Gendang Gendut tali kecapi..
Kenyang Perut Suka hati..
pelitaperjalanan :"Mak along nak balik U ya.."
emak :"Oi, 'parhan' apo kono ekau ni.. balik nak balik, pogi tak gi suka hati ko jo!!"(dialek N9 kalu tanda marah)
emak : sejak dua menjak,tiga menjak ni, selalu sangat ko nyinggah umah tak sampai 1 hari pun..
pelitaperjalanan hanya mampu tersengih, tak tahu nak jawab apa.
Tahun ini tahun paling serabut bagi aku, bukan kerana keserabutan akibat jadual yang disusun berterabur. Tetapi keserabutan memilih program yang terbaik dan terpenting untuk diikuti.
Menyertai pelbagai pertubuhan luaran dan dalam kampus sememangnya mematangkan kita dari sudut perhubungan antara manusia, sama ada dari aspek pengurusan mahupun psikologi kemanusiaan. Perkara-perkara ini buat insan seperti kita lebih mudah terjun dalam permasalahan masyarakat. Teringat kata ibu yang bukan halangan atau melemahkan namun sekadar celoteh seorang ibu kepada anaknya" usahlah terlibat apa-apa, buat susah je, nak jaga hati orang la, apala.. nanti susah siapa nak tolong" .
Hati ibu mana tak bising dengan aktiviti luar selain mengahadap buku dan menghadiri kuliah adalah 'prioriti' utama buat insan bergelar mahasiswa, namun bila sudah ceburi aktiviti kemasyarakatan, meeting dengan pelbagai orang, gerak kerja dengan pelbagai lapisan peringkat masyarakat, masa yang karat itu mulai menjadi emas.
Kata, HAMKA juga pesanan Herry Nordi(penulis Indonesia).."Ilmu itu di luar pagar-pagar kampus dan universitas" dan "Bukan kerusi dan bangku, meja sekolah sahaja ilmu itu tertanam dengan luasnya, ia hanya baja yang di beri sumbangan bangku(CUKAI@ZAKAT) yang mahukan hasilnya''. Fikir-fikirkan...
Perjalanan Yang Berliku
Posted by Tanpa Nama
Sudut Politik
Posted by Tanpa Nama
Media massa awam tidak perlu lagi berbohong dan berselidung lagi. Sampai bila, sepandai tupai melompat jatuh jua akhirnya. Inikan nistanya niat bejat manusia cuba selindung busuk dijiwa.
Barisan ini perlu mengonjak dan datang dengan idea baru, pemikiran kitikal, ketrampilan, harapan baru, impian timur, budaya murni, tanpa korupsi, melindung jiwa-jiwa minoriti, memperkasa jiwa-jiwamajoriti secara bijaksanan dan berjiwa murni, mengislahkan kelompok bangsawan kejerlusan jiwa-jiwa pahit maung kesan kejahilan ilmu dan pemikran.
Namun, apakan daya buat keturunan yang pernah dijajah. Kita terkesan hasil coretan sejarah nenek moyang kita. Kita perlu bersabar, insyaallah pemikiran yang ada pada kitalah bisa sekali merobah agenda dunia. Pastikan kita menjadi petunujuk jalan agar generasi hadapan menemui penemuan sistem terbaik dalam memilih pemimpin masyarakat kelak. Moga pemimpin generasi muka menjadi ejen perubah dunia dan memahami makna pemimpin "pengelap peluh dan air mata rakyat".
Namun generasi kini, adakah kita tidak mahu pertimbulkan isu. KENAPA kita biarkan korupsi.. birokrasi terus berluasa!!!! MENGAPA kita biarkan masyarakat sekeliling kita terus mengalirkan air mata sama ada secara lahiriah mahupun rohaniyah?!!
Dimana pembangunan jiwa insan MUSLIM?? KRISTIAN?? HINDU?? BUDDHA?? dll. selaku perubah!! Nadi cetusan rasa. Sesungguhnya meterealistik bukanlah perjuangan sebenar pemimpin!!!
Walau kotor tuduhan PAS, KEADILAN, dan B. Alternatif!!! Ianya perlu kerana itulah pilihanraya ciptaan British!! bernafas dalam sistem sial ini memerlukan pemahaman tertinggi.. hanya sijahil bicara kesat tidak memahami kenapa agamawan juga terpaksa bernada kasar hanya kerana perjuangan muslim sejagat. BERPIJAKLAH DIBUMI NYATA>> pelita perjalanan sentiasa kecewa dengan golongan agama yang menolak terus sistem ini dan terlampau ekstrim pada mana-mana parti, tanpa memikir adakah peluh rakyat itu sudah bermakna kepada manusia-manusia di dunia ini... Wallahua'allam..
Subscribe to:
Posts (Atom)