidup matinya kerana Tuhannya, kerana dia pernah berikrar pada suatu masa..

"Ku cintai Allah seluruhnya, Ku taati suamiku selayaknya dia. Ku akui kepimpinannya dan aku percaya. Tugasku hanya untuk menerima cintanya menggunakan cintaku, dan kembalikan kepada Pemiliknya, agar aku kekal sebagai bidadarinya di kerajaan itu, agar aku kekal sebagai hamba terpilih yang dicintaiNya, selamanya..."
Wednesday, January 26, 2011
Wanita: Ganjaranku pada Fitrahku.
"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." Riwayat Muslim
Perhiasan ditakrifkan sebagai suatu yang lebih cantik, diperlukan untuk menambah kecantikan yang sedia ada pada sesuatu yang cantik, bertujuan untuk menjadikan sesuatu itu paling cantik.
Maka, wanita solehah itu ialah makhluk yang cantik, diperlukan untuk menambahkan keharmonian kehidupan, bertujuan untuk menjadikan kehidupan itu sebagai kehidupan terindah.
Wanita Allah ciptakan berbeza dari lelaki, dari segi fizikal dan fitrah. Ada tujuan dan maksudnya. Agar terbeza tugas dan tanggungjawab, dalam memakmurkan bumi Allah.
Dianugerahkan sifat pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, dan kuat perasaan, untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya.
Ingat, wanita tidak memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi kerana mereka ada lelaki untuk membantu dan lelaki tidak memerlukan kekuatan perasaan yang tinggi kerana mereka juga ada wanita untuk membantu...
Lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak, mampu berdepan dengan suaminya dengan baik. Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya.
Sifat berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remehseperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga. Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu.
Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin, lemah dari segi fizikal menyebabkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.
Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.
Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu
tanggungjawab lelaki.
Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun." An Nisa: 124
"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." Mukmin:40
Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga, memberi khidmat sebagai isteri kepada suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah...
Rasulullah pun pernah katakan..
wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala...
wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya, diberi pahala...
wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah...
Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah.
Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya. Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.
Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.
WaNita, Di ManA GelanGGang JiHaDku yang PerTAmA?- sudah tentu BAYTku..
WaNita, siApa Mad'U ku yang PerTAmA?- sudah tentu SUAMI dan ANAK-ANAKku..
Tahu 3 dalam 3
Tahukah kita, adakah kita seorang yang penyabar?
Tahukah kita, adalah kita orang yang berani?
Tahukah kita, adakah kita orang yang meraikan persaudaraan?
Tahukah kita, siapa dari kalangan teman-teman kita yang penyabar?
Tahukah kita, siapa dari kalangan teman-teman kita yang berani?
Tahukah kita, siapa dari kalangan teman-teman kita yang meraikan persaudaraan?
Luqman Al-Hakim berpesan,tidak diketahui siapa yang 3 itu melainkan dalam 3 situasi...
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika menghadapi risiko.
3. Orang yang bersaudara tidak diketahui kecuali ketika saudaranya memerlukan bantuan.
Monday, January 24, 2011
Wanita: anda selalu apa?
Manusia bercakap-cakap tentang apa yang dilakukannya.
Seorang wanita yang selalu memasak akan bercakap tentang cara menggoreng, merempah, memilih ikan dan sayur dan sebagainya setiap hari. Rumahnya adalah mat'am (tempat makan).
Seorang wanita yang selalu mendidik akan bercakap tentang perjuangan, cara mentarbiyyah anak-anak, ambil tahu isu semasa, dan peka dengan perkembangan suami. Rumahnya adalah madrasah (tempat mendidik).
Sensitif jiwa positif
Orang yang panas baran sebenarnya mempunyai sensitiviti hati yang tinggi. Sensitiviti adalah input kepada hati, manakala perasaan yang lahir dari sensitiviti itu adalah output dari hati.
Sekiranya, output hati itu adalah marah, maka pemarahlah orangnya. Sekiranya output hati itu adalah sabar, maka orangnya ialah orang yang tenang.
Mempunyai sensitiviti hati yang tinggi adalah satu bonus tuhan dalam kehidupan. Hanya dengan mengawal output hati, seseorang mampu menggunakan daya kesedaran hati ke tahap maksima. Dan ia mampu menjadi orang yang paling bermanfaat kepada dirinya dan sesiapa sahaja.
Bila hati sensitif terhadap layanan manusia yang negatif, maka sebenarnya hatinya itu telah mengesan cara terbaik untuk menzahirkan respon yang terbaik. Tidak dinafikan, akan ada rasa terkilan, akan ada rasa penyesalan, namun pada orang yang memiliki hati yang sensitif itu sentiasa ada penyelesaian, hanya dengan mengawal outputnya, iaitu, jangan marah.
Kata orang bijak pandai:
'Sekali kamu melayan orang dengan cara yang sama kamu dilayan, kamu tidak memberikannya apa-apa. Tetapi jika kamu melayannya dengan lebih baik, kamu menyebabkan dia menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya'.

Friday, January 21, 2011
Tulisan berwajah baru.
Sudah lama jari ini tidak menari di pentas keyboard ini. Niat untuk membiarkan hasil tulisan terdahulu menjadi pengisian untuk manfaat umum tanpa peningkatan itu saya batalkan, memandangkan semakin hari semarai ramai pula yang menjadi 'followers' saya.
Bila ada yang mempercayai kita, maka harapan baru terhasil. Lagipula, saya sememangnya mencintai penulisan sebenarnya. Terima kasih kepada rakan-rakan penyokong yang sudi menghadiahkan kesukaand an kepercayaan kalian kepada blog ini. Tidak akan saya sia-siakan tanpa sebarang perkongsian.
Cuma, saya memilih untuk mengambil jalan tengah dalam penullisan kali ini. Jika dahulu saya suka menceritakan maklumat dan perjalan dalam perjuangan dalam kumpulan yang besar, kali ini saya lebih berminat untuk berkongsi tentang perjuangan dalam skop yang lebih berfokus, iaitu keluarga, anugerah kasih-sayang dan persahabatan. Moga dengan titipan tulisan ini mampu meraih rasa syukur yang mendalam. Ya, kali ini saya akan menggunakan method perasaan SYUKUR, suatu pendekatan yang tidak jauh berbeza dari penulisan sebelum ini yang banyak menggunakan pendekatan SABAR.
Esok, saya akan berjaulah bersama keluarga. Entah apa lagi gambaran tentang pengajaran kehidupan akan saya perhatikan, akan saya tetap nantikan dengan penuh minat dan rasa syukur. Saya mula menyedari bahawa saya suka bergaul dengan manusia, saya sayangkan umat Islam, saya sayangkan saudara saya. Masing-masing mempunyai kisah hidup yang memberi pengajaran hebat sehingga mereka mampu menjadi sebagaimana mereka hari ini. Malah saya sendiri, perlu lebih banyak memerhatikan mereka untuk tahu mengenai kehidupan.
Walaubagaimanapun, saya akan rakamkan setiap pengambaraan itu dalam blog ini. Dengan dibantu oleh DSLR adik saya yang saya kagumi kerana keiltizamannya yang tinggi. Segalanya akan menjadi mudah untuk sebuah perkongsian yang bermanfaat. InsyaAllah..

Biarlah penulisan kali ini tidak mengungkit atau membayangkan keresahan,
komplikasi strategi, kebimbangan dan sebagainya...tetapi biar dibajai dengan cerita
tentang kasih sayang dan motivasi yang memberi inspirasi. Terima kasih kepada suami saya, En. Mokhtar Bin Yahya, yang banyak mengajarkan tentang hal ini. Dia telah membawa saya melihat dunia dari sudut yang berbeza.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…
Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.
Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .
Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.
Apa tugas seorang manusia?
1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e
Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.
Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.
Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.
Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.
Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.
Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.
InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…
“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “
( Hadith Sahih)