Before you judge my life, my past or my character... Walk in my shoes, walk the path I have traveled, live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter.. Remember, everyone has a story. When you've lived my life then you can judge me. Thankyou ♥
Daisypath Graduation tickers

Monday, March 31, 2014

Bercuti Bersama Tersayang D' Langkawi ^^

 
Sebenarnya hari ney still bekerja seperti biasa ..
Tapi terpaksa tutup 5jam lebih awal sebab nak berangkat ke Perlis malam ney ..
Bermula laa rentetan waktu sepanjang keberangkatan kami ke sana ~
 
6.00pm - balik rumah siap segala ..
8.30pm - dah mula keluar dari rumah and standby dalam van sewa ..
9.00pm - sampai ke KL Sentral ..

9.30pm - announcement sudah kedengaran bermakna kami dah boleh gerak turun ke bawah , naik KTM ..

Bermula laa sesi snapping antara Peeka and Peeya ..
Bak kata Stacy , " kami suka bergambar ! " HAHA !

Bila tahap kebosanan dah melampau ,
duduk tak kena , berdiri tak kena ..
Maklum laa , 12jam perjalanann .. Mau tak kematu punggung + pinggang neyy . haha ..
Aku and Peeya nak bangun dari tempat duduk , nak pergi cari Famie ..
Berjalan laa dalam gerabak tuu sampai ke belakang ..
Rupanyaa dia dok smoking kat pintu gerabak sambil berkenalan dengan sorang budak laki ney ..
Namanya Ilham dan kami memanggilnya Am ..
Saat perkenalan tuu , Am jugaa perkenalkan kami dengan 13 lagi rakannya ..
Woooww ! Bertambah kenalan kami dalam KTM neyy ..
HAHAHAHA !
Yang paling best , mereka sangat sporting , friendly and happeing !


Kisah kami tidak laa berakhir di sini ..
Tetapi ,, sambungannyaa pada hari esok yeaa ..
Tidoo duluuu ~ Heheheee !
Nak tahu kisah selanjutnyaa , klik di bawah yeaaa ;)

E S O K ( 1 APRIL 2014 )

Sunday, March 16, 2014

Tragedi Pesawat MAS MH370 ~ (╥_╥)

KRONOLOGI ISU KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370 SECARA TIBA TIBA :
 
8 MAC 2014
  •  Setelah 40minit berlepas ke Beijing , MH370 dilaporkan kesan radar tidak dapat dikesan .
  • Lokasi terakhir - 120 batu nautika timur Kota Bharu sekitar Laut China Selatan ..
  • MAS keluar kenyataan pertama kehilangan pesawat pada jam 7.24am .. Sidang media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA dilakukan pada jam 11am ..
  • Dato' Seri Najib Razak berjumpa dengan keluarga penumpang di KLIA pada petang jam 6.28pm . Beliau mengumumkan bahawa MH370 belum ditemui ..
  • Operasi mencari pesawat MH370 diperluaskan secara langsung telah membabitkan kerjasama negara luar .. Antaranya ialah Vietnam , China , Singapura & USA ..



9 MAC 2014
  • Dikhabarkan bahawa petanda awal kehilangan pesawat dapat dikesan oleh tentera udara Vietnam yang menemui dua kesan besar tumpahan minyak di perairan Vietnam namun masih belum disahkan ..
  • Pesawat tentera udara Vietnam merupakan sebahagian daripada pasukan penyelamat dalam operasi mencari pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari kesan radar dalam 40minit setelah berlepas dari KLIA ke Beijing .. Menjadi tanda tanya lagi , kenapa tiada pengumuman awal dari MAS ?
  • Kawasan pencarian diperluaskan lagi .. Terdapat kemungkinan pesawat berpatah balik dan lokasi berbeza dikenalpasti ..
  • Mengenai tompokan minyak seperti yang dilaporkan sebelum ini disiasat dengan lebih terperinci namun keputusannya tiada serpihan yang ditemui ..
  • Bekerjasama dengan Agensi Risikan Antarabangsa bagi meneruskan siasatan dan Unit Risikan Malaysia diaktifkan ..
  • Terdapat 2 penumpang misteri yang menggunakan passport palsu dan siasatan ke atas maklumat semua penumpang dijalankan ..


11 MAC 2014
  • Timbul kes Raja Bomoh dimana Malaysia cuba untuk mencari ' jalan lain ' untuk mendapatkan sebarang petunjuk dimanakah lokasi MH370 .. Namun demikian , cara yang digunapakai tidak diterima oleh sesetengah pihak sama sekali kerana ianya berunsur khurafat dan amat memalukan negara .. Sungguh tak disangka bahawa Malaysia mudah pengaruh dengan kaedah yang menyekutukan ALLAH TA'ALA ..



12 MAC 2014
  • Pihak media menyatakan MH370 terhempas di Pulau Perak .. Tapi persoalannya , jika benar terhempas , pasti ada kesan yang ditinggalkan .. Walau apapun , tunggu laporan media seterusnya ..
  • Pelbagai spekulasi rakyat dan konspirasi kerajaan yang timbul namun segalanya seolah olah memperbodohkan kita semua kerana kenyataan yang dibentangkan ibarat main tarik tali .. Sekejap di sana , sekejap di sini .. Bayangkan apakah perasaan yang menghimpit keluarga mangsa .. Apa yang mampu hanyalah berdoa ..
13 MAC 2014
  • Tiada langsung keputusan pasti yang dibuat oleh pihak INTERPOL . Cara mereka membuat sidang media amat tidak meyakinkan masyarakat ..Terdapat pelbagai teori yang dicipta oleh sesetengah pihak ..
  • Isu lirik lagu Pitbull ft. Shakira dimana maksud lirik tersebut menggambarkan suatu perancangan mereka terhadap Malaysia .. Namun begitu , anggap itu semua sebagai satu kebetulan sajaa .

14 MAC 2014
  • MAS terus memberikan sokongan kepada misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia misi ini memasuki hari ke-7 ..
  • Pegawai kanan Pentagon memaklumkan bahawa terdapat 'petunjuk' MH370 yang hilang mungkin terhempas di lautan Hindi ..
  • Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak menyertai jemaah Masjid Sultan Abdul Samad KLIA menunaikan solat Jumaat serta solat sunat hajat khas mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 ..

19 MAC 2014
  • Dalam sidang akhbar Perdana Menteri secara rasminya Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa keluarga mangsa tidak perlu bimbang kerana para penumpang dijamin selamat ..
  • MH370 disahkan membuat pusingan balik dan pihak berkuasa Malaysia masih mengkaji sebab kenapa pesawat MH370 membuat air turn back ..
  • Operasi SAR di Laut China Selatan dihentikan ..
  • Trasponder dimatikan apabila pesawat melalui sempadan Vietnam ..
  • Operasi pencarian dua koridor : Koridor Utara - Utara Thailand ke sempadan Khazakhstan manakala Koridor Selatan - Utara Indonesia ke Selatan Lautan Hindi ..



20 MAC 2014
  • Menurut Perdana Menteri Australia , Tony Abbot , dua objek dipercayai milik pesawat ditemui .
  • Australia mengetuai pasukan pencarian di selatan Lautan Hindi ..
  • Beliau telah menerima maklumat tersebut berdasarkan daripada satelit ..
  • Misi mencari kotak hitam terus dijalankan namun tiada kesempatan sehinggalah tempoh hayat kotak hitam tersebut ..

24 MAC 2014
  • Perdana Menteri Malaysia , Dato' Seri Najib Razak mengadakan sidang akhbar pada malam jam 9.45pm di PWTC mengenai penemuan dua objek yang dikesan oleh pesawat Australia ..
  • Beliau mengesahkan bahawa pesawat MH370 hilang di selatan Lautan Hindi pada jam 10pm ..
  
AL - FATIHAH .

 
 Sumber Berita >> Astro AWANI
                           

Thursday, January 2, 2014

Happy New Year 2014 ! ^_^

 
Tahun ney sedikit berbeza dengan tahun yang sebelumnya ..
Walau macam mana sekalipun , aku takde laa excited sangat nak celebrate new year ..
Tahun ney abah ajak kami celebrate at tempat kerjanya sebab katanya ada jamuan kecil diadakan ..
Kami tanpa bantahan just said ok !
Jamuan start jam 11pm .. Elok laa lepas waktu kerja kami ..
 
Kereta Kami Laa Paling 'Murah' Yang Parking Tempat Mahal Ney .. Huahua !
 
Area The Park Residence , Bangsar South tuu sangat indah !
Setiapkali aku ke sana , terasa seakan tepi pantai ..
Sebab ada kolam renang atas tuu dengan tiupan angin yang sangat segar ..
Tapi , disebabkan waktu malam gini , hanya sedikit cahaya lampu ..
Selebihnya samar samar pandangan ..
Aku tak dapat nak snap picture dalam keadaan yang gelap ..
Maklum laa handphone tak secanggih anda ! Huhuu ..
 
Penduduk TPR ney kebanyakannya adalah orang asing ..
Mereka yang kaya raya jeaa boleh stay sini ..
Kondo mewah ney harganya berjuta ..
Aku tak sure mereka stay sini bagaimana bayaran sewanya ..
Malas nak tanya abah .. heheee ~
 
Yang aku tak boleh tahan stay lelama at sini ,
mereka ney nak sambut new year ada yang bawa botol arak ,
berpelukan bercumbuan secara terbuka ..
Errrr , sungguh kemaksiatan yeaa di situ ..
Sabar jea laa wahai hati ..
 
Sementara tunggu bunga api tepat jam 12am ,
kami menikmati satay ayam beberapa cucuk ..
Aku makan 3cucuk cukup ..
Tong perut aku dah cukup muatan ..
 Huhuu ..
Aku tak dapat nak story lebih , tiada apa yang amat menarik ..
 
Dan , terima kasih kepada pihak The Park Residence kerana
memberi kami satu penghargaan ..
 
Papepon ,
Selamat Tahun Baru 2014 ..
Semoga ALLAH SWT memberkati kalian semua ..
 

Saturday, December 14, 2013

Konvokesyen Peekachumey ^^

A L H A M D U L I L L A H ~
Akhirnya setelah 3 tahun menuntut ilmu di Cybernetics ,
aku telah dinobatkan sebagai graduan paling comel !
Hehheee , sorryy .. sedikit tokok tambah di situ .. heee ~ o(≧o≦)o
 
Sungguh tak sedar , tak duga , seakan tak percaya jugaa
sebab aku rupanya telah meninggalkan kolej walau dengan rasa berat hati ..
Terkenang segala memori terindah bersama rakan kolej jugaa
pensyarah yang sangat happening and sporting
(◕‿◕✿)
Zaman kenakalan kami , kesibukan kami menyiapkan assignment ..
InsyaALLAH aku takkan lupa semua itu ..
 
Dan pada tarikh ini juga aku bertemu kembali dengan mereka walaupun bukan semuanyaa ..
Ada di antara mereka tidak dapat turut serta dalam konvo ini ..
Tak mengapa , kawan .. kita tetap keep in touch , janji tak tukar nombor telefon ataupun
hafal nombor telefon aku yang sangatt mudahh.com .. (✿◠‿◠)
 
Soo , hanya sedikit gambar semasa konvokesyen ini berlangsung ..
Salah satu sebab , aku tak bawak handphone .. aku takde poket nak letak handphone ..
Means aku tumpang glamour dalam gadgets member kolej yang lain laa .. hahaa
Even hanya beberapa sajee tapi cukup memberi kepuasan dan aku happy bersama mereka ..
Rakan rakan dari program DMK ( Multimedia Kreatif ) , DAM ( Aviation Management ) ,
DS ( Syariah ) , DPP ( Pengurusan Perniagaan ) tak dapat jumpa kerana mereka sesi pagi ..
 
Program aku ( Diploma Teknologi Maklumat ) berlangsung pada sesi petang ..
Tengahari bertolak ke UPM , Serdang ..
Jalan sangat sesak .. terasa aku terlambat tiba ..
Tapi syukur kerana ada yang masih lambat hadir .. huhuu
Sesampainya di sana , aku berlari anak tanpa sempat memakai jubah and hood ..
Menuju ke tempat barisan program diploma ..
Dengan manjanya aku meminta sahabat terdekat , Yap and Thibah pakaikan hood and jubah besar
tuu untuk aku .. first time kann tak berapa pandai memakai jubah labuh ney .. haha
 
Apapun , syukur sesangatnyaa ke hadrat Illahi kerana segalanya telah selesai ..
Hanya tumpu pada bayaran balik PTPTN ..
Huahuahuahuaaa !

 
KEPADA SAHABAT TERSAYANG ,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI ..
GANESAN , KIRETHARAN , TAHIR , PAAN , MUSS , FARID :
EVEN KITA TAK DAPAT JUMPA , ITS OKAY .. KITA TETAP BFF AND KEEP IN TOUCH OK ?
 
KELVIN YAP & THIBAH ,
THANKS TAUU ADA DI SISI PEEKA TIME RAPTAI AND KONVOKESYEN ..
SAMPAI MASA KITA JUMPA LAGI ..
 
SAYANGGG KORANGGG , RINDUUU KORANGG ! ♥

Sunday, December 8, 2013

Majlis Cukur Jambul Anak Buah PeekaChumey ^^

ALHAMDULILLAH !
Bertemu kita kembali di ruangan blogg Peeka ..
Al maklum laa orang busy , jarang ada masa untuk menghadap lappy ..
 
Oukee , entri awal bulan Disember ney aku nak share
tentang majlis khas buat anak buah aku iaitu Muhammad Izz Syarhan ..
 
Muhammad Iz Syarhan
7 Disember 2013 ,
Kami 3 sekeluarga iaitu keluarga aku , Mak Usu and Mokde berangkat ke Sabak Bernam pada jam 9pm ..
Kami telahpun membuat tempahan homestay di sana melalui abang ipar aku ..
Kami tiba ke destinasi hampir jam 12am ..
Segalanya indah walaupun waktu malam keadaan sekeliling gelap ..
Sebab ada jeti ..
Ada kisah lucu yang terjadi time sampai ney ..
Mak aku laa punya excited , siap bawa toto pegi naik atas ambil kunci homestay kami ..
Rupanya kami masuk kawasan pejabat , tempat mengambil kunci sajaa ..
Padan laa ada pintu pagar elektrik ..
Kami sangka selamat laa stay at kawasan yang ada security ney ..
HAHAHAAH (!)
Adesss , macam batak sangat pulak kami ..
Maklumlaa first time menginap homestay ~
Aku and Mak Usu asyik gelak jea mengenangkan situasi tuu ..
Then tengah malam layan muvee dalam lappy Si Selenge .
Mujurlaa dia bawak lappy , kalau tak bosan selagi mata takmau lelap ..
Kami layan muvee KL Zombi .. Wakakaaa ~
 
Aku selitkan beberapa keping gambar bagi menceritakan situasinya ..
Homestay D'Muara - gambaran pada waktu siang -
 
Katil , Perhiasan , Bahagian Dapur
Setibanya Di Homestay


Dua Cousin Aku Yang Comel - Kak Ila n Zeeqa
Bunga Telur

Goodies Bag

Chocolates
 
8 Disember 2013
 
Sebelum ke majlis , kami bergambar dulu .. buat kenangan terindah ~
Layan monyet monyet liar .. hahaha ..
Majlis bermula di Kampung Haji Dorani , jam 10am ..
Sekumpulan marhaban kaum wanita dan mangsa cukur jambul ada 4orang termasuklaa anak buah aku ..
 
Dalam 4orang tuu , anak buah aku yang paling ligat ..
Tak reti duduk diam , orang nak cukur jambul dia , dia nak capai segala ..
Hahahaa .
Setelah selesai majlis cukur jambul , kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur ..
Sebelum tuu singgah at tepi jalan , minum air kelapa ..
Ada cendol kelapa ..
Agak pelik bagi orang macam aku ney ..
Maybe u all yang penah minum cendol kelapa ney tak pelik laa kann ..
Sebab jenis aku , sukar nak mencuba something yang baru especially bab makan ney ..
Dengan kata lain , aku ney cerewet .. huhuu ~
 
Sampai KL dalam jam 4pm ..
Minum petang , masing masing lepak !
Penat sangat laa kann even tak buat kerja berat ..
Aku yang duduk dalam kereta jea ponn penat , apatah lagi yang drive ..
Photographer aku Si Selenge ponn nak balik ..
Katanya takut terlelap at rumah orang , tak bangun nanti ..
Hahahah ! tak bangun takpe awak , nanti dapatlaa peluang untuk saya simbah sebaldi air atas muka orang
Ngeeeee ~ * kejahatan terserlah
 
Apapun , amat gembira selama 2 hari ney ..
Kemeriahan yang terasa walaupun hanya 3 buah keluarga ..
Hanya kekurangan seorang cousin yang paling riuh iaitu Kolin ..
Beliau tiada ponn kami riuh sekampung at homestay ibarat menggegar bumi ,
apatah lagi kalau si Kolin ada , terbelah bumi terus ! HAHA !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...