...sekolah kehidupan..

Monday, January 21, 2013

Untuk uwais dan ayah [tiga]

Ia adalah sambungan.

dan

SEMOGA MENJADI KENANG KENANGAN KITA. SAYA. AYAH DAN AWAK.


"Anak,
Saya mencoret ini supaya saya tidak lupa. Anda tidak lupa, dan ayah juga tidak mungkin lupa ini. Kerana ia adalah tentang bagaimana ayah menunggu anda dan saya berjuang untuk anda.

Saya menulis supaya sekali lagi saya tidak lupa bagaimana nikmat nya Tuhan beri pada saya ketika itu.
Jadi, mungkin insyaa Allah pabila anda besar dan boleh membacanya. Silalah membacanya. Ia sejarah"
..........

Anak, Sebelum saya lupa sepenuhnya, ini adalah petua rakan saya ketika saya mahu melahirkan awak.
Dan saya dipesan oleh rakan guru yang sudah ada pengalaman banyak.
Katanya jangan lupa bawa tuala kecil semasa mahu bersalin. Tuala sedang sedang saja besarnya.
Saya tanya ia untuk apa.
Katanya lagi itu untuk di gigit. Sebab kita jangan menjerit. Dan kita boleh mengancing gigi sekerasnya di tuala itu andai sakit mendatang. Ketika saat melahirkan.
.......

Tapi.
Tuala sederhana yang saya bawak itu, saat kondisi awak mahu keluar makin meruncing semasa bukaan laluan sudah Sembilan sentimeter. Saya termuntah. Muntah mengenai tuala itu. 

Maka tidak lah dapat saya gigit lagi apa-apa untuk menahan sakit.
Cuma dapat menggengam erat jemari ayah awak sahaja setiap kali kontraksi kuat datang.
......

14 Januari 2013. Jam 11 malam.
Tepat jam sebelas. Saya berasa sudah lima kali saya bagitahu ayah awak. Yang saya sudah berasa cukup mahu meneran awak keluar dari rahim saya.
Tapi ayah suruh tunggu sekejap. Ayah rupanya memantau pergerakan jantung awak pada bacaan CTG.

Bila ayah melihat bacaan kadar denyutan jantung awak begitu tinggi. Ya itu lah masanya.
Ayah memanggil sister-sister yang menjadi bidan ketika itu. Doktor juga. Katanya sudah sampai waktu.

Sebab sister-sister itu memberi petua. Andai puan berasa mahu membuang najis air besar yang keras yang sangat-sangat. [bunyi agak tidak manis dan sedap tapi anak, itu lah hakikatnya. Hakikat yang tidak pernah di lupai oleh semua ibu yang melahirkan anak secara normal]

Bila di periksa laluan.
Sister-sister itu terperanjat lagi. Bukaan sudah full! Penuh sepuluh sentimeter. Bagus puan. Cepat daripada biasa.
Dalam hati saya. Dari jam 10.30 tadi sebenarnya sudah sepuluh sentimeter. Tapi, mungkin sister ini tidak percaya bila saya kata saya sudah mahu menerankan sesuatu. Sebab katanya anak sulung selalunya lambat bukaan laluan.

Ah. Malas mahu memikirkannya. Kuasa Tuhan apa pun boleh berlaku. Cepat atau lambat adalah bahagian masing-masing.

Seperti perempuan di katil sebelah saya semasa saya baru tiba. Dia sudah sakit selama tiga hari. Tapi masih belum melahirkan lagi. Itu anak ke tiganya. Bukaan dari hari pertama masih tiga sentimeter sahaja. Lagi menyeksakan. Menahan sakit berhari-hari.

Anak,
Sebab itu saya katakan itu kuasa Tuhan. Anak satu kah. dua kah. tiga kah. bergantung pada bahagian masing-masing.
 .............

Baik,
Puan boleh meneran sekarang. Angkat kepala puan dan rapatkan dagu di dada. Mata pandang depan. Tangan memegang kaki. Guna tenaga sepenuhnya. Tarik nafas dan hembus melalui mulut.
Itu antara petua yang di ajar.
Saya menulis ini agar ibu-ibu muda di luar sana yang mahu melalui saat kelahiran pertama mengetahui ini. ia pelajaran.
..........

Dan.
Sebelum meneran. Saya meminta izin untuk minum air selusuh yang ustaz di sekolah saya buatkan untuk saya. Dua bulan air itu saya simpan. Saat kandungan saya tujuh bulan, saya suah meminta ustaz itu buatkan untuk saya untuk digunakan saat mahu bersalin kelak.

Saya meminta di saat itu awal kerana, ustaz berkenaan akan berpindah tukar ke negeri Terengganu meninggalkan sekolah saya dan pulang mengajar di kampung halaman setelah berbelas tahun mengajar di Johor Bahru ini.
Tak terbalas budi ustaz mempermudahkan urusan saya untuk melahirkan awak. Ustaz pula yang menghantar air selusuh itu letak di meja tulis saya di bilik guru dan tidak pula dia meminta bayaran apa. 

Anak, nampak ringkas dan mudah. Tapi ingat lah. nikmat hidup ini kadang-kadang tidak kita nampak. Tidak juga kita nampak yang Tuhan sedang mempermudahkan hidup kita dengan menghantar orang lain menjadi perantara.
Maka berterima kseh lah pada orang. Dan pada Allah.

Anak,
Lihat lah kebaikan orang pada kita.
Lihat lah kebaikan orang pada kita dalam hidup ini.
insyaaAllah hidup anda selamat sejahtera dan disenangi orang.
........

Setelah saya meminta izin mahu minum air selusuh secawan.
......

Sister itu membalas saya.
Oh ada air selusuh? Okay. Okay boleh minum .
Saya angguk.
Ayah menuang air selusuh di dalam cawan yang di beri sister.
Dan sister itu berkata.
Air selusuh ini jangan di minum saat bukaan masih awal. Iaitu empat sentimeter atau enam sentimeter. Jangan minum dulu.
Kebanyakkan ibu suka minum awal. Maka. kontraksi makin kuat tapi bukaan laluan belum buka. Itu menyakitkan.

Saya faham. Dan saya bukan lah tergolong dalam kategori itu. itu kesilapan orang lain yang kadangkala kita tidak boleh cakap apa. Mungkin tidak tahu bila mahu minum?mungkin emak suruh? Mungkin dia mempelajari petua dari siapa-aiapa.
Maka saya abaikan itu.
......

Anak,
Ayah memberi sokongan pada saya saat saya berusaha mengeluarkan kepala awak keluar.
Juga sister-sister baik hati selaku bidan menyambutkan awak.
Juga doktor muda berbangsa cina yang comel dan gemar menasihati.
.......

Anak dan ibu-ibu muda bermengandung sulung.
Disini apa yang boleh saya tuliskan ialah:

Satu. TENAGA. Ia perlu ada. Kerana ia memerlukan tenaga banyak dan panjang semasa meneran kepala anak keluar.
Dua. TEKNIK. Ia perlu tahu skill dan teknik meneran. Pernafasan juga. Jika tidak buat penat teran, kepala anak dah keluar dan masuk semula bila kehabisan nafas meneran.
.......

Ayah awak memberitahu saya ini:
Sikit lagi sayang. Sikit lagi. Teran itu perlu lama dan panjang-panjang.
Sister-Sister yang baik hati membritahu saya ini:
Puan. Betul tu. Pandai. Buat macam itu lagi. sikit lagi sahaja.
.....

Anak,
[lihat dorongan positif ini?]
[ia membantu kita. awak dan saya berpadu tenaga mahu keluar dari rahim saya]
[dan ia menyenangkan kita]
......

Dan. Apabila kepala awak sudah keluar. Satu yang saya rasa adalah lega. Lega. Lega seleganya. Sangat-sangat bersyukur banyak.
Ayah dan saya sama-sama ucap Alhamdulillah.
Awak patut tahu wahai anak, Apa yang saya syukurkan sangat adalah. Ia bermakna awak selamat dan tidak kelemasan di dalam rahim saya.
Awak tinggal separuh badan sahaja lagi di dalam sana tahu?
Tuhan mempermudahkan urusan kita. syukur.
......

Doktor muda comel itu memgang kepala awak. Dan sister yang menjadi bidan itu menyuruh saya berhenti rehat sekejap. Kemudian menarik nafas semula untuk meneran bahu awak keluar.

Yeah! Saya lega.
HAHA. Bila bahu awak keluar sahaja. MasyaAllah uwais! Awak sepenuhnya di lahirkan ke dunia! Awak menangis. Kuat.
Dan sister itu berkata pada awak ucapan ini:
"Assalamualaikum...."

Sister itu mengangkat awak. Menunjukkan pada saya. Dan bertanya pada saya anak puan lelaki atau perempuan? Sambil menunjukkan "si comel" awak pada saya.
Saya senyum dan jawab dia: Baby boy. Baby boy.
Lalu di letakkan awak di dada saya.
......

Anak, mari bersyukur ke hadrat Tuhan. Saat itu saya berasa sangat kecil disisi Tuhan. Tuhan membantu saya banyak tidak terhitung. Ya Allah. Rezeki zuriat ini tidak ternilai anugerahnya.

Anak,
Saat awak diletakkan di atas dada saya, sementara sister-sister dan doktor mengeluarkan uri. Ia seolah tidak lagi berbekas apa. Buat lah apa sahaja doktor. 

Mata saya tidak terlepas dari memandang awak. Tertancap melihat awak dan tangan maseh memegang ayah.
Muka awak dan muka saya bertentangan. Mata awak bulat hitam memandang saya.
Awak diam dan tidak menangis lagi. Awak pandang lama. Mata awak bulat dan terkedip-kedip. Hihi. Comel! Selamat datang ke dunia anak!

Adakah awak terperanjat melihat empunya tuan yang mengandungkan awak membawa awak kesana-sini. Naik tangga turun tangga. Pergi sekolah. Pergi Mall. Masuk Kelas, mengajar dan memberi ilmu, dan menaiki kenderaan ke sana sini.
Dan mendengarkan macam surah pilihan untuk menenangkan hati saat anda berada di dalam saya.
Dan sehingga di saat akhir menghitung hari pun maseh berkecah-kecah menguruskan persiapan rumah baru kita.

Ahad menguruskan rumah sehingga petang. Isnin pergi sekolah dan bersalin. 
Sedang semalam awak maseh di dalam cecair panas mentuban?
.....

Ayah pada saat ini meminta izin sister untuk ke bilik air berwuduk. Ayah mahu mengambil wuduk. Ayah mahu mengazankan awak.

Ayah mahu itu. Saya melihat ayah seperti kaget sedikit. Kaget dalam lega.
Ayah azan di telinga kanan awak.
Ayah iqamatkan di telinga kiri awak.
Ayah bacakan surah lailatul qadr di kanan dan kiri telinga awak.
......

Awak tahu?
Tok Wan Ghani yang sentiasa memperingati ayah tentang perkara ini. Tok Wan mesej kan pada ayah. Malah berulangkali bercakap dalam talipon pula.

Anak, Tok Wan kita jauh. Dia di Utara semenanjung. Di Kedah sedang kita di Selatan. Sohih dia bimbang. Yang menemani saya Cuma ayah. tak ada siapa-siapa yang lainnya. disini kita ada satu atuk Esah comel.
Biasalah uwais, Tok Wan mudah berasa bimbang. Bimbangkan anak dan sayangkan anak atau mungkin berasa saya dan anak-anak yang lain maseh kecil dengan pengalaman.

Itu lah kaseh sayang. Tahu?
Entah-entah saya nanti juga sukar melepaskan awak bepergian saat anda sudah dewasa kelak. Siapa tahu hati seorang emak? Ye dak?
......

 
Saya berasa beban kontraksi yang saya tanggung selama ini hilang begitu sahaja.
Apa yang dapat saya simpulkan adalah sakit kontraksi itu lebih hebat daripada menerankan awak keluar ke dunia.
Kontraksi itu menyakitkan saya.
Meneran itu tidak lah sesakit mana. Cuma perlu bertenaga banyak sahaja.
.....

Anak, Betapa saat ini saya teringatkan emak saya. [atuk perempuan awak]
Betapa susahnya melahirkan saya dan makcik pakcik awak. Kami sepuluh beradik. Sakit saya yang baru satu ini [un maseh saya rasa. Apa lagi yang sudah sepuluh itu?

Secara insafnya saya berasa berdosa banyak pada emak saya pula. Entah secara sedar atau tidak sedar melakukan dosa. Dan teringatkan betapa mulianya emak kita. Beruntung banyak kita kerana dilahirkan ke dunia.
......
Dan.
Muhammad Uwais bin Mohd Zainal.
Ini anda saat di lahirkan pada 14 Januari 2013 jam 11.28 mlm
seberat 3.45kg.


p/s    : anak, tanya ayah kenapa Saya selimutkan anda dengan blanket pink?
: kata ayah, semasa usia kandungan awak enam bulan, ayah dan ibu mula membeli barangan kelengkapan awak tapi kami maseh belum tahu yang anugerah Allah ini Khadijah atau Muhammad?


nanti saya catatkan untuk awak tentang Atuk Esah awak.

Saturday, January 19, 2013

Untuk uwais dan ayah [dua]

Ia adalah sambungan. dari tulisan lalu. sila klik disini.


"Anak,
Saya mencoret ini supaya saya tidak lupa. Anda tidak lupa, dan ayah juga tidak mungkin lupa ini. Kerana ia adalah tentang bagaimana ayah menunggu anda dan saya berjuang untuk anda.

Saya menulis supaya sekali lagi saya tidak lupa bagaimana nikmat nya Tuhan beri pada saya ketika itu.
Jadi, mungkin insyaa Allah pabila anda besar dan boleh membacanya. Silalah membacanya. Ia sejarah"

......

Awak sekarang lagi tidur. Lalu Saya menyambung kisah. [kehidupan saya sekarang seolah tiada siang dan malam. Semuanya sama. Awak menukar waktu saya secara banyak dan tidak mungkin akan pernah berulang lagi ke zaman hidup saya dan ayah sahaja saat itu]
.....

Bila jururawat itu berkata orang lain yang sudah terbuka laluan sebanyak enam sentimeter itu sudah meraung bagai. Hati saya Cuma boleh menjawab ini:

Menangis pun tidak berguna.
Sakit ini tidak boleh diganti dengan air mata. Air mata darah pun tidak boleh ditukar ganti dengan kontraksi bersalin.
Dan anak, jika awak dipanjangkan umur dan berkahwin dan saat awak memilih pilhan hidup awak. Saat isteri awak itu mahu bersalin ucapkan lah apa yang saya ucap ini padanya. 

Jika awak meraung sekuat mana pun dan awak menangis sekuat mana pun ia tidak akan menghilangkan sakit itu dan tidak mendefinisikan sakit itu secubit pun.
Ia Cuma meresahkan hati orang lain sahaja ketika melihat keadaan awak jika awak menangis meraung sakit kontraksi mahu bersalin.

Malah menyesakkan hati sang doktor yang merawati anda. [anak, belajar lah ini. memudahkan orang lain. Orang lain memudahkan anda. Dan belajar juga mengawal rasa di saat-saat genting]
Maka.

Lebih baik diam dan berzikir. Memohon ampun pada Tuhan. Dan membaca segala surah yang awak tahu. Apa sahaja. Kerana saat itu saya berasa tidak ada yang lebih memahami dan mengetahui selain sang Pencipta kita.
Saat saya sebelum di bawa ke dewan bersalin, lalu di depan saya adalah wanita hamil yang di usung terus diatas katilnya kerana tidak mampu turun menaik kerusi roda untuk ke dewan bersalin. 

Katilnya di tolak di depan saya. Dia menangis kuat. Sungguh saya ketakutan melihat dia. Saya bertanya pada diri saya, adakah saya akan bersakitan begitu kan nanti saat kelahiran yang mendekat?
Dia menangis dan meraung kuat di selang seli dengan menyebut. 'Allaaaaaaaaaaaahh....Allaaaaahh" .
Saya takut. Sungguh takut. Takut saya sakit begitu. Tapi saya tahu. Ia memang MENYAKITKAN.
......

14 januari 2013. Jam 7.30malam.
Ayah awak memnita izin saya untuk solat maghrib. Dia mahu pergi ke surau bawah untuk solat Maghrib. Saya izinkan dalam kesakitan di kerusi. Saya tidak mampu menaiki katil. Saya tetap di kerusi roda itu. saya tidak lah mahu melangkah turun lagi. rela saya berteleku disitu dengan mengenggam apa yang boleh di genggam seeratnya.
Saat itu kontraksi hebat!

Terus saya memanggil ayah awak supaya jangan tinggal saya. Dan dalam masa yang saya jururawat datang dan memberitahu saya dan ayah awak supaya bersedia ke dewan bersalin sekarang.
.........

Saya di bawa ke bilik rawatan doktor terlebih dahulu untuk dipecahkan air mentuban. Ketika itu kontraksi masyaAllah. Masakan mahu menaiki katil juga mengambil masa yang lama untuk menaikkan kaki ke atas katil. Sungguh pun katil yang saya pinta adalah katil yang rendah. 

Naik atas katil satu hal. Nak berbaring satu hal yang lain. Ia sesuatu yang awak perlu tahu wahai anak. Ia sukar. Sukar. Dan sukar.
Sepanjang saya menerima rawatan. Doktor yang saya request adalah perempuan. Dan ia di penuhi. Memang akan dipenuhi. Jadi. Anak, anda cuba juga memahami situasi saya yang sedang bersakitan.
Tidak lah saya mahu tangan-tangan lelaki yang ada dan yang kasar. Yang besar itu memeriksa laluan saya di saat kontraksi kuat di tambah kesakitan di semak baki laluan yang tinggal.
Ia menyakitkan.
........

14 januari 2013 jam 8.00 malam
Ayah ada bersama saya. Sehingga di bawa ke dewan bersalin [Labour Room]. Jururawat yang menyorong kerusi roda yang dinaiki saya mengarahkan ayah awak mendaftar dan menandatangani bborang untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin.

Anak.
Ayah pada masa ini dan pada masa bila-bila pun adalah sumber semangat saya yang tidak ada galang ganti. Saya berharap seandainya awak menjadi lelaki yang dewasa nanti jadilah sepenyabar ayah.

Saya ke dewan bersalin. Bilik bernombor lima.
Anak, Saya melihat. Ada satu katil sahaja. Ia untuk saya. di sebelah kanan saya alat untuk mengesan kadar bacaan jantung awak. Dan disebelah kiri ada satu alat yang saya tidak tahu apakah. Ada alatan lain. Tapi bilik itu tidak terlalu luas. Cukuplah untuk empat senior sister baik merawat saya. Baik dan memberi banyak nasehat berguna saat kesakitan kerap datang.

[anak, lihat budaya kerja disini. Lihat akhlak. Lihat integrity. Lihat layanan orang saat bekerja. Lihat cara dan lihat percakapan orang pada kita]
.......

Awak tahu?
Mari belajar ini.
Saat kita sedang kesakitan apa yang kita perlukan adalah ucapan yang baik.
[andai awak menghadapi ini, ucaplah, pujuk lah, nasihatilah dengan ucapan bagus didengari menenangkan orang]
....
Saat kita berasa sungguh tidak tertahan akan kesakitan yang kita alami itu, kita mengharapkan orang disekeliling memahami kita
[Andai awak orang sekeliling itu, awak fahami lah dia]
...
Saat sakit yang terlalu. Kita perlukan sokongan moral dari yang ada di dekat-dekat kita apalagi yang merawati kita.
[Andai awaklah nanti menjadi orang yang merawati itu berlemah lembut lah. Ia adalah PAHALA yang tidak ternilai yang Tuhan akan beri pada awak]
......
Terima kasih jururawat mulia. Hebat anda bersabar dengan semua karenah. Pada tangan anda Allah kurnia tangan yang merawat dan memberi kesembuhan. 
Terima kasih. Allah sentiasa memudahkan urusan saya. Syukur.

Anak,
Di dalam bilik itu. saya perlu berbaring dalam posisi empat puluh lima darjah diatas katil dan alat mengesan bacaan kadar degupan jantung awak di pasangkan di perut saya.
Saya pula asyik bertanya sister yang bertugas.
Boleh panggil suami saya?
Boleh. Suami puan sedang mengisi borang untuk menemani puan. Sabar ya.
Baik. Terima kasih nurse.

[anak. Saat sakit begini saya masih tidak lekang berucap terima kaseh pada jururawat. Kerana kondisi saya. kondisi awak adalah bermula dari jari jemarinya yang merawat awak dan saya. tahu? Maka. terima masih pada yang menolong kita. jangan lupa ini]
.......

Anak.
Ini lah seribu sakit menajdi satu sakit.

Setiap lima minit sekali. Jemari ayah awak saya akan genggam sekuatnya. Saya memberitahu dia perlahan. Saya sakit. Ayah seperti biasa menjawab lembut pada saya.
Iye. Iye. abang tahu. sayang kena kuat. Sayang kena kuat ya. 

Dan. Saya keletihan amat. Mengantuk!
Saya meminta izin doktor perempuan muda berbangsa cina. Dia kecil sahaja orangnya.
Doktor. Saya mengantuk. Boleh saya tidur?
Mahu tidur? Jangan lah. awak perlu sedar.
........
Saat saya menahan ngantuk yang terlalu.
Saat lima minit sekali kontraksi hebat seribu sakit menjadi satu datang.

Saya mengatakan ini pada ayah awak.
Maafkan saya. Maafkan semua salah saya. maafkan kesemuanya ya.
Terasa mata berair bukan sebab sakit terlalu. Tapi sebab sedih terfikir akan khilaf banyak dengan suami yang tidak sedar atau sedar.
Saat itu teringat ada kata tajam atau tertinggi suara
Saat itu teringat ada keperluan yang tidak tersedia molek dan tidak terjaga
Saat itu berasa takut andai suami menyimpan sikit terasa dihujung hati yang tidak dilepaskan.
Saya ulang sekali lagi. 
Air mata jatuh laju terasa sedih benar. Dan sakit itu seolah tidak ada.
....
Abang maafkan sayang untuk semua perkara. Yang dulu-dulu sehingga sekarang ini.
Ayah awak merenung mata saya. Dia ucap ini, perlahan ditelinga saya.
Tidak ada apa yang perlu abang maafkan. Semua nya sudah dimaafkan. Tidak ada apa yang salah. Dan abang juga meminta maaf untuk salah abang ya?
Saya angguk. Dan dia maseh mengulang ini. sayang kena kuat. Kena kuat tahu?
Saya angguk lagi
Dan anak.
Ayah tidak lupa menasihati anda.
Dia mengucapkan ini pada perut saya.
Uwais. Uwais kena tolong ibu. Uwais juga kena kuat. Uwais kena tolong ibu ya.

........
[anak, saya menulis perenggan ini saya menangis teringatkan hal ini. Air mata saya masih bila-bila boleh keluar teringatkan ini.]
[Ayah sudah tidur keletihan saat ini. semalamam dia tidak tidur dan seharian ini dia menyelenggara kelengkapan pendawaian rumah baru kita yang bakal kita duduki usai pantang saya]
[anak, jadilah lelaki yang berhati lemah lembut seperi ayah. saya sentiasa doakan awak sepenyabar ayah]

......
Saya berasa mengantuk tidak tertahan. Keletihan.
Lalu saya meminta izin senior sister yang masuk. Saya mahu tidur sekejap boleh tak?
Sister itu memberi izin. Tidur lah. tapi saya rasa puan mesti tidak boleh tidur. Saya angguk.
Dan. Saya terpejam mata. Dan terjaga lagi lima minit kemudian. Saat kontraksi hebat yang seperti nyawa dihujung-hujung datang saya terjaga. Begitulah.

...
Anak, saat Ayah saya sentiasa di sebelah saya.
Saya mendengar ayah berzikir dan saya meminta supaya kuatkan sedikit biar saya dengar jelas. Saya mahu ikut.
Dia beristighfar berulang-ulang. Saya mengikutinya. Di baca apa sahaja. Saya ikut dia. Dia membaca zikir syifa saya juga membacanya. Dia membaca surah insyirah saya juga. dia membaca ayat kursi. Saya juga.
Tapi di dalam hati saya. saya berasa anda. Anak, awak sudah mahu keluar...

.....
14 januari 2013. Jam 10 malam.
Bukaan laluan sudah Sembilan sentimeter.
Sister empat orang yang baik hati itu terperanjat melihat saya. mereka ucapkan ini. puan? Ini anak sulung kan?
Ya nurse.
Bagus. bukaan awak sangat cepat. Dari enam kepada Sembilan. Dan tidak semuanya orang begini. Kadangnya puan sesetengah orang tunggu sampai besok tengahari.
Saya tidak mahu tahu itu. saya tidak sempat mahu fikirkan itu.

......
Jam 10.30 malam.
Kontraksi makin hebat. Kesakitan itu Sehingga awak berasa adakah saya hidup lagi? atau saya sudah dimana?
Bila saya kata saya mahu meneran sekarang. saya sudah berasa mahu.
Dan sister itu katanya satu jam satu sentimeter ya. Jangan dulu. Saya tidak mahu memaksa anak keluar. Biar bukaan menajdi 10 sentimeter.

.....
Saya genggam tangan ayah awak. Kuat. Saya berasa lengannya berbekas. Berbekas dengan jari saya. kuat menggenggam dan menekan setiap lima minit yang keras. Setiap siapa dari kita memerlukan sokongan.
Saat itu masih saya boleh berfikir. Bagaimanakah yang bersalin tidak ditemani suami. Satu-satunya insan yang kita ada sebagai waris sah anak kita.
....
Saya memberitahu ayah. Saya sudah mahu bersalinkan awak. Ayah kata nanti. Kita tunggu jam sebelas.
Ayah memantau kadar denyutan jantung awak. Ada bacaan graf turun naik disitu. Kita tunggu bacaan graf itu betul-betul naik. Tanda awak juga sudah mahu menolak keluar.
.....
Saya dongak tengok jam di atas kepala dinding. Ah. Lima minit nak ke sebelas itu seakan lama dan panjang bertahun. 
Bersambung. .

Thursday, January 17, 2013

Untuk uwais dan ayah [satu]

Salamun alaik.
Jurnal ini ditulis malam tadi telah tersadai macam itu saja. Sebab tangan tidak reti menggodek blogspot melalui talipon tangan pula semenjak menjadi ibu.
HAHA. [tak reti guna salahkan ibu pulak. Ye dak?]
Okay titik.
 ........
Sekian lama saya menunggu mahu menulis sesuatu. Seakan menunggu mood bagus mahu menulis seperti sedia kala. Seakan juga tempoh Sembilan bulan lamanya itu memadam langsung nafsu menulis saya.

Ia hilang. Dan muncul Cuma sekali dua.
.........

Anak,
Saya mencoret ini supaya saya tidak lupa. Anda tidak lupa, dan ayah juga tidak mungkin lupa ini. Kerana ia adalah tentang bagaimana ayah menunggu anda dan saya berjuang untuk anda.

Saya menulis supaya sekali lagi saya tidak lupa bagaimana nikmat nya Tuhan beri pada saya ketika itu.
Jadi, mungkin insyaa Allah pabila anda besar dan boleh membacanya. Silalah membacanya. Ia sejarah.
.........

14 januari 2013.

Jam dua belas malam itu. Saya berasa seakan senggugut ringan. Jadi saya tidur seperti biasa. Tidak pula saya terfikir mahu melahirkan anda.
Tapi. setiap dalam solat saya dan doa seharian saya. Saya berdoa semoga biarlah saya melahirkan anda di pertengahan Januari 2013 sahaja walaupun jangkaan sang doktor untuk anda adalah pada 3 februari nanti. Ucapan-ucapan ini sering juga saya utarakan bila saya sedang bersama kawan saya di sekolah. Ia satu harapan. Saya berasa saya banyak tugas.
...
Di setiap anak tangga yang saya pijak setiap hari memanjat ke bangunan kelas ke kelas. Dan disetiap anak tangga itu lah juga saya berdoa moga Allah makbulkan doa saya. Ya Alla, saya mahu bersalin minggu 37. Ayat ini berulang ulang. Sedari kandungan berusia tujuh bulan. Kerana saya sudah banyak rencana dan tugas. Saya berkira kira jika saya bersalin bulan Februari, kemudian cuti dua bulan maka saya naik sekolah awal Mei, bagaimana pula nasib anak didik SPM saya. 
MasyaaAllah. Allah Maha Mendengar. Dia makbul.
.... 

14 Januari 2013. Subuh.
Saya bersolat subuh. Duduk. Terasa tidak lah berkuasa saya mahu berdiri lagi. Kontraksi saya semakin terasa kerap.Tidak seperti biasa. Saya berasa kadar senak seakan senggugut itu semakin kuat.
Sampainya saya duduk termenung di kepala katil memerhati ayah anda sedang solat Subuh dan menunggunya habis solat. 

Lalu saya ucapkan pada dia. Saya sakit perut. Dan saya minta dia membawa semua alat kelengkapan kelahiran anda yang sudah siap dimasukkan ke dalam beg menuju ke kereta.
Dalam kepala saya. mahu ke sekolah atau tidak? Tapi hati kata mahu. Hari ini hari persaraan pengetua saya. Saya mahu melalui detik itu.

Jam 7.00. pagi.
Anak, saya bertolak ke sekolah seperti biasa ditemani ayah. Dialah pemandu kita semenjak awak berumur tujuh bulan. Saya tidak lagi memandu sendirian. Sebab awak kerap membatu kan diri di dalam perut saya saat saya melalui bonggol jalan. Ia menyakitkan saya. [Braxton hicks]

Jam 7.15 pagi
perut semakin senak. Senggugut dan kontraksi semakin kuat. Saya macam tidak puas hati bila ayah awak parking kereta jauh dari biasa. Saya perlu berjalan jauh menuju ke bangunan utama sekolah. Hari itu parking penuh. Saya berjalan menuju ke tangga. Tandatangan kehadiran ke sekolah seperti biasa. Ah. Berjalan jauh lagi dan memanjat tangga seperti biasa.

Jam 7.30 pagi.
Makin terasa sakit. Perut keras dan sekejap tidak. Berborak bersama rakan saya yang juga mengandung dan saat kelahirannya seakan dekat juga dengan anda wahai anak. Saya memberitahu dia keadaan saya. Saya bertanya adakah ini tanda melahirkan? Saya tidak tahu dan tidak pernah merasa ia bagaimana.
Kami turun ke kantin. Saya bersarapan mi goreng sejemput. Kuih dua ketul. Dan air suam. Makan vitamin seperti biasa. Dalam kepala masih memkirkan anda.
.......

Hari 14 Januari 2013 itu adalah hari persaraan pengetua saya. Hajah raudhah. Yang saya kira saya kagum dan hormati. Dia pengetua cemerlang yang saya pernah kenali.
Hajat di hati saya mahu berjumpa beliau buat kali terakhir perkhidmatannya. Saya juga ada angan-angan mahu menjadi cemerlang tugas seperti dia saat saya menjelang berumur sebaya beliau nanti. Bermakna perlu membina dari sekarang supaya saat tua saya adalah seperti itu.
Berprofesional dalam tugas. Dan sangat cemerlang. Hingga sangat disenangi. 

Baik anak. Saya mahu bertanya anda. Jawab lah soalan saya saat anda sudah matang dan besar kelak andai anda membaca ini.
Bagaimana ya mahu menjadi ketua yang sering disenangi orang?
Dan bagaimana pula mentadbir sesebuah apa saja sehingga kesemuanya lancar dan orang menurut kata anda dengan rela membuat kerja dengan gembira?
Nah. Itu tugasan. Buat cerminan diri kita.
.......

Jam 8.05 pagi.
Memanjat tangga menuju ke kelas di tingkat dua atas bilik guru. Terasa seakan saya lah orang paling bergagah menaiki tangga.

Saya masuk kelas mengajar seperti biasa. Kelas pada hari itu cuma dua waktu pada pagi itu sahaja. Dan saya memang berhajat mahu berjumpa pelajar saya dan menyelesaikan tugas akhir sebelum saya melahirkan dan mahu menyerah tugas kepada siapa yang bakal menggantikan saya sepanjang saya bercuti. 
[anak. ini soal tanggungjawab. awak tidak boleh ambil ringan dengan tugas dan kerja. budaya kerja perlu halal] tahu?

Dalam kelas. Terasa sakit juga.
Anak, Saya menalipon ayah awak. Suruh dia datang ambil saya pada jam 9.15 pagi. 

.........
Usai kelas pada jam 9.15 pagi.
Menuruni terserempak dengan rakan guru. Yang sudah senior dan berpengalaman banyak. Dia menegur saya.
Belum bersalin?
Ya. Belum. Tapi akan mungkin.
Kakak, saya sakit perut. Terasa seperti mahu senggugut dan perut saya mengeras dengan cepat. Ini tandanya apa?
Pergi balik cepat. Itu tanda mahu bersalin. Cepat. Jangan lengah.
Betul kah? bukan sakit bersalin yang olok-olok?
Tak ada olok-oloknya. Sila balik.

Plink!
plink!

Saya menuju ke bilik pengetua. Meminta izin mahu ke hospital. Pengetua baru itu mengizinkan saya setelah saya memberitahu bahawa saya sudah mempunyai kontraksi.
Pengetua yang menggantikan pengetua cemerlang saya adalah lelaki.
Saya berasa janggal pula menterjemahkan maksud saya kepada sang laki-laki tentang hal keperempuanan.
......

Anak,
Ayah sudah ada di bawah.
Saya memasuki bilik guru. Mengambil botol minuman saya. meletakkan buku rekod mengajar saya. dan menuruni tangga. 

Terlihat kelibat kereta ayah. berjalan lagi jauh menuju ke dia.
Dan ayah kata kita balik rumah dulu. Da suruh saya tukar baju. Dan dia juga mahu.
Okay baiklah. Kami balik. Sakit itu semakin kerap. Kerap. Setiap sepuluh minit.

......
Di rumah atuk esah awak. 

Atuk esah yang comel bersama titi ada di depan lama. Berborak dan tersengih melihat kereta saya dan ayah memasuki ke garaj.

Dan bila turun sahaja dari kereta.

Saya sudah agak apa mahu atuk esah tanya.
Kenapa?
Ain sakit?
Ye mak. Saya sakit. Saya rasa senggugut yang teruk. Perut mengeras kuat. Dan selang sepuluh minit.
Pergi hospital sekarang. mak perlu ikut?
Saya kata tidak perlu. Ia lama lagi mak.
[anak, akan saya cerita pada awak tentang atuk esah awak ini di kemudian entri]

saat saya memasuki kereta mahu menuju ke hospital. dari dalam kereta saya bertanya atuk esah awak.
mak. sakit nak bersalin tu macam rasa nak terberak ke?
rasa nak teran-teran?

atuk esah;
ya. itu cuma perasaan. bukan mahu berak. tapi seakan. 
betul lah tu. pergi cepat.

saya ketawa ber ha ha ha lagi.
[tidak tahu lagi betapa sakit sedang menunggu saya nanti]
......
10.30pagi mungkin.

Sampai di hospital. Ayah pergi parking. Saya sedang berlawan sakit sebab awak yang sedang bergolak dalam perut. Dan kita berdua menunggu di ruang menunggu ayah di pintu masuk wad bersalin.

Uh. Sabar menunggu ayah sebab parking penuh. Awak tahu? Hari saya melahirkan awak adalah hari paling ramai orang lain juga melahirkan.
.....
Anak.
Bukaan laluan yang Tuhan anugerah terlalu cepat. Mula-mula sister itu cek bukaan laluan. Oh. Baru sedikit katanya. Pergi duduk di hadapan dulu.
Lalu. Saya meminta mahu pulang saja kerumah. Dan diketawakan pula oleh petugas kesihatan itu. katanya. Sudah sampai disini sudah tak boleh balik. Mesti masuk wad. 

Saya senyum. Ayah senyum. Dia gelihati dengan saya. 

Dan masih selang sepuluh minit. Awak berkontraksi di dalam.
Dan. Jam sebelas. Lima belas minit kemudian. Saat yang berlalu itu awak tahu. Serasa saya lama benar menunggu.
Bila di periksa oleh doktor. Sudah terbuka jalan kepada tiga sentimeter.
Masuk wad.
Dan. 
Semasa itu selang lima minit saya berasa sungguh tak menahan. Tidak boleh lagi berbaring di mana-mana. Cuma duduk sejemput diatas kerusi dan memeluk bantal. Ayah perlu keluar bila masa rehat sudah habis.
Dan.

Satu jam kemudian.
Sudah empat sentimeter. Sudah boleh masuk dewan bersalin. Doktor mahu pecah air mentuban.
Tiba-tiba berita sampai. Tunggu! Labour room penuh.
Saya kata pada doktor. Tidak apa. Baru empat sentimeter. Saya rasa saya belum mahu ke sana.
Dan. Air mentuban belum di pecahkan.
......

Awak tahu.
Baru saya tahu betapa sakit kontraksi itu bagaimana. seribu sakit menjadi satu sakit. [teringat kata atuk esah awak untuk mendefinisikan sakit kontraksi mahu bersalin]
Sepanjang saya menunggu sehingga ke petang. Saat bukaan menjadi enam sentimeter. Doa dan zikir sahaja yang boleh saya ucap. Diam dan menahan rasa.

Masyaa Allah. Sakit kontraksi itu tidak boleh saya lupa.
Terasa sudah sakit. Memikirkan ada orang lain lagi yang lagi sakit daripada saya.
Saya berasa sakit yang Tuhan anugerah ini sebagai penghapus dosa-dosa saya sahaja. Fikirkan itu sahaja.

Jam 8 malam.
Bukaan laluan enam sentimeter. Dan saat saya mahu di bawa ke dewan bersalin. Diam berteleku saya diatas kerusi roda yang do siring oleh jururawat. Ayah awak ada di sebelah. Menemani saya ke akhirnya.
Bertemu di laluan-laluan yang sama bersama-sama ibu dan jurrurawat lain. Bertanyakan saya. sudah berapa sentimeter?

Jururawat menjawab sudah enam sentimeter.
Yang saing-saing itu mahu di bedah perut mereka mungkin komplikasi apa. Saya tak mahu tahu.

Lalu. Menjawab ibu yang bersama saya. "awak nampak rileks"
Dia tak tahu aku sakit nak menahan sakit Cuma Allah sahaja yang tahu.
Dan jururawat lain berkata. Orang lain sudah meraung bagai. Dia diam sahaja.
Dalam hati saya. Cuma ada zikir. Zikir. Zikir. Zikir.
Tak boleh ucap apa lagi. mohon diampun kan dosa saya. semua dosa saya.
......
Bersambung..

Tuesday, January 8, 2013

ia menyakitkan perasaan

awak tahu apa yang paling menyakitkan hati dan melukakan perasaan?  ia adalah apabila saudara kandung kita sedang  tidak sehat banyak dan kita tak dapat pulang menjenguk berziarah..
kita jauh dan ...masa tidak pula memberi izin...sedih dan mahu menangis semahunya..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?