Wednesday, February 27, 2013

::Teman::


Teman,
Tidak mampu untuk ku sembunyikan perasaan ini,
Perasaan yang teramat rindu,
Perasaan yang teramat cinta,
Akan ukhwah ini….

Teman,
Engkau berpura-pura bukan?
Berpura bahagia di depanku,
Berpura gembira di hadapanku…

Sedangkan,
Hatimu sarat dengan kekeliruan,
Hatimu sarat dengan kecelaruan,
Hatimu sarat dengan pencarian…

Pencarian..?
Ya!
Pencarian mencari satu kebenaran,
Pencarian mencari satu tujuan,
Pencarian mencari ketenangan,
Ketenangan yang abadi….

Usah sembunyikan kegelisahanmu,
Melarikan dirimu,
Dengan berseronok bersama duniamu,
Hingga alpa tempat pengakhiranmu,
Syurga yang menantimu,
Mahupun neraka yang akan menelanmu….
Allah, Allah, Allah…

Teman,
Ku bukan sebaik-baik insan,
Untuk menegurmu teman,
Namun,
Ku hanya memberikanmu sentuhan,
Ku hanya memberikanmu pilihan,
Syurga sebagai idaman,
Mahupun,
Neraka sebagai penginapan….

Ayuh teman!
Beramallah!
Beramallah!
Beramallah!
Dengan pilihan yang dibuat….

Moga Allah tuntuni langkah kalian,
Rahmati hidup kalian,
Redhai perjalanan kalian,
Di dunia dan juga di akhirat….

“ Hai orang-orang beriman! Masuklah kalian ke dalam ISLAM SECARA KESELURUHANNYA dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesunggungnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “
(Al-Baqarah : 208)

Uhibbukum fillah wahai teman…
Ku hanya memberikan pilihan….
Selebihnya ada pada tangan kalian….
Salam rindu dan sayang buatmu teman….

Tuesday, February 26, 2013

::Saya::



Dengan nama-Mu Ya Allah,
Ku terus menulis,
Untuk ku luahkan segala rasa hati,
Yang terkadang tidak terluah tatkala ku berdoa,
Ku mengharap redha-Mu Ya Allah,
Tuhan sekalian makhluk….

‘Saya’
Hebat dalam berbicara,
Hebat dalam pertuturan,
Hebat menarik para mad’u,
Hebat membuat program,
Hebat memberi idea,
‘Saya’,
Memang hebat dari pelbagai aspek…
(ditambah pula cantik + comel)

‘Saya’
Pantang ada insan berlari di hadapan,
Pantang melihat ada insan memotong dari belah kanan,
Pasti berusaha memotong mereka-mereka,
Malah!
Gembira melihat mereka-mereka berada di belakang,
Terus-terusan ditinggalkan keseorangan,
‘Saya’,
Hanya berada dengan mereka-mereka yang hebat,
‘Saya’ ‘Saya’ ‘Awak’ ‘Awak’….

‘Saya’
Akan lemah jika mereka tidak mahu mendengar kata ‘saya’,
Akan marah bila ada orang membantah kata-kata ‘saya’,
Akan bangkang kalau ada orang yang menegur ‘saya’,
Akan pangkah kalau ada orang tidak mahu mengambil idea ‘saya’
Senang cerita, ‘saya’ nie nak semua atas kekuasaan ‘saya’
Bahasa budak asrama gila kuasa….

‘Saya’
Hati sudah mula keras menerima teguran,
Sudah merasakan lagi hebat dari para syuyukh,
Sudah merasakan segala tindakan betul,
Sudah membelakangkan naqibah, masulah, akhwat, adik2 terchinta,
Huh!
Itulah ‘saya’….

Tapi sedarkah ‘saya’,
Bahawa mereka-mereka di sana,
Menangis kerana ‘saya’,
Pening kerana ‘saya’,
Serabut kerana ‘saya’...

Mereka-mereka juga,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar diberikan kekuatan,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar dilembutkan hati,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar terus thabat,
Sedang mendoakan ‘saya’ berlari seiringan dengan para akhwat,
Sedang mendoakan ‘saya’ itu dan ini…

Mereka-mereka itu,
Sangat menyayangi ‘saya’,
Sangat menyintai ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka meraikan ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka menegur ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka sanggup meredah lautan api,
Untuk menyelamatkan ‘saya’,
Tidak sedarkan ‘saya’ akan semua itu?!

‘Saya’ ‘saya’ ‘saya’,
Turunkan ego,
Luruskan niat,
Lembutkan hati,
Berdoalah, Berdoalah, Berdoalah….
Agar Allah memperbaiki akhlak ‘saya’...

‘Saya’,
Mereka-mereka tahu,
Bahawa ‘saya’ pun menyayangi mereka-mereka,
Tapi,
Cukuplah ‘saya’,
Melukai hati mereka-mereka,
Dengan sikap ‘saya’ ini….

Monday, February 11, 2013

::Kapal itu::


Bismillah….
Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui,
Tatkala aku sedang menulis coretan ini,
Imanku sedang melemah,
Hatiku berbolak balik,
Air mata menitis….

Ya Allah,
HambaMu yang kerdil ini sedang lemah,
Teramat tenat….
Allahu Allah….
Perit rasa hati ini…

Ukhti,
Kapal itu yang dulunya gah berlayar,
Kapal itu yang dulunya  menampung beban muatan,
Kini sedang dilanda ribut,
Kini sedang dilanda taufan,
Kini sedang melalui saat-saat yang getir,
Ngeri sungguh ku lihat suasana itu….

Ukhti,
Ku lihat kapal itu hampir karam,
Kapal itu seperti ingin membuang segala beban muatan,
Kapal itu sudah tidak berdaya,
Kapal itu seperti tiada kekuatan,
Untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi….

Ukhti,
Kapal itu sedang membuat pilihan,
Untuk terus karam selama-lamanya,
Atau berusaha untuk bangkit dari ombak badai yang menerjah….

Ukhti,
Kapal itu adalah diriku sekarang,
Tatkala kata-kata kalian dirasa amat perit,
Tatkala perbuatan kalian membuatkanku membenci,
Terasa tiada lagi kekuatan yang mengalir dari kalian,
Maafkan diri ini….
Ku sudah lelah dengan kalian….

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Ku lihat mutarabbi-mutarabbi ku membesar dalam jalan ini,
Cukup membuatkan diri ini tersenyum,
Cukup membuatkan diri ini menangis gembira,
Mereka menjadi penguat diriku ini….

Wahai Allah,
Yang memegang hati diri ini,
Kuatkan hati ini untuk terus thabat dalam perjuangan,
Kuatkan hati untuk terus berjuang,
Kuatkan hati untuk menyambung perjuangan Baginda,
Kuatkan hati untuk menjadi abid dan khalifah terbaik di sisiMu,
Ya Allah,
Perkenankanlah permintaanku ini,
Dari hamba yang penuh dengan dosa ini….
Faghfirli Ya Rabb…. 

Sunday, February 3, 2013

::Pinjaman Allah::


Bismillah….
Dengan namaMu Ya Allah,
Dengan izinMu Ya Allah,
Dengan kekuasaanMu Ya Allah,
Ku nukilkan di sini….

Saat perut sedang berkeroncong,
Saat hati sedang bergembira,
Untuk melangkah berbulatan gembira,
Kaki ini duduk sebentar mengisi perut,
Tersenyum, Tertawa…..
Ku rasa bahagia…..
(perasaan yang dialami untuk insan yang merindui usrah)
J

Telefon bimbit berbunyi,
Ku lihat tertera nama bonda tersayang….
Ku tersenyum kembali,
Terasa rindu untuk bergurau dengannya….
J

Tatkala kata menyulam kegembiraan,
Hati dipagut kesedihan,
Khabar ayahanda dalam kesakitan,
Air mata deras menjalankan tugas,
Membuktikan hati yang tidak keruan…

Dirimu harus kuat!
Kerna engkau sudah berjanji,
Untuk engkau mengutamakan dakwah dan tarbiyyah!
Kerna engkau sudah berjanji,
Untuk menyerahkan jiwa, raga dan hartamu untuk Allah!
Kerna engkau sudah berjanji,
Walau apa pun berlaku Allah adalah yang pertama!
Ingat kata-kata janjimu wahai diri!

Diri terkenang sebentar,
Saat pak cik Al-Banna menerima khabaran,
Bahawa anakanda tersayang diambil semula kepada yang berhak,
Beliau tenang,
Malah masih meneruskan ucapan beliau….

Diri tertunduk sebentar,
Betapa jauh dirimu dengan beliau,
Engkau kata engkau seorang pejuang!
Tapi lemah tatkala diuji!
Huh!
Pejuang apakah dirimu itu?!

Allah, Allah, Allah….
Jangan jadikan diri ini golongan tertapis,
Thabatkan diri ini dalam jalan perjuangan agamaMu….

Benar!
Ketenangan itu mulai menyimbah dalam diri,
Untuk terus bergantung harap padaMu,
Untuk terus mendekatkan diri padaMu…
Allahu Allah

Ya Allah,
Terima kasih kerna sudi,
Meminjamkan ayahanda dan bonda tercinta,
Meminjamkan kasih-sayang mereka,
Meminjamkan kekuatan dari mereka,
Alhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah…

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
(55:21)

Thursday, December 6, 2012

::Langkah Pertama::


“Rasanya kalau tanya Bro Afdlin, Bront Palarae dan Zin, beberapa minggu yang lepas, konfem mereka tak pernah langsung sangka akan menjejakkan kaki ke Palestin. Alhamdulillah, Allah jemput mereka untuk ke sana.
Kita ni, yang kononnya pejuang tegar nasib umat Islam Palestin ni, bila lah agaknya nak dapat cium bumi Palestin ye..? T..T”
-Angel Pakai Gucci-

“Pengalaman yang sedang mengubah kami insyaa allah.”
-Afdlin Shauki-

Ku baca satu demi satu tentang mereka,
Kisah penghijrahan mereka,
Kisah kehebatan perjuangan mereka,
Kisah penulisan first class mereka,
Bagaimana mereka menjadi hebat?!
Bagaimana mereka kenal erti sebuah perjuangan?!
Satu demi satu soalan menerjah...

Mata melilau kanan kiri,
Otak ligat ke utara selatan,
Tangan sekejap ke barat laut sekejap ke barat daya,
Apa ye jawapannya????
Erm..........
Ya Allah, apa jawapannya?
-muka sedih tapi tetap cute-

Ha!!!!!!!
Ianya bermula dengan LANGKAH PERTAMA...
Ya!
Itulah jawapannya...
J
Alhamdulillah

“Akak, saya nak berubah, macam mana ye?”
“Akak, susahnya nak tinggalkan jahiliyah... sob3”
“Ha! Akak nak suruh saya jadi naqibah?!”
“Erk, nape mesti saya jadik masulah kak?”
“Akak, saya rasa kan tak layaklah jadi daie”
T.T
=.=
~.~

Pernah tanya pada naqibah antum?
Pernah tanya pada usrahmate antum?
Pernah tanya pada diri antum?
Pernah tanya pada akhwat soalan-soalan nie?
Jawapan ana.......
Hehehehehehehehehehehehe
PERNAH!
Erm, ada something wrong some where ke?
Assalamualaikum akak!
Sedar tak dengan soalan tue?!!!!
Aiyyyoooo!

Diri anda akan bermasalah dengan soalan-soalan tadi,
Sebab apa?
Sebab ia akan MEMATIKAN LANGKAH PERTAMA...
Sebab ia akan MEMADAMKAN CITA-CITA....
Sebab ia akan menyebabkan anda BERADA DALAM LUMPUR YANG SAMA....
Sebab antum TIDAK AKAN RASA NIKMAT MENJADI PEJUANG....
O.o
-Mulut terkulat-kulat melafazkan ayat seterusnya-

Akhwat fillah,
Beribu-ribu alasan pun yang antum berikan tanpa ada sebarang tindakan atau gerak balas terhadap sesuatu perkara akan menyebabkan antum berada dalam tampuk yang sama...
Waduh! Tiket untuk thabat dalam dnt!

Langkah pertama yang akan menguatkan kita,
Langkah pertama yang akan memperkenalkan kita,
Langkah pertama akan mematangkan kita,
Langkah pertama akan fahamkan kita,
Apa itu DAKWAH DAN TARBIYYAH.....

Ia seperti sejenis makanan,
-sebab perut tengah lapar... hehehe-
-ok2, ana serius-
-betulkan tempat duduk jap-
-Okeh! Kembali comel-

Dakwah dan Tarbiyyah itu seperti makanan,
Ia perlu dimakan,
Ia perlu dirasa,
Ia perlu ditelan,
Untuk merasai apa yang orang lain katakan....

Contohnya,
Meh tengok situasi pertama,
Orang kata pisang goreng kat depan maktab tue sedap....
Betul ke?????
Entah, tak tahu pulak saya....
-muka malas nak layan-
=,=

Meh tengok situasi kedua,
Pisang goreng kat depan maktab sedap ke kak?
Ya Allah dik,
Sodap sangat sampai menjilat jari,
Hehehehehehe
Harganya pun okeh taklah mahal sangat dik...
-muka excited nak suruh belanja-
J

Meh tengok situasi ketiga,
Akak, dah pergi kedai pisang goreng kat depan maktab tue?
Sedap tak kak?
Erm, biasa je dik...
Taklah sedap mana,
Kalau wat sendiri lagi sedap dik...
-muka selamba sambil pandang kanan kiri takut orang dengar-

Meh tengok situasi keempat,
Bedah, temankan saya nak g kedai goreng pisang tue,
Macam-macam pandangan saya dengar orang cakap,
Nak rasa sendirilah goreng pisang depan maktab tue,
Boleh?

Ha!!!!!
Nampak tak?!
See?!!

Dengan langkah pertama,
Antum akan rasa sendiri nikmatnya,
Antum akan nilai sendiri baik buruk sesuatu perkara,
Antum akan rasa sendiri peripentingnya untuk berada dalam......
DAKWAH DAN TARBIYYAH
J

Ayuh sahabat!
Ayuh adik-adik!
Ayuh akhwat!
Mulakan langkah pertama kalian!
Usah takut,
Usah gentar,
Kerana Allah pasti sentiasa bersama kalian....

Berlarilah untuk mengejar redha Allah,
Berlarilah untuk menempah tiket ke sorga-Nya,
Berlarilah untuk mendapatkan wajah agung Allah azza wajalla
Dengan meletakkan diri kalian berada dalam syurga Firdausi....

Salam sayang buat kalian,
Para pejuang Allah,
Para pemegang amanah Rasulullah,
Untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan abid yang terbaik di sisi-Nya...
InsyaAllah
Wassalam....

Monday, December 3, 2012

::Oh Hati, Kamu Cemburu..?::


Allah, Allah, Allah
Allahu Rabbi,
Ku luruskan niat ini kerana-MU,
Ku tundukkan jiwa dan ragaku untuk-Mu,
Ku titiskan air mata ini kerana-Mu,
Ku titipkan tulisan ini kerana-Mu.
InsyaAllah

Kamu cemburu wahai hati?
YA!
Aku cemburu.

Tapi mengapa wahai hati?
Hmmmmm.
Erm………..
Aduh,
Gimana ingin ngomong ye.

Hati oh hati,
Dengar sini baik-baik ye.
Sebenarnya kamu itu..
Aik?
Kok bisa kamu tahu isi hati ku?

Eip!
Shhhhh.
Dengar sini baik-baik ye wahai hati
J

Kamu cemburu bukan sama kader dakwah yang sekejap di Johor,
Sekejap di Sabah,
Tup tup kat Indon,
Aik? Dah ada kat London dah?
Erk! Ada kat Malaysia semula?
-mata terkebil-kebil, mulut terlopong-
:(
Betul

Dengarkan suara hati ingin berlagu..

Ya, aku cemburu dengan mereka!
Ya, aku cemburu dengan gerak kerja dakwah mereka!
Ya, aku cemburu mereka ke sana ke mari bebas bertebaran!
Ya, aku cemburu mereka sedang terbang tinggi nun di angkasa!
:(

Namun diriku?!
Hanya duduk,
Melihat,
Mendengar,
Membaca,
Khabaran-khabaran mereka tentang dakwah,
Nota-nota cinta mereka tentang tarbiyyah,
Sayu rasa diri ini,
Luluh rasa jiwa ini,
Tidak mampu untuk keluar dari sangkar besi ini

Muka tunduk sebentar,
Diri beristighfar sejenak,
Setitis demi setitis air mata menitik.

Tapi hati,
Kamu tidak optimis sama Allah bukan?
Kamu mahu menyalahkan takdir?

Tidak sama sekali ingin aku salahkan takdir,
Aku sedar sebenarnya aku juga sedang ditarbiyyah,
Allah mahu ku lakukan sesuatu untuk tarbiyyah,
Banyak lagi bukan yang mampu ku lakukan?
J

Optimis hati pada Allah,
Pandang jauh ke hadapan,
Bukan menoleh ke belakang,
Nun di hadapan sana miliki garisan penamat,
Kamu perlu buat apa sahaja yang kamu mampu,
Untuk sampai ke garisan penamat

Baik, Baik, Baik
Akan ku lakukan semuanya kerana Allah,
Kerana dakwah dan tarbiyyah,
Kerana Ummah,
Tapi mohon doakan diri ini bisa?
Doakan agar Allah thabatkan diri ini,
Hingga detik nafas terakhir,
Bisa bukan akhwat tersayang???

Jazakillah atas doa kalian buat diri ini,
Moga kita sama-sama melakar kisah perjuangan,
Untuk dihadapkan di hadapan Allah kelak.

Jazakillah to my beloved naqibah,
Ukhti Adibah,
Berikan kekuatan untuk ku bertinta,
Hanya kerana Allah.

Sayang kalian kerana Allah
<3