»

Wednesday, July 22, 2009

Releven lagikah nilai pinjaman PTPTN??


RM28,000.00 jer??? Maner cukup…. Itu adalah salah satu ayat yg terpacul daripada mulut rakan2 aku maser aku belajar dulu. Pernah dulu.. aku try Tanya ngan member2 aku,”cukupx duit PTPTN yg korang dapat ni??”.. antara jawapan yg aku terima”boleh arr bro… cukup2 makan jer, abis jer semester,duit pown abis,kadang2 sampai xcukup”…erm terpikir gak aku,ada benarnya apa yg diorang cakap…
“nasib baik lah kita study kat sini… taraf hidup pown murah, kalau kita study kat KL @ Selangor for sure x cukup…. hahahha”, sampuk member aku yg sorang lagi, aku hanya mengiakan pandangan mereka..jika diperhalusi semula,RM3,500.00 untuk satu semesta memang x cukup…. Apa tidaknya,nilai pinjaman tersebut sudah lama dipraktikkan… kalau nak diikutkan, ianya sudah tidak relevan lagi untuk zaman sekarang…ada suara2 yang mencadangkan nilai pinjaman dinaikkan sekurang2nya RM4,000.00 untuk satu semesta… akan tetapi masih tidak diambil peduli oleh PTPTN… semakin banyak nilai yg kita pinjam, maka banyak jugalah nilai yg perlu dibayar… melalui apa apa yg aku Tanya… rata2 mereka (student2) tidak kisah sekiranya mereka perlu membayar pinjaman dengan nilai yg tinggi, asalkan mereka dapat pinjaman RM4,000.00 untuk satu semester….
Setahu aku, pakcik aku study pown dulu dengan pinjaman sebanyak RM3,500.00 satu semester, kalau x silap aku 10 tahun dulu,skarang dier dah ada 2 org anak… bayangkanlah sendiri, kalau kita nak compare taraf hidup 10 tahun dahulu dengan zaman sekarang…. Memang jauh sangat bezanya… walau apa pown, aku bersyukur dan ucapkan terima kasih ngan pihak PTPTN yg telah member pinjaman kepada aku, klau nak ikutkan, takperlulah aku ucapkan terima kasih,sebab duit itu pown hasil daripada cukai yg saban tahun bapak aku bayar…. Tetapi sebagai manusia, aku juga ada sikap terhutang budi… aku ucapkan terima kasih atas kerja diorang mengagihkan duit cukai yg dibayar kepada pihak yg sepatutnya…
Bukannya kitorang ni nak demand lebih2, tapi kita boleh nilai sendiri dari segi logic,berbanding 10 tahun dahili… banyak keperluan harian dan makan minum dah naik harga, ni ditambah pula dengan harga bahan api yg dah meningkat. Kepada senior2 yg naik kenderaan sendiri memang ada kalanya membebankan mereka kerana semua perbelanjaan untuk kenderaan adalah daripada duit PTPTN yg mereka pinjam. Tak termasuk lagi kalau kenderaan mereka meragam, kalau motor ok lagi, kalau kereta ?? sakit gak arr.
Jika kita perhalusi dan teliti,sememangnya pinjaman sebanyak itu tidak mencukupi,cubalah Tanya dengan siswa-siswi,terutama sekali yg menuntut di lembah kelang… rata2 mereka setuju sekiranya pinjaman dinaikkan….
Secara kesimpulannya,diharapkan pihak peminjam.. terutamanya PTPTN,supaya menaikkan pinjaman untuk para penuntut,ini kerana pinjaman yg ader sekarang sudah tidak lagi relevan
Sekian.. wassalam…

Syabas PAS..


Memang sengit pilihn raya di manek urai kali ini… apa tidaknyer,saingan daripada BN cukup kuat,dengan majority hanya 65 undi. Memang tepatlah jangkaan aku sebelum ini…
Seperti yg aku tulis sebelum ini,PAS takkan menang mudah di manek urai,lebih2 lagi dengan isu politik dalaman yang melanda PAS. Namun bagaimanapown, aku mengucapkan setinggi2 tahniah kepada PAS kerana Berjaya mengekalkan kerusi di manek urai. Tetapi, aku ingin menasihatkan kepada PAS agar segera menyelesaikan isu dalaman parti tersebut agar rakan2 di pakatan rakyat akan terus utuh bersama2 PAS memperjuangkan hak masing2.
Bagi BN pula, walaupown mereka kalah dengan majority yg sedikit berbanding PRU mac tahun lalu,mereka bangga. Mereka berpendapat,bahawa penduduk2 di manek urai sudah sedia menerima perubahan…Nampak gayanya, BN perlu mengasah parang dengan lebih tajam di masa hadapan, agar dapat menewaskan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil(sekiranya ada) di semenanjung.
Jika di imbas, BN tidak pernah menang di semenanjung apabila pilihan raya kecil diadakan, seperti yg kita ketahui,bukit gantang, bukit selambau,permatang pauh,dan semalam di manek urai… semuanya kalah ke tangan pakatan rakyat,Cuma 1 kerusi saja itu pown di Sarawak (batang Ai),kalau di semenanjung… BN memang tidak ader peluang langsung untuk menang…
Aku dengar ada ura2 yg BN akan meminta kiraan semula untuk undi di manek urai, ini kerana… undi rosak adalah lebih tinggi berbanding majoriti, sekiranya undi dikira semula… BN berharap mereka akan dapat merapatkan jurang dengan PAS…
Diharapkan, BN akan terus menjadi lawan yg setia kepada pakatan rakyat….jangan jemu dan jangan gentar.. hehhe… usaha lagi dengan mencari isu2 yg lebih hangat
Kepada calon PAS aku berharap agar dia sentiasa berdamping dengan penduduk tempatan dan bekerja untuk mereka…sekian wassalam…..

Thursday, July 9, 2009

Siapa yg bakal menang pada pilihan raya manek urai N41…



Seperti yang kita sedia maklum…. Pilihan raya di manek urai akan dilakukan pada 14 julai 2009. Pada pandangan aku… pilihan raya pada kali ini 50-50… sebab apa aku katakan sebegitu, BN telah membuat pendekatan baru secara sikologi,seperti PM kata “pilihan raya kali ini perlu berlaku secara harmoni..”, memang kali ni aku tengok pilihan raya memang sunyi… tiada isu,tiada pergaduhan…. Memang ini adalah yang sangat dialu2kan oleh penduduk..
Dengan melihat kedua2 calon,aku tengok mereka ada potensi untuk menang dengan mejoriti yg sedikit… kalau bebelum ini,manek urai adalah tanah jajahan PAS,dengan majoriti 1200 kalau tak silap aku…tapi kali ni aku rasa, mejoriti akan menurun,jika kita lihat beberapa isu yg melanda PAS,aku rasa…. Rakyat juga akan mungkin membuat undi protes..lebih2 lagi bagi mereka yang atas pagar..
Semenjak penamaan calon,dan sehingga artikel ini ditulis…. Timbalan presiden PAS, tidak kelihatan. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa ada sedikit pertelagahan antara pemimpin tertinggi PAS. Aku sebagai salah seorang penyokong kuat pakatan rakyat berharap…. Pertelingkahan itu dapat diselesaikan secepat mungkin… bukannya apa…… aku taknak ahli2 PAS melihat ini sebagai suatu punca untuk parti itu berpecah…. Dengan muktamar yg baru2 ini diadakan di shah alam,kita dapat lihat terdapat 2 golongan besar parti.. golongan edorgan(intelek) dan golongan ulamak…. Semasa muktamar tersebut,ada golongan yang menyatakan PAS pada ketika ini mestilah diterajui oleh golongan intelek,ini untuk memberi laluan kepada golongan tersebut yang rata2nya berpendidikan tinggi menunjukkan kebolehan mereka. Ada yang berpandangan,PAS kini dilihat agak “slow” dalam menjadi pelopor parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Dengan adanya golongan intelek yg memerintah maka diharapkan PAS akan dapat bergerak dengan lebih mantap…. Tetapi ap yg terjadi sebaliknya… PAS masih lagi diterajui ulamak….walaubagimanapon, aku berharap… PAS akan terus relevan untuk PRU yang akan datang…
Kerajaan campuran yang dicadangkan oleh presiden PAS mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak… ada yang setuju, dengan menganggap ianya suatu peluang untuk PAS bersama dengan BN. Namun ada juga yg membantah ,dengan alasan… ianya akan menyebabkan pakatan rakyat bertambah parah…. Lebih2 lagi DAP,yg tidak setuju dengan pandangan presiden PAS itu..
Dengan isu2 yg dibangkitkan seperti yg denyatakan,BN telah melihat ianya sebagai peluang untuk mereka memainkan isu2 tersebut…. Akan tetapi BN perlu ingat bahawa isu royalty minyak sebanyak RM1 billion menjadi tuntutan PAS di manek urai,jika dikaji… Kelantan sepatutnya mendapat lebih daripada 1 billion,ini kerana…. Setahun PETRONAS memperoleh 2.6 billion di Kelantan,manakala perkara ini sudah berlaku 6 tahun,setidak2nya Kelantan sudah memperoleh sebanyak RM15.6billion… tetapi PAS Kelantan hanya meminta 1billion…. Namun perkara ini akan dijelaskan oleh PETRONAS dalam masa 2 hari lagi….aku berharap,ianya akan berpihak kepada PAS…
Pada pandangan aku,secara keseluruhannya…kedua2 calon ada potensi untuk menang,namun majoriti dijangkakan akan menurun dengan sebab isu2 yg berlaku kini… namun perlu diingat,masih ada lagi golongan yg atas pagar…kalau calon boleh mengambil hati mereka… maka kemenangan akan berpihak kepada mereka…. Wassalam.

Wajarkah politik di IPT??




Persoalan ini sudah lama diperkatakan, boleh dikatakan semenjak tertubuhnya institusi pengajian di Malaysia… perkara ini berbangkit.. dan malam selasa baru2 ni lepas tengok B-spot kat tv9.. best jugak rancangan ni,sebab banyak mengemukakan isu2 semasa. kalau minggu lepas, diorang memperkatakan mengenai bola sepak Malaysia, “di mana hala tuju bola sepak Malaysia “….
Berbalik kepada isu politik di IPT….
Bagi pendapat aku, ianya sangat bagus… sebab dengan berpolitik.. kita akan dapat lihat sejau mana kebolehan pelajar IPT di Negara kita. Memang lah kita sedia maklum… IPT adalah tempat untuk para generasi kita menuntut ilmu… untuk melahirkan mahasiswa yang benar2 berkualiti,dengan berpolitik juga mahasiswa akan berkobar2 dan bersemangat untuk menegakkan keadilan. Untuk konsep politik di IPT,adalah molek kiranya mereka menumpukan mengenai kepentingan mahasiswa, ia di ibaratkan seperti sesebuah Negara…. Sekiranya tiada org berpolitik, masakan Negara itu boleh maju…., ahli politik juga akan menjadi penegur dan “play maker” untuk sesebuah Negara. Dengan adanya golongan seperti mereka ini,pihak kerajaan akan melihat dan peka dengan kepentingan rakyat, begitu juga dengan IPT…janganlah kita hanya “gah” dengan melahirkan geraduan yg ramainya seperti buih, tapi tiada kualiti,kita juga harus menitik beratkan kepentingan mahasiswa. Dengan adanya politik di IPT,diharapkan pihak Universiti di Malaysia akan lebih peka dengan tanggungjawab mereka..
Janganlah dihalang mahasiswa kita untuk berpolitik di IPT,kita sekarang hanya sibuk untuk mencapai status Universiti yang masyhur di peringkat antarabangsa, tetapi tidak mengkaji dan mendalami jiwa mahasiswa kita. Lain Negara maka lainlah pendekatannya,justeru itu, untuk menjadi institute pengajian yang dikagumi, kita tidak seharusnya mengikut sepenuhnya modul dari negara2 luar,ini kerana modul tersebut memang disesuikan untuk silibus mereka tetapi adakah ianya bersesuaian dengan selibus kita? Fikir2 kanlah…..
Rata2 pelajar di university luar Negara didedahkan dengan pengucapan umum,mereka akan didedahkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan org lain….. kalau hendak di ikutkan,tahap pendidikan mahasiswa kita dengan unuversiti luar Negara adalah setaraf,Cuma yang membezakan mereka adalah mengenai bagaimana mahasiswa kita boleh berdepan dengan dunia sebenar di masa mereka bekerja nanti…
Kesimpulannya…aku memang sangat bersetuju politik di IPT Negara… akan tetapi… mereka hendaklah bebas daripada pengaruh politik dari luar. Mereka hanya boleh berkempen mengenai isu2 hal ehwal university sahaja, ini untuk menggalakkan mereka untuk menjadi seorang mahasiswa yang benar2 berkualiti……