Thursday, February 24, 2011

Tahniah & Takziah

Alhamdulillah,tamat sudah SRC 10/11 General Election dua hari yang lepas. Sekalung tahniah dan takziah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya samada melalui pertandingan ataupun menang tanpa bertanding. Selamat menjalankan tugas.

Berikut adalah senarai nama barisan kepimpinan baru SRC IIUM Session 2010/2011:

CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)


AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

Hafizul Faris bin Che Razlan (641)

Muhammad Fitry b Hussin (619)



KULIYYAH OF ENGINEERING:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzair b Syahmil Hameed

(won uncontested)


KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:


Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)


KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)


INSTITUTE OF EDUCATION:

Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)

Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)


KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:

Mahirah Abdul Rashid (1624)

Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)


KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)



CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)


KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:

Anis Nadia Hussin Shokri (163)

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)


KULIYYAH OF DENTISTRY:

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)


KULIYYAH OF MEDICINE:

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)


KULIYYAH OF NURSING:

Fauzan b Mohamed (148)

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)


KULIYYAH OF PHARMACY:

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)


KULIYYAH OF SCIENCE:

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)





Wednesday, February 2, 2011

"Mind Setting" Penentu Survival Hidup


Mind setting ataupun diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu nya oleh (Google translator) iaitu tatacara fikiran merupakan salah satu penentu kejayaan ataupun kegagalan individu. Lebih kepada sesuatu yang praktikal berbanding teoritikal, mari kita hayati kehidupan seorang doktor pakar.

Satu hari,sempat bersembang dengan seorang doktor pakar di salah sebuah hospital kerajaan di sekitar Kuala Lumpur. Kelihatan beliau seperti sangat tertekan. Bila ditanya kenapa, terus beliau berkongsi. Mungkin dengan cara tersebut dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.

Rupanya salah seorang pesakit yang beliau bedah telah meninggal dunia. Desis hatiku "Hmm..Biasalah doktor.Lumrah hidup, yang hidup akan mati. Macamlah tak pernah hadapi kes begitu".

Mungkin padanya, satu indicator kejayaan jikalau pembedahan yang dilakukan berjaya dengan lancarnya. Tapi, perlu kita ingat, kalau DIA dah takdirkan sesuatu, ia tetap akan terjadi sepakar manapun kita di dalam bidang perubatan yang kita khususi.
Justify Full
Cerita disambung lagi dan beliau kaitkan dengan persoalan hidup. Pesakit yang meninggal itu,masih muda katanya. Cuma, apa yang disesali adalah semangat juang untuk hidup pesakit tersebut. Boleh dikaitkan dengan mind setting, doktor itu meneruskan lagi perbualan. Perkaitan boleh dibuat, apabila mind setting kita mengatakan kita boleh dan mampu untuk melawan penyakit tersebut, seluruh anggota badan yang lain akan bertindak balas yang positif. Ia akan secara langsung membantu proses untuk melawan penyakit tersebut.

Jika sebaliknya,iaitu mind setting kita mengatakan kita tidak mampu melawan penyakit tersebut (khusus dalam kes ini) dan juga kita tidak mampu untuk membuat sesuatu, proses berbalik (macam reverse osmosis pulak) akan berlaku. Tapi, ke arah yang negatif. Segala anggota badan akan di 'set" untuk bertindak balas secara negatif dan membantutkan usaha untuk kita sembuh (khususnya dalam kes ini) ataupun menyekat diri kita dari terus mara menggapai cita (aplikasi umum dalam kehidupan).

Kesimpulan dalam posting kali ini, betulkan mind setting kita dalam tiap apa yang kita lakukan. Juga kepada sesiapa yang menghidapi sakit (pesanan kepada diri sendiri) juga, percayalah pada diri yang kita mampu untuk survive dan sembuh (untuk kes sakit). Jangan pula, kita sentiasa 'set up' minda kita, yang kita tidak mampu untuk survive.Ia sebenarnya akan memudaratkan lagi diri kita dalam jangka masa panjang. Kerana ia dilabel sebagai penyakit berpunca dari psikologi bila mana seseorang itu terlalu memikirkan yang beliau sedang sakit sehinggakan segala simptom-simptom yang terjadi padanya mirip penyakit yang beliau selalu fikirkan sedangkan ujian klinikal tiada pembuktian. Kewujudan pesakit & penyakit seperti ini tidak dapat dinafikan kata doktor tersebut. Terdapat pelbagai punca berlakunya kejadian seperti ini yang mana ia perlu kepada pengkajian fakta kes yang lebih mendalam...wallahua'lam..

Pena Unggul
2 Februari 2011
1.26AM
Teratak Bonda