…untuk menaikkan darjatmu di sisi Allah..
Hari ini..baru sahaja bertemu dengan ustazah yang tercinta..banyak betul tasyji’ yang dicurahkan..sampai diri ni rasa..tak tahu macam mana nak balas keprihatinan ustazah tu..
Detik demi detik..makin banyak pula tugasan yang masih tak disiapkan lagi..YA Allah..
Berat sungguh aku rasakan pundak ku ini..
Tak tahu masih lagikah mampu bertahan dan tak tahu masih lagikah terdiri dari golongan yang terpilih..
Apa pun..masih mahu jadi penyokong dan pendokong dakwah ini..
Selepas satu satu ujian yang Allah kurniakan..semuanya ada hikmah..untuk dimuhasabahkan…
Banyak betul kerja yang ada..tak tahu larat ke tak nak buat
Saya memang tak mampu bila dah banyak2 kerja..
Tapi saya memang la tahu mana yang penting..tapi saya masih terkapai2 lagi..
Soalan cepu emas yang ustazah tanyakan aku petang itu, membuatkan aku rasa macam tercabar juga..
Yela..saya sedar siapa saya..ustazah inginkan kepastian daripada aku..sejauh mana rasa nya ke’intima’kan aku ni ke dalam ISMA..
Ustazah mungkin ragu dengan aku sendiri..adakah aku ni bebetul berada di atas jalan dakwah ini..atau aku sekadar orang yang menyinggah di jalan ini atau aku sekadar orang yang mahu ambil kesempatan..
Apa pun aku tahu niat ustazah baik..soalan itu diaju supaya aku tahu apakah sebenarnya matlamat aku untuk berada di atas jalan dakwah ini..adakah untuk menyiasat gerakan, dsb.
Tapi..bukan itu tujuan aku untuk menthabatkan diri ini..aku doa pada Allah moga aku mendapat tarbiyah..dan tarbiyah pertama yang menyentuh jiwa aku ini tak lain dan tak bukan tarbiyah yang dijalankan ISMA..aku amat beruntung untuk kenal apa itu dakwah..walaupun keluarga aku..bukan lah oriented dakwah..
Walau apa jua mehnah yang aku tempuhi..aku berjanji pada diriku sendiri untuk tidak meninggalkan dakwah ini..aku sedar..hidup ku tak bererti andai aku cuba mencari alas an demi alas an mahu melupakn tanggungjawab ini..
YA Allah..berilah aku kekuatan..jangan biarkan aku tentukan nasib hidup ku sendiri..
Dari seorang pelajar biasa..atau lebih tepat lagi..dari seorang pelajar sekolah menengah..yang boleh dikira macam bagus, sebab suka berlagak sikit masa zaman jahiliah dulu..bertukar kepada seorang pelajar Darul Quran yang agak skema..dan sangat menitik beratkan kepada akademik..sebab SPM buat main2..rasa frust..jadinya berazam belajar bersungguh2 untuk jadi yang terbaik..
Dan akhirnya..dapat juga apa yang diidamkan..list of best studnt
Seterusnya..mencari sinar dakwah..hati aku agak keras sikit..nampak dari luaran macam tak de pendirian..bagai ditiup lalang saja aku ini..tapi aku sukar untuk menerima pendapat orang lain sebenarnya..walaupun pada luarannya..aku tersenyum..tapi aku tak membantah..kerana aku yakin dengan apa yang aku putuskan..walaupun akhirnya keputusan aku itu makan diri..(hem..tu bodoh smbng namanya beah..huhu)
Dan..hinggalah ke saat ini..tugas itu masih belum boleh dipadam dalam kamus hidup ku..kerana cita2 Islam untuk bangunnya daulah islam masih belum tercapai..bukanlah bermakna bila dah capai daulah..tak payah buat dakwah..tapi kira kalau dah ada daulah..kerja2 dakwah berjalan dengan cara lain pula la agaknya..
Macam2 yang berlaku dlam dunia dakwah ini..
Aku masih lagi belum boleh digelar dai’e yang berjiwa kental..berjiwa besar..semuanya dalam proses membuang akar2 kejahilan yang berakar umbi dalam diri ku..
Tugasan tajmik..agak berat bagi ku…aku tak tahu nak luah pada siapa..jika perkara ini dibangkitkan..aku rasa amat takut sangat..bagaimana harus aku tajmik mereka..faaqidu shai’ la yu’ti..kalau tak de ape2 di sisi kamu, tentu xdapat memberi..
Beratnya beban dakwah ini..belum buat dah rasa beban..(ape la beah ni..jangan cepat mengalah..itu bukan sifat orang beriman..)
Dalam meniti usia ke 24 tahun ni..macam2 dugaan yang Allah turunkan..yang Allah kurniakan..bermula daripada saya menjadi jaksa-seterusnya jawatankuasa protocol bagi MPS-dan banyak lagi..
Dan dalam masa yang sama, satu persatu ujian datang..tangan tak cukup…takut terlepas pandang..accident..(mujur panjang nyawa..walaupun tak trfikir pasal mati masa tu)..pastu..tuntutan dakwah lagi yang paling besar bagi aku..asgnmnt lagi..ya Allah..ada 5-7 asgnmnt lagi tak siap hingga ke saat ini..coretan ini pun sebab ingin me’release’kan rasa kebingungan yang ada…
Setiap apa yang ditimpakan Allah ke atas kita, pasti ada asbab dan hikmah yang tersirat, mungkin tak dapat dirungkai hingga ke saat ini..dan mungkin juga akan terbongkar suatu hari nanti..
Sesungguhnya Allah tidak akn menzalimi hamba2Nya..
Dan..segala yang Allah kurniakan itu..adalah sebuah hadiah dan guru kehidupan..dalam meniti usia yang untuk kesekian kalinya..
Selamat Hari Lahir Rabiatul 'Adawiah..
Moga ujian yang datang menimpa, mematangkan setiap tindakan..
TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...