Thursday, January 31, 2013

"Saya memang telah diajar oleh Anwar..." @umbkl @razlanrafii @rafiziramli #TolakFitnah



Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Beliau memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beberapa hari yang lalu, penulis pernah menyiarkan artikel mengenai kononnya FB Rafizi 'diceroboh' oleh pihak tertentu. Sebenarnya Rafizi mencari jalan dan alasan yang paling selamat untuk melepaskan dirinya. Inilah lanjutan isu / cerita tersebut.

Nasib Penduduk Bandar Tun Razak Terus Ditimpa Malang? @umbkl @razlanrafii @Khalid_Ibrahim


Tak habis-habis musibah menimpa penduduk Bandar Tun Razak(BTR). Sebelum ini penulis pernah memaparkan kisah mereka yang mengalami masalah bekalan air di BTR kerana kedegilan YB Khalid Ibrahim, MB Selangor ini enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat dan agensi pengurusan bekalan air. 

 


Sudahlah rakyat di kawasan sendiri ditimpa masalah yang berlanjutan hingga ke beberapa hari, anehnya jangan katakan batang hidung, kelibat bayang Ahli Parlimen BTR ini pun TIADA. Langsung tidak menjenguk kesusahan rakyat! YB apakah ini?
 

Kemudian baru-baru ini pula, setelah masalah air hampir diselesaikan oleh kerajaan dan badan berkaitan, tiba-tiba penduduk sekitar kawasan ini juga iaitu di Flat Sri Johor dikejutkan dengan kehadiran #YBMALAS ini di tapak pasar malam pula.
 

Hebat sungguh si MB Selangor ini. Benar-benar mencabar kesabaran rakyat di Parlimen beliau sendiri. Beliau hadir semata-mata mahu mengedarkan Akhbar Selangorkini kepada masyarakat setempat. Untuk apa YB? Sekadar menunjuk-nunjuk kepada mereka bahawa anda hebat? 

 



Sudahlah YB Khalid Ibrahim. Jangan 'gula-gulakan' rakyat di BTR. Rasanya hayat anda ibarat telur di hujung tanduk. Rakyat hari ini tidak bodoh walaupun sejuta kemanisan yang anda ceritakan di dalam akhbar Selangorkini.
 

Pembalasan untuk #YBMALAS seperti kamu akan tiba menjelang PRU13 nanti.

Wednesday, January 30, 2013

Bila orang Islam Melayu dalam PR jadi "keldai" inilah hasilnya @umbkl



Lihatlah betapa orang Islam dan Melayu pada hari ini dicabar dan diperlekehkan secara terang-terangan!  Ini semua gara-gara Dinasti Lim&Partner dan beberapa orang Islam 'seperti keldai' (Nik Abdul Aziz, Anwar Ibrahim, Hadi AWANG dan sekutu2 mereka).  


Penulis cukup terganggu dengan gerakan menyebarkan Bible kepada orang Islam termasuk para pelajar sekolah di Pulau Pinang.

Polis negeri mengesahkan telah menerima tujuh laporan termasuk empat daripada pelajar sekolah. Itu yang dilaporkan kepada polis, bagaimana pula kes yang didiamkan sahaja. Penulis sangat berharap polis akan bertindak tegas. Jika tidak, ia akan memberi isyarat yang salah kepada semua pihak dan mengundang akibat lain termasuk ekstremisme.

Khabarnya, gerakan penyebaran Bible itu kian agresif. Ia tidak lagi dilakukan secara bersembunyi, sebaliknya diedarkan secara terbuka.
 

TV3 baru-baru ini menyiarkan gambar beberapa lelaki mengedarkan Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah di Jelutong.

Itu belum menyentuh isu Bible bahasa Melayu yang khabarnya akan dicetak untuk edaran masyarakat Islam, sebagaimana dilaporkan baru-baru ini.
 

Penulis melihat gerakan tersebut mendapat motivasi daripada pemimpin politik pembangkang yang menggunakan agama untuk meraih sokongan politik.

Mahukah mereka bertanggungjawab jika tercetus ketegangan dan pergaduhan agama?

"No Sorry" kata Lim Guan Eng dan sekutunya @umbkl


"Tak payah cakap sorry maa"..mungkin itulah sebenarnya unggapan Lim Guan Eng mengenai kontroversi isu agama yang beliau timbulkan baru-baru ini.  Penulis menghitung hari menanti bilakah Lim Guan Eng akan memohon maaf kepada umat Islam berhubung isu kalimah Allah sebenarnya.

Semua orang tahu, beliau yang menjadi punca segala-galanya. Kenyataan provokatif Guan Eng yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, mengundang kemarahan umat Islam di merata-rata tempat.

Walaupun Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam, Guan Eng tetap membangkitkan hal itu. Apa motif beliau untuk mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan? 



Apakah reaksi orang Islam DAP ini?


Selagi Guan Eng tidak menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf, selagi itu kemarahan umat Islam tidak akan reda.

Tetapi penulis juga ragu-ragu adakah beliau akan menarik balik dan memohon maaf kerana umat Islam bagaikan tidak layak mendapat kemaafan beliau. Tak ubah seperti nilai orang Islam cuma 10 sen. Sudahlah begitu, mudah diperbodohkan.

Tuesday, January 29, 2013

Khalifah Lim Guan Eng&Father Anwar rangka misi tersirat @umbkl #tolakPR



ADA seorang pemimpin Pas menyatakan bahawa parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dalam pakatan pembangkang biarpun DAP dan PKR bertegas dengan pendirian kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain.
 

Secara tidak langsung penulis teringat kepada kenyataan seorang tokoh Pas tidak lama dulu yang menolak kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana menganggap ia sebagai pakatan syaitan.

Persoalannya sekarang, apakah muafakat Pas dengan parti-parti yang menolak kepentingan Islam, sebagai Islamik? Penulis bukanlah hendak melabelkan mereka-mereka ini syaitan, tetapi siapa yang sebenarnya bekerjasama dalam pakatan syaitan?

Sebab itu, penulis boleh faham mengapa lebih 70 peratus ahli Pas terutama di akar umbi kecewa dengan pendirian parti itu. Sudahlah Pas terlanjur di peringkat awal dalam isu kalimah Allah dengan mengikut rentak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kini parti itu menikus apabila ditekan oleh DAP dan PKR.

Jika berdasarkan sentimen akar umbi, tidak cukup sekadar Pas melakukan pusingan U untuk membetulkan pendirian berhubung isu tersebut. Ini dapat dilihat baru-baru ini (itupun setelah sekian lama mendiamkan diri takut bertindak), sekumpulan kecil ahli PAS di Pulau Pinang yang membuat bantahan di Pejabat DAP Penang.  Sepatutnya dari awal lagi parti itu diharap bangkit tanpa gentar mempertahankan kalimah Allah.

Apa yang berlaku, DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama Pas bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam. DAP mahu Pas mengkaji semula keputusan tersebut. Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang pula menegaskan pakatan pembangkang tetap kekal dengan pendirian membenarkan kalimah Allah untuk bukan Islam. Sama sekali songsang seperti biasa.




Tetapi malangnya Anwar tidak menjaga sensitiviti Pas. Kasihan ahli Pas, sekadar menjadi alat kepada beliau. Karier politik Anwar selepas dipecat daripada kerajaan banyak ditentukan oleh sokongan akar umbi Pas. Jika mahu mengharapkan PKR yang tiada kekuatan jentera dan akar umbi maka cepatlah Anwar tersungkur.

Kesemuanya atas ihsan Pas. Daripada membantu memacakkan bendera PKR, memenuhi ceramah Anwar hinggalah meramaikan siri perhimpunan Bersih dan perhimpunan KL112 yang beliau gerakkan pada 12 Januari lalu.

Bukan itu sahaja, ahli-ahli Pas rela menjadi pak sanggup dan menghina diri untuk mempertahankan Anwar dalam isu moralnya yang dahsyat. Tetapi apa balasan Anwar? Beliau lebih rela memihak kepada Guan Eng dan DAP berbanding Pas dalam isu kalimah Allah.

Lebih daripada itu, pendirian Anwar sebagai seorang Islam menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, adalah mesej jelas siapa sebenarnya beliau?
Beberapa tokoh Islam termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din menegaskan, orang Islam yang meredakan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu boleh dianggap kufur.
 

Persoalannya, mengapa Pas mahu terus menyekutukan diri dengan pemimpin Islam sebegitu sedangkan mudarat yang dibawanya kepada Islam cukup besar. Ahli akar umbi sudah memberikan isyarat, yang menanti masa untuk diterjemahkan di peti undi. Diharapkan agar seluruh umat Islam dalam Pakatan Rosak (PR) ini mulai sedar.

Jelas sekali Pas akan dihukum oleh masyarakat Islam dan ahli-ahlinya sendiri dalam PRU13 kerana bibit-bibit ke arah itu kian ketara. Selamatkan Islam, Melayu dan Malaysia.

Dapatkan BL1M sekarang! @umbkl @brozam @tengkuazman





Berita baik buat para belia khusunya Belia Putrajaya.  Jangan lepaskan peluang ini.  Mudah sahaja, daftar online dan print out borang ini.  Kemudian hantar ke Pejabat UMNO Bah.Putrajaya, Tingkat 1, Presint 15. Itu sahaja.


OBJEKTIF UTAMA BL1M:

•Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang sah
•Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu
•Memberi pendidikan tentang undang-undang jalanraya serta membina etika pemanduan berhemat
•Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau dari Institut Memandu
•Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalanraya yang minimum.
•Memberikan lesen kepada penunggang motosikal secara diskaun diakhir kursus pemanduan mereka


Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.


contoh-borang

Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran kini boleh disemak secara online. Cara semakan online adalah tertera seperti pada contoh dibawah.

Cara Semakan BL1M Online
Semakan boleh dibuat dilaman http://www.bl1m.my/daftaronline.html
Sila masukkan kad pengenalan untuk tujuan semakan. Harap Maklum
BL1M

Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

Tarikh Pendaftaran BL1M
Pihak BL1M sedang menjalankan proses pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran berserta bayaran akan di mulakan sebaik sahaja YAB Perdana Menteri melancarkan secara rasmi program sebelum hujung bulan Januari 2013. Tempoh penyertaan akan berjalan selama 2 minggu selepas tarikh pelancaran berkenaan.

Info untuk warga Putrajaya:
Anda digalakan untuk mendaftar secara online secepat mungkin, selain borang juga boleh diperolehi dengan menghubungi wakil Pemuda UMNO Putrajaya (Borang ADALAH TERHAD).  

a. Sdr.Ahmad Faisal (Tom) 019-3566945
b. Sdr. Zach                          016-3854946

(Hantar terus borang ke Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya (Tingkat 1), Presint 15 Putrajaya)      


















10 orang ini antara meresahkan @anwaribrahim!





Mungkin" ibarat nyawa dihujung tanduk"..Itulah perasaan Anwar Ibrahim sekarang apabila "best friend" beliau dulu telah menamakan 10 orang yang bakal menggoncang perut Anwar.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Monday, January 28, 2013

Siapa kartunis "sengal" sebiji ikut Ahli Parlimennya?-Jom baca! @zunarkartunis @umbkl @razlanrafii #1Malaysia #TolakFitnah


Tak habis-habis motif utama untuk burukkan apa sahaja usaha, inisiatif dan bantuan oleh kerajaan untuk rakyat.  Inilah yang berlaku di kawasan Parlimen Lembah Pantai, ditakbir oleh YB Nurul Izzah.  Kalau sebelum ini beliau dikritik hebat atas kebodohan terbuka beliau yang menggalakkan umat Islam"murtad", isu rumah PPR dan pelbagai kontreversi lain yang mula menampakka sokongan rakyat Lembah Pantai mulai mual, menyampah dan bulat-bulat menolak "YB Malas" ini.

Kali ini, seorang kartunis yang mungkin cuba untuk "back up" imej YB yang telah tercemar ini dengan sengaja memutar belitkan usaha kerajaan dalam membaik pulih kawasan terbabit. ( seperti di gambar atas).
Mungkin si bijak Zunar Kartunis tidak tahu cerita asal disebalik projek ini.

Untuk pengetahuan, melalui PEJ BAHAGIAN UMNO LEMBAH PANTAI, mereka telah mendapatkan dana untuk menampung kos baik pulih yang menyebabkan runtuhan dinding di tanah perkuburan ini.

Rasanya memang tak salah kalau papan tanda itu menulis ia adalah daripada usaha Dato Raja Nong Chik dan Pejabat UMNO Lembah Pantai. Dengan siapa lagi penduduk itu nak berharap, sedangkan YANG BERBOHONG NURUL IZZAH pun tak ambik KISAH tentang kejadian ini.

Untuk rekod, Perkuburan Islam Ini hanya 50 meter daripada Pejabat Yang Berbohong Nurul Izzah.
Memang dari sebelum PARTI KEADILAN RAKYAT ditubuhkan PERKUBURAN ISLAM ini telah dijaga dan mendapat bantuan penuh daripada UMNO CAW KG PANTAI. Alhamdulillah, setiap pemasalahan dapat diatasi dengan bantuan UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.

Bukan nak mendabik dada, tapi untuk pengetahuan setiap jenazah yang meninggal di dalam kawasan UMNO CAW KG PANTAI tanpa mengira fahaman politik, waris tidak perlu untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk menguruskan jenazah.

Semua ditanggung oleh UMNO CAW KG PANTAI.

JIKA KAMU RASA BN/UMNO ini zalim, tapi perlu diingat. Parti keramat ini tidak penah mengadaikan agama ISLAM untuk tujuan politik.  Nak harapkan YB PR, apa pun tak boleh, janji tinggal janji!


Kenapa @rafiziramli 'kecut telur' pilih jalan selamat @umbkl @razlanrafii @zahid_hamidi #tolakFitnah #tolakPR

Ini adalah jalan selamat buat Rafizi.



Pepatah Melayu ada mengatakan "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"..  Inilah yang berlaku kepada Sdr.Rafizi, Pengarah Strategi PKR yang meletup2 pada mulanya menabur fitnah kepada pemimpin UMNO tetapi sekarang mulai 'kecut telur' setelah segala isu yang dimainkan oleh beliau ada banyak keraguan.

Isu NFC: Apabila bukti sah diperolehi, kenapa mendiamkan diri?


Kalau sebelum ni beliau mainkan isu NFC tetapi akhirnya bukti2 sahih berjaya dibongkar oleh penulis dan blogger lain seperti KL Cronicle, Rezqeen Hill, Gossip Rakyat dan ramai lagi yang tampil dengan pelbagai dokumen sah dimana sehingga sekarang TIDAK DIJAWAB oleh @rafiziramli.  Kenapa berdiam diri wahai Rafizi? Tiada jawapan?


Sekarang yang terbaru Rafizi, baru-baru ini  Rafizi cuba pula untuk memfitnah Datuk Seri Zahid Hamidi.  Tetapi setelah diterjah oleh beberapa orang blogger selain kecut telur apabila DS Zahid Hamidi akan ambil tindakan.  Atas alasan itu, Rafizi telah memohon maaf atas keceluparannya.  Tetapi tindakan Rafizi tidak pula direstui oleh Sivaji De Boss-Anwar lalu dimarahi pula oleh Anwar. Dan akhirnya cara untuk melepaskan diri cukup mudah, "akaun FB saya diceroboh" (dalam versi bahasa Melayu).

Rafizi merasakan inilah jalan paling selamat untuk melepaskan diri mahupun dimarahi terus oleh Sivaji De Boss-Anwar Yebrahim.

Sudahlah tu Rafizi and the Gang, hentikan fitnah!  Rakyat tidak sebodoh penyokong anda!  Teruskan memfitnah sampai anda dilantik sebagai YB!

Menteri Wilayah Persekutuan Janjikan Kuota Khas Utk OKU @RajaNongChik @umbkl @NajibRazak #BN4WP

Atas dasar keprihatinan pihak kerajaan, kini Golongan OKU pula menerima durian runtuh.  Bukan manifesto politik kerajaan, tetapi inilah yang dikatakan kerajaan prihatin tanpa mengambil kira kaum, ugama dan bangsa-1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"..

Kalau nak harapkan janji politik seperti yang dijanjikan oleh pihak Pembangkang, alamatnya semua rakyat hanya kenyang makan janji kosong!  Manifesto PRU12 kelmarin pun masih belum dapat dilaksanakan oleh PR ini - Pakatan Rosak (PR)!!

Sebanyak 584 pemohon termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan bapa tunggal menerima surat tawaran bagi penempatan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyerahan kunci akan dilakukan pada 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.


Menurutnya, 1,069 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pemohon yang layak dengan hanya 584 daripada mereka memberi maklum balas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



"PPR Bukit Jalil mempunyai 12 blok dengan 3,792 unit rumah dan empat unit rumah daripada setiap blok dikhaskan kepada golongan OKU," katanya.

Tambah Raja Nong Chik, selain infrastruktur kepada golongan OKU, PPR tersebut turut dilengkapi pejabat pengurusan, tadika, surau dan lot kedai.

Mengulas mengenai pemohon yang menolak tawaran, ujar beliau, individu terbabit tidak akan diberi keutamaan sekiranya membuat permohonan semula selepas ini.

"Saya memahami ada sebahagian menolak dengan pelbagai alasan kononnya kedudukan PPR yang agak jauh dan sebagainya.

"Namun, peluang ini tidak akan datang lagi untuk mereka yang menolak kerana DBKL mempunyai lebih 40,000 pemohon berdaftar yang menunggu giliran," katanya.
 

 

Sunday, January 27, 2013

PM @NajibRazak dan Rombong Selamat Tiba KL Pagi Tadi #1Malaysia #SaveGaza



Alhamdulillah, PM kita selamat tiba pagi tadi.  Misi ke GAZA selesai dan usaha untuk pulihkan kembali hubungan antara Hamas dan Fatah dan umat Islam Palestine khususnya mudah-mudahan dipermudahkan dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. 

Diharapkan juga, kepulangan ini jangan pula dicemari oleh puak PR yang akan mengutuk dan cuba memburuk-burukan PM kita atas lawatan ini, maklumlah puak PR sekarang sedang tenat. "We Love PM".

Perdana Menteri disambut kira-kira 500 rakyat Malaysia diketuai oleh bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tahniah kepada wira-wira negara yang telah bersama-sama menabur bakti di Palestin.

Pemimpin Luar Negara Pun Tahu Hormati & Hargai PM



Malaysia menawarkan bantuan untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Palestin Fatah dan Hamas yang bertelagah.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Palestin, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan itu mengenai rancangan perdamaian bagi menamatkan perpecahan antara dua pergerakan Palestin.

“Sebuah kerajaan perpaduan adalah bersama antara satu sama lain,” kata Perdana Menteri selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti al-Aqsa di Timur Jerusalem pada Selasa.

Beliau berkata, keamanan dan kemakmuran hanya boleh dicapai melalui perpaduan, kepercayaan yang diperkukuhkan oleh kejayaan Malaysia dalam memudahkan perbincangan di Selatan Filipina bagi menamatkan konflik selama empat dekad yang mengorbankan lebih 120,000 orang.

“Sekiranya diperlukan, kita bersedia untuk menawarkan anda manfaat daripada pengalaman itu.

“Malaysia, sentiasa bersahabat dengan orang Palestin, bersedia untuk membantu memudahkan rancangan perdamaian dengan apa cara yang boleh kita lakukan,” katanya.

Perbalahan antara dua kumpulan pada 2007 membawa kepada Tebing Barat yang ditadbir oleh Fatah dan Gaza oleh Hamas.

Kedua-dua pihak menandatangani rancangan perdamaian yang dianjurkan oleh Mesir pada Mei 2012.

Najib, yang berada di Gaza sempena lawatan kemanusiaannya, berkata komitmen kepada resolusi aman kepada isu Palestin adalah jelas.

“Kami berhasrat untuk melihat kemerdekaan, penyatuan Palestin, keamanan dan keselamatan yang mana semua orang di dunia ini berhak menikmatinya.

Menggambarkan dirinya sebagai sahabat Palestin, beliau memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia atas komitmen perjuangan mereka.

“Ini adalah rakyat saya yang keluar menawarkan bantuan, yang memberi apa yang mereka boleh untuk membantu rakyat di sini, yang sentiasa memikirkan rakyat Palestin yang tidak berdosa setiap kali berlakunya keganasan di sini,” kata Najib.

Beliau berkata, komitmen itu boleh dilihat dalam sumbangan dana dan bekalan perubatan dalam misi kebajikan rakyat Malaysia dan mereka ke Palestin untuk memberi bantuan.

Terdahulu, Najib melintasi sempadan Mesir untuk memasuki Gaza menggunakan jalan darat, ditemani oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menemui Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh.

Kedatangan Najib disambut secara rasmi, meletakkan batu asas untuk membina semula bangunan pentadbiran Gaza yang musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas sebelum melawat sekolah atas usaha Malaysia.


Malaysia dan Mesir menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi yang komprehensif

Wednesday, January 23, 2013

PR Guna Strategi Agama Untuk Pecah Belahkan Orang Melayu @umbkl @PerakToday

Dalam kemelut perdebatan khalimah Allah yang dicetus oleh Pakatan Pembangkang, satu lagi peristiwa penghinaan kepada agama dilakukan demi kepentingan politik PR.




Dalam isu penggunaan khalimah Allah, ternyata DAP menunjukkan mereka konsisten kepada keputusan yang diambil apabila Majlis tertinggi Pakatan Pembangkang, bersetuju untuk memberikan kebenaran penggunaan khalimah Allah kepada semua agama.

Ini diulangi apabila Karpal mendesak Hadi untuk mengkaji semula keputusan Majlis Syura, manakala Lim Guen Eng pula tidak mahu mengulas keputusan Majlis Syura dan menggangap kekal dalam keputusan yang diambil oleh Pakatan Pembangkang.

Saya percaya, rakyat Malaysia sudah muak dengan permaianan Pakatan Pembangkang yang sering menggunakan Agama untuk kepentingan mereka sehingga melepasi sempadan menghormati diantara agama-agama yang lain.



 

Permainan pecah perintah oleh DAP, PKR dan PAS yang menggunakan formula kepentingan emosi Agama sememangnya sudah melampaui batasan bagi rakyat Malaysia.

Bagi Anwar & The Gang, yang merupakan pemikir stretegik PR, agama dan budaya kehidupan rakyat Malaysia merupakan senjata yang paling berkesan untuk formula pecah dan perintah.

Rentetan peristiwa-peristiwa seperti Forum Kebebasan agama Majlis Peguam, forum LGBT, demontrasi jalanan, Tuntutan Penggunaan Nama Allah, Kebebasan Agama, Pendirian oleh Nurul memberi pandangan kebebasan agama juga untuk Melayu, dan banyak lagi peristiwa yang menjurus kepada pepecahan rakyat Malaysia kepada kelompok-kelompok kecil telah berjaya memecahkan Rakyat Malaysia kepada kumpulan kecil.

Semua kumpulan-kumpulan kecil yang dicipta oleh Anwar, akhirnya akan menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang dengan kepentingan bagi kumpulan yang mereka sasarkan.

Bagi rakyat Malaysia yang masih belum sedar akan permainan kumpulan Anwar ini, eloklah kita melihat perancangan kumpulan ini sudah melampaui batasan Setiap Agama dan budaya rakyat Malaysia.

Agama Kristian, Budha, Hindu tidak pernah terfikirpun untuk menggunakan khalimah allah untuk agama mereka, mereka mempunyai kepercayaan mereka yang patut dihormati oleh semua pihak. Anwar membangkitkan isu ini kerana mahu menunjukkan bahawa BN tidak mesra kepada tuntutan kononya Penganut Agama Kristian.

Semua rebtetan ini adalah untuk kepentingan Pakatan Pembangkang, dan mereka sudah bernekat untuk mempergunakan siapa sahaja kumpulan yang mau menyokong mereka walaupun ianya melepasi sempadan Agama dan Budaya Rakyat Malaysia.

Saya percaya, rakyat Malaysia sudah bijak menilai kepentingan keamanan dan kepentingan menjaga budaya serta toleransi agama yang selama ini kita pegang akan tetap kita pelihara demi masa depan anak dan negara tercinta.



Anda mungkin juga meminati:

Inilah Budak Mentah Yang Selama Ini Menjadi Proxy PKR Ampang @ampang_10 @ybz99 @JohnSayoxx

Pasti ramai yang terkejut tentang paparan penulis kali ini.  Kali ni penulis ingin mewar-warkan seorang lagi bakal atau mungkin juga proxy YB Zuraidah Kamarudin.  Budak ni (seperti didalam bulatan) dikhabarkan telah mula masuk ke kawasan Ampang, Lembah Jaya dan sekitarnya.  Apabila penulis membuat kaji selidik mengenai budak ini, memang timbul banyak persoalan..Apa pun, pembaca sendiri tengok dan bacalah...




Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang penulis akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah penulis mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cempaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir

Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.

Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang budak ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.

Oleh kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.

Dengan izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba budak ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.


Secara tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu Khas Mak Lampir, perghhh pantas.

Timbul rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Adam Rosly seperti yang diberitahu oleh sumber, dia merupakan proksi kepada 2 orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen Ampang. Banyak duit korupsi kedua-dua pemimpin ini dimasukkan dalam account budak sorang ni.

Ada lagi sambungannya. Tunggu.

Monday, January 21, 2013

Benarkah Islam PAS Berbeza Dengan Islam Sebenar @umbkl #TolakPR

Ternyata sekali Islam yang diamalkan oleh PAS adalah berbeza dengan Islam sebenar.  Ini kerana kita dapat lihat banyak sekali percanggahan dan ketetapan yang dibuat oleh puak-puak "alim kucing"ini baik dari segi hukum hakam mahupun apa akidah.

Mungkin ini juga petanda dari Allah SWT supaya umat Islam yang lain dapat berfikir dan mengambil iktibar atas apa yang diperjuangkan oleh puak-puak ini.  Jangan dek kerana politik, kita sanggup menjual Agama kita.



Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Saturday, January 19, 2013

YB Putrajaya Menyampaikan Sumbangan Awal Persekolahan @umbkl @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Syukur alhamdulillah. Ahli Parlimen Putrajaya YB DS Tengku Adnan pagi tadi telah menyampaikan bantuan kepada para pelajar khusus untuk meringankan bebanan ibubapa. Sumbangan ini juga diberikan buat seluruh sekolah di Parlimen Putrajaya. Selain itu, Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya turut mengambil inisiatif sendiri dengan menambah lagi bantuan lain bagi menampung dan meringankan bebanan para ibubapa. Terima kasih Barisan Nasional (BN).
 


 
 




 

Jelmaan Ambiga Bakal Muncul?Siapakah? @umbkl





Dalam kita cuba memupuk keharmonian kaum dan mengajar saling hormat menghormati, timbul pula kisah anak muda generasi baru yang tidak menghargai kebebasan yang ada pada hari ini dan tidak bersyukur.  Ditambah pula dengan kecetekan ilmu dan terpengaruh dengan 'unsur kuning' inilah jadinya.



Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi.


Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang.



Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.

Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tidak mengapa, itu hak Bawani. 

Apapun hak seseorang, namun ia tetap tertakluk pada undang-undang.  Ingat jangan tersalah langkah.

Friday, January 18, 2013

Ternyata @anwaribrahim Bacul Dengan @Khairykj


Kisah kes saman tak jadi Anwar semakin hangat diperkatakan sehinggakan jambu Anwar, Azmin Ali terpaksa turun untuk cover line....  Pada sidang media Azmin Ali tengahari tadi Azmi dilihat rakus menghentam KJ! Azmin terlupa bahawa keyataanya membuktikan Anwar diperbodohkan oleh KJ... Menurut Azmin, Ketua Pemuda UMNO Penipu Besar!


Wah marah sangat nampaknya Azmin Ali... Kenapa? tak dapat ice cream ke?



Biasalah nak cover malu sebab tak jadi saman KJ... kena la kelentong sikit, kalau tak kelentong bukan PKR namanya... Siapa tak kenal dengan politik kotor keldai-keldai PKR?

Punca Anwar tak jadi saman KJ kerana takut berhadapan dengan saksi yang dibawa oleh KJ iaitu Ibrahim Ali, Ezam... Ini kerana Ibrahim Ali dan Ezam mempu mengugat Anwar Ibrahim di mahkamah dan lain-lain sebab lagi yang buat Anwar takut untuk meneruskan saman terhadap KJ!



Tahniah KJ... bukan senang nak makan orang yang bernama Anwar Ibrahim ni... Bayangkanlah... Walaupun Anu.... yang panjang dan bengkok terpapar di setiap ruang You Tube kak wan kata itu bukan Bapak Anwar! Betapa hebatnya pembohongan yang dilakukan oleh Pak Anu ni....

Pendek cerita bukan mudah untuk memperbodohkan Anwar tapi hari ini, Azmin Ali membuktikan Anwar telah diperbodohkan oleh KJ!



Walau apa cara sekali pun terbukti panglima perang Umno ini begitu hebat kerana mampu mengalahkan Anwar Ibrahim yang kita lihat begitu kebal.

Tiada Bantuan Dari YB @teresakok - Rakyat Seputeh Derita @umbkl @razlanrafii @Kabir_Akram

Di saat musim sekolah baru sahaja bermula, pasti ramai ibubapa yang sibuk membuat persiapan untuk anak tersayang.  Demi anak, mereka pasti akan buat yang terbaik.  Namun ramai juga ibubapa yang masih kurang mampu menyediakan keperluan yang secukupnya buat anak tersayang atas pelbagai faktor.


Perihal yang sama berlaku di Parlimen Seputeh, dimana YB Teresa Kok yang dilihat GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.  Penulis sudah biasa mendengar bantuan yang dihulurkan di Parlimen lain seperti Parlimen Putrajaya sendiri.  Tetapi lain pula cerita si YB Teresa Kok ini.

Beliau memang dikenali diantara #YB Malas.  Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, Ketua UMNO Bah.Seputeh Datuk Mustapha akhirnya mengambil inisiatif memberi sumbangan kepada ibubapa dan para pelajar yang memerlukan bantuan ini.  Penerima bantuan ini juga tidak pula didiskriminasikan, baik orang Melayu, Cina, India dan lain-lain semua dapat.


Bilakah agaknya kelibat #YB Malas ini boleh dilihat di Seputeh?  Agaknya bila nak dekat PRU13 nanti lah kot.  Apapun, nampaknya rakyat gembira atas usaha Ketua UMNO Bah.Seputeh ini.  Rakyat dah mula buka mata dan boleh berfikir secara matang..


Rakyat bukan nak dengar janji manis dan kosong lagi.  Apatah lagi mengapi-api dan melaga-lagakan kaum di Malaysia ini.  Tunggu YB, rakyat "balas" bila PRU13 nanti.



Thursday, January 17, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PR SAH PENING @umbkl




Inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Rosak (PR) yang tidak pernah bertanggungjawab dengan masalah yang mereka timbulkan. Bagaimana mereka hendak memerintah negara sekiranya setiapkan timbul masalah tiada kata sepakat dan sering lari dari tanggungjawab! Hancussss....

Setelah rancangan mereka gagal nampaknya Anwar Ibrahim dan Guan Eng memngambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika sehingga isu ini dilupakan oleh rakyat.


Laporan Bernama - GEORGE TOWN: Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini pada Selasa gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu kalimah 'Allah' dan keputusan PAS menolaknya.

"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.

Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Lim dengan suara yang perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa-apa soalan tak?" sebelum bingkas bangun dan beredar.

Bagaimanapun, pada Isnin seorang wartawan dikatakan telah bertanya soalan serupa dan Lim berkata beliau tidak akan memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Lim dalam ucapannya sempena Krismas lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Malaysia.

Kenyataan Lim itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti-parti sekutu pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim, malah berkata kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut.

YB "surrender" Sebelum PRU13 @umbkl @razlanrafii @rizalmanmokhtar @Khalid_Ibrahim #TolakPR

Pemuda UMNO Bandar Tun Razak percaya pencalonan semula Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor pada pilihan raya umum nanti merupakan markah bonus kepada Barisan Nasional (BN) kawasan terbabit.
 

Ketuanya Datuk Rizalman Datuk Mokhtar berkata pencapaian dan khidmat Tan Sri Khalid di kawasan berkenaan telah diketahui dan dirasai sendiri oleh penduduk Bandar Tun Razak yang rata-rata cukup kecewa.

Menurut beliau pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, penduduk setempat dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan janji yang akhirnya hari ini dilihat seolah-olah menjerat Tan Sri Khalid.
 
 

“Kalaulah beliau dicalonkan semula untuk kawasan ini saya kira ianya markah bonus kepada BN Bandar Tun Razak. Bukannya kita tak perlu buat kerja tetapi sepertimana yang saya katakan tadi seolah-olah ada markah tambahan.

“Sebelum 2008 rakyat tidak tahu, pada ketika dan waktu itu beliau minta diberikan peluang dan sebagainya lagi. Namun selepas diberikan peluang serta empat tahun berada di bawah perkhidmatan beliau, rata-rata saya percaya penduduk setempat kecewa dengan Tan Sri Khalid,” katanya di sini.

Rizalman yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan seterusnya menambah faktor tersebut berkenaan bukanlah alasan untuk jentera Pemuda berpeluk tubuh dan hanya menunggu waktu pilihan raya semata-mata.


Sebaliknya jelas beliau faktor berkenaan adalah pembakar semangat untuk mereka bekerja lebih kuat agar agenda rakyat tidak terabai.

“Kita bukannya bongkak dan angkuh. Cuma sekiranya Tan Sri Khalid sekali lagi dicalonkan untuk kawasan ini, ianya markah bonus kepada BN selain memberikan peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim kelak,” katanya.

Menyentuh peranan Pemuda pula, beliau menjelaskan pergerakan itu hari ini tertumpu kepada pengundi atas pagar dan golongan muda yang merupakan pengundi pertama kali.

“Lain-lain pergerakan dan gerak kerja semuanya sudah diatur dan hanya menunggu masa untuk digerakkan,” katanya.