Sunday, September 26, 2010

SUKAN PTA PADA 1-10 OKTOBER 2010

PADA 1- 10 OKTOBER AKAN DIADAKAN SUKAN PTA BERSEMPENA HARI SUKAN KOLEJ KEDIAMAN. PELBAGAI PERMAINAN AKAN DIPERTANDINGKAN DIANTARANYA:

1. BOLA JARING
2. BOLA KERANJANG
3. BOLA BALING
4. BOLA TAMPAR
5. HOKI
6. SEPAK TAKRAW
7. FUTSAL

YURAN SEBANYAK RM1 AKAN DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA. PELAJAR BOLEH MENGHANTAR SEBERAPA BANYAK KUMPULAN YANG DIANGGOTAI 7-8 ORANG PESERTA(BERGANTUNG KEPADA PERMAINAN). PELAJAR JUGA BOLEH TERUS MENDAPATKAN T-SHIRT PTA DENGAN HARGA RM25 SAHAJA PADA HARI PERTANDINGAN... SEBARANG PERTANYAAN ATAU BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERMAINAN INI,SILA HUBUNGI KAMI.

Monday, August 02, 2010

Friday, March 19, 2010

NOTIS TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKKAN KOLEJ KEDIAMAN (PELAJAR KANAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dibuka kepada semua pelajar kanan untuk memohon penginapan di kolej kediaman bagi Semester I Sesi 2010/2011 dengan mengisi borang yang boleh didapati di kolej kediaman atau memuat.

Permohonan ini akan dibuaka bermula pada 19 Mac 2010. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke kolej kediaman yang terlibat pada atau sebelum 2 April 2010. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui notis di kolej kediaman masing pada 12 April 2010.


Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh menghubungi Unit Perumahan Pejabat HEP atau di pejabat kolej kediaman. Segala kerjasama dan perhatian para mahasiswa terhadap perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

PEMBUBARAN JAWATANKUASA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010

Dimaklumkan Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman dengan ini memutuskan bahawa tarikh pembubaran Jawatankuasa Kolej-Kolej Kediaman bagi sesi 2009/2010 adalah pada 31 Mac 2010. Walaubagaimanapun, Majlis Pengetua telah bersetuju Jawatankuasa sesi 2009/2010 dengan ini diminta untuk menjalankan tugas sehingga pelantikan Jawatankuasa sesi 2010/2011 diumumkan.

Sekian, harap maklum

NOTIS TAWARAN SEBAGAI JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN UTHM SESI 2010/11

PIHAK KOLEJ KEDIAMAN MENGALU-ALUKAN CALON YANG BERMINAT SEBAGAI BARISAN JAWATAN KUASA KOLEJ KEDIAMAN SESI 2010/11. BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN MULAI 15 MAC 2010 (ISNIN) SEPERTI BERIKUT:

LOKASI: 1) KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH

2) KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL

3) KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA

4) KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR/TAMAN UNIVERSITI

5) KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR

6) PEJABAT PELAJAR TANPA ASRAMA/ PENGINAPAN PELAJAR TAMAN KELISA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 MAC 2010 JAM 5.00 PETANG. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIRUJUK DI KOLEJ KEDIAMAN MASING-MASING.

MAJLIS PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN UTHM

10 MAC 2010

Friday, March 05, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK TAMAN KELISA JAYA

TARIKH: 7 MAC 2010
MASA: 7.30 am - 5.00 pm
TEMPAT: KOLEJ KEDIAMAN TAMAN KELISA DAN TAMAN KELISA JAYA

7.30 am : GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK TAMAN KELISA JAYA
10.00 am - 5.00 pm : KEMPEN DERMA DARAH
10.00 am - 5.00 pm : PENDAFTARAN PEMILIH OLEH SPR

### PELAJAR LAIN JUGA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS , MENDERMA DARAH DAN MENDAFTAR SEKIRANYA BELUM...

Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

"Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab: ayat 56)

Muhasabah sambut Maulud Nabi

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini.

Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.

Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud "Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya".

Namun setelah lebih 1400 tahun Nabi Muhammad SAW diutuskan dengan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT serta memperelok akhlak manusia, terdapat segelintir masyarakat Islam yang masih tidak mengerti ajaran mulia yang dibawa olehnya.

Perkara ini dapat dilihat daripada sudut kepercayaan, amalan syariah dan akhlak mulia yang sepatutnya sebati dalam diri individu Muslim. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen utama ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Kepentingannya boleh diibaratkan seperti sebatang pokok yang tegak berdiri dek kerana akar tunjang yang menusuk bumi, dihiasi pula dengan dahan, ranting serta daun-daun menghijau yang kemudian menghasilkan buah yang enak dimakan.

Kegagalan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup telah menyebabkan, aspek kepercayaan terhadap Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadi tonggak keutuhan akidah umat Islam tercalar lalu menyumbang gejala kerosakan akidah yang membimbangkan.

Terbaharu, pendedahan sebuah kumpulan ajaran sesat di Putrajaya, jelas menyimpang daripada landasan akidah yang sebenar. Bagaimana mungkin seseorang mendakwa melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman AS, sedangkan nikmat mimpi melihat Nabi Muhammad SAW pun sukar untuk diperoleh. Begitu pula dakwaan memiliki kitab yang mempunyai petunjuk lebih jelas berbanding al-Quran merupakan pembohongan nyata yang mengelirukan umat Islam.

Gejala kerosakan akidah, berjangkit pula kepada masalah pelaksanaan undang-undang syariah, lalu ada yang berani mempersoalkan hukuman sebat kepada pesalah zina dan peminum arak.

Bukankah Allah SWT dengan jelas menyatakan dalam Surah al-Maidah bahawa orang yang berzina lelaki dan perempuan hendaklah disebat dengan 100 kali sebatan, tanpa belas kasihan.

Dalam konteks pelaksanaan ibadah pula, secara sedar atau tidak masih ramai yang melaksanakan ibadah tetapi di bawah indeks pencapaian kualiti ibadah (KPI) yang ditetapkan. Sebagai contoh, ramai yang solat tanpa disertai rasa khusyuk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Begitu juga ada yang tak malu jika tidak berpuasa pada bulan Ramadan, orang kaya khuatir disindir kedekut jika tidak bersedekah ataupun pergi haji sekadar untuk mencukupkan pingat dan gelaran sedia ada.

Apabila kerosakan akidah dan syariah semakin parah, ia menyumbang pula kepada kehancuran akhlak dan nilai murni yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pergaulan bebas tanpa sempadan, berpelukan, berciuman di khayalak ramai bahkan bersekedudukan seolah-olah menjadi gaya hidup kepada sesetengah masyarakat Islam.

Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Islam ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.

Terbaharu kes bayi ditemui dibakar adalah episod pembunuhan kejam segelintir masyarakat jahiliah moden yang tidak berpenghujung. Tindakan mereka bersifat kebinatangan dan langsung tidak berperikemanusiaan.

Lalu apakah cukup maulud Nabi Muhammad SAW diingati hanya dengan mengadakan majlis di masjid dan surau, kawasan kejiranan dan di jabatan-jabatan tertentu selama berbulan-bulan lamanya tanpa dihayati dan dilestarikan sunah dan ajaran yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Jika begitulah amalannya ia tak ubah seperti meraikan sambutan hari jadi biasa yang dipenuhi pelbagai kuih-muih juga hidangan nasi minyak yang menyelerakan, diselitkan pula dengan sesi ceramah seperti program Raja Lawak yang menyebabkan semua hadirin ketawa terbahak-bahak dan pulang tanpa memperoleh apa-apa.

Ada pula yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul sebagai satu trend bagi memenuhi aktiviti tahunan yang juga perlu dihindari bagi mengelak tanggapan serong yang bakal mencemarkan kesucian institusi kenabian.

Justeru, sempena ketibaan hari mulia ini, umat Islam diseru untuk mengamalkan 4M terhadap sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW. Mereka diseru memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab sirah, kemudian membaca, memahami isi kandungannya dan mempraktikkan setiap sunnah tinggalan nabi sebagai jalan selamat untuk beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Dengan cara ini juga kita akan lebih mengenali personaliti dan peribadi Nabi yang dikasihi oleh kawan dan lawan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Friday, February 26, 2010

Friday, January 29, 2010

[Program bubur lambuk bersama masyarakat setempat ]

Anjuran : Biro Kerohanian dan Etika, Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama

Pada tarikh 9 September 2009, bertempat di Surau al-Ikhwan, Taman Sri Indah, Parit Raja, biro kerohanian dan etika (BKE) telah mengadakan program bubur lambuk bersama masyarakat setempat bagi menyambut bulan ramadhan pada tahun 2009. Program ini adalah rentetan daripada tahun-tahun sebelumnya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan bulan ramadhan. Disamping mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/ mahasiswi dengan penduduk setempat. Program ini melibatkan hampir 30 pelajar UTHM dan sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakkan. Program ini bermula seawal 8:30 pagi sehingga 4:00 petang dimana sehingga proses penghantaran bubur lambuk dari rumah ke rumah selesai. Program ini bermula dengan aktiviti memotong daging, menyiapkan sayuran, memasak nasi dan pembungkusan bubur lambuk.

Friday, January 15, 2010

..[Lawatan sambil belajar]





Biro Akademik Dan Intelektual JKPTA telah mengadakan satu lawatan sambil belajar di Bandaraya Bersejarah Melaka pada akhir semester yang lepas.Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim hubungan antara pelajar U yang terpilih dengan kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Manggis.

Friday, January 01, 2010


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
DARIPADA:
JAWATANKUASA JKPTA..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin