Pemahaman Ilmu Tasawuf Pemerhatian Merumitkan


Mahu pasti membawa kepada tahu dan mampu. Dan mampu itu siapa pemberi-Nya. Penulis terfikir sejenak kata-kata yang sememangnya datang dari semangat penulis blog bernama Saiful Islam. Pokok perbincangan tasawuf sememang penulis jauh dari fakihnya, pemahaman serta praktikal dan amalan yang wujud sepanjang penulis berusaha mencari kebenaran ilmu yang Allah swt turunkan di atas muka bumi ini banyak menjauhi ilmu ini untuk di terokai dan diselidiki sejarah dan latar belakang ilmu tasawuf ini.

Makanisme tasawuf mungkin penulis sekadar mampu berbicara di ruang pemahaman penulis dari pengalaman semata-mata tanpa ada coret disiplin ilmu khas yang benar-benar membuat penulis fakih terhadapnya. Mungkin ia sekadar luahan, dan juga rintihan kerana hati ini jelas sekali medambakan makanan rohani tanpa henti tambah lagi tatkala kita sunyi berkhalwat dengan roh sendiri. Manusia yang sibukkan diri janggal mendekati hal tasawuf ini mudah di polosi jiwa mereka dengan unsur bejat tanpa mereka sedari. Kerana itu Ibn Qayim al-Jawziyah sentiasa menasihatkan umat Islam sentiasa memohon keampunan setiap saat kerana manusia itu 'nasia' pelupa dan alpa.

Berbalik kepada fundemantal mana-mana sebuah gerak kerja Islam, sama ada muamalahnya dari sudut pengurusan pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan hatta sekecil perkara. Pokok perbincangan tauhid menjadi nadi kekuatan terhadap fundemantel berkenaan. Penulis terbaca pandangan Zaharuddin.net (merupakan senior di UM dulu), diakui selok belok 'istilah' menjadi masalah akidah yang banyak dibicarakan disitu dalam isu ESQ 165. Ia menjadi argument setengah golongan tasawuf dan juga di tolak mentah-mentah golongan salafi yang tegas dengan pandangan mereka yang kukuh.

Dari segi fiqh (pemahaman) adalah apa yang kamu tahu datang pada zaman itu memberi kesejahteraan kepada ummah ketika itu, dengan berpegang kepada manhaj teras Al-Quran dan al-Hadith. Jadi pokok apa dibicarakan ia masih pandangan peribadi masing-masing dan berhak di amalkan individu itu serta tidak berhak yang berpandangan itu menempelak mana-mana golongan yang tidak mengikutnya. Melainkan jika ia diputuskan melalui badan yang disepakati dan dipertanggungjawab dalam soal fiqh seperti badan Mufti. Maka layaklah masyarakat awam mengikut amalan dan terhapuslah pandangan individu. Dan individu yang bukan awam jika talfiq dengannya maka mereka tidak layak menolak pandangan itu dan berhak pada mereka beramal dengan pemahaman dan pandangan mereka.

Berbalik kepada isu tadi mengapa mutakhir ini ramai yang mula dambakan program seperti ESQ165? Tariqah? Tazkiyah? dan soal-soal jiwa dan rohani?. Itulah dia fundemantal muamalah Islam yang melangkaui sempadan teori manusia. Darwin, Rostow, Adam Smith, Karl Marx, Robert Owen, Harrold Domar dan banyak lagi tokoh sains sosial manusia dan pemikiran alam sendiri pun tidak mengetahui kenapa manusia ini tidak mampu diletakkan teori yang tepat dari sudut kepuasan, ekonomi, permintaan, penawaran dan kawalan. Perkara inilah Ibn Khaldun mengatakan kebanyakan teori lebih meraikan nafsu di depan berbanding sunnahtullah itu.

Hubungan dengan Allah swt merupakan tangga utama dalam tingkat dalam fundamental lain seperti hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk lain. Di sini longgarnya hubungan manusia dalam menjaga hubungan dengan Allah yang wujud di atas muka bumi.




Saban hari malam atau siang, umat manusia sering menghadkan diri mereka dan kemampuan mereka. Otak mereka mula di fokus pada satu titik bucu yang tidak munasabah tetapi munasabah pada logik kehidupan mereka. Jelas di sini manusia alpa akan had kemampuan mereka berfikir dimana nafsu malas, nafsu senang, nafsu harta dan seks menjadi tema mereka. Bila noktah ini tiba dan menjadi rutin kebosanan mereka apa yang terjadi dalam diri mereka? Mereka mula turun prestasi. Daya kecekapan kurang, persaingan tidak sihat berlaku, noda dan nilai integriti luput. Pada saat ini baru mereka inginkan suatu kekuatan lain. Harta jauh meninggalkan mereka. Gaji RM4k ke atas tidak mampu memberi istilah cukup. Maka apa mereka hendak. Beginilah dambanya manusia akhirnya mereka ke tikar sejadah bagi muslim mencari kekuatan diri. Bagi yang jauh dari resolusi hidayah ceritanya pasti berbeza.

PENDAHULUAN 'ISTILAH KETENANGAN'
Konfrantasi bermula disini bagi pencari hidayah yang menemui resolusi hidayah. Pertama, tahniah Allah swt masih sayang anda dan kita sentiasa mengharapkan nilai hidayah ini berada dalam diri kita sentiasa agar tidak mati kita dalam 'su' al-khatimah' pentup kehidupan yang buruk. Penulis sentiasa mengingati kata-kata positif Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmod Zuhdi(tok mod), kes Kassim Ahmad yang menolak hadith dan menerima Al-Quran semata-mata di anggap manusia yang pemikirannya explore secara peribadi dalam diri individu tersebut. Ia menjelaskan pencarian kebenaran yang melalui salah faham dalam agama. Dan pandangan tok mod tersebut menjelaskan sebagai pendakwah tidak mudahlah untuk menghukum Kassim Ahmad murtad sebaliknya mendambakan satu diskusi dalam menangani salah faham agama.

Pokoknya disini, saya pernah berbicara dengan sahabat-sahabat yang mengikut tariqah dan pelbagai kaedah tazkiyah nafs. Apa yang dapat diperhatikan dua konsep sahaja yang membuatkan saya selaku manusia yang dangkal menghujah dua jenis manusia yang benar-benar mengamalkan tasawuf yang benar atau salah. Pemerhatian yang jelas memang jalan tariqah(jalan) itu membuka ruang kita mengkaji isi dalam roh manusia dan alam ghaib serba misteri melainkan Allah swt memberi 'jalan' pengetahuan.

Manusia jenis pertama di alam tariqah, amalan dan peribadi individu itu amat dangkal dengan kehidupan. Makhluk-makhluk kehidupan yang wujud disekeliling hilang muamalahnya dalam masyarakat. Dia menyangka dia mendekati tuhan, hakikatnya ia dilihat 'paranoid'. Menyangka amalan dia sempurna. Akhlaknya tidak konsisten dan paling dibimbangi dia bersahabat dengan jin Islam dan menghujahkan wujudnya ayat-ayat khadam dalam al-Quran sehingga mengatakan dia khadamkan jin tersebut. Ternyata dia tidak sedar jin tersebut telah mengkhadamkan diri dia tanpa di sedari.

Manusia jenis kedua di alam tariqah ini, adalah manusia menghujahkan ayat al-Quran dan meyakini ayat al-Quran adalah mukjizat buat Rasulullah s.a.w. dan memahami ayat al-quran memiliki kekuatan dalam diri manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan dipertanggungjawab menguruskannya. Bukan sahaja mengurus JIN!!! tetapi berkewajipan atas pundak mereka mengurus dan mentadbir politik yang kian BOBROK. Ekonomi, sistem jaringan sosial. Perundangan dan pelbagai lagi.



Manusia golongan kedua ini sukar dijumpai. Sepanjang penulis hidup di medan tarbiyah di N.Sembilan sepanjang zaman persekolahan di Maahad Ahmadi. Ternyata dunia tariqah ini begitu subur di satu kawasan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Pengalaman lalu lebih melihat begitu banyak tariqah sesat dan benar muncul. Sesat lebih banyak dari benarnya. Kerana hanya dua tariqah sahaja yang dibenarkan muncul dan dibenarkan iaitu tariqah Ahmadiyah bawah pimpinan bekas mufti N.Sembilan sendiri dan satu lagi tariqah naqsyabandiah di Lenggeng.

"MASALAH AHL-TARIQIYAH YANG RANUM"



Permasalahan utama insan-insan yang mencari kekuatan diri ini adalah bila mereka terjun dari pokok payung asal. Bila tawasul terputus antara ijazah yang disampaikan tok guru yang benar ini maka ia menimbulkan konflik. Maka jangan hairan bila kita lihat ada peristiwa si pencari ketenangan yang takut terjun ke dalam bidang tasawuf terkejut dan fobia. Tok guru di hadapan yang memimpin zikir dengan serba ketenangan, si anak murid yang mengikut di belakang duduk tidak keteruan sampai naik syeikh.. Tapi bagi orang kurang faham memang tidak dapat menerima perlakuan itu seperti penulis. Mungkin anak murid tu terpaksa berlakuan pelik untuk capai tahap ketenangan tok guru.

Tetapi manusia ini belajar dari pengalaman. Rata-rata anak muda ranum di alam tariqah ini jauh dari buah pemikiran tasawuf di ajar guru. Kadangkala amalan solat pun ada yang tertinggal. Ini menyebabkan ahl- tariqah al-RANUM ini banyak menjadi manusia di golongan pertama sebagaimana penulis gambarkan. Unsur-unsur sesat masuk, tawasul dia dengan amalan manusia yang 'alim terputus, malah tawasul dia bersambung dengan amalan jin. Maka siapa khadam siapa?

Polimik yang berlaku terhadap manusia yang mencari ketenangan inilah menyebabkan rata-rata menambahkan kegerunan manusia awam takut dengan gambaran pemahaman Islam mendalam adalah di ruang itu. Banyak tokoh agama dan sarjana berkata, jika Islam itu dipandang dari sudut itu sahaja iaitu dari segi aspek kerohanian semata-mata. Maka sesat dan salah faham dalam agama akan membuah jika tidak memahami sunnahtullah sebenar dan secara syumulnya Islam itu.

Penekanan utama Islam seharus dipandang dari sudut AQIDAH itu. Mengenal Allah swt tidak sama dengan mengenal tariqah. Mengenal Allah swt secara ringkasnya mengenal siapa kita dan sunnahtullah. Mengenal Allah swt bukan cara bertemu, berhujah melihat atau sebagainya. Malah lebih dari itu, kita mengenal Allah swt sehinggakan kita mengenal bahawa Allah swt, terkeluar dari seluruh hukum alam di atas muka bumi yang lemah ini. Allah swt memiliki kekuatan labih dari minda kita. Dan Al-Quran dan al-Hadith panduan yang sebenar.

Bermula dari AQIDAH kita mula membina paksi faham kapada agama, inilah FIQH(faham) atau berkait rapat dengan syariat. Ia berputar di ruang lingkup manusiawi yang terbatas dan syariat itu dibentuk dengan faham logik kita terhadap agama berpandukan ayat firman Allah swt sebagai Al-Quran dan al-Hadith.




Dua makanisme kekukuhan terhadap syariat yang mendekatkan kepada muamalah, pengurusan pentadbiran politik, ketenteraan, sistem masyarakat dan lain-lain. Semua bentuk duniawi tidak dipandang sepi dan sunyi oleh ISLAM> > Persoalanya ternyata ayat al-Quran sepeti surah al-Baqarah : 30 menunjukkan kita memundak urusan dunia. Surah an-Nisa' : 58 kita menghukum terhadap amalan manusia dengan adil. Malahan banyak lagi ayat taklifan manusia ini dipertanggungjawab atas urusan duniawi ini dari al-Quran dan al-Hadith. Benarkah Islam sekadar complete di tahap aspek ibadat rohani? Benarkah Islam di samakan dengan agama-agama lain sekadar ritual amalan di rumah ibadat dan tempat-tempat tertentu jauh dari muamalah kepompong masyarakat? BENARKAH? jika YA!! Mudahlah golongan begini tergolong dalam pemikiran ahli tariqah pertama yang penulis perkatakan tadi.

Meminjam semangat Ibn Taymiyah di zaman beliau. Beliau bukan sengaja menjadi ulama kontravasi di zaman itu. Beliau berhujah dengan semangat mengembalikan doktrin ilmuan Islam ketika yang meninggalkan muamalah dalam masyarakat Islam sehingga terjerumus dalam sufisme ekstrim. Mungkin terlampau ramai termakan istilah duniawi dengan melabel dari seluruh aspek tanpa melihat ruang duniawi yang benar-benar melapangkan lagi ruang di akhirat.

Kesimpulannya, serumit mana pemahaman terhadap pemikiran Islam jika fundamental akidah tauhid itu tebal dan dilestarikan dengan kefahaman tinggi terhadap syariat, nescaya apa yang di istilahkan 'ISLAM the way of life' itu bukan retorik semata-mata. Ketebalan IMAN ini tidak mampu di ukur dengan zikir dan amalan semata-mata. Tetapi sejauh amalan dan zikir yang indah alunan itu di berkati dan dirahmati. Ia tiada ukuran. Jika muslim menerima award rahmat itu. Berbahagialah ia di akhirat sana. Wallahu'alam... JAGA HATI, MINDA, AKAL dan FAHAMANMU.. Sekadar berpandangan dengan mata hati yang kotor maafkan jika tersalah kata. Penulis sekadar berpandangan dari sudut kehidupan yang sempit. Mari mengejar rahmat ALLAH swt..

Hari Pertama Dunia Baru

5 MEI 2009, merupakan hari yang penulis akan ingati perkara pertama masuk ke alam pekerjaan setelah penat bernaung dan bergelumang dengan dunia rencam bebas tapi berdisiplin di kampus Universiti Malaya. Kini penulis bersambungkan kesinambungan kehidupan dengan dunia pekerjaan. Kendatipun begitu dunia pekerjaan yang dilalui penulis ini bukan sebarangan pekerjaan, masih diruang lingkup bidang akademik. Buku-buku, jurnal-jurnal, artikel-artikel dan banyak bahan lagi menjadi mainan penulis. Kini penulis bertugas di UNITAR Kampus Pintar. Hari pertama disini masih belum ada apa-apa perkara menarik berlaku.

Masih diselubungi sunyi disini dengan pelajar-pelajar kebanyakannya masih bercuti panjang semester. Seharusnya penulis melalui fasa itu kerana keputusan akhir semester di Universiti Malaya masih belum dimiliki. Cuma rezeki untuk duduk dibidang memerah kepala ini masih terbentang. Sukar membanyangkan perancangan seterusnya. Sesungguhnya kita merancang Allah swt juga sebaik-baik perancang.

Kita bercita-citakan keamanan, kedamaian dan keindahan kehidupan. Tuhan tetap menciptakan kejutan, keperitan dan sifat-sifat mazmumah dalam diri individu manusia. Kerana tuhan lebih mengetahui kemampuan kita. Kita dijadikan khalifah. Dan tuhan tidak memberikan jawapan kenapa kita lebih layak dari golongan yang bertasbih, memuji dan menyucikan seperti Malaikat sebagaimana digambar Allah swt dalam surah al-Baqarah : 30.

Semoga kita menjadikan iktibar surah al-Nisa' : 58 yang didalamnya terisi teras amanah dan keadilan agar ia menjadi iktibar buat mendepani cabaran lebih getir, membina masyarakat, membina keluarga dan paling penting membina diri agar tidak lebih mementingkan diri lebih dari dua asas pokok tadi.

Dan selain itu penulis akui sudah lama tidak 'mengupdate' blog ini, mungkin kerana pelbagai tekanan mendatang. Kesilapan yang tak pernah terhenti dan berkunjung tiba dalam kehidupan membuat kita berfikir agar lebih mencari kesilapan itu untuk lebih dihadapan. Apapun, biarlah kertas kerja Ekonomi Islam ini siap hendaknya. Salam perjuangan buat sahabat disana. Semoga berjumpa lagi dengan anak masing-masing..