Akhirnya terjawab sudah, pada 6 Mac 2011 yang lalu seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, dengan majoriti lebih besar. Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643 undi. Beliau, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319 undi. Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.
Syabas dan tahniah buat calon BN, Roslan Ahmas atas kemenangan besar ini. Semoga beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang selepas ini. Kemenangan BN di Merlimau memang sudah tidak menjadi persoalan lagi. Tambahan pula PAS ketika ini tidak menang satu pun kerusi DUN di Melaka. Untuk pengetahuan, KP Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia, Datuk Zaki telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga Peti Undi Permatang Serai, Bukit Katil. (Gambar kenangan sekitar PRK Dun Merlimau seperti berikut:)