Tuesday, May 18, 2010

Mesyuarat Khas Sempena Persidangan Cawangan


Mesyuarat Khas Sempena Persidangan Cawangan.

Bertempat di Restoran Dapur Mas Presint 9 baru-baru ini telah berlangsungnya 1 Mesyuarat Khas Sempena Persidangan Cawangan yang akan bermula pada 15Mei hingga 16 Jun 2010.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Bah.Putrajaya Datuk Ahmad Zaki dihadiri oleh AJK Pemuda Bah bersama ketua-ketua pemuda cawangan yang lain. Perkara utama yang dibincangkan ialah dari segi persiapan mesyuarat yang akan diadakan termasuklah penerangan mengenai perlembagaan, aturcara mesyuarat, pemerhati dan sebagainya.

Pada malam itu juga Datuk Zaki turut bermurah hati dengan memberi sumbangan pada setiap KPC dan AJK Pemuda bagi melaksanakan mesyuarat di cawangan masing-masing.

Thursday, May 13, 2010

Ulang Tahun UMNO ke 64










Hari Ulang Tahun UMNO ke 64

Pada 11 Mei lalu telah berlangsung sambutan ulang tahun UMNO yang ke 64 bertempat di Dewan Merdeka PWTC. Majlis dimulakan dengan Solat Magrib dan selepas itu bermulalah acara rasmi dengan nyanyian lagu UMNO serta ucapan Presiden UMNO.

Seramai hampir 30 orang Putera Putrajaya serta beberapa AJK Pemuda Bahagian bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki turut meraikan ulang tahun yang ke-64 ini.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah dengan usia 64 tahun ini, UMNO masih lagi memerintah Kerajaan Malaysia. Diharapkan prestasi seluruh pemimpin UMNO dari peringkat akar umbi, Bahagian, Majlis Tertinggi dan sebagainya akan berubah serta menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini..Dapatkan kembali kepercayaan/keyakinan orang-orang Melayu terutamanya. (tak kiralah dari Pembangkang atau pengundi muda). Hidup UMNO, Hidup Melayu!!!

(sekitar majlis sambutan di PWTC)