Tuesday, November 1, 2011

Keratan penuh akhbar Australia sahkan perbelanjaan anak Najib

KUALA LUMPUR 2 Nov: Sebuah blog menyiarkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia.

Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.
 
Blog MiLo SuaM memperoleh keratan penuh laporan akhbar  berkenaan  bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing”, bertarikh 31 Oktober lalu.

Sebelum ini kesahihan berita The West Australian itu kononnya dipertikai kerana hanya berpandu satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan.

Isnin lalu, Keadilan Daily memetik akhbar berkenaan yang melaporkan anak gadis Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Blogger dan peminat politik Malaysia mengaitkan wanita berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada mereka berbelanja sakan.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, Pengarah Negeri bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM.

http://www.keadilandaily.com