Thursday, 5 November 2009

Sebuah Kereta.

Faktor kewangan dan keselamatan diambil kira dalam kajian semula NAP - Ong
05/11/2009 5:17pm

KUALA LUMPUR 5 Nov — Faktor bebanan kewangan rakyat dan keselamatan merupakan antara perkara yang akan diberi perhatian dalam kajian semula peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata kajian perlu dilakukan supaya peraturan baru, yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn Bhd sebelum memperbaharui cukai jalan berkuatkuasa 1 Jan depan itu sesuai dilaksanakan.

"Kita perlu mengambil kira bebanan yang dipikul rakyat tapi pada masa yang sama, kita juga perlu ambil kira tahap kesesuaian kenderaan-kenderaan lama, tidak semestinya sudah 15 tahun, ada yang lebih lama pun ada,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melawat Stesen LRT Bangsar di sini hari ini. - BERNAM

Awas, sedia sebelum kena.Industri besi buruk punya masa depan cerah.
















Minta bonus salah dari segi moral

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

“Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan tidak menghargai sumbangan kakitangan awam sebaliknya kerajaan sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk meningkatkan motivasi mereka.

Terbaru kita bakal memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya.

"Usaha tangga kejayaan"

Wednesday, 4 November 2009

renungan...............................





















Sejarah kejadian pasang surut ,bilakah akan berakhirmya kejadian ini ?





















Hanya tinggal kesepian.Rumah kedai yang usang yang sentiasa mendoakan harapan baru untuk merubah keadaan.Sepi dari suara bising remaja desa berhijrah mencari harapan baru, Masihkah ada harapan untuk berubah.


















Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian bersakit-sakit selalu bila akan bertemu tepian.

Thursday, 14 May 2009

Majlis makan malam anjuran PBB Kemena

Suasana majlis makan malam anjuran PBB Kemena pada 23 April 2009 jam 0800 malam di adakan di Li Hua Hotel .Majlis tersebut turut di hadiri oleh YB Datuk Pertinggi Tan Sri Dr Alfrid Jabu Timb.Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Menteri Pembangunan Luar Bandar sarawak, YB Dr.Stephen Rundi ADUN N60 Kemena ( Pengerusi PBB Kemena ) dan ADUN N29 Batang Air Malcolm Mussem Lamoh.Majlis tersebut dihadiri lebih 100 orang yang terdiri dari Bapa, Wanita dan Pemuda PBB Kemena.

Wednesday, 11 March 2009

Kes Buli

Kejadian kes buli yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.Pelajar-pelajar semakin berani bertindak liar.Pelajar sudah tidak takut lagi dengan hukuman yang akan mereka terima.
Pekara ini menyebabkan ibu bapa bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka untuk tinggal di asrama atau mengikuti aktiviti luar anjuran pihak sekolah kerana kejadian buli boleh berlaku bila -bila masa tanpa disedari.
Pihak sekolah juga perlu memberi kerjasama penuh untuk menangani masalah ini dari terus berlaku.Selain itu pihak PIBG sekolah juga harus memainkan perana mereka untuk memamtau tingkah laku pelajar di sekolah dengan kerjasama pihak sekolah.
Kejadian buli dikalangan pelajar-pelajar sekolah telah mencemarkan nama sekolah yang sepatutnya sebagai tempat untuk menimba ilmu dan bukannya untuk melahirkan 'modal insan penjenayah'.Siasatan dan tindakan atau hukuman yang dikenakan perlu dilaksanakan untuk mencegah kejadian seperti ini dari terus berlaku.
Namun demikian kerjasama pelajar, ibubapa, guru-guru, pihak PIBG, sekolah dan semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing.
Jangan biarkan kejadian buli ini menjadi budaya baru di sekolah.

Wednesday, 4 February 2009

Banjir,Banjir,Banjir

Keadaan banjir sebuah rumah panjang yang terdapat di Daerah Mengundi Sg.Sebauh kawasan DUN N60 Kemena / P217 Bintulu.Paras air sedalam 1/2m dengan arus sungai yang deras sangat memberhayakann dan mengakibatkan banyak tanaman musnah terutama tanaman seperti padi dan sayuran.


Keadaan sebuah sekolah menengah yang menghadapi masalah banjir di sebauh.Tindakan pihak kerajaan membina sekolah menengah baru untuk mengantikan sekolah yang di landa banjir ini amat tepat sekali.Banjir lebih dari 2 minggu menyebabkan sedikit gangguan pembelajaran.

Akibat dari paras air Sungai Kemena naik menyebabkan sebahagian kedai di Pekan Sebauh dinaiki air.Peniaga mengambil langkah tutup kedai bagi mengelakkan pekara yang tidak diingini berlaku.Pekara sama berlaku terhadap dua buah kampung Melayu iaitu Kampung Melayu Hilir dan Ulu.Namun demikian tiada keluarga yang dipindahkan kerana pembinaan struktur rumah yang tinggi menghalang dari rumah mereka dinaiki oleh air.

Gambar menunjukkan keadaan sebuah rumah panjang di daerah Mengundi Pandan dinaiki air.Di bahagian "ruai" paras air sedalam 1m menyebabkan penghuni terpaksa memindahkan barang mereka ke bahagian atas rumah(rumah panjang 2 tingkat).Kunjungan dan bantuan yang dihulurkan oleh Yb DUN dan KAPAR semasa memantau keadaan banjir di kawasan ini amat dihargai.hampir semua rumah panjang dan kampung yang dilanda banjir dan terputus jalan perhubungan diberikan bantuan barangan keperluan bagi meringankan beban dan menunjukkan sikap prihatin kerajaan kepada mangsa banjir.

Kelihatan sebuah rumah panjang yang dilanda banjir.hasil tanaman musnah namun rumah panjang belum lagi dinaiki air disebabkan didirikan tinggi dengan mengambilkira jika berlakunya banjir kerana kebanyakkan rumah-rumah panjang dan penempatan dibuat berhampiran sungai.