Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Imarah Ramadhan 2010










Pada 28/8/2010 yang lalu, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Imarah Ramadhan anjuran 3 sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya. Majlis ini telah diadakan di Surau Az-Zakirin Putra Damai Presint 11.

Majlis anjuran bersama ini telah diadakan buat julung kalinya sempena bulan ramadhan yang mulia ini bagi meraikan anak-anak yatim dari setiap cawangan UMNO di Putrajaya bersama anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih, Puchong dan juga bagi merapatkan lagi hubungan diantara penduduk-penduduk Putra Damai Presint 11. Majlis turut berasa amat bertuah kerana ahli Parlimen Putrajaya YBM.Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat hadir meluangkan masa bagi meraikan majlis ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak kerana telah bertungkus lumus, memberi komitmen dan kerjasama tanpa berbelah bahagi bagi menjayakan program ini.

Ucapan tahniah juga buat ketiga-tiga sayap atas kerjasama menjayakan program seperti ini. Ianya diharap akan diteruskan lagi bagi program-program lain pada masa akan datang. Inilah sikap yang harus dipuji seperti kata pepatah Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.. Mudah-mudahan, kita semua mendapat petunjuk dan hidayah di bulan yang mulia ini.

Thursday, August 26, 2010

Tidak Lupa Pada Golongan Yang Memerlukan









Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama barisan kepimpinannya telah mengadakan suatu program dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang upaya, ibu/bapa tunggal, dan pesakit kronik.

Berpandukan senarai nama yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya, bantuan berupa barang-barang keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka semua.

Penulis sempat menemubual Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, “Memang aktiviti seperti ini sudah lama saya rancang. Alhamdulilah, akhirnya di bulan yang mulia ini terlaksana jua. Kita akan cuba melawat mereka-mereka ini semua pada setiap minggu bagi bulan ramadhan ini, dan harapan saya juga supaya program amal sebegini akan diadakan lagi dengan lebih kerap. Saya juga mendoakan agar kesihatan mereka ini sentiasa terpelihara. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Jab.Kebajikan Masyarakat Putrajaya, pihak Carefour Putrajaya dan seluruh AJK dan Pemuda UMNO Putrajaya yang telah menjayakan program sebegini” katanya.

Berikut ialah sedikit coretan kenangan untuk dikongsi bersama:

Saturday, August 21, 2010

Majlis Berbuka Puasa Nur Ramadhan








Pada 20/8/2010 (Jumaat) yang lalu telah diadakan Program Majlis Berbuka Puasa Nur Ramadhan anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Presint 8. Turut hadir pada majlis ini ialah Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama barisan AJK, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Putrajaya.

Selain itu, turut diadakan serentak ialah Program Juara Rakyat bagi kawasan tersebut. Para penduduk dan para tetamu bersama-sama Ahli Parlimen Putrajaya, YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjemaah menunaikan solat Magrib, Isyak dan Terawih pada majlis tersebut. Turut disampaikan ialah bantuan kerusi roda dan beberapa keperluan lain sempena Bulan Ramadhan yang mulia.

Tuesday, August 3, 2010

Dua Pemimpin Muda Turun Padang di Kawasan Pembangkang


















Baru-baru ini 2 orang pemimpin muda iaitu YB.Khairy Jamaludin(KJ) dan Datuk Ahmad Zaki Zahid(DAZZ), Ketua Pemuda UMNO Putrajaya telah turun di Kelana Jaya, Selangor dalam misi untuk merampas kembali Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Ini merupakan antara agenda serius yang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO Msia bersama Exco-exco Pemuda Msia yang lain.

Penulis sempat menemu ramah Datuk Zaki “Kita tidak mahu UMNO ini dilihat begitu eksklusif. Apa yang kita mahu biarlah ianya menjadi inklusif dimana setiap program contohnya dapat dihadiri oleh semua kaum,bangsa, tidak kira peringkat umur. Kita tidak boleh lagi diibarat seperti “program syok sendiri”/ (SS). Melalui perubahan sebegini, saya rasa ianya dapat memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional" katanya.

Dalam ucapan YB Khairy Jamuludin di majlis tersebut turut menyatakan betapa goyah dan lemahnya kepimpinan pakatan rakyat sekarang. Di Selangor contohnya, isu penyalahgunaan kuasa dan isu pasir masih berterusan hingga sekarang. Di sini ianya menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan Pakatan Rakyat ini.

Pada majlis itu juga kedua-dua pemimpin muda tersebut sempat beramah mesra dengan sekitar penduduk-penduduk Taman Desa Ria Fasa 4B & 5B serta membuat lawatan ke rumah keluarga miskin dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.