Add caption |
Monday, December 31, 2012
Ahli Parlimen Putrajaya YB@TengkuAdnanReal Disenangi Pengundi Putrajaya
Peristiwa 13 Mei Pasti Berulang Jika...@umbkl
Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP, PKR dan PAS. Namun, jika kita
merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas
maka, ia agak kurang tepat.
DAP sudah begitu sinonim
dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu. DAP juga
tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan
Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang
darjah kebesaran dari Institusi tersebut. Tindakan itu kita ambil
sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara
ini.
Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.
Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina. Kita lihat bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara 'orang Melayu-Islam' dan 'orang bukan Melayu dan bukan Islam' dan kemudian menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO).
Banyak pendedahan telah pun dibuat, antaranya mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri. Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali.
DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar. Penulis yakin sikap penakut DAP ini akan membuatkan agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat. Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.
Benar, selagi Pakatan Haprak terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.
Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan Pakatan, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama dan kaum suatu hari nanti.
Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Haptak ditakdirkan menang dalam PRU-13. Memandangkan Pakatan mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan. DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.
Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.
Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat. Sifat mengalah PAS kemudiannya membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.
Hanya
dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada
tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah
buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.
Apa yang dijangka berlaku jika Pakatan memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Malaysia. Ini telah pun terjadi di negara-negara jiran kita yang menimbulkan kemarahan rakyat mereka kerana kelemahan pemimpin itu sendiri. Kelemahan dari segi ekomoninya, pembangunananya, pembelaan terhadap rakyatnya dan bermacam lagi yang boleh membuatkan kemarahan rakyat itu sendiri. Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.
Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’. Betulkan...kerana mereka tidak mempunyai sebarang matlamat, yang hanya satu untuk merampas Putrajaya.
Penulis yakin dikalangan puak Pakatan Haprak yang akan mempersoalkan artikel
ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat
dari mengundi mereka. Namun, dengan rekod sedia ada dan pendedahan yang
dibuat untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba
menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, pembaca sememangnya
wajar merasa takut.
Rakyat
harus kekalkan kestabilan negara dan kemakmuran yang kita kecami
sekarang, tidak perlu mengubahnya harus perelokkan pada yang lebih baik.
Friday, December 28, 2012
Nak Tahu Siapa YB Samseng?@umbkl#TolakPR
YB Midah dijangka akan membuat laporan polis pada hari ini di Balai
Polis Kampung Rapat berkaitan ugutan tersebut yang disifatkan beliau
sebagai mengancam diri dan keluarganya.
Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman akan membuat laporan polis terhadap ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.
Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman akan membuat laporan polis terhadap ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.
Hamidah berkata, laporan polis akan dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada hari ini.
Menurut Hamidah, ugutan itu diucapkan oleh Nga ketika di dewan semasa beliau rehat untuk minum pada hari keempat sidang DUN semalam.
Nga telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata "You dedah you watch out I’ll go after you", katanya.
"Pada saya ini merupakan satu ugutan dan saya rasa ia boleh mengancam keselamatan saya dan harus membuat laporan polis bagi melindungi diri saya dan keluarga saya,’’ katanya kepada pemberita di bilik media pada hari akhir sidang Dewan Undangan Negeri Perak petang tadi.
Ditanya pemberita bahawa Nga menafikan dakwaan itu, katanya, beliau mempunyai saksi semasa kejadian itu.
Katanya, dia mempunyai saksi yang melihat perlakuan Nga Ko Ming itu iaitu Adun Ulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim dan Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali.
"Saya tidak akan membuat satu tuduhan tanpa saksi,’’ ujarnya.
Menurut beliau, Nga sebelum ini mendedahkan banyak perkara tetapi beliau tidak pernah mengusiknya.
"Dia dedah banyak perkara, kita tidak pernah usikpun, kita tidak pernah kacau pun, dia dedah dedahlah tapi bila kita dedah hal dia, dia ugut saya sampai dia kata `I’ll go after you’, kata Hamidah.
Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.
Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efaktif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Ko Ham. Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
Kenapa Nga Kor Ming melatah-latah bila isu ini didedahkan. Dia sepatutnya tidak perlu takut jika pendedahan itu tidak benar dan sekadar untuk mengaibkan dirinya. Tapi bila dia dah ugut-ugut macam tu, seolah-olah mengiyakan bahawa dia memang 'bersalah' dalam isu tanah terebut...!!!
@rafiziramli Marah Bila Blogger BN Bongkar Dokumen @umbkl
Ha ha ha ha apa lah si Rafizi Ramli Lembu ni. Mungkin agaknya baru terjaga dari mimpi
indah di Taiwan ataupun baru terjumpa line internet di sana.
Selepas beberapa hari artikel mengenai pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh beliau dikeluarkan oleh blogger KL Chronicle, pagi ini Rafizi seakan-akan cuba mencover semula segala isu yang lemparkan sebelum ini dengan sekadar memberi reaksi yang agak lemah di Twitter miliknya.
Lihat bawah.
Saya tertarik dengan satu kenyataan di atas ini yang beliau utarakan tentang dokumen-dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh blogger BN.
Apa yang Rafizi nak marahkan sangat tentang maklumat sulit ini dikeluarkan?
Bukankah ini perkara biasa yang dia sendiri lakukan untuk mencari kesalahan pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO?
Jom imbas kembali.
Bagaimana Rafizi boleh mendapatkan dokumen sulit daripada Shangri La Hotel mengenai majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Jun 2011.
Hah macamne tu nak cerita wahai Rafizi?
Mana dapat dokumen ni? Jumpa di tepi jalan ker ataupun Rafizi terjumpa di atas viper-viper kereta yang parking di depan pejabat PKR?
Terbukti Rafizi sebenarnya membeli dokumen tersebut daripada sumber dalaman hotel berkenaan. Ternyata tindakan Rafizi sendiri melanggar etika penyimpanan dokumen-dokumen sulit yang mana sepatutnya pihak hotel tidak boleh sama sekali menyebarkan sebarang maklumat antara mereka dan pelanggan kepada pihak ketiga.
Kedua, tindakan Rafizi mengedarkan dokumen akaun sulit dan persendirian tanpa izin National Feedlot Corporation (NFCorp) telah pun melanggar Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Pada kenyataan media, Rafizi yang merupakan ahli Institut Akauntan Berkanun di England & Wales dan Institutu Akauntan Malaysia seharusnya lebih arif mengenai undang-undang yang tidak membenarkan pengedaran dokumen akaun sulit kepada umum.
Tindakan ini pun telah membuktikan Rafizi sebenarnya lebih teruk daripada blogger KL Chronicle dan Fabiani Azmi yang hanya mengeluarkan salinan muka depan perjanjian antara kerajaan Negeri Sembilan dan NFCorp.
Rafizi tak perlu melatah dan tak perlu bercakap apa-apa mengenai isu NFCorp kerana hari ini satu Malaysia dah tau sebenarnya Rafizi hanya perlu membuat penipuan di dalam sidang media supaya pemimpin-pemimpin BN nampak korup dan teruk berbanding pemimpin PR.
Saya cabar Rafizi supaya berani memberikan hujah mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.
Itu saja setakat ini. Mungkin selepas ini rakyat boleh tanyakan Rafizi
mengenai isu tanah yang dimiliki oleh YB Ngeh dan Ngah di Kelantan. Hah
panjang tu Rafizi nak kena jelaskan.
Friday, December 21, 2012
Solat, Urus Jenazah Berasingan Masih Berlaku Kerana Hadi@umbkl@razlanrafii
Pada ketika beberapa ulama hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib segera menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Rabu lalu, penyokong kerajaan, Ramlan Ali (BN-Jabi) (gambar kiri) menegaskan beliau tidak akan memaafkan Presiden PAS itu. Ini kerana menurutnya, Hadi mengkucar-kacirkan hubungan keluarganya sejak sekian lama disebabkan amanat itu.
Dalam nada beremosi, beliau berkata, Amanat Hadi yang dicetuskan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu masih memberikan kesan berpanjangan baginya. Kesan itu juga turut meresap di kalangan masyarakat di DUN Jabi itu sehingga mereka berpecah-belah.
Walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi Amanat Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar PAS menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa UMNO dan kerajaan.
Amanat yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam itu hakikatnya bukan sahaja berlaku di Terengganu tetapi juga negeri-negeri lain khususnya di Kedah, Kelantan, Pahang dan beberapa negeri lain. Berucap pada perbahasan Bajet 2013 Rabu 12 Disember 2012 pada sidang DUN Terengganu,
Ramlan menyatakan kesedihannya kerana masih terdapat bersolat berasingan di masjid, begitu juga mengebumikan jenazah di tanah perkuburan berasingan serta ada terpisah dengan keluarga.
Ramlan turut merujuk kepada buku karangan bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani iaitu KAFIRKAH AKU?
Melalui buku itu diceritakan bagaimana puluhan ribu ahli dan pengikut tegar PAS dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Hadi pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Yang pasti, masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam. Zainon sendiri mendesak Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan PAS menarik balik amanat berkenaan. Ia demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi Hadi tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.
Menurutnya, Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut PAS terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.
“Kepimpinan PAS tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik. “Saya salah seorang ahli PAS yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu,” katanya.
Apa yang dikatakan Ramlan dan Zainon itu kini mendapat reaksi sama oleh beberapa ulama, tokoh agama dan ilmuan Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menganggap tuduhan Hadi itu merupakan bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam negara ini.
Menurutnya, bidaah seseorang umat Islam yang menuduh umat Islam lain sebagai kafir juga amat berbahaya kerana tuduhan itu dikhuatiri akan berbalik kepada orang yang mengeluarkannya.
"Bahaya ini bukan kepada UMNO sebagai kerajaan serta ahlinya kerana tiada kesan, tetapi sebenarnya orang yang menuduh kerana akan berbalik kepadanya. Jadi kembalilah kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah kerana menurut hadis, individu yang mengeluarkan fitnah serta bidaah seumpama ini tidak akan diterima amalannya sama ada sunat ataupun wajib," katanya pada Isnin.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menggesa Presiden PAS itu menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas. Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya. ," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di Kuala Lumpur kelmarin (17 Disember 2012).
Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.
"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik. "Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.
“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa PAS menuduh Umno berpaling dari agama Islam. “Mereka (PAS) menuduh Umno kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas ahli Pas, Zainon Ismail bahawa Abdul Hadi mengeluarkan amanat pada 1981 yang mengkafirkan Umno sehingga ada ahli Pas sehingga kini menganggap orang Umno adalah kafir.
Namun gesaaan itu tidak digemari pemimpin PAS apabila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mengingatkan semua mufti untuk tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu. Harussani berkata perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.
Harun berkata Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu
“Kita (PAS) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad). “Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” ulas Harun kepada Sinar Harian kelmarin.
Berbalik kepada Zainon penulis buku KAFIRKAH AKU, kita boleh mentafsir kesalannya apabila mengatakan: “Saya salah seorang ahli PAS yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.
“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut PAS kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap Umno kafir,” katanya.
Thursday, December 20, 2012
Amanat Hadi Awang-"UMNO Kafir, Tapi @n_izzah & DAP Islam Sebenar".#tolakPR
Kesudahannya ada yang melihat ulama PAS juga terpaksa ikut parti untuk jaga hati DAP dan bukannya pertahan kepentingan agama.
Namun, pelik pula ulama PAS sanggup menyelar mufti-mufti yang membuat teguran ikhlas terhadap pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Apakah teguran untuk kebaikan satu kesalahan pada pendapat ulama PAS khususnya Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib apabila mengecam dua mufti yang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik semula amanat pada 1981 yang mendakwa UMNO kafir?
Sepatutnya Harun menerima teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanat yang dikeluarkan lebih tiga dekad
lalu.
Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.
Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada UMNO sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.
Malah, beliau mahu Hadi kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Amanat Haji Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.
Malangnya, Harun dengan lantang meminta mufti-mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik.
Katanya, Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.
“Kita akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).
“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya.
Inilah wajah sebenar ulama dalam PAS.
Mereka tidak boleh disentuh atau ditegur malah keterlaluan meminta mufti tutup mulut padahal Harussani sudah menjelaskan, isu itu tiada kaitan dengan politik.
Sewajarnya Harun menilai apa dikatakan dua mufti itu dan kemudian berbincang dengan Hadi sebelum membuat kenyataan meminta mufti jangan campur tangan dan tutup mulut.
Islam sendiri mengalakkan umatnya bersikap sederhana, saling menghormati dan tegur menegur dan tidak salah jika Harun menasihatkan Hadi meminta maaf atau menarik balik Amanat Haji Hadi.
Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.
“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa PAS menuduh UMNO berpaling dari agama Islam.
“Mereka (Pas) menuduh UMNO kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya.
Apa dikhuatiri selepas ini, panggilan ulama atau ‘ular dalam semak’ kepada ulama PAS berterusan dan sekaligus akan merendahkan martabat ulama-ulama lain.
Jangan 'Bereksperimen' Lagi Rakyat Malaysia
Tahun 2008 yang lalu adalah Tsunami Politik Negara kita. Ia merupakan protes dan eksperimen rakyat dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka. Baru-baru ini kemenangan besar Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam pilihan raya Jepun beberapa hari lepas boleh dijadikan pengajaran dan diambil iktibar oleh pengundi di Malaysia yang juga sedang menunggu PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Imbas kembali pada tahun 2009 ketika LDP ditewaskan dengan begitu teruk oleh Parti Demokratik Jepun (DPJ), pengajaran yang dapat dibuat pada ketika itu adalah walaupun LDP telah memerintah Jepun lebih lima dekad lamanya, ia bukan menjadi pemangkin bahawa pengundi akan tetap mengundi mereka.
Pada ketika itu kepimpinan LDP merasa begitu selesa dengan kuasa yang dimiliki dan tidak begitu mengambil berat keluh-kesah kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat Jepun. LDP pada ketika itu ditafsirkan begitu terasing dengan keadaan kehidupan sebenar dan akibatknya pengundi Jepun telah menghukum dengan mengundi DPJ.
Sama juga dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang merasa begitu selesa kerana telah berkuasa begitu lama, mengambil sikap mudah dan tidak mengambil berat masalah kesempitan hidup rakyat biasa seperti kos sara hidup tinggi dan kebanjiran pekerja asing.
Akibatnya pada pilihan raya umum 2011 PAP telah dihukum oleh pengundi Singapura dengan kemerosotan undi popular dan tewas buat pertama kali di Aljunid dan Hougang.
Berbalik kepada cerita Jepun tadi, walaupun DPJ yang dianggap masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman mentadbir sebuah negara seperti mana yang dimiliki LDP, tetapi pengundi Jepun tetap menaruh kepercayaan kepada DPJ dengan harapan perubahan dapat dilaksanakan untuk meringankan beban ekonomi yang sedang ditanggung.
DPJ telah menjanjikan perubahan dan kepentingan rakyat Jepun menghadapi kesempitan ekonomi akan diberikan keutamaan oleh kerajaan DPJ. Rakyat Jepun merasa resah di bawah pentadbiran LDP kerana bermula dari tahun 1992 sehingga sekarang, ekonomi Jepun berada dalam keadaan meleset dan tidak berkembang. Lebih memeritkan lagi China telah memintas Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia pada tahun 2011.
Sebab itu dengan begitu mudah pengundi Jepun pada tahun 2009 termakan janji pilihan raya DPJ kerana rakyat tidak mempunyai pilihan lain. Tetapi setelah tiga tahun mentadbir Jepun, begitu ternyata sekali terdapat kepincangan dalam kepimpinan DPJ.
Bukan sahaja DPJ telah gagal membawa Jepun keluar daripada kemelut kemelesetan ekonomi, keadaan menjadi lebih parah apabila kadar hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melonjak sehingga 230 peratus, iaitu lebih besar daripada apa yang dimiliki oleh Greece yang pada ketika ini sedang melalui zaman ekonomi yang gelap.
Lebih menakjubkan lagi ialah DPJ bukan sahaja tidak mampu menunaikan janji pilihan raya, malah akan mengenakan tambahan cukai penggunaan yang sudah pasti membebankan rakyat biasa yang sedang menghadapi kos sara hidup yang tidak setanding dengan pendapatan yang diperolehi.
Akibat kurangnya pengalaman DPJ mentadbir sebuah negara, kecacatan ini begitu terserlah apabila Jepun menghadapi dua bencana secara berturut-turut pada tahun lepas. Kepimpinan kerajaan Jepun begitu longgar dan tidak teratur ketika bencana tsunami melanda negara itu pada Mac 2011.
Kepimpinan DPJ yang dianggap begitu mentah dalam hal ehwal dasar luar juga menghadapi masalah apabila berhadapan dengan China mengenai tuntutan bertindih Pulau Senkaku/Diaoyu di Laut China Timur. Rakyat Jepun merasa begitu aib dengan cara DPJ menangani isu tersebut dengan China yang memperlekehkan Jepun sebagai sebuah negara yang merdeka.
Pengundi Jepun sebenarnya telah melakukan satu eksperimen dengan memberi kepercayaan kepada DPJ untuk mentadbir Jepun. Eksperimen tersebut ternyata GAGAL kerana DPJ tidak mampu menunaikan janji pilihan raya.
Banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar akibat kesan eksperimen pengundi Jepun. Walaupun hanya tiga tahun DPJ memerintah, tetapi kemudaratan yang telah terhasil memerlukan masa yang lebih lama untuk dipulihkan keadaannya.
Paling kritikal bagi pengundi Malaysia ialah mereka telah pun melakukan eksperimen ketika pilihan raya 2008 dan hari ini setelah hampir lima tahun berlalu sudah pasti keputusan telah diperolehi daripada ujian tersebut. Gunakan keputusan ujian yang diperolehi dengan membuat pilihan yang betul dan tidak memudaratkan masa depan negara.
Blogger Penipu Rakyat(PR) Cuba Tipu Rakyat Cheras?@umbkl@razlanrafii@NajibRazak@RajaNongChik#tolakPR
Tak sempat DBKL jawab, meh kami tolong JAWABKAN.
Perumahan swasta berkurun lamanya
Semakin hari semakin meluat bila meilhat pelbagai PENIPUAN yang tak masuk akal oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Malas nak layan pun ada puak-puak Pakatan nie tapi Penulis harus beritahu perkara yang benar pada pembaca yang budiman.
Hari ini kecoh pulak pencacai PKR nie, mengatakan ada seorang bekas pegawai Polis berpangkat tinggi mempunyai aset rumah lebih dari satu. Masalahnya ada ker bukti pembelian pegawai tinggi Polis terbabit terlibat dalam pembelian rumah tersebut. Jika beliau mampu kenapa tak boleh ker? Dan menyewakan pada golongan yang berpendapatan rendah dengan harga yang lebih murah.
Pertamanya sekali di kawasan Taman Miharja TIADA sebarang pembinaan rumah kos rendah dibina oleh pihak DBKL. Ia merupakan kawasan perumahan swasta. Penulis sendiri melihat dengan mata kepala sendiri petang tadi di kawasan Taman Miharja, perumahan di situ bukan Flat PPR. Ianya kawasan perumahan yang dibangunkan oleh perumahan swasta sejak dari lebih 30 tahun dulu.
Kedua, jika mengikut carian yang kononnya dicari pada tahun 1999...sumber dalam Penulis memberitahu kalau berkaitan dengan sewaan rumah PPR, laporan awal menunjukkan tiada sebarang tawaran dibuat kepada pegawai polis berpangkat tinggi tersebut. Kalau benar bagai dikata, mesti ada pemalsuan dokumen yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak nie. Penulis mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera!!
Ketiganya, dalam hal pembelian rumah yang lebih dari 1 aset memang tidak dapat dikawal sekiranya ianya dibuat secara lelong atau subsales. Kita ambil contoh, kalau seseorang itu kita lihat dari latar belakangnya dia seorang yang mampu...dia membuat pembelian sewa beli ini. Rumah tersebut sudah semestinya menjadi hak milik dia. Dan jika suatu hari nanti beliau ingin menjualnya pada sesiapa saja yang berminat itu adalah mengikut keputusannya sendiri. Betul tak??
Memang lawaklah puak-puak Pakatan nie. Bila kita kata mereka nie BODOH, mereka marah. Tapi memang mereka ni BODOH. Sebenarnya mereka sudah kekeringan isu di Kuala Lumpur ini. Isu yang ingin memfitnah Kerajaan dan tanamkan persepsi buruk pada masyarakat. Manusia yang tak guna otak inilah jadinya. Jika kita lihat setiap permasalahan rakyat di Kuala Lumpur ini pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan akan menyelesaikan dengan TUNAIKAN janji pada rakyat.
Syabaslah Penulis ucapkan pada Penipu Rakyat(PR) kerana cipta isu yang tak gunakan otak. Akal fikiran kita ni Allah S.W.T ciptakan untuk kita berfikir dengan baik dan waras kerana ianya untuk memberikan idea yang berguna pada semua pihak bukannya untuk menghancurkan sesama masyarakat di Malaysia ni.
P/s: Taman Miharja berada dalam Parlimen Cheras. Ahli Parlimennya
pula dari parti perkauman DAP. Langsung tak bantu apa² di Cheras.
Rakyat hanya mengharapkan bantuan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri
Wira Syed Ali AlHabshi saja. Harap maklum!
Wednesday, December 19, 2012
Part 1: Rahsia Penipuan & Fitnah @rafiziramli Terbongkar@umbkl@razlanrafii@khairykj@NajibRazak@ShahrizatJalil#TolakFitnah
Seperti dijanjikan, hari ini Part 1 untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh Pakar Strategi PR, Rafizi Ramli Lembu berhubung dengan NFC.
Meh baca perlahan-lahan.
Ini antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar :
1. Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.
2. Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
3. Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp
TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk memberi gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Rafizi Ramli yang diketahui umum merupakan isteri kepada Chairman NFCorp.
Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan
menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp.
Rafizi dalam tweet mengesahkan tuntutan ini. Blogger journo Fabiani Azmi
akan merungkai satu persatu penipuan Rafizi Ramli di dalam blog ini.
Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah,
Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah,
Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.
Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.
Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam pengeluaran daging lembu dan dalam masa yang sama Malaysia mempunyai 'stok' yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyai 40% daging keluaran tempatan.
Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010,
kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8,897 ekor
lembu telah diimport yakni 11% melebihi sasaran asal.
Tetapi akibat iri hati dan penuh sifat benci terhadap kerajaan yang telah dipupuk oleh kepimpinan PR, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp. Pemerhati politik percaya ia adalah cara ataupun jalan terbaik untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO yang mempunyai penyokong setia hampir 1.3 juta wanita UMNO, yang dirasakan sebagai penghalang utama Pembangkang menuju ke Putrajaya.
Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata angka pengeluaran bagi projek NFC telah menunjukkan kegagalan. Rafizi berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika angka ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia.
Tetapi akibat iri hati dan penuh sifat benci terhadap kerajaan yang telah dipupuk oleh kepimpinan PR, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp. Pemerhati politik percaya ia adalah cara ataupun jalan terbaik untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO yang mempunyai penyokong setia hampir 1.3 juta wanita UMNO, yang dirasakan sebagai penghalang utama Pembangkang menuju ke Putrajaya.
Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata angka pengeluaran bagi projek NFC telah menunjukkan kegagalan. Rafizi berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika angka ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia.
Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a 'political juggernaut',
beliau dengan sengaja telah menipu rakyat di mana 'on record' beliau
telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan
330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang
kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor
lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor
lembu menjelang 2013.
Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.
Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300,000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Target utama beliau hanya ingin memburukkan Datu Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300,000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Target utama beliau hanya ingin memburukkan Datu Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagai manipulasi politik
ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh
konsesi adalah 30 tahun di mana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai.
Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila
kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012 atau
sebenarnya Rafizi sedar akan hal ini tetapi seperti yang dikatakan di
atas, beliau mempunyai sifat busuk hati dan meneruskan agenda
menjatuhkan orang² kuat kerajaan.
Mercedz Benz
Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani.
Mercedz Benz
Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani.
Pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana
daripada penjualan daging lembu dan bukannya datang daripada pinjaman
NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 'double digits'.
.
Terus terang, hari ini boleh dikatakan semua orang mempunyai kereta Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.
Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat² tidak tahu mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.
.
Terus terang, hari ini boleh dikatakan semua orang mempunyai kereta Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.
Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat² tidak tahu mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.
Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau
mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz? Peliknya kenapa
Rafizi Ramli enggan mengutarakan hal sebegini yang jauh lebih dasyat
berbanding isu NFCorp?
Dalam episod seterusnya, penulis akan menawarkan lebih banyak contoh penipuan, salah nyata dan gangguan yang dilakukan Rafizi Ramli dan geng² keji beliau. Kita dedahkan perlahan² sehingga PRU akan datang adalah penghujung nafas politik PR. Terdapat lebih daripada sedozen pendedahan akan dilakukan nanti.
Masih Ada Peluang Buat Anda Yang Bankrap/Muflis@umbkl@razlanrafii@sohaimishahadan@khairykj#janjiditepati#tolakPR
Sohaimi berucap pada Majlis Perlancaran.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu, saya selaku wakil Pergerakan
Pemuda UMNO dalam usul ekonomi telah mencadangkan agar kerajaan
memberi perhatian kepada pemiutang yang diisytiharkan muflis.
Ini kerana baru baru ini, kita telah didedahkan oleh media massa bahawa betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan paling memeranjatkan ia melibatkan golongan muda di bawah usia 40 tahun.
Mengikut rekod Jabatan Insolcensi Malaysia, antara punca utama kes kes kebangkrapan ini ialah hutang perjanjian sewa beli (26 peratus), hutang pinjaman peribadi (21 peratus), hutang pinjaman perumahan (14 peratus) dan hutang hutang lain, misalnya perniagaan dan sebagai penjamin.
Akta kebangkrapan 1967 yang ketat didakwa menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah olah tidak mendapat peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.
Jika tiada langkah langkah pencegahan diambil, jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 220,0 orang menjelang tahun 2020. Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti negara.
Usul dikemukakan itu mendapat perhatian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengulung perbahasan pada hari terakhir dengan berkata bahawa kerajaan akan membuat peraturan baru berkaitan undang undang kebankrapan kerana undang undang adalah ketat.
Kerajaan juga akan mengkaji semuda dan membuat peraturan baru serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebangkrapan terutama yang berhutang dalam kos yang munasabah.
Dua tahun lalu, iaitu pada 24 Julai 2010 sebuah akhbar berbahasa Melayu ada memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meminda Akta Kebangkrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan kembali meniaga.
Justeru, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO bertindak
proaktif dalam menwujudkan jaringan media sosial untuk membantu golongan
ini mendapatkan peluang kedua.Ini kerana baru baru ini, kita telah didedahkan oleh media massa bahawa betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan paling memeranjatkan ia melibatkan golongan muda di bawah usia 40 tahun.
Mengikut rekod Jabatan Insolcensi Malaysia, antara punca utama kes kes kebangkrapan ini ialah hutang perjanjian sewa beli (26 peratus), hutang pinjaman peribadi (21 peratus), hutang pinjaman perumahan (14 peratus) dan hutang hutang lain, misalnya perniagaan dan sebagai penjamin.
Akta kebangkrapan 1967 yang ketat didakwa menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah olah tidak mendapat peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.
Jika tiada langkah langkah pencegahan diambil, jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 220,0 orang menjelang tahun 2020. Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti negara.
Usul dikemukakan itu mendapat perhatian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengulung perbahasan pada hari terakhir dengan berkata bahawa kerajaan akan membuat peraturan baru berkaitan undang undang kebankrapan kerana undang undang adalah ketat.
Kerajaan juga akan mengkaji semuda dan membuat peraturan baru serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebangkrapan terutama yang berhutang dalam kos yang munasabah.
Dua tahun lalu, iaitu pada 24 Julai 2010 sebuah akhbar berbahasa Melayu ada memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meminda Akta Kebangkrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan kembali meniaga.
Orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau Facebook dan Twitter : Muflis Peluang Kedua untuk mendapatkan respons dan menjadi platform mengenai pembelaan dan permasaalahan isu muflis ini.
Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menyalurkan idea dan dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bangkrap 1967 bagi membantu golongan ini khususnya generasi muda untuk keluar daripada belenggu muflis.
Kami juga akan bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pemiutang yang diistiharkan muflis ini melalui program pengurusan kredit yang dijalankan agensi itu.
Sekali lagi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan menegaskan bahawa suda sampai masanya Akta Kebangkrapan ini dikaji semula bagi membolehkan individu muflis mendapatkan pelepasan secara automatik selepas tiga tahun. Ini akan membolehkan usahawan muda memulakan kembali perniagaan mereka memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah gagal sebelum ini.
Dato' Sohaimi Shahadan
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tuesday, December 18, 2012
DAP Berjaya Tipu Melayu PR@umbkl@razlanrafii#tolakPR
Apa yang menarik di Kongres DAP Nasional ke 16 di Pulau Pinang kelmarin adalah tiadanya kelibat pemimpin utama PKR dan PAS ketika Setiausaha AGung DAP Lim Guan Eng memberikan ucaptama sebentar tadi.
PAS hanya hantar Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustapa Ali dan PKR hantar pemimpin negeri Datuk Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin.
Ketidakhadiran pemimpin utama PKR dan PAS dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).
Kehadiran pada waktu-waktu penting begini adalah tanda soladiriti atau perpaduan di kalangan gabungan pembangkang itu.
Bagaimanapun, persoalan tersebut agak terungkai apabila mendengar ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari yang antara lain menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU-13.
Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU-13.
Pada masa sama, Guan Eng turut berazam untuk menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi Melayu sambil menegaskan bahawa DAP mahu menjadi parti pilihan untuk semua.
Dalam ucaptamanya di Kongres DAP ke 16, Guan Eng berkata DAP patut diberikan kerusi tambahan sebagai imbuhan diatas kesetiaannya kepada pakatan pembangkang itu.
“Kami dibuktikan menjadi rakan tulus dan setia kepada PAS dan DAP. DAP berharap kesetiaan ini dibalas dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi…kita mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung. Sabah dan Sarawak akan merunding pengagihan kerusi sesama mereka,” kata beliau.
DAP kini mempunyai 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi DUN. Kerusi-kerusi tambahan yang di minta oleh Guan Eng itu adalah untuk menguatkan imbangan kuasa parti itu dalam Pakatan Rakyat.
Menurut Guan Eng, DAP akan mengangkat dirinya sebagai “parti yang mempunyai dasar-dasar terbaik …dan mejadi pilihan semulajadi untuk semua rakyat Malaysia.”
Difahamkan bahawa kerusi-kerusi tambahan yang dituntut oleh Guan Eng adalah untuk membolehkan parti itu meletakkan calon-calon Melayu tanpa melepaskan kerusi untuk calon-calonnya yang berbangsa Cina dan India.
Hasrat parti itu untuk menampilkan calon-calon Melayu bagi menarik undi Melayu disambut suram oleh PKR dan PAS yang banyak bergantung kepada undi Melayu.
Guan Eng menegaskan DAP mahu menjadi parti pilihan untuk orang Melayu dan telah menyusun bebeberapa langkah untuk menjayakan matlamat itu.
“Kita mahu menjadi parti pilihan untuk orang Melayu, khususnya di Bandar supaya mereka menyertai dan mengundi kita. Kita telah menyediakan portal Roketkini.com dalam bahasa Malaysia.…dan menarik cendiakawan Melayu untuk menyertai kami,” kata beliau.
Bagaimanapun DAP menerima tamparan hebat beberapa bulan lalu apabila Naib Pengerusinya Tunku Aziz Ibrahim meletak jawatan selepas mendakwa parti itu tidak ikhlas memperjuangkan politik beretika.
Tunku Aziz juga mendakwa parti itu tidak serius dalam agenda untuk membela kaum itu atau pun untuk membanteras rasuah
Monday, December 17, 2012
Iktibar Untuk Semua Pengundi@umbkl@razlanrafii#tolakPR
Bakal bertanding dalam PRU13 |
Penulis ingin mengingatkan kepada rakyat Malaysia dan pengundi di luar sana, silalah ambil iktibar di atas apa yang berlaku kepada politik Jepun, yang telah memberi kuasa kepada pihak pembangkang untuk mentadbir Jepun bagi satu penggal suatu ketika dulu.
Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya Jepun semalam selepas kekalahan mengecewakan tiga tahun lepas.
Kemenangan itu dilihat memberi peluang cerah bagi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memperjuangkan agenda keselamatan dan ekonomi.
Parti LDP dijangka melaksanakan pendirian lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pronuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang kukuh.
Keputusan pengiraan undian oleh stesen televisyen menunjukkan LDP memenangi hampir 300 dari 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.
Parti sekutunya, New Komeito dijangka memenangi kira-kira 30 kerusi.
Pengiraan undian menunjukkan Perdana Menteri Yoshihiko Noda yang mewakili Parti Demokratik Jepun (DPJ) memenangi hanya 65 kerusi.
Parti DPJ yang memenangi pilihan raya pada 2009 berjanji memberi lebih tumpuan yang lebih kepada kebajikan pengguna dan mengurangkan birokrasi.
Seorang eksekutif parti DPJ, Kohei Otsuka memberitahu stesen televisyen NHK, Noda dijangka meletak jawatan kerana kekalahan tersebut.
Kebanyakan pengundi berkata, DPJ GAGAL memenuhi janji-janji pilihan raya.
Kepimpinan Noda dikatakan bergelut untuk mentadbir dengan baik dan gagal mengatasi bencana gempa bumi termasuk tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu serta kerosakan loji tenaga nuklear.
Kongres DAP Terang-terang Tolak Melayu@umbkl@razlanrafii
Retorik politik semata-mata |
Yang turut tidak terpilih ialah bekas anggota CEC daripada penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan hanya mendapat 327 undi untuk tangga yang ke 38.
Seperti yang di jangka, Dinasti Lim iaitu Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menguasai 2 kedudukan teratas bagi pemilihan 20 ahli CEC.
Hasil pemilihan ini jelaslah ahli-ahli DAP yang lain sememangnya menolak orang Melayu. Itupun masih ada orang Melayu yang tak sedar diri, kesian. Harapan, agar jangalah orang Melayu yang terkinja-kinja lagi.
Tembelang Blogger PR(Penipu Rakyat) Terbongkar Lagi?@umbkl#tolakPR
Semalam secara "live" lagi dalam program TV3 Melodi memaparkan kisah pelawak veteran dan isterinya. Siapa lagi kalau bukan Datuk Yahya Sulong. Dalam segmen ini, wartawan telah menemubual pelawak dan isterinya tentang hal kononnya mereka telah diusir oleh pihak DBKL atasa isu pembayaran sewa rumah.
Jelas terbukti, rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa pasangan ini TIDAK pernah diusir pun oleh pihak DBKL seperti yang diwarwarkan oleh seorang blogger PR sebelum ini. Ini pengakuan mereka sendiri.
Untuk pengetahuan semua, penulis pernah menaikkan isu ini pada 13/12 bahawa sememangnya ada campur tangan dan hasutan pembangkang yang cuba untuk memburukkan imej agensi kerajaan terutamanya. Blogger suruhan Pembangkang ini cuba menghebohkan di media cetak dan alam maya cerita kononnya artis veteran ini "DIHALAU" keluar dari rumah PPR yang beliau duduk sekarang.
Kepada anda semua di luar sana, ingatlah ini antara taktik kotor mereka. Pembangkang ini sanggup buat apa sahaja, tak kiralah memfitnah atau mereka-reka cerita demi 'menghalalkan' niat busuk mereka.
Terima kasih TV3 Melodi.
Perlancaran Kempen Muflis/Bankrap Hari Ini@umbkl@razlanrafii@sohaimishahadan@Khairykj
Berita baik kepada anda yang telah mendapat status bankrap/muflis. Sebelum ini pada 11/12/2012 yang lalu penulis ada mewar-warkan tentang usaha yang dibuat oleh Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan tentang penyelesaikan bagi isu muflis / bankrap ini. Atas paparan yang dibuat dan feedback yang diterima oleh para pembaca, akhirnya satu majlis akan diadakan iaitu Majlis Pelancaran Kempen Muflis/Bankrap pada 17/12/2012 (hari ini) jam 2pm, bertempat di Tingkat 23, Dewan Sri Endon, PWTC oleh Datuk Sohaimi Shahadan.
Kepada anda yang berminat sila hubungi En.Zubir (018-2927769) atau En.Hisham (012-2791572) bagi sebarang pertanyaan. Tempat adalah TERHAD.
Cepat hubungi sekarang! Terima kasih Pemuda UMNO!
Friday, December 14, 2012
Penduduk Lembah Pantai Tolak @N_izzah@NajibRazak@RajaNongChik@umbkl@razlanrafii#tolakPR
Kerana pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah lama diperjuangkan oleh Dato’ Raja Nong Chik, sejak dari 25 tahun dahulu, kini hampir tercapai walaupun berdepan pelbagai rintangan.
Raja Nong Chik lebih banyak meluangkan masa dan selesaikan masalah penduduk Lembah Pantai |
Penggunaan referendum untuk memilih pemaju adalah julung kali diadakan di Malaysia dan membuktikan Kerajaan BN prihatin kepada kemahuan rakyat.
PM Dah Lama Laksanakan@umbkl@NajibRazak#TolakPR#JanjiDitepati
Kejadian baru-baru ini yang berlaku di Kompleks Kerajaan, Putrajaya amat
memalukan. Walhal perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana pada
pengamatan saya, kedua² pihak sudah jelas mengenai status tersebut.
Di bawah ini artikel saya perolehi daripada blog REZQEEN HILL pada bulan Februari 2012 yang lepas.
Beliau berkata, kempen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), yang berjaya menarik minat 15,000 orang, sebahagian besarnya keturunan India adalah satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, baki kira-kira 3,900 permohonan yang sudah diproses tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab, termasuk kekurangan maklumat.
“Saya menggesa KDN, SITF dan pihak
yang terbabit untuk terus membantu menyelesaikan permohonan supaya
kelulusan dapat diberikan kepada semua pemohon yang layak,”
- Najib Tun Razak
Kempen yang dilaksanakan selama lapan hari bermula 19 Februari tahun
lalu itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu menangani
masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India,
yang selama ini menyukarkan pemohon mengakses perkhidmatan dan kemudahan
yang disediakan kerajaan.
Ia dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor,
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. SITF melawat dan membuka
kaunter di hampir semua lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India
dengan memahami dan menyelesaikan masalah mereka. Permohonan yang
diterima membabitkan masalah kewarganegaraan, daftar lewat kelahiran,
pindaan butiran sijil kelahiran, anak angkat, pendaftaran perkahwinan
dan kad pengenalan.
Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.
Desakan dan tohmahan Pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak alert akan permasalahan ini merupakan satu fitnah yang
besar. Program di atas diadakan pada 14 Februari 2012 di Institut
Latihan DBKL, Bandar Tun Razak menerusi program kempen MyDaftar.
Untuk rekod selepas daripada program di atas ini. Bermula May sehingga Ogos, sebanyak 9,529 permohonan diterima daripada masyarakat India. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,527 permohonan melibatkan status warganegara dan selebihnya berkenaan sijil kelahiran, pendaftaran perkahwinan dan masalah kad pengenalan.
Bah. 1 : Siapa Puak Kurang Ajar Yang Benarkan Perdana Menteri Malaysia Dihina, klik sini.
Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
“Pemohon yang berjaya juga layak
mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali
gus mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. Keadaan ini
cukup bermakna kerana ia berbeza dengan dunia tanpa status sebagai warga
negara,”
- Najib Tun Razak
Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.
Untuk rekod selepas daripada program di atas ini. Bermula May sehingga Ogos, sebanyak 9,529 permohonan diterima daripada masyarakat India. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,527 permohonan melibatkan status warganegara dan selebihnya berkenaan sijil kelahiran, pendaftaran perkahwinan dan masalah kad pengenalan.
Bah. 1 : Siapa Puak Kurang Ajar Yang Benarkan Perdana Menteri Malaysia Dihina, klik sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)