07 January 2009

Boikot Produk Israel & Amerika

BOIKIT PRODUK ISRAEL

Harap dpt bersama membantu memboikot barangan Israel ini ... jgn biarkan mereka dgn sewenag wenagnya membunuh sesuka hati mereka. Depa kat sana berjidah dgn nyawa ... kita kat sini tgk je. Mai bersama sama kita menjahanamkan produk mereka ... Insya Allah x matinya jika kita x gunakan barangan mereka ni. Bersama samalah kita menunaikan tangungjawab sesama Islam ... tak pun sesama manusia.
Harap dpt bersama sama berkempen di laman web masing masing ... sama sama kita berjihad

Sumber dari www.kulatenterprise.blogspot.com

En Bahari



Aku rasa masalah nie sumer pernah kena.bezanya ada yang kena teruk,ada yang tak teruk.tapi aku tak tau apa indicator dia yang teruk atau tak..aku nyer rumah memang dalam kategori teruk da..kadang2 rimas aku tengok menatang nie..kalo da banyak2 tue memangler binatang nie kurang ajor,tak dengar cakap..aku tak tau nama saintifik dia apa,tp orang kampung panggil dia bari-bari @ en bahari..dari mana dia datang pun aku tak tau.yang aku tau benda ni telah menyusahkan hidup aku dan ada masanya cendawan aku pun dia kejekan..
Ada org cakap menatang nie memang payah nak bunuh, tapi kita boleh kurangkan/halau diaorg nie,caranya gunakan woodvinegar @ bioplant..semburkan ajer kat bongkah tue,ada pulak yang cakap kena tanam pokok,tp tak tau ler apa jenis atau spesis dia,insyaalah benda nie akan hilang..tapi tak pernah cubapun kaedah nie
So saper2 yang ada penyelesaian bolehlah kita kongsi2kan bersama..

03 January 2009

iNFO 1 - Pinjaman/Loan










Kat sini ada sikit info pada kengkawan yang nak buat loan untuk memperbesarkan lagi projek pertanian khususnya cendawan..kat Malaysia ni banyak agensi atau bank yang bagi pinjaman kat usahawan..yang paling famous skali Agro Bank..tp banyak proses kena lalu..bagi belia bawah 40 tahun boleh amik skim belia-tani..skim ni Kementerian Belia dan Sukan yang handle,AgroBank sebagai chanel bank pembayar jer ngan buat siasatan.interest 4% jer.tp nak buat loan belia tani mesti kena ada paperwork,already project atleast a year running, dan banyak lagi ler..tp yang bestnyer tak ader cagaran,up 15k kena ada penjamin..tue biasalaaa..so kalo ada yang berminat pi tanya KBS negeri masing2..
TEKUN pun ada bagi loan untuk pertanian gaks..syarat dia lebih kurang macam AgroBank, sumer nak paperwork, pastu mesti ada projek, tak payah cagaran..TEKUN yang bestnyer kalo blacklist pun boleh apply..tak ader masalah..loan max sampai 50k..info lebih lanjut pi kat website diorang http://www.tekun.gov.my/
so aku harap info nie dapat menolong kengkawan sekalian untuk memperbesarkan lagi projek cendawan korang..

Akhirnya

Akhirnya ter update jugak blog aku ni..sibuk ngan koje akhir tahun..sumer nak kena settle sblm tutup buku..ni da masuk tahun baru 2oo9 azam cendawan pun mesti baru..mesti nak yang lagi majukan..so banyak citer pasal pertanian khususnya cendawan nak citer nie..tp.......

26 September 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN.
DARIPADA : MOHD AFFENDY BIDIN & ALFIDAH
serta
NUR ADRIANA QISTINA

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI PERINGGITMUSHROOM

19 September 2008

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memberi peluang kepada kita menurunkan berat badan di samping menambahkan amal kebajikan. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila menghadapi juadah makanan. Masalahnya sekarang ramai yang terlupa apabila berhadapan dengan berbagai menu yang pastinya menaikkan nafsu makan lebih dari hari biasa walaupun semasa berpuasa.

Langkah yang boleh dipraktikkan semasa berpuasa ialah dengan menjaga pemakanan seperti :
melebihkan pengambilan sayur-sayuran.
1. banyakan pengambilan buah-buahan
2. minum lebih banyak air samada air jus buah-buahan atau air masak. Sekurang-kurangnya lima liter sehari.
3. Digalakkan berbuka dengan kurma dan air masak.
4. Kita disarankan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat. Bagi yang mahu makan selepas solat terawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi ‘badan’ rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat hadam.

Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika kita bersahur. Jangan sesekali meninggalkan sahur kerana banyak hikmahnya. Kita digalakkan bersahur lewat dan jangan sambung tidur selepas makan. Minum air sebanyak mungkin bermula daripada berbuka hinggalah bersahur. Elakkan minum air yang berkarbonat atau kordial yang mengandungi banyak gula. Jenis makanan berlemak, berminyak dan bersantan perlu dielakkan. Begitu juga dengan kuih muih yang tinggi kalorinya dan juga yang bergoreng. Berikut contoh saranan bagi pemakanan sihat di bulan Ramadhan.

SUMBER DARI www.infosihat.gov.my

17 September 2008

PUASA : ADAT ATAU IBADAT

SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih. Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.

Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat. Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.

Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat. Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat. Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid. Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat. Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata. Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

IMPLIKASI MENGHINA AYAT AL-QURAN

Para ulama telah menyebutkan tentang hukum orang Islam yang menghina dan merendah-rendahkan perkara yang dihormati dalam Islam. Al-Imam Al-Ramli menyebutkan bahawa seseorang itu akan menjadi murtad atau keluar daripada agama Islam apabila dia meletakkan mushaf Al-Quran atau benda-benda yang ditulis dengan nama-nama yang mulia dan dihormati dalam Islam atau benda-benda yang ditulis padanya daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam pada tempat-tempat kotor dan jijik. (Al-Nihayah : 7:416).
Al-Imam Al-Rauyani pula menyatakan bahawa antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam (murtad) ialah apabila benda-benda yang ditulis padanya ilmu-ilmu syariah atau ilmu Islam diletakkan di tempat yang kotor dan jijik, kerana perbuatan-perbuatan sedemikian dengan terang telah menghina dan merendah-rendahkan agama Islam. (Al-Nihayah : 7:416).
Seterusnya Al-Ramli telah menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan seperti meletak Al-Quran di tempat kotor dan jijik dan menyentuh Al-Quran ketika berhadas adalah menjadi tanda atau qarinah yang menunjukkan kepada menghina Al-Quran dan merendah-rendahkan agama.Berdasaran kepada keterangan-keterangan di atas, demi menjaga kesucian agama, kita wajib berwaspada dan bersungguh-sungguh dalam menghormati ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada suratkhabar-suratkhabar, kad-kad jemputan atau seumpamanya. Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir di papan-papan atau umpamanya agar tidak dibuang atau dicampakkan di merata tempat seperti longkang, jalan raya, tong sampah dan tandas. Helai-helai kertas, akhbar, surat-surat dan kad jemputan tersebut janganlah hendaknya dijadikan pembungkus barangan, alas kaki, alas duduk, barang mainan kepada kanak-kanak kecil atau apa-apa juga keperluan yang boleh dikategorikan sebagai menghina ayat Al-Quran.

11 September 2008

Macam-macam Hal..

Salam sejahtera kepada rakan2 sekalian..Sori tak update blog,sebenarnya bukan tak nak update tapi ada masalah serius yang melanda,tp bukan kat umah umah cendawan tapi kat pendrive..
Sori gambar tak clear,tp kalo nak clear klik kat gambar tue,nanti dia jadi besar..
Total saiz pendrive ialah 0.98GB total use ialah 650MB..
Kat sini ler magic bermula,lepas select all total used hanya 1.44MB jer..hilang 648.56MB..Sebenarnya kat dalam pendrive ni ada banyak folder, tp tak leh bukak & tengok..
Pastu sajer jer try nak create folder,memang sah tak boleh create pasal nama folder tue da ada.. Dengan ini boleh diistiharkan bahawa sumer folder lost in action..tak tau macamana nak recover balik..
So kepada rakan-rakan blogger, apa lagi bagitauler mcmana nak settle..pening da kepala pikir nie..