Monday, September 23, 2013
@NazirHussin79 wujudkan 30,000 peluang pekerjaan?@NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj
Satu lagi inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh Sdr.Nazir Hussin Exco Pemuda UMNO Msia di bawah biro beliau dengan mewujudkan BN JOB FAIR. Apa tunggu lagi, jom kita serbuu.......Nak tau dimana diadakan? Baca lagi...
Tuesday, September 17, 2013
'Ostazah' segera @abby_abadi112 'meroyan lagi?? Tolongla...@putrajaya_13 @JohnSayoxx
Kasihan pula penulis tengok Abby Abadi yang bersungguh mahu berpolitik dengan menyalahkan apa sahaja berlaku dalam Malaysia ini adalah kerana UMNO. Penulis sendiri sebenarnya dan 'letih' berdebat dalam twitter dengan 'ostazah' segera PAS ni.
Mungkin juga satu hari nanti, penceraiannya dengan Norman Hakim dulu, UMNO juga akan jadi mangsa.
Monday, September 16, 2013
Tak lama lagi ada zoo/taman safari di Putrajaya? @putrajayacorp @putrajaya_13 @TengkuAdnanReal
Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang mewujudkan sebuah zoo ataupun taman safari bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong tempatan mahupun antarabangsa ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, PPj telah menerima cadangan tersebut daripada pelbagai pihak yang melihat kaedah tersebut sebagai langkah terbaik untuk menarik perhatian orang ramai terutamanya pelancong asing.
TERKINI: AES telah diambil alih oleh @PDRMsia?? @putrajaya_13 @Zahid_Hamidi
Pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Jeffrey Kitingan anggap 16 September adalah hari penjajah? Biar betul?? @putrajaya_13 @TengkuAdnanReal
Dalam kita bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia di Sabah, pemimpin pembangkang dari Sabah sendiri, iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor mengambil sikap bertentangan. Pemimpin pembangkang ini telah mengejutkan ramai dengan menganggap 16 September sebagai Hari Penjajah.
Beliau menyifatkan sedemikian atas dakwaan Malaya telah ‘menjajah’ Sabah setelah mengambil alihnya dari British, melalui penubuhan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Nampaknya, Jeffrey masih menyesali sejarah dan tidak mampu menerima hakikat bahawa Sabah telah menjadi sebahagian dari Malaysia.
Sunday, September 15, 2013
Pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Msia semakin hangat! @jamawijaafar @azwanbro @LokmanAdam @putrajaya_13
Agak-agak anda, siapakah calon yang akan diundi oleh perwakilan untuk menggalas kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang akan dipilih pada hujung tahun ini.
Mungkinkah Lokman Adam? Jamawi Jaafar? Azwan Bro?? Mari kita lihat sapa yang kena...jeng..jeng..jeng....
Jamawi Jaafar
Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO
Azwan Bro
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Exco Lantikan Biro Ekonomi
PUP: nampaknya pemilihan Naib Ketua lebih hangat ni.. Adakah ini juga berlaku di peringkat bahagian anda?? jeng..jjeng..jeng...
Sudahkah anda mengambil borang pendaftaran calon untuk bertanding? @putrajaya_13
Sebanyak borang 114 pendaftaran calon pemilihan UMNO sudah pun diambil oleh calon-calon yang mahu bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT), Exco Wanita, Pemuda dan Puteri pada hari pertama borang itu dikeluarkan hari ini di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Jumlah itu membabitkan 31 borang MT, Pemuda (36), Wanita (35) manakala Puteri (12).
Janji PM untuk bumiputera dalam menjayakan sektor ekonomi @putrajaya_13 @NajibRazak
Berikut adalah Ringkasan Ucapan PM sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ;
-18.6 juta orang atau 67.9 % penduduk negara adalah Bumiputera
-Agenda Bumiputera harus dilihat dalam kerangka dan menjadi agenda nasional
-Agenda Bumiputera bukan mengambil hak sesiapa tetapi melalui penciptaan kekayaan baru
-Dasar Ekonomi Baru sebagai langkah awal telah berjaya merapatkan jurang antara kaum
Juara Pesta BolaMerdeka edisi 41-Tahniah Harimau Muda! @Bola_Malaysiaa @harimaumalaya7 @Khairykj @putrajaya_13
Malaysia menjulang trofi Pestabola Merdeka Edisi Ke-41 buat kali ke-10 selepas mengalahkan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.
Jaringan daripada Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-29 dan gol pada penghujung permainan oleh Junior Eldstal cukup buat Malaysia memahat kemenangan kedua ke atas lawan mereka itu.
Saturday, September 14, 2013
Pelancaran YES malam ini. Jom semua!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @razlanrafii #YayasanEhsanSeputeh
Tuesday, September 10, 2013
Anak muda luar bandar bersemangat tonton #TandaPutera @zizannin @NajibRazak @putrajaya_13
Lagi sokongan terhadap Filem Tanda Putera tidak henti-henti. Terbaru, atas rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang sejarah tanah air, sekumpulan penduduk luar bandar yang didatangkan khas dari Sungai Besar, Selangor terdiri hampir 150 anak muda yang bersemangat telah mengambil langkah untuk menonton tayangan Filem Tanda Putera beramai-ramai pada esok 11/9/2013 (Rabu) di Midvalley pada jam 6pm.
Monday, September 9, 2013
TERKINI: Yayasan Ehsan Seputeh (YES) bakal muncul sebagai tempat berteduh? @razlanrafii @putrajaya_13 @NajibRazak
Pengasas Yayasan Ehsan Seputeh(YES) memberi sumbangan kepada anak2 yang bernasib malang |
Tuesday, September 3, 2013
Biadab di Ambang Merdeka? @Zahid_Hamidi @PDRMsia
Inilah Melayu tak sedar diri!!! Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini kelmarin dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.
Motto Hari Merdeka 56: @astroonline perlu peka, typo/sengaja ni?? @NajibRazak @shaberyc @putrajaya_13
Monday, September 2, 2013
Orang Melayu WAJIB tonton Tanda Putera terutama generasi muda @zizannin @putrajaya_13 @shaberyc @NajibRazak
Penulis pertama kali ingin mengucapkan tahniah kepada YB DS Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan & Komunikasi kerana atas usaha beliau filem ini berjaya ditayangkan kepada umum.
Penulis sendiri telah menonton filem ini dan bagi penulis, filem ini bukanlah filem 'kontroversi' seperti yang dipukul canang oleh sesetengah pihak. Filem ini juga tidak mengajak/mengajar rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini supaya bergaduh antara satu sama lain serta filem ini juga TIDAK bersifat perkauman.
Ia adalah fakta dan sejarah negara yang berlaku sekitar zaman pemerintahan Tun Razak dan bagi penulis, message filem ini perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Sejarah ini hanya memberi kesedaran dan pengajaran untuk kita semua generasi baru ketahui betapa perit dan payahnya pengorbanan pemimpin2 kita terdahulu baik pemimpin Melayu, India, Cina dan lain2 demi memartabatkan Malaysia serta mensejahterakan semua kaum dan etnik yang ada.Penulis faham, kebanyakkan kita amat sukar untuk membaca buku sejarah kerana itulah penulis berpendapat filem ini WAJIB ditonton terutamanya oleh generasi baru tanpa mengira kaum kerana message yang disampaikan cukup mudah dan penulis pasti mereka yang menonton filem ini dengan mudah boleh memahami sejarah-sejarah negara yang berlaku ketika era pemerintahan Tun Razak.
Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu, sila tonton filem ini. Lihatlah sendiri bagaimana payah getirnya tok nenek moyang kita berjuang dan berkorban untuk negara. BUKAN seperti Anwar dan sesetengah generasi yang buta sejarah hari ini hingga sanggup memecah belahkan kaum yang ada, menggangu-gugat keharmonian negara serta TIDAK menghormati perlembagaan dan institusi Raja dan Agama Islam.
Berikut ialah serba sedikit sinopsis filem Tanda Putera:
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor.
Berikut ialah serba sedikit sinopsis filem Tanda Putera:
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor.
Tahniah juga kepada penerbit filem ini Shuhaimi Baba...
Subscribe to:
Posts (Atom)