Tuesday, April 30, 2013

(VIDEO):Mari saksikan 'kehebatan' Husam sebelum bertanding di Putrajaya #PRU13


Sebelum mengundi Husam, saksikan dulu 'kehebatan' Husam sebelum beliau bertanding di Putrajaya..Takdiiiiir!


Calon DAP Segambut 'pilih bulu'? #PRU13 #TolakPR

Budak kecil ini secara sinis menolak calon DAP ini

Lim Lip Eng calon DAP Segambut muncul kembali di kawasan² terpencil Parlimen ini dengan harapan dan niat untuk mendapatkan sokongan pengundi. Jika sebelum ini, beliau cukup berkira untuk turun padang membantu rakyat yang berada di kawasan padat penduduk seperti Kg Kasipillay, Segambut Dalam dan lain² tempat sewaktu dengannya kerana kawasan² ini dianggap kurang 'standard' dan low class bagi seorang Ahli Parlimen 'berwibawa' sepertinya.

(VIDEO PANAS): Lim Kit Siang dihalau? #PRU13 #TolakPR

Jelas pengundi di Gelang Patah "benci" Lim Kit Siang.  Lihat bagaimana beliau dihalau keluar oleh penduduk kawasan terbabit yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Tun Daim - Percaya pengundi Putrajaya akan undi Tengku Nan bukan Husam 'pecah tanah' #PRU13 #TolakPR



Penduduk Putrajaya perlu terus memilih Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai ahli parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin percaya Tengku Adnan yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-12 telah banyak menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya.  Bukan seperti Husam, yang hanya pandai pecah tanah kemudian meletakkan batu asas sehingga tiada tindakan.

Monday, April 29, 2013

Kenapa Husam 'lari' lintang pukang dengan mamat ni? #PRU13 #TolakPR





Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai "Kickdafella" adalah seorang penulis blog yang pernah bekerja dengan Husam 'pecah tanah' selama 2 tahun 7 bulan sebelum beliau berhenti kerana tidak tahan melihat pelbagai penipuan berlaku depan mata.

PANAS: Husam 'pecah tanah' hampir pengsan di Putrajaya? #PRU13 TolakPR




Putrajaya penuh sesak dengan belasan ribuan pengundi Putrajaya hadir bagi mendengar ceramah umum oleh Calon BN Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Tun Mahathir kelmarin.

Mereka yang hadir ini tidak "diimport" dari kawasan luar seperti apa yang dibuat oleh Husam dan juak-juak PAS baru-baru ini di ceramah mereka di mana mereka terpaksa mengerahkan penyokong luar seperti dari Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang, Subang dan sebagainya untuk hadir bagi meramaikan suasana.

Saturday, April 27, 2013

Lagi fitnah Husam tidak berjaya! #Tolakfitnah #TolakPR #PRU13


JAWI telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik. 

Tengku Nan yang datang melawat anak saudara Husam #TolakPR #PRU13



Percaya atau tidak, terpulang, anda nilai..Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah datang melawat anak saudara Husam ketika datang menziarahi pesakit di Hospital Putrajaya di sini.
Antara pesakit yang diziarah ialah anak saudara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Wanita berumur 27 tahun itu dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 hari lepas dan sehingga sekarang Husam sendiri belum datang melawatnya.

Friday, April 26, 2013

Nurul Izzah (PKR) vs Raja Nong Chik (BN) #TolakPR #PRU13

Calon BN Seputeh beri bantuan tidak kira masa #PRU13 #TolakPR



Baru² ini, calon Barisan Nasional (BN) Seputeh Nicole Wong yang bakal menewaskan Teresa Kok pada Pilihanraya Umum (PRU13) akan datang ini dalam rangka lawatan di sekitar kawasan Sri Petaling selepas menghadiri program senaman pagi bersama kira² 50 orang penduduk di Salak Selatan.

Semasa dalam perjalanannya ke Salak Jaya, Nicole terserempak dengan sebuah kemalangan yang baru saja berlaku di persimpangan kawasan Sri Petaling. Kemalangan tersebut melibatkan seorang wanita yang menunggang motosikal.

Thursday, April 25, 2013

"Staff TV3 akan masuk ke penjara sekiranya PR menang" - Anwar Ibrahim #PRU13 #TolakPR





Agaknya² lepas kakitangan TV3 dipenjara, mungkin kakitangan Utusan Malaysia pula dipenjara hahaha. Anwar oh Anwar..

(VIDEO): Husam "pecah tanah" baca surah tak betul? #TolakPR #PRU13



Jangan rosakkan aqidah anak muda Putrajaya!

Wednesday, April 24, 2013

PANAS: Husam 'pecah tanah' semakin tenat di Putrajaya #PRU13 #TolakPR




Pengundi-pengundi Putrajaya kenal siapa pemimpin yang telah lama berkhidmat untuk mereka. Mereka kenal siapa pemimpin yang banyak membantu mereka dalam segala hal. Oleh itu tidak ada sebab pengundi-pengundi Putrajaya berhajat untuk menukar wakil rakyat yang sedia ada.

Pengundi Putrajaya yang rata-rata mereka merupakan kakitangan awam sememangnya bersyukur dengan apa yang mereka nikmati selama ini. Pengundi juga sepakat tidak mahu MENJUAL Putrajaya kepada sesiapa pun.

Ceramah Pakatan di Setiawangsa bertukar menjadi 'Majlis Kematian"? #TolakPR #PRU13


Semalam, telah diadakan satu ceramah "Road to Putrajaya & Minta Pengundi Hukum BN/UMNO" oleh Calon PKR, Dr.Tan Kee Wong & Sivarasa bertempat di Dataran Air Panas.  Turut serta ialah Ambiga "BERSHIT" tetapi tidak berceramah, hanya duduk di atas pentas bersama calon Parlimen Ibrahim Yaacob.

Tuesday, April 23, 2013

(VIDEO): Luahan En.Abdul Jalil




Ramai rakyat Malaysia bersyukur dan menghargai usaha-usaha kerajaan BN dalam menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan swasta.

En Abdul Jalil yang menghidap sakit mata bersyukur apabila program-program transformasi Perdana Menteri DS Najib Razak secara tidak langsung menyentuh aspek penjagaan kesihatan yang dianggap sangat penting.

Pakatan berperang sesama sendiri? #TolakPR #PRU13


Jelas sekali Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing,

Penulis berpendapat rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara. Nama sahaja pakatan tetapi sebenarnya mereka TIDAK berpakat pun!

Monday, April 22, 2013

Kambing Jamnapari 'kejar' Husam? #PRU13 #TolakPR




Pasti ramai penyokong PAS yang rasa Datuk Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya.  Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan bertanding di Putrajaya dan akan menentang DS Tengku Adnan.  Perkara ini tidak dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.

Tetapi harus diingat, jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui ‘track record’.  Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinila. Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding.

Sunday, April 21, 2013

(VIDEO) Penamaan Calon P125 Putrajaya. Siapa langgar etika? #PRU13 #TolakPR



Ribuan penyokong Barisan Nasional telah hadir ke Dewan Serbaguna P9 dengan tenang untuk memberi sokongan padu kepada Calon BN DS Tengku Adnan Tengku Mansor dan telah dijangka penyokong import @ "orang luar" yang Husam bawa dari Bangi, Kajang, Serdang, Subang hadir walaupun sesat mencari dewan penamaan calon.

Dalam video ini, lain pula perihalnya. Sudah jelas penyokong PAS ini telah melanggar beberapa peraturan dan etika seperti penggunaan pembesar suara dan menggunakan kanak-kanak untuk mengibar bendera mereka.  Tidak kurang juga lagak Unit Amal mereka mengalahkan UTK macamlah ada serangan ke atas calon mereka ini?  Kenapa puak PAS ni sengaja melanggar peraturan dan cuba buat provokasi?  Apabila dikenakan tindakan mulalah salahkan UMNO atau BN!!

Ini bukan superimpose seperti yang selalu PR katakan.  Bukti jelas samalah seperti isu Stopa "spender putih"..Oopss...

Husam "pecah tanah" cuba tipu pengundi Putrajaya pula? #PRU13 #TolakPR



Pelik sungguh penulis melihat kerenah-kerenah PR (Pakatan Rosak) ni.  Dulu cakap, Putrajaya ni projek membazir, merugikan negara malah wang rakyat. Sekarang dah macam 'gila talak' pula mahukan Putrajaya.

Inilah sikap mereka sebenarnya.  Pantang tengok kemajuan dan hasil sesebuah Parlimen mahupun Negeri, sekarang mula nampak sikap tamak dan hipokrit mereka.  Ada hati pula nak tawan Putrajaya? Betapa rendahnya maruah PR ni? 

Saturday, April 20, 2013

PANAS: Penyokong Husam buat kecoh di Putrajaya, ganggu penduduk? #PRU13 #TolakPR



Ketika sedang berlangsung proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna P9, tiba-tiba segerombolan penyokong Husam Musa yang majoritinya datang dari luar kawasan Putrajaya cuba buat kecoh, provokasi yang keterlaluan dan cubaan untuk mencetuskan huru-hara.

Hasil tinjauan penulis, kebanyakkan penyokong Husam ini datangnya dari Bangi, Serdang, Kajang dan ada juga sanggup datang dari Subang.  Mereka ini yang penulis gelarkan "orang luar" sememangnya tidak faham dengan sensitiviti masyarakat setempat terutama bagi penduduk Apartment P9, Fasa 10 yang hampir dengan tempat penamaan calon.

SANDIWARA:Menangis minta simpati rakyat untuk tutup salah sendiri? #PRU13 #TolakPR


Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April lalu menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.

Usaha DAP & Pakatan Pembangkang untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.

Kerajaan PR di Selangor terus roboh kuil? #PRU13


Zulkifli Nordin mengakui bahawa beliau telah melakukan kesilapan 10 tahun lalu, ketika menjadi ahli PAS.

Menurut beliau, kita cukup kenali bahawa PAS 10 tahun lalu adalah parti yang ekstrem agama.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub juga pernah menghina masyarakat Hindu dengan mengeluarkan kenyataan "Perayaan Thaipusam itu sama seperti demontrasi jalanan" - 19 Jun (rujuk video zul).


Manifesto BN WP-Janji dikota buat warga KL #PRU13 #TolakPR


Manifesto Barisan Nasional (BN) W.Persekutuan bertema 'Janji Dikota' dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan baru-baru ini menggariskan empat teras menyasar segmen luas dan berbeza dari segi pendapatan, keperluan dan kehendak warga kota.

Manifesto itu akan memastikan tiada keperluan warga kota yang tertinggal dalam arus mengejar pembangunan menuju Wawasan 2020.

Teras pertama ialah Kesejahteraan Warga Kota dan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar akan dilancar sebagai permulaan di Putrajaya dan seterusnya dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.

Teras kedua ialah Objektif Pembangunan Yang Mampan, termasuk merancang dan menerajui Pembangunan Kampung Baru menjadi kawasan warisan yang moden serta berdaya maju selaras dengan kehendak pemilik dan pewaris.

Tiada Warga Kota Yang Tertinggal merupakan teras ketiga manifesto B Nmelalui keutamaan rumah kos rendah kepada pesara askar atau polis, meneruskan dan meluaskan program sumbangan tunai kepada warga emas serta menambah pemberian dana kepada persatuan belia di W.Persekutuan. Teras terakhir ialah Anjakan Ekonomi Warga Kota dengan menjana 600,000 pekerjaan oleh inisiatif Greater KL dan menyediakan sekurang-kurangnya 2,000 peluang penjaja tetap dan 10,000 peluang penjaja sementara.

Berikut ialah kandungan penuh Manifesto BN Wilayah Persekutuan - Kesejahteraan Warga Kota :

Thursday, April 18, 2013

Mukhriz Mampu Tawan Kubu Kuat PAS!! #PRU13 #TolakPR




Dato’ Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung. Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa. Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas. 

Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga. 

Teresa Kok Ahli Parlimen DAP Seputeh sanggup songlap duit ibu tunggal? #TolakPR #PRU13


Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.
Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi menyonglap duit ibu tunggal.

Janji Husam di Kelantan tidak dilaksana, sekarang lari ke Putrajaya?? @putrajaya_13 #PRU13 #TolakPR



Husam oh Husam... Patutlah anda lari ke Putrajaya.  Rupanya ada orang 'kejar' dek kerana pelbagai janji di Kelantan yang belum anda tunaikan.  

Sekarang nak janji apa pula di Putrajaya ni Husam?? Nak turunkan harga sewa premis perniagaan? Nak ambil alih tugas PJH buat parking bertingkat? Nak suruh Bas Nadi Putra berhenti di depan pintu pejabat penjawat awam? Nak buat bengkel kereta khas? Nak pastikan penduduk Putrajaya luangkan masa di taman-taman awam sedia ada?? (antara yang terkandung dalam tazkirah pertama Husam di Putrajaya)

Majlis Kesyukuran Calon BN P125 Putrajaya #PRU13 #TolakPR



Alhamdulillah setelah diumum sahaja kelmarin Calon BN di Putrajaya, YB DS Tengku Adnan telah mengadakan sedikit Majlis Kesyukuran dan memohon berkat dan perlindungan daripada Allah SWT di rumah beliau di Presint 10.

Mudah-mudahan dengan berkat doa semua penduduk Putrajaya yang sememangnya mahukan beliau sebagai Ahli Parlimen Putrajaya, kemenangan akan berpihak kepada BN.  Amin.





Wednesday, April 17, 2013

Ubah Bdr.Tun Razak-Adakah mimpi ngeri akan berulang? #PRU13 #TolakPR



Tranformasi atau perubahan yang dibuat oleh DS Najib Razak memang amat pahit untuk ditelan oleh sesetengah pihak. PM Najib benar -benar dahulukan kepentingan rakyat.

Seluruh negara memerhatikan PM Najib keseorangan apabila ramai yang protes demi kepentingan individu berbanding Najib perjuangankan kepentingan rakyat.

Rakyat Bdr Tun Razak juga harus berfikiran seiring dengan Transformasi yang dibuat oleh PM Najib. Jangan disebabkan calon yang diletak di Bdr Tun Razak ada yang tidak gemar dan kenapa PM Najib letak Tan Kok Eng sebagai calon?

BUKTI: PAS & PKR Hipokrit!! #TolakPR #PRU13


Pembangkang selama ini sering menuduh pemimpin-pemimpin BN sebagai tidak bermoral dan kerap diselubungi skandal. Setiap kali timbul kontroversi tentang pemimpin BN, mereka akan terus mempercayai setiap berita atau fitnah yang dilemparkan.

KANTOI: Siapa Staff JPM cari pasal ni? @adi_marwan @NajibRazak #PRU13


Penulis rasa pasti ramai pembaca di luar sana yang semestinya kecewa tentang perihal pemuda ini.  Sudahlah berkhidmat di Jabatan Kerajaan (JPM), tetapi dalam masa yang sama menjadi pengkhianat kepada kerajaan?

@TengkuAdnanReal sebati bersama pengundi Putrajaya #PRU13 #TolakPR


Syukur alhamdulillah kerana PM telah meletakkan YB DS Tengku Adnan sbg Calon Kekal BN bg PRU13 ini. Prestasi beliau di Putrajaya memang tidak perlu diperkatakan dan majoriti rakyat Putrajaya sayang pada beliau. Pengundi Putrajaya sememangnya  menolak "orang luar" yg berlagak spt Hero dan hadir semata2 untuk meraih undi bagi PRU13. 

Gelang Patah: Medan terakhir buat Lim Kit Siang #TolakPR #PRU13



Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman menyifatkan pencalonannya sebagai memikul amanat untuk terus mempertahankan Johor daripada ditembusi pembangkang.

Abdul Ghani yang juga penyandang Menteri Besar Johor berkata biarpun saingan yang diterimanya hebat, tetapi beliau yakin amanat yang diberikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak merupakan keputusan terbaik bagi memastikan Johor terus kekal cemerlang di bawah BN yang mempunyai rekod baik.

Calon-calon BN #PRU13 Negei Pahang #TolakPR



Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Pahang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Calon-calon BN #PRU13 Negeri Perak #TolakPR




Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman itu telah dibuat di Bangunan UMNO Perak kira-kira pukul 10.30 pagi.

Senarai calon berkenaan ialah:

Calon-calon BN #PRU13 Negeri Selangor #TolakPR




Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

PARLIMEN:

Senarai Calon-calon #PRU13 BN WP #TolakPR



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Calon Baru BN-33% Parlimen, 49% DUN #PRU13 #TolakPR #Vote4BN



Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mahasiswa Tetap Sokong Barisan Nasional (BN) #voteBN #GE13 dan mention @tunfaisal @razaliibrahim @hishammuddinh2o @najibrazak @SISWA_4U

Pada 14 April 2013 jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan KPW Sungai Gelugor Pulau Pinang telah berlangsung sidang media Siswa4U Universiti Sains Malaysia (USM).Kenyataan Media ini dilakukan oleh Pengerusi Siswa4U USM, Mohamad Adhar Che Bae dan Pengarah Strategik Siswa4U USM, Mohd Basri Mohd Saad.

Antara intipati penting ialah saudara Mohamad Adhar Che Bae menekankan bahawa Siswa4U USM yakin Akujanji BN akan memacu kemajuan negara untuk masa depan dan menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada pasukan pilihan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam PRU13 nanti.

Monday, April 15, 2013

Husam Goyang- Guna Harakah pula cuba lagakan Tengku Nan dengan Tan Sri Aseh? @TengkuAdnanReal #TolakPR #PRU13


Strategi pelbagai strategi!  Oleh kerana tidak mampu mengatasi kekuatan YB Tengku Adnan (insyaallah calon kekal Parlimen Putrajaya) dalam menghadapai PRU13 ini, PAS dan sekutunya kini menggunakan Harakah untuk melaga-lagakan Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh dengan Tengku Nan.  

Inilah sikap Husam yang sebenarnya.  Suka melaga-lagakan orang dengan harapan dapat mengaut untung hasil melaga-lagaka orang.  Beginikah sikap kepimpinan PAS yang disanjung-sanjung? Amat berbeza dengan perwatakan Husam yang kononnya alim tapi sebenarnya @*#!

Penulis beranggapan mungkin ini adalah strategi PAS untuk memecah-belahkan sokongan terhadap Tengku Nan dan membuka peluang untuk Husam Musa menangguk di air yang keroh.

PAS oh PAS..ternyata strategi mu ini sebijik seperti DAPig dan Anwar yang menggunakan orang Melayu untuk menjatuhkan orang Melayu.  Namun apa pun caranya, Jentera BN dan seluruh sokongan UMNO di Putrajaya terhadap YB Tengku Nan tidak pernah luntur dan telah bersedia menghadapi musuh!

Husam Musa Sebenarnya Proksi DAPig?? @putrajaya_13 #PRU13 #TolakPR



DAPig mengakui mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai 'keldainya'.  Untuk itu, mahu tidak mahu PAS perlu 'dikeldaikan' lagi dan Husam Musa adalah calon PAS yang sesuai untuk diletakkan di Parlimen Putrajaya.

Maka PRU 13 ini akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.

DAP terpaksa menggunakan Husam Musa untuk merampas Putrajaya

Sunday, April 14, 2013

BERITA PANAS: PAS Putrajaya Kurang Sokongan- Jentera Husam Musa Geram bakar Bendera BN #TolakPR #PRU13 @tunfaisal @razlanrafii




Panas..panas...panas...PAS Putrajaya naik minyak? mengamuk? Beginikah etika kepimpinan PAS mengajar anak buah dan penyokong mereka?? Bakar Bendera BN?
Kejadian berlaku sekelip mata. Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari. Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.


Pemuda UMNO Putrajaya edar risalah #PRU13 #TolakPR



Dalam menjelang PRU13 ini, Pemuda UMNO Putrajaya sekali lagi mengambil inisiatif untuk mengedarkan risalah bagi memberi penerangan dan menyampaikan risalah² yang dapat memberi gambaran sebenar tentang segala usaha Kerajaan BN bagi menjamin keharmonian serta menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Lokasi kali ini di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12.  Alhamdulillah kesemua blok (10 blok) berjaya
diedarkan.


Biadab!!-Calon PAS ceroboh PDM BN di Parlimen Titiwangsa? #TolakPR #PRU13






Semalam petang penulis terima berita dari rakan yang berasal dari Titiwangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi di PDM BN Titiwangsa hari ini. Belum pun penamaan calon, Ahmad Zamri B. Asa'ad Khuzaimi mula buat provokasi murahan.

Sebelum itu, rakyat Titiwangsa kenalkah siapa Ahmad Zamri ini? Apa sumbangan beliau untuk masyarakat di Titiwangsa? Kita semua sedia maklum, sejak PRU12 lagi kerusi yang disandang oleh Allahyarhamah Lolo beliau tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan kepada Titiwangsa.

PANAS: Harun Din keluar PAS? #PRU13 #TolakPR



Pengumuman Tergempar : "Tuan Guru Dato Dr Haron Din mengisyihar untuk keluar dari Pas berkuatkuasa serta merta. Menurutnya perjuangan Pas sudah jauh menyimpang, tidak releven serta melanggar etika dan tata sulila Islam. Sehubungan dengan itu Markas Pas seluruh Negara akan dibukarkan.

Tuan Guru Dr Harun Din juga menyeru agar semua penyokong PAS agar kembali pada Islam dan menyokong kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri"

Nota : Perjuangan untuk wujudkan FIKRAH ISLAMIYAH hendaklah dari luar tong sampah. PAS ibarat tong sampah dipenuhi najis. Perjuangan Dr Haron Din sewajarnya dari dalam Kerajaan. Kembalilah sebelum terlewat!

Begitulah sumber yang diperolehi dari AKjr... Mungkin ada kebenarannya, apabila SU Agong PAS sendiri sudah membelakangkan Islam dan menjadi duri dalam daging kepada PAS. PAS hari ini bukan macam Pas dulu, ia telah terpesong dek kerana berkawan dengan DAP dan PKR. 

Saturday, April 13, 2013

Eksklusif: Pengakuan Sidek Baba tentang Anwar #TolakPR #PRU13




Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Semenjak penubuhan PKR,  32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti termasuk Chandra Muzaffar

Jelas makin ramai golongan akademik yang tinggalkan Anwar. Sekarang tinggal golongan yang mungkin kurang cerdik sahaja.

Dr Sidek Baba mengaku Anwar hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan.



Ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim pula merancang mahu hancurkan negara.

[VIDEO]Siapa sebenarnya harapan rakyat? #TolakPR #PRU13



Jika dibandingkan antara kedua-dua manifesto BN & Pakatan dan juga rekod prestasi pentadbiran BN & pembangkang di empat buah negeri, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat. Setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto BN.




Friday, April 12, 2013

P117 Segambut bakal ditawan BN semula #PRU13 #TolakPR


Kerusi Parlimen Segambut dijangka antara kerusi panas yang menjadi rebutan di Kuala Lumpur memandangkan ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kerusi ini akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) selepas calonnya dari DAP, Lim Lip Eng menang buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
Kemenangan Lip Eng yang juga pertama kali bertanding mencuba nasib di kawasan parlimen itu sungguh mengejutkan dan mungkin dibantu oleh faktor ‘tsunami politik’ melanda ketika itu. Beliau menang dengan majoriti besar undi sebanyak 7,732 di kawasan majoriti pengundinya Cina di mana lawannya ketika itu adalah Ma Woei Chyi daripada BN. Pada PRU13 akan datang, Lip Eng dijangka diletakkan sekali lagi sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya itu.
Lawan yang menantinya berkemungkinan adalah Pengerusi Penyelaras BN Segambut, Jayanthi Devi Balaguru daripada Gerakan.Jayanthi bukan calang-calang calon kerana beliau juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta Ketua Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Atas faktor itu juga kemungkinan beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi BN. Walaupun pada asalnya Jayanthi adalah dari Cheras tetapi pasti ada kekuatan yang menyebabkan beliau kemungkinan dipilih sebagai calon BN di Segambut.

MB Sgor @Khalid_Ibrahim kena sawan? Azmin Ali bergembira. #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Semasa berceramah di majlis pengumuman calon di Bandar Tun Razak semalam, Khalid Ibrahim telah berkata: “berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa universiti, Pakatan akan menang 215 kerusi.”

Penulis ingin mencabar @Khalid_Ibrahim agar menamakan universiti yang menjalankan penyelidikan tersebut beserta bukti yang kukuh.  Sekiranya gagal, anda adalah pembohong besar!!!

Rakyat perlu tolak Khalid Ibrahim kerana beliau GAGAL memberikan perincian penyelidikan kepada media dan umum.

Tazkirah Pertama Dato Husam Musa di Putrajaya ibarat 'sampah'?? @putrajaya_13 #TolakPR #PRU13 #Vote4BN



Sebelum penulis membuka bicara, eloklah rasanya penulis ucapkan tahniah kerana Calon PAS ini seperti diduga berjaya ‘diKeldaikan’ oleh PKR dan DAPig apabila bertanding di Parlimen P125 Putrajaya.

Bukan mendabik dada, tapi semua sedia maklum Parlimen Putrajaya ini antara kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mangsa keldai PRU13 kali ini ialah Dato Husam Musa. Ada suara dikalangan PAS sendiri yang kurang senang apabila calon ‘heavyweight’ mereka diletakkan dikubu kuat BN..ibarat membunuh karier politik beliau tetapi apakan daya, ini semua strategi Anwar Ibrahim.  


Kenapa tidak diletakkan calon PKR sahaja? PRU12 lalu sudah jelas calon PAS tewas di tangan Calon BN YB.DS Tengku Adnan Tengku Mansor ketika itu dan mungkin BN mengekalkan calon yang sama..Tungguuuu.. 

Thursday, April 11, 2013

BUKTI: Rancangan Jahat Pembangkang Bocor!!- Tunku Abdul Aziz(Bekas Naib Presiden DAP) #TolakPR #PRU13

Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

“Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia.





“Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya,” kata Tunku Aziz dalam sidang media di Eastin Hotel di sini hari ini.

Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih.

Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri.

“Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi.

“Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja,” katanya.

Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi.

Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti.

“Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan,” terang Tunku Aziz lagi.

Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13.
Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini.

“Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat.

“Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?,” kata Tunku Aziz.

Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi.

Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat.

PKR terkena sumpahan lembu? #1Malaysia #PRU13



Apakah benar PKR akan tenggelam dan dianggap tidak lagi relevan selepas PRU 13 akan datang?

Sama² kita nantikan.

[VIDEO]:Setelah diherdik&dimaki oleh PR, perlukah penjawat awam undi PR? #TolakPR #Vote4BN #PRU13 #ManifestoBN


Jika diimbas kembali sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penjawat-penjawat awam sering dijadikan "punching bag" dan mangsa cemuhan, kritikan serta sindiran ahli-ahli politik pembangkang seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah & Latheefa Koya.

Tetapi apabila menjelang PRU13 pada 5/5/2013 dan terbubarnya Parlimen, puak-puak pembangkang ini seperti tidak malu meminta undi daripada penjawat² awam ini.  Begitu mudah mereka melupakan cacian dan makian mereka?  Sekarang minta undi pula?

FAKTA: Persatuan Remiser Bumiputra Malaysia percaya kepada AkuJanji BN #PRU13 #BetterNation



Terbukti jelas sekarang semakin ramai pakar-pakar ekonomi memuji dan yakin dengan Manifesto BN yang baru dilancarkan 6 April lepas.  

Kini, terbaru ialah Persatuan Remiser Bumiputra Malaysia (PRIBUMI) pula terus yakin akan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat dan dalam waktu yang sama ia mampu menarik ramai pelabur terus melabur di sini.