28 May 2013

hat with applique - for sale

ok, hari ni kita kasi up 2 entri terus

bukan selalu kerajinan dan kelapangan datang..hihi

lately, mood crochet saya adalah mood buat topi

rasa mcm dah lama tak buat topi

kebetulan plak ternampak topi comey di My Merry Messy Life

haihhhh..tak boleh tahan gatal tangan nak mengait topi yang sama

Crochet Sun Hat for Toddlers - Free Pattern

benang cotton yang beli dulu pon tak guna lagi

so, masanya sudah tiba..hihih

biasanya bila saya beli benang yang berkualiti dan pricey saya sayang nak guna

saya akan pastikan benang itu digunakan untuk kait benda yang betol2 saya terer buat dan cantik

dan hasil daripada itu

taraaaaaa...


ok, kita tgk gambar satu persatu

flower applique (suit 2-3 yrs)


bunny applique ( suit 6-18 months)


owl applique ( suit 1-2 yrs )


 heart applique ( suit 6-18 months)

saya mmg suka sgt topi2 ni

lembut dan gebu sebab benang yang digunakan adalah cotton tebal
 
tapi sbb saya takde anak perempuan saya let go pada yang sudi

so far 2 drpdnya dah bertuan

tinggal yang flower dan owl applique saje yang masih mencari tuan baru

ada ke yang sudi menjadi tuan mereka?

 

Homeschool Activity : Water Coloring

budak2 bila dpt main air bleh lupa diri

tak kira main air masa mandi ke, main air dalam kolam ke 

sama la jgk bila bagi diorang beraktiviti dengan water color

sebelum bagi anak2 main dengan water color pikir 100x nak bagi main ke tak

risau kotor umah la, kotor baju la..

tapi, bila bayangkan keseronokan diorang, ibu mengalah nak..

syakir mungkin dah biasa bermain dengan water color di sekolah

 
tapi bagi syafiq kira pertama kali la

 

masa 1st time bagi diorang bermain dengan water color saya bentang tikar di luar rumah

kiranya win-win situation

anak happy, mak tak risau rumah berkecah..happy ending kan

bila dah 2-3 kali baru la maknye berani bagi main dalam rumah

saya bagi je diorang conteng ape2 kat kertas

tak cukup kertas meja pon diorang conteng..ahahah



bagusnya aktiviti ini, anak2 boleh mengenal warna dan kombinasi warna2

yang tak bagusnya anak2 taknak berhenti main

sampai habis semua warna...adoiii



10 May 2013

baby girl top & neat ripple table cloth

 ini entri update hasil kerja crochet baru2 ini

1. baby girl top

hadapan
 
belakang

saya mmg dah pasang niat buat baju ni utk anak kawan sekolah saya, MamaZN

tapi bila dah siap risau tak muat untuk baby Nayli

biasalah, saya ni kalau mengait ikut sedap je

ukuran pon main agak2

amatur la katakan

tapi, alhamdulillah, muat2 je disarungkan ke baby Nayli

boleh lihat SINI baby Nayli memperagakan baju tu 


2. neat ripple baby cloth



saya suka sgt buat pattern neat ripple ni

simple tapi hasilnya WOW!!

saya rujuk pattern di SINI

tak tau lagi nak letak kat mana

simpan je dulu buat masa ni

mungkin satu hari akan digunakan



09 May 2013

Peter & Jane Books

Mungkin ramai yang familiar dengan buku ni



tapi saya baru terperasan buku ni sejak syakir bersekolah

sebab tadika syakir menggunakan buku ini sebagai salah satu module reading

buku ni sentiasa ada dalam beg sekolah syakir

tapi saya tak pernah ambik port pon pasal buku ni

yang saya tau setiap malam temankan dia buat homework je
 
dan buat revision Bacalah Anakku
 
mungkin saya pikir peter & jane terlalu advance utk syakir sbb syakir tak habis lagi buku phoenic
 
takkan dah boleh baca buku cerita peter & jane kan?
 

 
 
sehinggalah malam tadi syakir surprised saya dan suami
 
selepas siap homework dia minta ayahnya baca buku peter & jane tersebut
 
ayahnya ambil buku tersebut konon nak bacakan
 
tapi sebaliknya dia yang bacakan untuk ayahnya (masa tu saya di dapur)
 
ya, syakir baca sampai habis buku siri 1 a itu
 
saya join masa syakir nak habiskan 2-3 muka surat terakhir
 
perasaan masa itu...Ya Allah..hanya tuhan jelah yang tau terharunya
 
dalam masa yang sama saya tersedar
 
selama ini saya underestimate kebolehan anak saya sendiri
 
mungkin btol syakir hanya menghafal sahaja 
 
tapi itu sudah cukup membanggakan saya
 
kita mula mengenal surah fatihah pon melalui hafalan btol tak?
 
saya rasa terhutang budi sangat dengan teacher2 di sekolahnya 
 
terima kasih..terima kasih..
 
dan syakir bagitau semalam teacher akan mulakan buku Bacalah Anakku No. 2
 
dan alhamdulillah syakir dah habis dan lancar buku No. 1

walaupon syakir lambat sikit dari segi percakapan

tapi saya yakin dia mempunyai kelebihan lain yang tersendiri
 
 pengajaran yang saya dapat dari syakir
 
jgn underestimate kebolehan anak kita
 
anak2 mempunyai daya ingatan yang lebih kuat dari org dewasa
 
saya tau perkara itu, tapi lupa...
 
melayu mudah lupa...
 
p/s : gambar2 semua dari google
 
 

08 May 2013

Homeschool Activity : Paper Plate

aktiviti ni dah lama buat bersama anak2

tapi sekarang baru rajin nak share

macam biasa the idea from MamaHomeshool la, sapa lagi..

barang2 yang diperlukan :

paper plate (putih)
 gam
gunting
kertas warna
crayon color

mula2 saya cadang nak buat matahari versi saya

saya minta syakir guntingkan kertas warna
 
 
pastu lekat2


bila dah sampai separuh jalan lekat melekat saya tukar fikiran

dari jadi matahari sudahnya jadi ini...


hehehhe..

pastu kami buat ikan plak



dan di hari yang lain

kami tulis huruf dan lekat item yang bermula dari huruf itu

contohnya seperti di bawah


A for Apple and Anmum

itulah antara aktiviti yg kami buat berasaskan paper plate

banyak lagi boleh dibuat seperti jam, topeng etc..

luaskan kreativiti anda ok!

selamat mencuba!


22 April 2013

Homeschool Activity : Read It Loud!!

ini aktiviti paling senang

yang penting ada buku cerita

seeloknya buku cerita teladan atau kisah-kisah nabi



macam saya, saya memilih buku teladan yang simple2 dulu

cerita teladan yang tak lapuk di zaman
  

contohnya kisah anjing dan bayang2

pejam mata pon boleh cerita kat anak2 kan..hehehe

untuk bacaan anak2 pra sekolah ini eloknya carilah buku yang mempunyai tulisan yang besar dan sedikit

dan ilustrasi gambar yang besar dan menarik

budak2 lebih tertarik tengok gambar daripada tulisan (orang tua pon sama :p)

saya dah mulakan sesi Read It Loud ini dengan anak2

dan respond anak2 sgt bagus

 mungkin jgk diorang terkejut tgk maknya bercerita beria2

siap gaya dan berintonasi bagai

diorang tak tau sebenarnya maknya masa sekolah amat le pemalu
  
nak bercakap kat depan pon menggeletar satu badan

ni depan anak2 bole le tunjuk bakat skit2..hehehe

melalui aktiviti ini, selain mengasah skill membaca, anak2 boleh berimaginasi menerusi gambar tersebut

ibu bapa juga boleh merangsang imaginasi anak2 dengan bertanya kepada anak2 apa yang dia nampak melalui gambar tersebut

kadang2 jawapan yang anak berikan diluar jangkaan kita, btol!!

selain itu, aktiviti ini juga boleh memupuk tahap keyakinan anak2

 sebenarnya itu yang paling saya concern

kepada ibu2, selamat mencuba!!

12 April 2013

Bacalah Anakku


 
Alhamdulillah, syakir dah khatam buku satu

terima kasih kepada kawan baik saya k.wati sbb bagi set buku Bacalah Anakku yang dulu milik anaknya

 kebetulan sekolah syakir menggunakan buku yang sama dalam pembelajaran

jadinya, senang maknya nak wat revision di rumah

saya sangat recommend buku ini pada ibu bapa yang masih tercari2 buku untuk mengajar anak membaca

buku ini menggunakan kaedah fonetik 

atau dalam bahasa inggeris panggil phonics

kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait antara huruf dan bunyi-bunyinya

berbeza dengan zaman kita dulu yang menggunakan kaedah suku kata dan mengeja

yang mana anak2 zaman itu perlu mengenal huruf dan mengingat berpuluh2 pola suku kata

dalam kaedah fonetik kanak2 hanya perlu ingat bunyi huruf sahaja bukan mengenal huruf

dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan supaya tidak ajar anak2 mengenal huruf tetapi mengenal bunyi huruf sahaja

kepada ibubapa yang bercadang menggunakan buku ini pastikan membaca buku panduan utk ibubapa/guru yang disertakan bersama terlebih dahulu 

buku ini juga sesuai dikenalkan kepada anak2 seawal 3 tahun

ada ibubapa yang berjaya mengajar anaknya membaca di usia 4 tahun

dengan bantuan buku Bacalah Anakku

respectlah!!