Monday, December 28, 2009

Cinta itu datang lagi

12 November 2009.Cinta itu datang lagi.....

Saat aku bertimpuh di tepi jendela, ku renung setiap nikmat yang terhambur di segenap sudut alam yang mengelilingiku. Angin pagi bersemilir menghembus lembut mengusap pipi. Aku ditemani alunan qasidah dari telefon bimbitku yang sempat ku rakam ia dialunkan pelajar-pelajar di sini.


"Ya Badra Tim....Ya Badra Tim...''

Wahai nabi yang tampan bercahaya indah laksana bulan mengambang penuh,

yang telah meraih segala keampunan,

bagaimana kata-kataku mampu mengungkapkan ketinggian sifat-sifatmu?

Engkaulah yang telah terbit mentari ilmumu di ufuk ketinggian dan kemuliaan

lalu dengan cahaya syariatmu, telah engkau lenyapkan segala kesesatan.




Di sisiku, kitab-kitab tulisan guruku tersusun kemas menunggu giliran untuk dihadam akal bagi tujuan mengulangkaji sebentar nanti.

Tirai jendela dan pepohon meliuk lintuk ditiup angin pagi. Segalanya kelihatan begitu damai di bumi yang berkah ini. Bumi ini dan tempat ini telah banyak melahirkan pelapis mujahidin. Pelapis-pelapis mujahidin yang terbius ruhnya dengan cahaya Iman..dan cahaya itulah yang telah membuahkan kesediaan kami untuk memegang utuh ikrar dalam perjuangan ini. Inilah Baitul Qurra' Wal Ilmi, 'rumah' yang telah melahirkan jiwa-jiwa tegar dengan prinsip dan perjuangan, setegar jiwa guruku,uswah hasanah kami.





Tawa dari usik mengusik di kalangan muslimat dari ruang tamu mencuri perhatianku. Aku ralit memerhatikan gelagat mereka. Mereka muslimah harapan. Tawa mereka tawa yang sopan. Ceria mereka ceria yang harapan. Tangis mereka tangis cinta dan pengharapan hanya kepada yang Zat yang memiliki hati mereka.





Aku mengalihkan pandanganku kepada sehelai kanvas berlapikkan buku tebal di ribaanku. Lantas tanganku terasa ingin menari mencoretkan sesuatu.

Maka aku menulis..


Ya allah...Cinta itu subur kembali..

dan Cintamu bukanlah sesuatu yang bersifat murahan.

Takkan aku lakukan kesilapan yang sama berlang kali, ingin mendapatkan cintamu dengan jalan yang singkat, ternyata usahaku dahulu usaha murahan.

Takkan sesekali aku rendahkan nilai cinta itu lagi dengan usaha yang amat sedikit, maka ia menuntut pengorbanan.

Hadirlah diriku di setiap jagaanMu, Engkau Maha Melindungi..

Akan ku gagahi..






.








Hijrah vs Hipokrit




Hijrah vs Hipokrit, mengapa......?




Mengapa bila terdetik di jiwa yang mahu berubah, lantas tercantas dengan perasaan berprasangka kepada diri? Berprasangka kepada diri yang dimaksudkan ialah menerima prasangka manusia yang tidak yakin dengan jiwa kita.




Mengapa perubahan ke arah kebaikan itu mudah tercalar dengan gangguan luaran sedangkan, yang ingin kita buktikan ialah bukti kepada tuhan?




Mengapa kebaikan yang terjadi di depan mata manusia tidak dipositifkan dengan tanggapan manusia itu sedang membangunkan dirinya dalam ransangan persekitaran?itu satu bentuk pendidikan yang memerlukan mediumnya pada peringkat awal perubahan.




Mengapa tidak bulatkan cinta kepada yang maha menerima perubahan , yang maha menerima kepulangan?




Duhai manusia, cukuplah mengkritik saudaramu. Duhai saudara, cukuplah mengkritik jiwamu. dongaklah memandang perjalananmu yang masih jauh ,lakukan sesuatu supaya perjalanan 1500 tahunmu di mahsyar itu satu realiti yg bukan tanggunganmu.






Tuesday, December 22, 2009

Sekilas Info FTA utk Cikgu, mesti tau!



Kerajaan Malaysia secara sulit berbincang dengan Amerika Syarikat untuk menandatangani FTA. Ramai yang hairan dengan sikap kerajaan yang cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada rakyat. Dan rata-rata rakyat Malaysia masih lagi baru mendengar perkataan FTA.
Apakah FTA? Suara Keadilan tanyakan soalan itu kepada Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud. Beliau mengupas FTA dengan panjang lebar, ikuti temubual menarik di bawah.

Boleh saudara terangkan apa itu FTA dan apa yang sebenarnya berlaku sekarang?

Syed Shahir: FTA bermaksud Free Trade Agreement, atau Perjanjian Perdagangan Bebas. FTA ini, bersifat bilateral, iaitu perjanjian dua hala melibatkan di antara satu negara dengan satu negara yang lain.

Sebenarnya tidak ramai yang mengetahui apa yang sedang berlaku sekarang ini. Dalam konteks ini, yang lebih dominan dalam rundingan FTA Malaysia-Amerika ialah Amerika, yang juga merupakan kuasa terbesar dunia dalam semua konteks dan dari pelbagai segi.

Amerika lebih menguasai walaupun pada dasarnya, perjanjian ini sepatutnya menguntungkan kedua pihak. Oleh sebab dominasi Amerika, maka rundingan tersebut lebih memihak kepada kuasa dunia itu.

Di rantau ini, Amerika sudahpun memeterai FTA dengan Singapura. Walaupun sepatutnya Amerika memeterai perjanjian yang sama dengan Thailand, tetapi rundingan terpaksa ditangguhkan.

Di satu sisi kelihatan perjanjian FTA ini bagus, antaranya tiada halangan peralihan modal dan produk di antara dua negara terbabit. Apa yang ditentang ialah perjanjian yang tidak seimbang. Misalnya, dalam soal perbankan, praktis di Malaysia sekarang peraturannya agak ketat dan masih dikawal.

Dengan adanya FTA, tiada apa yang boleh menghalang sebuah bank besar Amerika Syarikat, misalnya First Boston Bank, untuk masuk ke negara kita dan menelan tiga atau empat bank tempatan. Dan seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan FTA, tiada apa yang bolehmenyekat pembelian tersebut.

Jika kita lihat soal petani misalnya, sekarang kita tahu bahawa sedikit-sebanyak kita masih menghasilkan padi dan beras di Mada, di Kada, di Sungai Manik, di Lembah Kriang, di Tanjung Karang dan sebagainya. Ini adalah merupakan kawasan-kawasan penanaman padi yang memang dibantu oleh pemerintah. Sama ada dari segi subsidi baja, biji benih dan bermacam-macam lagi.

Begitu kita ada perjanjian ini, syarikat asing akan kata bantuan ini tidak adil. Mereka akan kata, “Bagaimana saudara boleh bagi bantuan dan sebagainya kepada petani tempatan sedangkan kami mahu membawa masuk beras kami?” Berbalik kepada soal eksport, seperti minyak kelapa sawit, memang benar perjanjian dengan Amerika membenarkan kita bebas mengeksport dan mengimport.

Tetapi persoalannya, kalau misalnya pengguna di sana enggan menggunakan minyak kelapa sawit, apa kita nak buat?

Amerika akan kata, “Itu bukan salah kami. Masalahnya mereka tidak mahu apa yang kamu eksport kepada kami. Mereka lebih gemar makan minyak soya.” Dan ini dia kata adalah satu perkara yang adil, kerana pengguna tidak mahu. Bila mereka hantar beras ke sini, orang Malaysia lebih suka beras dari AS kerana ia lebih berkualiti, dan harganya lebih murah. Dan mereka akan kata, “Ini juga bukan salah kami, kerana rakyat Malaysia lebih sukakan barangan kami.”

Pada waktu itu, kita tidak boleh sekat kerana ada perjanjian. Mereka bukan sahaja boleh mengemukakan bantahan, malah mereka boleh mengenakan penalti ke atas kita. Banyak negara yang sudahpun dikenakan penalti kerana cuba melindungi syarikat tempatan.Dan hal ini, saya fikir kita perlu ambil perhatian.

Dan yang ketiga, dari segi pekerja misalnya. Apa akan berlaku kepada kita? Syarikat asing akan memberi kesan yang besar kepada kita kerana apabila mereka masuk nanti dan dengan adanya FTA, syarikat-syarikat gergasi AS boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu atas nama perdagangan bebas.

Bukankah persaingan itu bagus untuk ekonomi negara?

Ada orang pernah katakan, kalau kita nak lawan seseorang itu dengan permainan dia, tentu kita akan kalah. Sebagai contoh, mereka ajak kita bermain American Football. Suatu permainan yang asing bagi rakyat kita. Dan kalau kita tengok pemain-pemain mereka, yang paling rendah 5 kaki 8 inci.

Bagi kita, itu paling tinggi tapi bagi mereka itu paling rendah. Lebih dari itu, saiz mereka juga besar. Apakah kita mampu berlawan? Dari segi peraturan, memang adil. Kita kumpulan 20 orang, dia pun 20 orang. Dia pakai helmet, kita pun pakai helmet. Kita pakai kasut but, dia pun pakai kasut but. Tapi dari segi saiz, tidak seimbang.Perbandingan harus dibuat dengan negara-negara yang setara dengan kita seperti Singapura, Thailand dan Korea Selatan.

Apakah perjanjian ini akan memberi kesan kepada pekerja termasuk Perjanjian Bersama (CA)?
Perjanjian FTA tidak sebegitu, ia masih lagi menghormati lagi beberapa hal. Tetapi kita jangan lupa bahawa antara undang-undang dengan tindakan atau dasar ialah dua perkara berbeza. Sebab itu bila kita lihat di beberapa negara, undang-undangnya baik, tetapi jika kita lihat dasardan tindakan, ia menjadi satu hal yang lain.

Sebagai contoh, undang-undang tiada halangan mengenai menubuhkan atau seseorang untuk bergiat aktif dalam kesatuan sekerja. Tetapi proses dan realitinya berbeza sama sekali. Ambil contoh misalnya, dalam konteks, pekerja-pekerja dalam industri elektronik.

Perjuangan untuk membentuk, menubuh kesatuan pekerja dalam industri elektronik ini sudah menjangkau lebih 30 tahun dan masih tidak selesai lagi. Jadi apa ertinya ini? Ertinya dalam konteks tindakan, perlakuan dan dasar berbeza dari undang-undang.

Berbalik kepada soal yang diperkatakan tadi. Apakah nanti CA akan terhapus?

Saya tidak rasa CA akan terhapus, kerana masih ada lagi ruang untuk berunding. Akan tetapi dalam masa yang sama pengaruh dari syarikat-syarikat gergasi multinational ini memang cukup kuat sekali. Dalam beberapa pertemuan dengan wakil-wakil kerajaan AS, saya suarakan keprihatinan kita atas isu-isu kesatuan pekerja dan penubuhannya.

Sebagai contoh, apa yang berlaku kepada sebuah pasaraya besar, Walmart di Quebec, Kanada. Salah satu dari dasar Walmart ialah ‘free environment from unions’, iaitu tiada kesatuan sekerja di dalam syarikat itu.

Di China, keadaannya berbeza sama sekali. Pekerja-pekerja Walmart di China boleh menubuhkan kesatuan pekerja. Apa yang mahu ditekankan di sini ialah, sejauh mana keikhlasan syarikat-syarikat sepanjang mengenai memberi hak kepada pekerja nanti.Ini merupakan satu hal yang kita masih ragu-ragu.

Selain dari itu, apa lagi yang tidak dipersetujui, atau perkara-perkara yang membimbangkan dalam FTA ini?

Dalam FTA ini antara lain nanti tidak akan ada semacam hal-hal yang melindungi. Misalnya kuota untuk sebahagian orang atau kelas dan sebagainya. Ini semua tidak boleh ada.
Menurut FTA, itu adalah perdagangan yang tidak adil. Oleh kerana kita menghadapi syarikat besar, dia sanggup lawan.

Katalah kita hasilkan produk ‘x’, dan mereka kemukakan produk ‘y’ yang jauh lebih murah. Tentu sekali pembeli akan memilih ‘y’. Tetapi bagaimana pula dengan pengusaha kita? Tetapi dari sudut pengguna, itu bagus dan adil bukan?

Ya, dari satu segi itu amat bagus untuk pengguna, tetapi bagaimana pengguna boleh menjadi bagus kalau tiada kerja, atau tiada pendapatan? Ini antara kebimbangan kami. Maknanya, bagus kalau kita beli barang yang murah dan berkualiti, tetapi bagaimana nak beli kalau kita tiada duit?

Apa sebab saya tiada duit? Kerana saya tiada atau hilang pekerjaan. Misalannya, petani padi di Tanjung Karang. Syarikat kata baja boleh dibeli pada harga murah.
Kemudian didatangkan baja, dengan harga satu beg tidak sampai 20 ringgit, dan dijual hanya 13 ringgit. Tetapi bagaimana mungkin dia boleh beli baja-baja itu jika padinya tidak dapat dijual? Itu implikasinya. Ini diantara perkara yang perlu diberi perhatian.

Dan sepanjang rundingan ini, nampaknya wakil-wakil kerajaan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membisu. Kita tidak menerima sebarang perkembangan atau penerangan dari pihak kerajaan Malaysia.

Bolehkah kita menolak FTA?

Boleh. Bukan semua negara menandatangani FTA.

Tetapi apakah itu akan merugikan kita?

Dari satu segi, ada yang menyatakan ia akan merugikan kita kerana kita tidak mempunyai perdagangan dengan AS. Tetapi bukankah kita ada hubungan perdagangan pelbagai hala dengan pelbagai negara di dunia ini seperti sebelum ini.

Memang ada satu tanggapan, jika tiada FTA, kita akan rugi. Tetapi kita boleh juga belajar dari pengalaman Mexico, Chile dan Jordan. Kita harus teliti, adakah mereka untung atau rugi?
Jika benar perkara ini baik dan mendatangkan faedah, mengapa ia dibuat secara eksklusif? Mengapa tidak dibuka dan kita bincang, jika ia benar-benar baik?

Sepatutnya satu isu yang besar yang melibatkan negara, kerajaan dengar pandangan orang ramai. Parlimen harus tahu, dan perlu jawatan-kuasa yang memantau rundingan tersebut. Mengapa ia dijadikan eksklusif?

Kalau benar ia baik, kalau benar ia menguntungkan kita, kita tidak akan menentang. Mengapa pula kita akan tentang perkara yang memanfaatkan kita? Kita akan menyokong. Apa yang kita bimbang bahawa, ini akan mendatangkan malapetaka kepada kita dalam jangka masapanjang.
Sekarang ini, dari pemerhatian, apa yang cuba disembunyikan kerajaan?

Saya juga berasa pelik, mengapa isu ini dianggap sebagai satu hal yang tidak boleh dihebahkan. Sedangkan hal ini seharusnya terbuka kerana iamempengaruhi kehidupan rakyat. Lebih dari itu, kerahsiaan ini juga bertentangan dengan seruanketerbukaan Perdana Menteri.
Ada dateline pada rundingan ini?

Menurut pihak AS, rundingan ini melalui proses fast-track. Maknanya, perkara ini disegerakan, mungkin sekitar pertengahan tahun hadapan.

Apakah ini satu bentuk penjajahan ekonomi?

Ya ini memang agenda besar AS. Selain dari politik dan ketenteraan, ini antara salah satu keupayaannya dalam mempengaruhi tiap-tiap negara melalui perdagangan.
Misalnya, dalam perniagaan sekarang ini, ubah struktur lembaga pengarah mudah sahaja. Mereka beli saham dan kuasai syarikat itu, dan dari situ ia boleh ubah. Jadi dalam konteks ini, kalau mereka boleh datang, mereka boleh tawarkan duit sebegini, mengapa tidak?

Apakah ia melibatkan kedaulatan..

Oh Memang! Ini soal yang besar, yang kita sebagai rakyat negara ini harus pandang serius. Ini bukan soal main-main. Tidak perlu lagi mereka datang sepertimana di Iraq atau Afghanistan.
Mereka datang cukup dengan membimbit beg sahaja. Dan kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita telah meterai perjanjian FTA. Dan ada klausa-klausa tertentu yang menentukan denda dan hukuman jika gagal mematuhi atau melanggar perjanjian tersebut.

Apa pendirian MTUC dalam hal ini?

Kita mahu satu perjanjian perdagangan yang lebih adil dan bukan lebih memihak kepada satu pihak, baik secara tersurat atau tersirat. Jadi pada hemat kita, kita mahu satu bentuk perdagangan yang betul-betul menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Antaranya, kita boleh eksport ke negara terbabit dan mereka juga boleh mengeksport ke negara ini, dengan cara yang lebih seimbang.

Apa yang harus rakyat Malaysia lakukan?

Saya mencadangkan antara lain, rak-yat perlu menemui wakil-wakil mereka samada diperingkat dewan undangan negeri atau Parlimen dan tanya mengenai perkembangan FTA ini, dan tanyakan juga penyelesaian kepada masalah-masalah berbangkit kerana ini satu isu yang besar.

Kemudian, mereka hendaklah menyatakan sikap secara terbuka kepada pemerintah. Suarakan keprihatinan dan kebimbangan. Ketiga, kita harus mengambil iktibar dari pengalaman negara-negara lain.

Seperti yang saya katakan tadi, mengapa petani-petani Korea sanggup mengeluarkan belanja sendiri dan terbang ke Amerika Syarikat dan berdemonstrasi di Washington DC?
Kita ada lebih 11.6 juta tenaga pekerja di Malaysia, itu satu jumlah yang besar, dan mereka ini yang akan menerima impak dari FTA. Pendirian kami tidak berubah, nasib pekerja ialah perjuangan kami.

Ini bukan soal politik, ini soal tanggungjawab dan kepentingan pekerja. Malah untuk pengetahuan, kesatuansekerja di Amerika Syarikat juga menentang FTA.
Mereka membantah kerana FTA mengganggu-gugat kepentingan pekerja Amerika Syarikat.
Apa yang jelas, tidak semua menyokong FTA ini. Kerana yang benar-benar menerima manfaat besar dari FTA ini ialah syarikat-syarikat gergasi Barat, terutama sekali syarikat Amerika. Malah kita boleh lihat, syarikat-syarikat ini bersungguh-sungguh melobi sehingga sanggupmengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit.

Friday, December 4, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Jiwa Sabar dan Syukur

"Jangan letakkan nilai kamu pada perkara yang kamu tak dapat kawal"- Abu Saif.

" Setiap yang mahu berjaya pasti akan diuji"


Hari ini, jiwaku amat sensitif. Entah mengapa aku sendiri tidak mengerti. Masalah kecil dan sangat remeh sahaja mampu membuatkan air mataku mengalir lagi. Mungkin kerana jiwa ini dalam kondisi lemah.Ya, terlalu lemah.

Jam 3.30 petang tadi, adikku Muhaymin menelefonku dari sekolah setelah dia tamat menjawab soalan peperiksaan SPMnya. Dia berpesan kepadaku supaya mengemas rumah dan buat apa yang patut untuk menyambut kedatangan sahabatnya Cop yang akan bermalam di rumah kami.

Sememangnya aku amat menyukai kedatangn Cop ke rumah. Dia kulihat satu-satunya sahabat adikku yang beriman. Aku bersyukur adikku punya sahabat sepertinya.

Aku mula bersungguh mengemas rumahku selepas menunaikan solat asar. Aku selongkar bilik adikku yang macam tongkang pecah. Bermula dari katilnya, aku campak semua pakaiannya , bantal dan selimutnya yang bergumpal ke sisi katil. Cadarnya aku ratakan, selimutnya aku lipat, bantalnya aku tepuk supaya rata dan kemas. Frame dan gambar-gambarnya aku betulkan posisinya. Buku-buku dan kertas-kertas yang bersepah-sepah ditepi katil aku susun di satu sudut sehingga benar-benar kemas.

Kemudian, aku beralih ke meja belajarnya. Segala bentuk wayar, headphone, laptop, perfume, bingkai2 gambar yang kecil, lampu, cebisan-cebisan nota dan kraftangan-kraftangan aku susun supaya nampak kemas. Kemudian aku beralih kepada almari bajunya. Apabila aku kuak sahaja pintu almarinya, masyaAllah, jatuh semua baju yang dilonggokkan di dalamnya tertimpa-timpa ke lantai. Semua baju itu aku kumpulkan setempat termasuk baju-baju yang kelihatan seperti berlipat tapi sudah tidak teratur susunannya. Aku lipat semua baju itu. Kemudian, aku kelaskan baju-baju itu mengikut kegunaan termasuk pakaian-pakaian peribadinya. Setelah itu aku susun semuanya di dalam almari dan menggantung sebahagian dari baju2 itu sepertimana sepatutnya. Setelah selesai semuanya, aku menyampu sampah di lantai yang habuk-habuk terkumpul itu jika ditimbang kelihatannya sama seperti 1 kg gula.

Aku menutup lampu dan pintu biliknya setelah selesai.

Adikku pulang tidak lama selepas itu. Dia masuk ke rumah dan menjemput Cop ke bilik. Mereka berbual-bual di dalam.Aku juga mengalu-alukan kedatangan Cop. Aku menanti-nanti reaksi adikku. Senyap. dan aku meneruskan beberapa kerja lain dengan mengganggap dia tidak kisah. Tak apalah, dia memang begitu.

Setelah selesai kerja, aku masuk ke bilik untuk on9 semula. Aku dapati broadbandku telah tiada. Maka dengan suara yang agak kuat aku bertanya kepada adikku dari ruang bilikku. Rupanya dia telah mengambilnya tanpa memberitahuku. Tak apalah. Aku menerangkan kepadanya bahawa aku memerlukannya untuk melakukan beberapa tugas. Tiba-tiba adikku menunjukkan reaksi seperti menyampah dan memberikan semula broadbandku kepadaku dengan cara yang agak kasar di hadapan Cop. Aku terkilan. Adik perempuanku pula menegurku supaya jangan bergaduh. Jiwa egoku berkata tiba-tiba.

Jiwa ego : Apa ni? aku tak niat nak gaduh pun. Aku cakap baik-baik ja lah.

Dan aku melontar kata-kata egoku itu melalui lisanku. Adik perempuanku cepat-cepat keluar dan bertindak seolah-olah penenang keadaan.

Jiwa ego : Apahal ni... kenapa orang menganggap aku nak cari gaduh pula. Salahkan aku pula, tak faham!

Jiwa sabar : Sabar. Diam sebentar. cuba fikirkan kenapa.

Akal : Tadi aku berkata-kata menggunakan suara yang kuat.Mungkin adik aku menganggap dia dimarahi. Suara aku jadi tinggi dan kecil bila selesema. Mungkin didengari seperti leteran padanya?

Jiwa ego : Memanglah kena cakap kuat-kuat. Duduk pun jauh-jauh. cakap slow bukannya nak dengar. Dia tu sepatutnta minta izin aku dulu. Aku bukannya marah pun, just bertanya biasa sahaja. Kenapa mesti ada orang nak terasa. Please la, hal kecik aja..

Jiwa sabar: Sabar..sabar.. terimalah kelemahannya.

Jiwa ego : Sampai bila adik aku nak ego macamtu. Penat lah, aku saja yang jaga hati dia? Dah la satu habuk terima kasih pun tak cakap lepas kemas bilik dia saja yang makan masa 2 jam tu.

Jiwa syukur: Aku kemas kerana nakkan penghargaan adikku kah? itu tanggungjawab aku lah.. jadikanlah latihan, buat kerja kerana Allah, buat kebajikan kerana kita ingin bersifat dengan sifat ithar..berlapang dada. sesama muslim perlu ithar, apalagi adik-beradik.. rileks la.. matang sikit... diakan adik, terima kelemahannya... bersyukurlah ini sebenarnya ujian sabar yang paling rendah, paling mudah. Make it simple, take it easy..

Jiwa ego : Aku dah banyak susah payah sbb sayangkan dia. Sampai hari ni aku tak nampak dia bangga aku jadi kakaknya. Ya lah aku kan blajar stakat dalam Malaysia sahaja. Kakaknya yang sorang lagi tu blaja luar negara. Sebab tu dia tertunggu-tunggu, sebut-sebut dan expose dan bangga dengannya. Aku ni, walau usaha macammanapun, tetap tak dapat dihargainya. aku pun tak ada lansung perasaan jelous pada adik perempuanku itu. lansung tak ada. Cumanya aku mahukan perhatian adik lelakiku sorang tu. C'monla, aku nakkan perhatiannya pun sebab aku nak aku mudah untuk menasihatinya dalam hal-hal keagamaan. Kalau dia tak 'pandang' aku, macammana dia nak makan nasihat aku?aku berfikir dan terasa ni pun dalam soal dakwah ape!.

Jiwa sabar : Sabar..duduk,duduk. kawal akal. jangan biar akal memikirkan ''sampai hati''nya adik aku buat begitu. Take it positif.

Aku memandang laptopku yang tidak dihidupkan. Air mataku mengalir deras. Deras sekali. Aku merasa sangat sedih dan pelik. Sedih kerana sebab-sebab diatas dan pelik kerana aku terlalu sedih, pelik kerana jiwa ini terlalu sensitif hari ini.

Jiwa sabar : Something goes wrong right now. Pergi amik wudu' dan solat dua rakaat.

Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku keluar bilik dalam keadaan tunduk, bimbang ahli rumahku ternampak mataku yang merah dan berair ini. Dalam perjalananku ke bilik air, jiwa sabar sempat berbisik.

Jiwa sabar : Positif. Positif. Positif. Matang. Jangan letakkan nilai pada perkara yang aku tak boleh kawal. Aku ok.

Aku tanggalkan tudung. Aku berkumur, aku basahkan mukaku, tangan, sedikit bahagian kepala, telinga, dan kakiku.

Air mataku yang mengalir sejak tadi terhenti. Jiwa syukur dan sabar datang berpadu berhujah dan berdoa
.

" Ya Allah.. apa yang engkau tetapkan padaku, aku takkan dapat mengelaknya. Apa yang engkau telah tetapkan padaku, segalanya untuk kebaikanku. Segala dugaan yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil adalah dalam genggamanmu, disebaliknya tersurat kekuatan yang engkau ingin hadiahkan kepadaku. Aku gemarkan kekuatan itu, tapi, untuk memperolehninya aku perlu bertahan dengan dugaanmu. Ya Allah, aku terima segalanya walau bagaimanapun bentuk dugaan itu, yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil, cuma yang aku harapkan ialah, untuk dugaan kesekian kalinya, janganlah kau biarkan aku bertindak melulu kepada perkara yang tidak bermanfaat untuk agamaku kerana jiwa egoku, tetapi, datangkan dengan kadar segera jiwa sabar dan syukur ini agar aku tetap menghargai bukan sekadar menerima apa-apa yang diatangkan olehMu, hari ini mungkin jiwa sabar dan syukur ku telah menang, tapi esok lusa aku tak tahu Ya Allah..selamatkanlah aku dari kejahatan diriku.Ya Rahman..Ya Rahim"

Dan aku memakai tudungku semula. Aku melangkah keluar dan masuk kebilik. aku menghampar sejadah dan memakai telekung. Jiwaku terasa tenang sekali...dan aku mengangkat takbir.........

Friday, November 13, 2009

PANDUAN MENGHAFAZ AL-QUR'AN

( p/s Nota ini dipetik dari "Kitab At Tibyan fi adab Hamlati Al-Qur'an" Imam Nawawi, dalam bab ke 5, dbawah tajuk 'Panduan Menghafaz Al-Qur'an, edisi terjemahan) (^_^)


Diantara adab-adab menghafaz Al-Qur’an ialah:

1) Mesti berada dalam keadaan paling sempurna dan perilaku paling mulia, hendaklah dia menjauhkan dirinya dari segala sesuatu yang dilarang Al-Qur’an, hendaklah dia terpelihara dari pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa yang sombong dan pencinta dunia yang jahat, merendahkan diri kepada orang-orang sholeh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin, hendaklah dia seorang yang khusyuk memiliki ketenangan dan wibawa.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata:
“Wahai para qari (yang mahir membaca) Al-Qur’an, angkatlah kepalamu! Jalan
telah jelas bagimu dan berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah
kamu menggantungkan diri kepada orang lain.”

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya:
“Hendaklah penghafaz Al-Qur’an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur’an
ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang
berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis
ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan
menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri.”

Diriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya: “Sesungguhnya orangorang
sebelum kamu, menganggap Al-Qur’an sebagai surat-surat dari Tuhan
mereka. Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya
pada waktu siang.”

Diriwayatkan dari Al-Fuadhai bin Iyadh, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an
tidak boleh meminta keperluannya dari seorang khalifah (penguasa) dan dari
orang yang berada di bawah kekuasaannya.”

Diriwayatkan dari Al-Fudhai juga, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an
adalam pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang
yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang siasia
dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur’an.”

Masalah ke-23:
Hal yang perlu diberi penekanan dari apa yang diperintahkan kepada
penghafaz Al-Qur’an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan
Al-Qur’an sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Bacalah Al-Qur’an dan jangan menggunakannya untuk
mencari makan, jangan mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan
jangan melampaui batas di dalamnya.”
Diriwayatkan dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w: “Bacalah Al-Qur’an sebelum
datang suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah
dengan terburu-buru dan mereka tidak mengharapkan hasilnya di masa depan."
(Riwayat Abu Dawud)

Dia meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa’ad,
artinya mereka mengharapkan upahnya dengan segera berupa uang atau
kemasyuran dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Fudhai bin Amrin ra, katanya: “Dua orang sahabat
Rasulullah s.a.w memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang
lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat dari Al-Qur’an, kemudian dia
meminta upah. Salah seorang dari keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji’un.’”

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang suatu kaum
yang meminta upah kerana membaca Al-Qur’an. Maka siapa yang meminta
upah kerana membaca Al-Qur’an, janganlah kamu memberinya.”
Isnad hadits ini terputus kerana Al-Fudhai bin Amrin tidak mendengar
dari sahabat.

Sementara mengambil upah kerana mengajar Al-Qur’an, maka para
ulama berlainan pendapat.

Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah
kerana membaca Al-Qur’an dari sejumlah ulama, di antaranya Az-Zuhri dan
Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak
mesyaratkannya, iaitu pendapat Hasan Bashri, Sya’bi dan lainnya berpendaapat
boleh mengambil upah. Jika menyinggung dan dengan akad yang benar, ada
hadits sahih yang mengharuskannya kerana telah kerana telah ada hadits-hadits
sahih yang mengharuskannya.

Ulama yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit
bahawa dia mengajarkan Al-Qur’an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah,
kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata
kepadanya:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu,
maka terimalah hadiah itu.”
Hadits itu adalah hadits masyur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud
dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak athar dari ulama Salaf.
Para ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab
tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawapan:

a) Bahawa dalam isnad hadits itu ada masalah.
b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia
tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda
terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan
orang yang mengadakan akad dengannya sebelum mengajar. Wallahu’alam.

Masalah ke-24:
Hendaklah dia memelihara bacaan Al-Qur’an dan memperbanyak
bacaanya. Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang
tempo dan jangka masa mengkhatamkan Al-Qur’an. Ibnu Abi Dawud
meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-
Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka
mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.

Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam
dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak
dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. setengahnya
mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dsan ada pula dari mereka
mengkhatamkannya dalam setiap lima malam.

Sedangkan setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam
setiap empat malam, setiap tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah
dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sehari semalam.Di antara mereka ada yang mengkhatamkannya dua kali dalam seharisemalam dan ada yeng tiga kali. Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali, yaitu empat kali pada waktu malam dan
empat kali pada waktu siang.

Diantara orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari
semalam ialah Usman bin Affan ra Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid,
Asy-Syafi’i dan lainnya.

Diantara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari
semalam ialah Sali bin umar ra Qadhi Mesir pada masa pemerintahan
Mu’awiyyah.

Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al-
Qur’an tiga kali dalam semalam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan
Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam.
Asy-Syeikh Ash-Shahih Abu Abdurahman As-Salami ra berkata:
“Aku mendengar Asy-Syeikh Abu Usman Al-Maghribi berkata,
‘Ibnu Khatib ra mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali pada waktu siang dan
empat kali pada waktu malam.”

Ini adalah jumlah terbanyak yang saya ketahui dalam sehari semalam.
Diriwayatkan oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan
isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra, seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an di antara waktu Zuhur dan Ashar, kemudian
mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada bulan Ramadhan dua
kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan Ramadhan hingga
berlalu seperempat malam.

Diriwayatkan dari Manshur, katanya: “Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al-
Qur’an di antara Maghrib dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.”
Diriwayatkan dari Ibrahim bin Said, katanya: “Ayahku duduk sambil
melilitkan serbannya pada badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya
hingga selesai mengkhatamkan Al-Qur’an.”
Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak
sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu
ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang
mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah.

Manakala yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, di
antara mereka adalah Usman bin Affan r.a: Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin
Thabit dan Ubai bin Ka’ab ra Dan dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin
Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan
orang-orangnya.

Barangsiapa yang ingin merenungkan dan mempelajari dengan cermat,
hendaklah dia membatasi diri pada kadar yang menimbulkan pemahaman yang
sempurna atas apa yang dibacanya. Demikian jugalah siapa yang sibuk
menyiarkan ilmu atau tugas-tugas agama lainnya dan kemaslahatan kaum
muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia membatasi pada kadar tertentu
sehingga tidak mengganggu apa yang wajib dilakukannya.

Jika kita belum termasuk ke peringkat yang di capai orang-orang yang
disebut ini, maka bolehlah kita memperbanyak membaca Al-Qur’an sedapat
mungkin tanpa menimbulakan kejemuan dan tidak terlalu cepat membacanya.
Sejumlah ulama terdahulu tidak suka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam
sehari semalam. Mereka bertolak dari hadits sahih yang diriwayatkan Abdullah
bin Amrin bin Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersada:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Tidaklah orang yang membaca (mengkhatamkan) Al-
Qur’an dalam waktu kurang dari tiga hari.”
(Riwayat Adu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I dan lainnya)
Tirmidzi berkata, ini hadits hasan sahih. Wallahua’lam.

Sementara waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang
mengkhatamka Al-Qur’an dalam seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu
Dawud bahawa Usman bin Affan ra memulai membaca Al-Qur’an pada malam
jumat dam mengkhatamkannya pada malam Khamis.

Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya: “Cara
yang lebih baik ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada
waktu siang dan menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua
rakaat fajar atau sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada
malam jumaat dalam dua rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal
siangnya berhadapan dengan akhirnya.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dawud dari Umar bin Murrah At-Tabi’I,
katanya: “Mereka suka mengkhatamkan Al-Qur’an dari awal malam atau dari
awal siang.”

Diriwayatkan dari Thalhah bin Musharif seorang At-Tabi’I Al-Jalil,
katanya: “Barangsiapa mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun pada
waktu siang, maka para malaikat mendoakan baginya sampai petang. Dan siapa
yang mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun dari waktu malam,
maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi.” Diriwayatkan juga dari
Mujahid hadits seperti itu.

Diriwayatkan oleh Ad-Darimi dalam Msunadnya dengan isnadnya dari
Sa’ad bin Abi Waqqash ra katanya: “Jika pengkhataman Al-Qur’an bertetapan
dengan awal malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi. Dan
apabila pengkhatamannya bertetapan dengan akhir malam, maka para malaikat
mendoakan baginya sampai petang.” Ad-Darimi berkata, ini hadits hasan dari
Sa’ad.

Diriwayatkan dari Habib Abi Thabit seorang tabi’in bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an sebelum rukuk. Ibnu Abi Dawud berkata,
“Demikianlah dikatakan oleh Ahmad bin Hanbal rahimahullah.”
Selanjutnya fasal ini akan dikemukakan lagi pada bagian berikutnya,
insya-Allah .


Masalah ke-25:
Memelihara membaca Al-Qur’an pada waktu malam. Hendaklah seorang
penghafaz Al-Qur’an lebih banyak membaca Al-Qur’an pada waktu malam dan
dalam sembahyang malam. Allah berfirman:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “…diantara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus,
mereka membaca ayat-ayat Allah s.w.t pada beberapa waktu di malam hari,
sedang mereka juga bersujud (sholat). Mereka beriman kepada Allah s.w.t dan
hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari
yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) berbagai kebajikan; mereka
itu termasuk orang-orang yang sholeh.
(QS Ali Imran: 113-114)


Diriwayatkan dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah
s.a.w bahawa baginda bersabda:

(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah, seandainya di
sembahyang pada waktu malam.”

Dalam hadits lainnya dalam kitab Shahih disebutkan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:

(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan;
dia kerjakan sembahyang malam, kemudian meninggalkannya.”
Diriwayatkan oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad ra dari
Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
“Kemulian orang mukmin adalah sembahyang di malam hari.”
Banyak hadits dan athar diriwayatkan berkenaan dengan hal ini.
Diriwayatkan dari Abu Ahwash Al-Jusyamiy, katanya: “Ada orang mendatangi
sebuah kemah pada waktu malam. Dia mendengar suara dari penghuninya
seperti dengungan lebah. Katanya: “Kenapa mereka merasa aman dari apa yang
ditakutkan oleh orang lain?”

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakha’I bahawa dia berkata: “Bacalah Al-
Qur’an pada waktu malam, walaupun lamanya seperti memerah susu kambing.”
Diriwayatkan dari Yazid Ar-Raqasyi, katanya: “Jika aku tidur, kemudian aku
terbangun, kemudian aku tidur, maka kedua mataku tidak dapat tidur.”
Saya katakan: “Sesungguhnya sembahyang malam dan membaca Al-
Qur’an ketika itu amat diutamakan kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih
jauh dari hal-hal yang menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu ia lebih
mampu menjaga dari riya’ dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab
timbulnya kebaikan-kebaikan pada waktu malam.”

Sesungguhnya Isra’ Rasulullah s.a.w terjadi pada waktu malam. disebut
di dalam hadits:
(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Tuhanmu turun setiap malam ke langit dunia ketika berlalu
sepertiga malam yang awal, kemudian berkata: “Aku adalah Raja (2x), siapa
yang memohon daripada-Ku maka Aku perkenankan.”
Diriwayatkan dalam hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Pada waktu malam ada suatu saat di mana Allah s.w.t
mengabulkan doa setiap malam.”
Diriwayatkan oleh penulis Bahjatul Asraar dengan isnadnya dari
Sulaiman Al-Anmathi, katanya: “Aku pernah melihat Ali bin Abu Thalib ra
dalam mimpi berkata:
“Kalau bukan kerana orang yang sembahyang di malam hari dan lainnya
puasa pada waktu siang. Niscaya bumimu telah digoncangkan dari bawahmu
kerana kamu kaum yang buruk dan tidak taat.”
Ingatlah bahawa keutamaan sembahyang malam dan membaca Al-Qur’an
ketika itu akan menghasilkan sesuatu dan tercapainya yang sedikit dan yang
banyak. Semakin banyak hal itu dilakukan, semakin baik, kecuali jika meliputi
seluruh malam kerana yang demikian itu makruh dan boleh membahayakan
dirinya.

Hal yang menunjukkan tercapainya keutamaan itu dengan amalan sedikit
ialah hadits Abdullah bin Amrin Ibnu Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa sembahyang malam dan membaca sepuluh
ayat, dia tidak ditulis (dimasukkan) kedalam golongan orang yang lalai.
Barangsiapa yang sembahyang dengan membaca seratus ayat, dia ditulis dalam
golongan orang yang taat. Dan barangsiapa yang sembahyang membaca seribu
ayat, dia ditulis ke dalam golongan orang yang berlaku adil.”
(Riwayat Abu Dawud dan lainnya)
Ath-Tha’labi menceritakan dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Barangsiapa
sembahyang dua rakaat pada waktu malam, lalu dia bermalam dalam keadaan
sujud dan berdiri menghadap Allah s.w.t.”

Masalah ke-26:
Perintah memelihara Al-Qur’an dan peringatan agar tidak melupakannya.
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

Terjemahan: “Peliharalah Al-Qur’an ini. Demi Tuhan yang nyawa
Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta
dalam ikatannya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya perumpamaan penghafaz Al-Qur’an adalah
seperti unta yang terikat. Jika dia memperhatikan unta itu, dia boleh
menahannya. Dan jika dilepaskan, ia akan pergi.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga
(pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan
kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar
daripada surah atau ayat dari Al-Qur’an yang dihafaz oleh seseorang, kemudian
dilupakannya.”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Hadits ini dipersoalkan darjat dan kedudukannya.
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an, kemudian
melupakannya, dia berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat
dalam keadaan sedih yang amat.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi)
_________________________________________

Pesanan penulis:

Bab ini adalah sebagahian dari intipati kitab ini. Secara keseluruhannya kitab ini mengandungi 9 bab. Tajuk-tajuknya adalah seperti berikut:


• Bagian I :KEUTAMAAN MEMBACA DAN MENGKAJI ALQUR’AN.
• Bagian II : KELEBIHAN ORANG YANG MEMBACA AL-QUR’AN.
• Bagian III : MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN GOLONGAN
AL-QUR’AN.
• Bagian IV : PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QUR’AN.
• Bagian V : PANDUAN MENGHAFAL AL-QUR’AN.
• Bagian VI : ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR’AN.
• Bagian VII : ADAB BERINTERAKSI DENGAN AL-QUR’AN.
• Bagian VIII : AYAT DAN SURAH YANG DIUTAMAKAN
MEMBACANYA PADA WAKTU TERTENTU.
• Bagian IX : RIWAYAT PENULISAN MUSHAF AL-QUR’AN.

Untuk rujukan lanjut bagi tajuk-tajuk lain, sila klik sini.
Untuk maklumat tambahan, sila klik sini.-(Menghafaz Al-Qur'an, Yusuf Qardhawi)

Saranan Penulis:
sebarang komen, kritikan, pembetulan atau ulasan bolehlah dimuatkan dalam ruangan komen ini untuk ke''hazar''an semua.Diingatkan juga agar pembaca tidak hanya bebas menyalin dan menjadikannya nota peperiksaan semata-mata, tetapi mestilah bertanggungjawab melengkapkan disiplin ilmu ini. Hormatilah ilmu yang agung ini dengan mengamalkannya, bukan terpendam dalam fakulti teori minda semata-mata, satu cabaran utk bakal guru-guru yang bergelar murabbi! Terima Kasih. Semoga kalian dipermudahkan urusan. Selamat menduduki peperiksaan, selamat mengamalkan ilmu, selamat menghafaz...

Saturday, November 7, 2009

Monolog

Apa yang harus aku lakukan sekarang?
-Terus taat

Untuk apa Taat?
-kerana adanya aku kerana Dia ada. Dia yang jadikan aku.
Dia memerhatikan aku.

(terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku kehidupan dan peluang-peluang yang ada di dalamnya untuk ke syurga)

Bagaimana meraih syurga?
- Cari keredhaanNya

Bagaimana?
-usaha

Usaha itu susah, kadang kala berhasil, kadang kala tidak
-Redha Allah hanya perlukan usaha,bukan hasil yang maujud pada realiti material, tapi maujud pada qudrah dan iradahnya.

Usaha itu tetap susah kerana di dalamnya mengandungi pelbagai kesukaran.
- syurga Allah bukan murah. Perlu dibeli dengan usaha. Matawangnya ialah pahala..

Bagaimana boleh tahu kita mampu berusaha atau tidak?
- Allah memberikan kehidupan, Allah memi njamkan qudrah dan iradahnya kepada kita dan Allah tidak menjadikan penghalang kepada usaha kita melainkan kemudahan semata-mata. Kita tidak cacat angota, dikurniakan biah yang selamat tanpa halangan yang berat, dikelilingi ilmu-ilmu dan sumber ilmu yang mudah.

Bagaimana untuk mengahadapi kesukaran dengan jayanya
- kamu perlu CINTA, dengan Cinta kamu mampu.ia diiringi takut.

Cinta?
-Kamu perlu cintakan Allah.

Bagaimana?
- Dengan menyedari bahawa Allah mencintaimu.

Tidak!! Aku hina. Bagaimana aku layak dicintai.
- Kamu tidak yakin dengan janji Allah

Bagaimana untuk yakin?
- kenali diri kamu, rasai kelemahan kamu. Maka kamu akan mengenali dan merasai kebesaran Allah itu. Apabila kamu merasai, barulah kamu meyakini kata-kata dan janjinya.

( Ya Allah... kenalkan diri hamba dengan kelemahan diri hamba ini..)

Aku lemah..adakah Allah mencintaiku?
- jangan bertanya adakah Allah itu mencintaimu.. Tapi tanyalah dirimu adakah kamu itu MENYEDARI bahawa kamu dicintaiNya? Allah sesuai dengan ’siapa dia yang diberitakan pada hambanya’ -Ar rahman..Ar Rahim.

Kamu adalah makhluk Allah yang paling sempurna.

Di sisi makhluk2 Allah, Malaikat yang diperintahkan sujud kepadamu kerana kedudukanmu hebat di sisi Allah. Kamu dilantik menjadi ketua(khalifah) kerana malaikat, jin, binatang atau syaitan sebagai makhluk yang lain tidak layak mendapat taklifan itu.


Di sisi manusia, kamu sempurna kerana tidak ada cacat celanya pada anggotamu, masih muda, masih mempunyai peluang yang banyak secara adatnya, ilmu2 disekitarmu, guru-guru mengelilingimu, sumber2 ilmu di merata-rata, kamu dikurniakan harta sebagai rezki yang lebih berbanding manusia lain, kamu tidak punya halangan yang berat, kamu punya sahabat yang tidak menentang, kamu punya sahabat yang menyokong dan kamu punya biah jihad yang terhampar luas. Maka..Usahakanlah tanpa penat jemu,Tinggalkan sikap berlemah diri. Bersyukurlah..Jadikan Allah teman akrabmu, harapannmu, cintamu, matlamat hidupmu, tujuan hidupmu.

Jemputan ke Akademi Dakwah


































Tentatif Program Madrasah Aktivis Umat (MAD’U) @ Akademi Dakwah 2009
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dengan Kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang(PUMPP)

30 Dis 09


- Pengenalan dan Taaruf
- Pandangan Alam Tentang Perspektif Islam
- Pengantar Gerakan Islam Sg. Dua, Pulau Pinang

1 Dis 09


Serangan Pemikiran Islam Liberal & Isu-isu Syariah
-Pengenalan Pemikiran-pemikiran Islam
- Islam & Pemikiran (LDK)
- Apa itu Liberalisma?
- Peranan pemuda mendepani dakyah-dakyah sesat

2 Dis 09


Sistem Pendidikan Islam
- Falsafah Disebalik Sistem Pendidikan Islam
- Menyelongkar Isu-isu Pendidikan Semasa
- Kajian Kes (LDK)
- Halatuju Sistem Pendidikan Negara





3 Dis 09
Konflik Umat Islam Global
- Pembahagian Isu Umat Islam Antarabangsa
- Merungkai Permasalahan Umat Islam Sedunia, Peranan Individu Muslim
- Kajian Kes: Memahami Realiti Sebenar Krisis Selatan Thai
- Plan Tindakan Krisis Selatan Thai (LDK)



4 Dis 09
Sosio Ekonomi Umat Islam
- Pengenalan Sistem Ekonomi Islam, Perbezaannya Dengan Kapitalisma dan Sosialisma
- Kajian Kes Isu Perkampungan Melayu dan Tanah Wakaf: Turun Lapangan ke Tg. Tokong & Kg. Makam.



5 – 6 Dis 09
Masyarakat Orang Asli dan Anak Yatim
- Permasalahan dan Aktiviti Dakwah Orang Asli di Malaysia
- Permasalahan Anak Yatim Di Malaysia
- Turun Lapangan ke Perkampungan Orang Asli Kuala Mu Perak -





7 – 9 Dis 09
Alam Sekitar dan Kepenggunaan
- Isu Alam Sekitar Di Malaysia
- Erti Pembangunan Sebenar
- Islam Dan Ekologi
- Kajian Kes: Pembangunan Vs Kuari Jerai
- Bagaimana Mengadu Dan Mendapatkan Hasil
- Story Of Stuff
- Turun Lapangan: Soal selidik Isu Alam Sekitar dan Strategi Tupperware.





10 – 11 Dis 09
Permasalahan Sosial
- Situasi Permasalahan Sosial Negara
- Pengenalan Dakwah Lapangan Dan Pemetaan Komuniti
- Strategi Hemoi dan Kaunseling Lapangan
- Turun Lapangan: Isu Gam, Arak, Pusat Hiburan, Mat Rempit, Dadah dan Pergaulan Bebas.
- Membuat Laporan dan Bantahan





12 Dis 09 Penulisan
- Membina Asas Penulisan
- Bagaimana Menganalisa Isu
- Bagaimana Menulis Artikel?
- Bagaimana Menulis Di Akhbar?





13 Dis 09
Resolusi dan Perancangan Gerak Kerja
- Satu Dunia Baru
- Bergerak Dalam Satu Angkatan
- Strategi Masa Depan

Friday, November 6, 2009

PROFESIONALISMA PERGURUAN

PENULIS NOTA: NOOR ATIEQAH BT MOHD NOR< PISMP PAI 2 SEM 6 ^-^
( P/s :pembaca bebas menyalin untuk manfaat bersama, terima kasih kepada penulis dan penumbang nota ini)


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

PERINGKAT PERTAMA
Ÿ Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin :-
Ÿ Dar al-Arqam :-
- rumah Arqam bin Abi Arqam
- Ilmu : mengajar wahyu
- Pendekatan : Menghafal, menghayati, mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran

Ÿ Masjid :-
- tempat ibadah, penyebaran dakwah dan Ilmu Islam serta tempat menyelesaikan masalah.
- tempat penemuan duta-duta asing.
- tempat pertemuan pemimpin Islam.
- Tempat bersidang dan madrasah.

Ÿ Masjid Quba’:-
- Institusi Pendidikan : mengajar, memberi khutbah dlm bentuk halaqah.

Ÿ As-suffah :-
- ruang atau bangunan surau yg bersambung dgn masjid.
- sesi p&p dilakukan secara teratur & sistematik.

Ÿ Kuttab :-
- ditubuhkan oleh orang Arab.
- memberi pendidikan kpd kanak-kanak peringkat rendah.
- mengajar kemahiran asas membaca & menulis.
- diajar oleh guru sukarela.


PERINGKAT KEDUA

Ÿ Zaman Umayyah (662-759 M) & Abbasiyah (781- 1258 M)

- pendidikan diperkembangkan.
- Pendidikan mendapat dorongan & galakan dr pemerintah.
- institusi pendidikan tinggi & lanjutan mula diperkenalkan sehingga melahirkan golongan sarjana & cerdik pandai.

Ÿ Manazil Ulama’ & Istana

- Rumah Ibnu Sina
- Rumah Muhammad Ibnu Tahir Bahrom
- Rumah Abu Sulayman.
- Istana khalifah turut dijadikan tempat pengembangan ilmu.

Ÿ Perpustakaan / Maktabah

- Umum : didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid di kota Baghdad.
- dikenali sebagai Baitul Hikmah
- berfungsi sbg gedung ilmu dr pelbagai bahasa spt Yunani, Parsi, Hindu, Latin dan sbgnya.


PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

SEBELUM

INSTITUSI
- Institusi Rumah Imam / Guru
- Institusi Pondok
- Institusi Madrasah
- Institusi Sekolah
- Bangunan : surau / masjid & bangunan tambahan


KURIKULUM
- Al-Quran
- Fiqh
- Sirah
- Faraid
- Arab
- Ulum


TENAGA PENGAJAR
- Lepasan Pondok
- Lepasan Universiti Timur Tengah


SUMBER KEWANGAN
- Derma masyarakat
- Sumbangan Masyarakat


SELEPAS

INSTITUSI
Sekolah Kebangsaan Agama
- Sekolah Agama Negeri
- Sekolah Agama Rendah
- Fakulti Islam
- Maktab / Kolej
- Bangunan : Insfrastruktur lengkap.


KURIKULUM
- Mata Pelajaran Sekolah
- Sistem Peperiksaan / penilaian
- Pendidikan teratur & sistematik.


TENAGA PENGAJAR
- Kelulusan Institusi Pengajian tinggi dr Timur Tengah.
- Lepasan maktab & universiti tempatan.


SUMBER KEWANGAN
- Bentuk kewangan kerajaan
- Sumbangan Masyarakat.


KONSEP DAKWAH

Pengertian :

panggilan, seruan, undangan

Istilah :

”seru & ajak manusia melakukan kebaikan & menuruti petunjuk & melarang perbuatan mungkar yg dilarang oleh Allah & RasulNya.”

Syeikh al-Mahfuz :

”membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan & bimbingan, amar ma’ruf nahi mungkar semoga beroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat.”

Dakwah adalah sunnah para nabi menyeru kepada ”subul salam’ (jalan kebahagiaan), menunjukan jalan yg lurus sehingga manusia menerima seruan Allah dan RasulNya.

Dakwah bermula dari hati yg sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu utk menyeru manusia kepada Allah sehingga mengikut jejak langkah Rasulullah saw.

Hukum : 1. wajib :-

- dari sudut prinsip : dakwah kewajipan Rasulullah, kewajipan Rasulullah menjadi kewajipan umat.

”Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” _al-Ahzab :21

- dari sudut fiqh : ”Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir.” al-Maidah : 67

Hukum : 2. Fardhu Kifayah :

apabila ada seseorang selesaikan masalah, gugur dosa dari semua.

Namun, apabila ada orang buat kerja dakwah tetapi masalah belum sempurna, jadi dakwah masih wajib atas semua mukallaf.

Tujuan Dakwah :-

Ÿ Ubah pandangan hidup
Ÿ Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya
Ÿ Amar ma’ruf nahi mungkar.
Ÿ Memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Uslub Dakwah :-

Ÿ Pastikan penyakit dan penawar
Ÿ Hapuskan syubhat
Ÿ Targhib dan tarhibTarbiyyah dan ta’lim.

Pengurusan Implikasi Dakwah Terbaik

Ÿ Memanfaat n mengembangkan usul dakwah
Ÿ Terima dan hormat mad’u sebagai aset agama , bangsa dan negara.
Ÿ Gerak dan sumbangkan bakti ut pembangunan ummah.
Ÿ Bina program yg terancang dan sesuai ;-

- sistem maklumat mad’u.
- latihan dan kursus terancang
- penglibatan yag aktif
- ubah, ganti dan pelbagaikan teknik dakwah.
- Betulkan tanggapan dan persepsi tentang dakwah.

Strategi Memperasakan Dakwah :-

- mantapkan pengurusan dakwah disemua peringkat
- menganggotai & meneraju organisasi dakwah.
- menyokong & iktiraf pemimpin
- kuasai media sebagai wadah dakwah
- menjadi penulis, pencinta atau penggiat media
- menjadi perunding atau penggiat agama
- membina hubungan rapat dgn institusi dakwah.
- membuat perancangan strategik dan ’blue print” dakwah.

Teknik Dakwah ;-

- lisan
- kitabah
- hal



Perkara yg membantu keberkesanan dakwah :-

- perancangan strategi
- sokongan pelbagai pihak
- dana kewangan
- bijak mengambil peluang

Kemahiran & Pendekatan Dakwah :-

- Ilmu yg mendalam
- Imej diri yg menarik
- Nasihat & gaya bahasa berhikmah


Cabaran & Rintangan Dakwah :-

- Cabaran :-

Ÿ Kurang memahami fikrah dakwah
Ÿ Kekangan masa
Ÿ Daya kepimpinan
Ÿ Suasana persekitaran
Ÿ Sokongan masyarakat
Ÿ Pengaruh globalisasi

- Rintangan :-

Ÿ Nafsu syaitan
Ÿ Mengejar keduniaan (hubbud dunia)

KONSEP DAKWAH DALAM PENDIDIKAN

1. Definisi dakwah
Dari Sudut Bahasa

- satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal.

Perkataan “DAKWAH” berasal daripada perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara.Dari Segi Istilah
Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.


2. Kewajipan Berdakwah

Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas.
Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu.

Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.


3. Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim” (Fushilat; 33)Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.


4. Methodologi Dakwah

- Tanpa kekerasan

Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)
Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya.

- Hikmah

Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.

- Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)

Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

- Berdialog Dengan Cara Yang Baik

Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.

5. Dakwah Dalam Pendidikan

1. Dakwah sebagai tabligh.

Tabligh artinya menyampaikan, orangnya disebut muballigh. Dakwah sebagai tabligh wujudnya adalah muballigh menyampaikan dakwah (ceramah) kepada masyarakat. Dakwah dalam bentuk keterangan, informasi, ajaran, seruan atau gagasan.

2. Dakwah Sebagai Ajakan. Orang akan tertarik kepada ajakan jika tujuannya menarik.

Oleh karena itu da’i harus bisa merumuskan tujuan kemana masyarakat akan diajak. Ada dua tujuan, makro dan mikro. Tujuan makro cukup jelas yaitu mengajak manusia kepada kebahagiaan dunia akhirat. Da’i dan muballigh pada umumnya tidak pandai merumuskan tujuan mikro, tujuan jangka pendek yang mudah terjangkau, yang menarik hati masyarakatnya.

3. Dakwah sebagai pekerjaan menanam.

Berdakwah juga mengandung arti mendidik manusia agar mereka bertingkahlaku sesuai dengan nilai-nilai Islam. Mendidik adalah pekerjaan menanamkan nilai-nilai ke dalam jiwa manusia. Nilai-nilai yang ditanam dalam dakwah adalah keimanan, kejujuran, keadilan, kedisiplinan, kasih sayang, rendah hati dan nilai-akhlak mulia lainnya. Guru di sekolah (dan lembaga pendidikkannya) adalah da’i yang berdakwah berupa menanam.Guru yang da’i adalah guru yang mampu menjadi pendidik, bukan guru yang sekadar menjadi pengajar. Pengajar hanya menyampaikan pengetahuan, sedangkan pendidik mengubah pola tingkah laku atau kebudayaan.

4. Dakwah berupa pekerjaan membangun.

Secara makro dakwah juga bermakna membangun, membangun apa? Sebagaimana dicontohkan dalam sejarah, dakwah juga boleh dimaksudkan untuk membangun tata dunia Islam (daulah Islamiyah), lebih kecil lagi membangun negara Islam (nasional), lebih kecil lagi membangun masyarakat Islam atau Islami, dan lebih kecil lagi membangun komuniti Islam.

6. Kesan Dakwah

- Melahirkan semula insan muslim, mukminin, muhsinin, muttaqin melalui pentarbiyahan berasaskan manhaj amal yang pernah melahirkan generasi pertama.
- Memperbaiki keluarga-keluarga muslim agar menjadikan objektif Islam sebagai objektif dalam sistem hidup kekeluargaan mereka.
- Membina semula masyarakat berasaskan tanggungjawab kemasyarakatan yang di asaskan atas dasar Islam.
- Menyatukan semua umat Islam ini dalam organisasi yang meletakkan wala’ hanya kepada Allah dan rasulnya dan berusaha membebaskan diri daripada cengkaman ideologi dan sistem kerajaan jahiliah.
- Melahirkan organisasi Islam yang akhirnya merubah dan mengislah seluruh sistem kerajaan sekular agar menjadi Islam sebagai asas kepada seluruh sistem ada.
- Membentuk Pertubuhan Negara-negara Islam dan melantik khalifah kepada ummah
- Menerajui dunia dengan globalisasi Islam yang membawa Rahmat kepada alam sejagat


PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM


Umum mengetahui tugas seorang guru Pendidikan Islam memang menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya .Menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan , menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidakkah ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah?

Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim).Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.


Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.


Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.


Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.
Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang.
Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4)

Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat.


Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran
Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN

Ÿ Surah Al-Baqarah 1-5 surah al-baqarah ayat 1-5 ini sangat dalam pesan moralnya, dimana kalaulah dikaitkan dengan tujuan pendidikan itu sendiri dapat penulis simpulkan sebagai berikut:

1. Menambah ketaqwaan manusia pada Allah
2. Agar manusia mempercayai akan keberadaan Allah
3. mewujudkan manusia yang banyak beramal shaleh
4. Mewujudkan manusia yang percaya akan hari akhir
5. Mewujudkan kesuksesan dalam hidup.


Ÿ Surah Ali Imran ayat 138-139 Pada ayat 138 dalam surah Ali Imran ini mengandung pesan-pesan yang sangat jelas, bahwa al-Qur’an secara keseluruhan adalah penerangan yang memberi keterangan dan menghilangkan kesangsian serta keraguan bagi manusia, atau dengan kata lain ayat ini memberikan informasi tentang keutamaan al-Qur'an yang mengungkap adanya hukum-hukum yang mengatur kehidupan masyarakat.


Pada ayat 139 ini membicarakan tentang kelompok pada perang uhud. Pada perang uhud mereka tidak meraih kemenangan bahkan menderita luka dan poembunuhan, dan dalam perang badar mereka dengan gemilang meraih kemenangan dan berhasil melawan dan membunuh sekian banyak lawan mereka, maka itu merupakan bagian dari sunnatullah. Namun demikian, apa yang mereka alami dalam perang uhud tidak perlu menjadikan mereka berputus asa. Karena itu, janganlah kamu melemah menghadapi musuhmu dan musuh Allah, kuatkan jasmanimu dan janganlah (pula) kamu bersedih akibat dari apa yang kamu alami dalam perang uhud, atau peristiwa lain yang seupa, kuatkanlah mentalmu. Mengapa kamu lemah atau bersedih padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya) di sisi Allah, di dunia dan di akherat. Di dunia kamu memperjuangkan agama Allah itulah sebuah kebenaran, di akherat kamu mendapatkan surga Allah. Ini jika kamu orang-orang mukmin, yakni benar-benar keimanan telah mantap dalam hatimu.

Bila kita kaitkan dengan tujuan dari pendidikan itu sendiri dapat kita ketahui sebagai berikut
1. Mewujudkan bimbingan pada manusia agar tidak binasa dengan hukum-hukum alam
2. Mewujudkan kebahagiaan pada hambanya
3. menjadikan manusia yang intelek dan mempunyai derajat yang tinggi
Ÿ Surah al-Hajj: 41
"(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan shalat, menunaikan Zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan ". (QS. 22:47)
Ayat di atas mencerminkan sekelumit dari ciri-ciri masyarakat yang diidamkan Islam, kapan dan di manapun, dan yang telah terbukti dalam sejarah melalui masyarakat Nabi Muhammad SAW dan para sahabat beliau.

Kaitannya dengan tujuan pendidikan sebagai berikut
1. Mewujudkan seorang yang selalu menegakkan kebenaran dan mencegah kemunkaran
2. Mewujudkan manusia yang selalu bertawaqqal pada Allah

Ÿ Surah al-Kahf: 66
Musa berkata kepada Khidhr "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu" (QS. 18: 66)
Dalam pertemuan kedua tokoh pada ayat ini diceritakan Nabi Musa yang terkesan banyak menanyakan sesuatu kepada salah satu hamba Allah yang memiliki ilmu khusus. Sementara jawaban dari orang tersebut menyatakan bahwa Nabi Musa tidak akan sanggup untuk sabar bersamanya. Dan bagaimana Nabi Musa dapat sabar atas sesuatu, sementara ia belum menjangkau secara menyeluruh beritanya.

Ucapan hamba Allah ini, memberi isyarat bahwa seorang pendidik hendaknya menuntun anak didiknya dan rnemberi tahu kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi dalam menuntut ilmu, bahkan mengarahkannya untuk tidak mempelajari sesuatu jika sang pendidik mengetahui bahwa potensi anak didiknya tidak sesuai dengan bidang ilmu yang akan dipelajarinya.

Ÿ Surah asy-Syu'ara: 214

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" QS. 26: 214)
Demikianlah ayat ini mengajarkan kepada rasul SAW dan umatnya agar tidak pilih kasih, atau memberi kemudahan kepada keluarga dalam hal pemberian peringatan. Ini berarti Nabi Muhammad SAW dan keluarga beliau tidak kebal hukum, tidak juga terbebaskan dari kewajiban. Mereka tidak memiliki hak berlebih atas dasar kekerabatan kepada rasul SAW, karena semua adalah hamba Allah, tidak ada perbedaan antara keluarga atau orang lain. Bila ada kelebihan yang berhak mereka peroleh, maka itu disebabkan karena keberhasilan mereka mendekat kepada Allah dan menghiasi diri dengan ilmu serta akhlak yang mulia.

Ÿ Surah al-Ankabut: 19-20
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali).Sesungguhnya.yang demikian itu mudah bagi Allah. (QS. 29: 19)
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya.Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (QS 29: 20)
Dari ayat tersebut di atas (al-Ankabut: 20) memerintahkan untuk melakukan perjalanan, dengannya seseorang akan menemukan banyak pelajaran berharga baik melalui ciptaan Allah yang terhampar dan beraneka ragam, maupun dari peninggalan lama yang masih tersisa puing-puingnya. Pandangan kepada hal-hal itu akan mengantarkan seseorang yang menggunakan akalnya untuk sampai kepada kesimpulan bahwa tidak ada yang kekal di dunia ini, dan bahwa di balik peristiwa dan ciptaan itu, wujud satu kekuatan dan kekuasaan Yang Maha Besar lagi Maha Esa yaitu Allah SWT:



PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM HADIS
Metode Keteladanan.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا.

Artinya: Hadis dari Abdullah ibn Yusuf, katanya Malik memberitakan pada kami dari Amir ibn Abdullah ibn Zabair dari ‘Amar ibn Sulmi az-Zarâqi dari Abi Qatadah al-Anshâri, bahwa Rasulullah saw. salat sambil membawa Umâmah binti Zainab binti Rasulullah saw. dari (pernikahannya) dengan Abu al-Ash ibn Rabi’ah ibn Abdu Syams. Bila sujud, beliau menaruhnya dan bila berdiri beliau menggendongnya. (al-Bukhari, 1987, I: 193)
Pendidik itu besar di mata anak didiknya, apa yang dilihat dari gurunya akan ditirunya, karena anak didik akan meniru dan meneladani apa yang dilihat dari gurunya, maka wajiblah guru memberikan teladan yang baik


Metode perumpamaan
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ يَعْنِي الثَّقَفِيَّ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ الْعَائِرَةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ تَعِيرُ إِلَى هَذِهِ مَرَّةً وَإِلَى هَذِهِ مَرَّةً .

Artinya; Hadis dari Muhammad ibn Mutsanna dan lafaz darinya, hadis dari Abdul Wahhâb yakni as- Śaqafi, hadis Abdullah dari Nâfi’ dari ibn Umar, Nabi saw. bersabda: Perumpamaan orang munafik dalam keraguan mereka adalah seperti kambing yang kebingungan di tengah kambing-kambing yang lain. Ia bolak balik ke sana ke sini. (Muslim, IV: 2146)
Perumpamaan dilakukan oleh Rasul saw. sebagai satu metode pembelajaran untuk memberikan pemahaman kepada sahabat, sehingga materi pelajaran dapat dicerna dengan baik. Matode ini dilakukan dengan cara menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, mendekatkan sesuatu yang abstrak dengan yang lebih konkrit. Perumpamaan yang digunakan oleh Rasulullah saw. sebagai satu metode pembelajaran selalu syarat dengan makna, sehinga benar-benar dapat membawa sesuatu yang abstrak kepada yang konkrit atau menjadikan sesuatu yang masih samar dalam makna menjadi sesuatu yang sangat jelas.


Metode pujian/memberi kegembiraan.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلُنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ.

Artinya: Hadis Abdul Aziz ibn Abdillah katanya menyampaikan padaku Sulaiman dari Umar ibn Abi Umar dari Sâ’id ibn Abi Sa’id al-Makbârî dari Abu Hurairah, ia berkata: Ya Rasulullah, siapakah yang paling bahagia mendapat syafa’atmu pada hari kiamat?, Rasulullah saw bersabda: Saya sudah menyangka, wahai Abu Hurairah, bahwa tidak ada yang bertanya tentang hadis ini seorangpun yang mendahului mu, karena saya melihat semangatmu untuk hadis. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku ada hari Kiamat adalah orang yang mengucapkan ”Lâilaha illa Allah” dengan ikhlas dari hatinya atau dari dirinya.(al-Bukhari, t.t, I: 49)


Metode pemberian hukuman.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ بَكْرِ بْنِ سَوَادَةَ الْجُذَامِيِّ عَنْ صَالِحِ بْنِ خَيْوَانَ عَنْ أَبِي سَهْلَةَ السَّائِبِ بْنِ خَلَّادٍ قَالَ أَحْمَدُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا أَمَّ قَوْمًا فَبَصَقَ فِي الْقِبْلَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْظُرُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ فَرَغَ لَا يُصَلِّي لَكُمْ….

Artinya: Hadis Ahmad ibn Shalih, hadis Abdullah ibn Wahhab, Umar memberitakan padaku dari Bakr ibn Suadah al-Juzâmi dari Shâlih ibn Khaiwân dari Abi Sahlah as-Sâ’ib ibn Khallâd, kata Ahmad dari kalangan sahabat Nabi saw. bahwa ada seorang yang menjadi imam salat bagi sekelompok orang, kemudian dia meludah ke arah kiblat dan Rasulullah saw. melihat, setelah selesai salat Rasulullah saw. bersabda ”jangan lagi dia menjadi imam salat bagi kalian”… (Sijistani, t.t, I: 183).

Pendidikan yang terlalu lunak akan membentuk pelajar kurang disiplin dan tidak mempunyai keteguhan hati. Hukuman tersebut dapat dilakukan dengan tahap berikut, dengan teguran, kemudian diasingkan dan terakhir dipukul dalam arti tidak untuk menyakiti tetapi untuk mendidik.




ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW SEBAGAI PENDIDIK
Sebahagian tulisan ini kami petik dari karya Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah yang berjudul ar-Rasul al-Muallim ( Rasul Sebagai Seorang Guru ) diolah sempena hari guru 2007

Ÿ Meneladai Dari Insan Yang Terpuji
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh yang terpuji, bagi sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat”

Ÿ Rasul Adalah Seorang Guru Dan Pendidik
Pada suatu hari Rasulullah keluar dari bilik dan masuk ke dalam masjid, di dalamnya terdapat dua kelompok, satu kelompok membaca al-Quran dan berdoa sementara kelompok yang lain pula sedang dalam majlis pengajian, mengajar dan belajar. Lalu baginda bersabda: Kedua-dua kelompok adalah baik. Golongan pertama membaca al-Quran dan berdoa, sekiranya Allah menghendaki nescaya dikabulkan doa-doa mereka atau tidak mengabulkannya. Manakala golongan kedua pula mengajar dan belajar, dan sesugguhnya aku diutuskan sebagai guru yang mendidik, lantas baginda duduk bersama mereka.Sesugguhnya al-Quran telah menyatakan bahawa baginda merupakan pendidik kepada seluruh manusia. Walaupun baginda sendiri seorang yang ummi ( tidak mampu membaca ) dan tidak mempunyai pengajian yang formal tetapi baginda diajar secara langsung dari Allah Taala melalui perantaraan Jibril alaihi salam

Ÿ Dari Didikan Baginda Lahirlah Peribadi-peribadi Yang Unggul.

Sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupkan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah baginda menyampaikan mesej dakwah dan menyerapkan method-method yang mampu menarik perhatian seluruh manusia. Dan inilah bukti yang cukup ampuh dan kukuh bahawa baginda merupakan pendidik dan guru yang terunggul. Jika perbandingan dibuat dengan pendidik-pendidik lain maka siapakah yang berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi unggul yang mengikutinya. Dengan itu ulama pernah berkata:
"Seandainya Rasulullah tidak mempunyai satu mukjizatpun melainkan para sahabat yang mengikuti tarbiyah pendidikan baginda maka sudah memadai untuk membuktikan kenabian baginda” Keunggulan didikan baginda sehingga melahirkan sejumlah peribadi-peribadi yang unngul yang mencontohi baginda seakan-akan sebuah mukjizat yang perlu diakui oleh sejarah. Tidak ada satu insanpun di dunia ini yang diikuti, dicontohi dan disayangi seperti Rasulullah sallallah alaihi wasallam.


Ÿ Berlaku Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu.

Antara sifat Rasul sebagai guru ialah menyampaikan. Baginda tidak pernah menyembunyikan kebenaran dan hak. Lantaran itu baginda pernah berpidato pada suatu hari: Baginda memuji Allah Taala dan kemudian menyebut tentang suatu kaum dan memuji mereka seraya bersabda:
"Mengapakah sebahagian kaum tidak mengajar jiran-jiran mereka? Dan menyedarkan mereka? Tidak menyuruh berbuat baik dan tidak pula mencegah dari kemungkaran? Dan mengapa pula sebahagian kaum yang lain tidak belajar dari jirannya? Dan tidak juga mengambil peringatan dari mereka? Demi Allah Taala, sesuatu kaum mestilah mengajar jirannya,memberi peringatan kepada mereka, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau nescaya akan dipercepatkan azab di dunia lagi! "

Ÿ Sifat Wajib bagi Rasul
sifat utama beliau adalah shidhhiq, amanah, tabligh dan fathanah yang kemudian dirinci dalam beberapa ayat Al Qur’an seperti

“merasa berat atas penderitaan orang lain, sungguh-sungguh mengajak orang lain untuk menjadi baik, sangat kasih dan sayang” (Q.S. At Taubah: 128).

Beliau tidak pernah bertindak kasar, tetapi selalu pemaaf memintakan ampunan, siap bermusyawarah, tawakal dan tidak pernah berhianat. (Q.S. Ali Imran: 159-161).

Beliau adalah uswah hasanah (teladan yang baik), rahmatan lil ‘alamin (kasih sayang kepada segenap alam), selalu memulai segala perintah dan prilaku baik dengan dirinya sendiri dan menyampaikan sesuatu sesuai dengan kadar kemampuan orang yamg dididik. Itulah sebagian prinsip pendidikan yang beliau terapkan.

Ÿ Teguran dan nasihat

Ada beberapa petunjuk yang beliau ajarkan: lakukan pendidikan dengan hikmah, kebijaksanaan, nasihat dan diskusi yang baik (Q.S. An Nahl: 125),

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Ÿ Perbetulkan kesalahan

63. mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

Ÿ Komitmen dan berpendirian

Guru perlu memberi komitmen dalam pendirian yang benar, tidak mengikuti hawa nafsu, adil dan menunjukkan identitas Muslim (Q.S. Asy Syu’ara: 15,)

15. Allah berfirman: "Jangan! jangan fikir (akan berlaku apa Yang Engkau bimbangkan itu)! oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); Sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

Ÿ merasa rendah diri

63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

Dari Anas r.a ia berkata, “Bahawa apabila Rasulullah s.a.w berjabat tangan atau ada orang mengajaknya berjabat tangan, maka baginda tidak melepaskan tangannya terlebih dahulu. Apabila berhadapan wajah, baginda tidak mengalihkan wajahnya sehinggalah orang yang berhadapan dengan baginda mengalihkannya terlebih dahulu. Dan bahagian hadapan lututnya tidak akan kelihatan ketika duduk berhadapan dengan seseorang.” (Dirawayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Ÿ Tidak berputus asa

87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".

KAEDAH PENYAMPAIAN RASULULLAH SAW

Metode soal jawab
Artinya: Hadis Qutaibah ibn Sa’id, hadis Lâis kata Qutaibah hadis Bakr yaitu ibn Mudhar dari ibn Hâd dari Muhammad ibn Ibrahim dari Abi Salmah ibn Abdurrahmân dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw. bersabda; Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di depan pintu salah seorang di antara kalian. Ia mandi di sana lima kali sehari. Bagaimana pendapat kalian? Apakah masih akan tersisa kotorannya? Mereka menjawab, tidak akan tersisa kotorannya sedikitpun. Beliau bersabda; Begitulah perumpamaan salat lima waktu, dengannya Allah menghapus dosa-dosa. (Muslim, I: 462-463)
Metode bertanya ini untuk mengajak si pendengar agar fokus dengan pembahasan. Misalnya kata; ”bagaimana pendapat kalian?” adalah pertanyaan yang diajukan untuk meminta informasi.
Metode soal jawab, perbincangan antara dua orang atau lebih, dalam perbincangan tersebut mempunyai tujuan dan topik tertentu. Metode dialog berusaha menghubungkan pemikiran seseorang dengan orang lain, serta mempunyai manfaat bagi pelaku dan pendengarnya.(an-Nahlawi, 1996: 205).

Metode Pengulangan.
Artinya: Hadis Musaddad ibn Musarhad hadis Yahya dari Bahzâ ibn Hâkim, katanya hadis dari ayahnya katanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: Celakalah bagi orang yang berbicara dan berdusta agar orang-orang tertawa. Kecelakaan baginya, kecelakaan baginya. (As-Sijistani, t.t, II: 716).

Rasulullah saw. mengulang tiga kali perkataan ”celakalah”, ini menunjukkan bahwa pembelajaran harus dilaksanakan dengan baik dan benar, sehingga materi pelajaran dapat dipahami dan tidak tergolong pada orang yang merugi.Satu proses yang penting dalam pembelajaran adalah pengulangan/latihan atau praktik yang diulang-ulang. Baik latihan mental dimana seseorang membayangkan dirinya melakukan perbuatan tertentu maupun latihan iaitu melakukan perbuatan secara nyata merupakan alat-alat bantu ingatan yang penting. Latihan mental, mengaktifkan orang yang belajar untuk membayangkan kejadian-kejadian yang sudah tidak ada untuk berikutnya bayangan-bayangan ini membimbing latihan motorik.
Proses pengulangan juga dipengaruhi oleh taraf perkembangan. Metode pengulangan dilakukan Rasulullah saw. ketika menjelaskan sesuatu yang penting untuk diingat para sahabat.



Metode diskusi
Artinya: Hadis Qutaibah ibn Sâ’id dan Ali ibn Hujr, katanya hadis Ismail dan dia ibn Ja’far dari ‘Alâ’ dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. bahwasnya Rasulullah saw. bersabda: Tahukah kalian siapa orang yang muflis (bangkrut)?, jawab mereka; orang yang tidak memiliki dirham dan harta. Rasul bersabda; Sesungguhnya orang yang muflis dari ummatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) salat, puasa dan zakat,. Dia datang tapi telah mencaci ini, menuduh ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah (membunuh) ini dan memukul orang ini. Maka orang itu diberi pahala miliknya. Jika kebaikannya telah habis sebelum ia bisa menebus kesalahannya, maka dosa-dosa mereka diambil dan dicampakkan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke neraka.(Muslim, t.t, IV: 1997)
Penjelasan hadis di atas yaitu Rasulullah saw. memulai pembelajaran dengan bertanya dan jawaban sahabat ternyata salah, maka Rasulullah saw. menjelaskan bahwa bangkrut dimaksud bukanlah menurut bahasa. Tetapi bangkrut yang dimaksudkan adalah peristiwa di akhirat tentang pertukaran amal kebaikan dengan kesalahan. (an-Nawawi, t.t, XVI: 136).



Metode deduktif.
Artinya: Hadis Muhammad ibn Basysyar ibn Dar, katanya hadis Yahya dari Abdullah katanya hadis dari Khubâib ibn Abdurrahman dari Hafs ibn ‘Aśim dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw.bersabda: Tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah di naungan-Nya yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dalam keadaan taat kepada Allah; seorang yang hatinya terikat dengan mesjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah (mereka bertemu dan berpisah karena Allah), seorang yang diajak oleh wanita terpandang dan cantik namun ia berkata ’saya takut kepada Allah’, seorang yang menyembunyikan sadekahnya sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingat Allah dalam kesendirian hingga air matanya mengalir. (al-Bukhari, t.t, I: 234)
Menurut Abi Jamrah, metode deduktif (memberitahukan secara global) suatu materi pelajaran, akan memunculkan keingintahuan pelajar tentang isi materi pelajaran, sehingga lebih mengena di hati dan memberi manfaat yang lebih besar. (an-Andalusi, 1979, I: 97).



Metode demonstrasi
Artinya: Hadis dari Muhammad ibn Muşanna, katanya hadis dari Abdul Wahhâb katanya Ayyũb dari Abi Qilâbah katanya hadis dari Mâlik. Kami mendatangi Rasulullah saw. dan kami pemuda yang sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama (dua puluh malam) 20 malam. Rasulullah saw adalah seorang yang penyayang dan memiliki sifat lembut. Ketika beliau menduga kami ingin pulang dan rindu pada keluarga, beliau menanyakan tentang orang-orang yang kami tinggalkan dan kami memberitahukannya. Beliau bersabda; kembalilah bersama keluargamu dan tinggallah bersama mereka, ajarilah mereka dan suruhlah mereka. Beliau menyebutkan hal-hal yang saya hapal dan yang saya tidak hapal. Dan salatlah sebagaimana kalian melihat aku salat. (al-Bukhari, I: 226)
Metode demonstrasi dimaksudkan sebagai suatu kegiatan memperlihatkan suatu gerakan atau proses kerja sesuatu. Pekerjaannya dapat saja dilakukan oleh pendidik atau orang lain yang diminta mempraktekkan sesuatu pekerjaan. Metode demonstrasi dilakukan bertujuan agar pesan yang disampaikan dapat dikerjakan dengan baik dan benar.
Metode demonstrasi dapat dipergunakan dalam organisasi pelajaran yang bertujuan memudahkan informasi dari model (model hidup, model simbolik, deskripsi verbal) kepada anak didik sebagai pengamat.



ANALISIS SAHSIAH SAHABAT RASULULLAH SAW

Ÿ Saidina Ali Bin Abi Thalib

Sabda Nabi SAW :-

“Saya gedung ilmu dan Ali pintunya. Sesiapa yang hendak menuntut ilmu, maka masuklah melalui pintu itu.”

Kata-kata Hikmah
Sayyidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) pernah berkata: "Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan".
Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
Mengajar adalah belajar.
Penjelasan ungkapan Sayyidina Ali bin Abi Talib, ”Didiklah anak-anak kalian, karena mereka diciptakan pada satu zaman yang berbeda dengan zaman kalian”. Dan implikasinya bagi guru dalam menyusun kurikulum.

Ungkapan Sayyidina Ali bin Abi Talib terhadap pendidikan telah melihat jauh kedepan. Pendidik mendidik anak didik dan pendidikan yang diterimanya dahulu. Hal ini sering terjadi, guru menilai murid seperti ia menilai diri, selain itu kualiti yang diajarkan sepanjang mengajar adalah sama anak didik berbeza masa dan zaman meningkat dari sisi teknologi dan kebudayaan. Paradigma yang kurang tepat ini akan berdampak tersendatnya kualiti pendidikan dan hasil pendidikan yang nampak rendahnya kualiti anak didik serta tidak mendukung kemajuan negara.

Pendidik harus bijaksana, tentang anak didik berbeda dengan masanya. Setiap masa memiliki kemajuan dan pengaruh pada perkembangan anak didik. Selain itu anaka akan mengalami jaman yang berbeda dengan masa pendidik, masa saat pendidikan yang diberikan. Guru harus dapat meramalkan jaman masa depan dimana anak didik dan menyiapakan anak didik untuk hidup dijamannya. Dengan jalan memberikan pendidikan sepanjang hidup dan kemampuan bagaimana belajar. Pendidikan sepanajng hayat meliputi 4 pilar yaitu;

1. Learning to kown to learn.
2. Learning to do.
3. Learning to Live together.
4.Learning to be
.
Bekal ini digunakan anak didik untuk menjadi lebih dewasa dan menentukan tahap berikutnya dan mengembangkan kemampuan untuk belajar mandiri meningkatkan pengetahuannya.


Ÿ Saidina Abu Bakar

Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang

Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W.
"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.
Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.
Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.
Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.
Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Ÿ Saidina Umar al-Khattab
Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al- Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.


Ÿ Saidatina Khadijah al-Khuwailid
# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.
# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Ÿ Saidatina Aishah r.a
Beliau mempunyai ilmu yang luas dalam bidang fiqh, kemasyarakatan dan politik. Beliau menjadi pakar rujuk ilmu hadis, seorang pemidato dan sasterawan. Urwah ibni al Zubir menyifatkan Aisyah wanita paling alim dalam ilmu al-Quran, fiqh, syair dan hadis
Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah.

“Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”Ibn Abdil Bar turut mengatakan,
“Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”.

Urwah bin Zubair juga berkata,
“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,“Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata,
“Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan,
“Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”
Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau.
Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu.
Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf:
‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’
Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.








SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM
- Penampilan diri dan perwatakan
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi:
(a) Sifat Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak
1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Sifat Mental
1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal
1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih






- Sikap terhadap tugas
Sikap guru terhadap pekerjaan:-
- merupakan keyakinan seorang guru mengenai pekerjaan yang diembannya, yang disertai adanya perasaan tertentu, dan memberikan dasar kepada guru tersebut untuk membuat respons atau berperilaku dalam cara tertentu sesuai pilihannya.
- mempengaruhi tindakan guru tersebut dalam menjalankan aktivitas kerjanya. Bilamana seorang guru memiliki sikap positif terhadap pekerjaannya, maka sudah barang tentu guru akan menjalankan fungsi dan kedudukannya sebagai tenaga pengajar dan pendidik di sekolah dengan penuh rasa tanggung jawab.
- dilihat dalam bentuk persepsi dan kepuasaannya terhadap pekerjaan maupun dalam bentuk motivasi kerja yang ditampilkan. Guru yang memiliki sikap positif terhadap pekerjaan, sudah barang tentuakan menampilkan persepsi dan kepuasan yang baik terhadap pekerjaanya maupun motivasi kerja yang tinggi, yang pada akhirnya akan mencerminkan seorang guru yang mampu bekerja secara profesional dan memiliki kompetensi profesional yang tinggi.



- Hubungan Interpersonal
Interpersonal di sini membawa maksud kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat,mempunyai perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain (Gardner,H 1983).
Kemahiran Interpersonal adalah lebih sinonim dengan kemahiran berkomunikasi (Abdullah dan Ainon 2000). Malah kemahiran interpersonal juga turut dikenali sebagai kemahiran individu itu bersosial, bergaul atau berhubung. Antara kebolehan yang terdapat dalam kemahiran interpersonal ialah kebolehan mementingkan nilai murni, berpendirian, dan berminat dalam falsafah (Gardner,H 1983).
Peranan yang dimainkan oleh guru adalah penting dalam usaha membentuk dan mencorak generasi akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh negara. Sebagai penyalur maklumat dan penyampai visi dan misi kerajan guru haruslah mempunyai kemahiran profesional, cekap dan dedikasi di dalam menjalankan tugas mereka ( Mak Soon Sang, 1996 ).

Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dan dengan cara itu, mereka mendapat manfaat daripada pertukaran tersebut. Yusof (1990),
menyatakan bahawa komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan kaedah dan prinsip komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.


- Kepimpinan

Definisi :
1. Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
Ciri pemimpin : pemimpin formal,
Ÿ Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan formal dalam organisasi.
• Disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus maka secara tidak langsung beliau merupakan pemimpin jabatan berkenaan
Pemimpin tidak formal,
• Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial yang terbentuk dalam organisasi.
• Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan melantik seorang pemimpin.
• Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi.
• Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan lain


GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM

- Etika Kerja
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.



1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.[1]
2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.3 Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang
2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi pelajar.
2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.


3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA[2].
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara.
3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
.
4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru


- Kepentingan Nilai dan Etika

Ÿ Garis Panduan
Kod etika telah menyediakan garis panduan bagaimana cara dan kaedah bertingkah laku dalam profesion perguruan. Adalah sangat berguna kepada guru-guru dalam merujuk dan menjadi kod etika sebagai panduan dalam pengamalan tingkah laku yang berlandaskan kehendak profesion perguruan selain daripada Islam sebagai sumber rujukan pembentukan peribadi muslim.

Ÿ Pernyataan yang Jelas
Kod Etika Perguruan telah menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan di mana terdapat empat tanggungjawab utama guru dalam alam pendidikan yang wajib dilaksanakan. Justeru, melalui kod etika, guru telah diperjelaskan mengenai tanggungjawab yang sentiasa akan direnung dan dihayati dalam memastikan perlaksanaan tanggungjawab secara konsisten dan jitu.

Ÿ Khusus dan spesifik
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain yang telah digubal mengikut nila, norma dan budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai keunikkan tersendiri dan ianya khusus untuk profesion perguruan di Malaysia yang harus dibanggakan dan lebih membanggakan jika ianya diamalkan dan dihayati sepenuhnya.

Ÿ Satu Dokumentasi
Kod etika merupakan satu bentuk dokumentasi yang telah digubal oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini dan Kod Etika dalam bentuk dokumen,merupakan satu usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.


Ÿ Peningkatan Profesionalisme
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat bukan untuk membangga diri atau merendahkan profesion lain namun ianya adalah untuk masyarakat sama-sama menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan seterusnya menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Ÿ Amalan Nilai-nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.



PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


- Perjawatan
- Krikulum
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi kandungannya, yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Sebagai satu idea, kurikulum berasal dari perkataan Latin word bermaksud kursus perlumbaan, yang merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman experiences bagaimana kanak-kanak membesar dan baligh menjadi dewasa.
Makna KurikulumKurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti. Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya
[1] Op. cit, Mok Soon Sang, (2003) hlmn 127
[2] Op. cit, Mok Soon Sang, (2003) hlmn 128

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)