Monday, December 12, 2011

Program?

Ujian datang lagi..

Mehnah demi mehnah akan tetap mendatang..tentulah sudah menjadi percaturan Allah untuk menguji hambaNya sejauhmana keimanan dan keikhlasan terhadapNya..

Suka saya nak berkongsi dgn sahabat2 semua satu lagi kisah...

………………………………………………….

Kisahnya begini..

Linda: Assalamualaikum wbt ukhti. Sihat? Apa khabar iman?

Chepah: Wslm..:) Alhmdlh. Allahu akbar..insha Allah sihat sejahtera.

Linda: Chepah, asif ye..em..(sambil tersenyum)..chepah free x hujung minggu ni?

Chepah: Insha Allah..hujung minggu ni kosong (dengan nada yang ceria)..tak de apa2 aktiviti..aktiviti fakulti pun tak de..:)

Linda: Iye ke??Oh (dengan mengharap)..akak nak ajak p program di Kuala Pilah..insha Allah program y cukup bermnfaat untuk meningkatkan iman kita..bagaimana?

Chepah: Program?? Erm..insha Allah kak..tapi nanti ana tengok jadual dulu..takut2 ada kerja pula..

Linda: Tadi nada ceria je bila Tanya hujung minggu free ke tak..bila ajak p program terus kena cek, takut2 ada kerja nak buat pula (dalam hati)..

Insha Allah chepah boleh p kan..chepah, anti kena bagi peluang kat diri anti u p program tu..bila anti rasa manisnya pasti anti tak dapat lupakan saat2 manis tersebut.

Chepah: baik kak..moga ana beroleh manfaat (dalam nada ragu2..)

Linda: ok chepah, kita jumpa untuk halaqah akan datang ye..Asslamualkm, kirim salam sahabat2 di rumah.

……………………………………………………..

PROGRAM

Ada orang sangat alergik bila mendengar kalimah program

Lebih alergik bila kata wajib p program dakwah

Kenapa ye?

Ada sesiapa tahu sebabnya??

Ana cuba juga menganalisis apa sebabnya..

Mungkin secara ringkasnya; hal ini berpunca daripada 2 faktor;

1. Faktor dalaman (berkait kepada diri individu terbabit)

2. Faktor luaran (berkait kepada murabbiyahnya sendiri, persekitaran, pembelajaran, pengaruh rakan sebaya..dan lain2 yang bukan punca dari diri sendiri)

FAKTOR DALAMAN

Factor ni adalah disebabkan diri sendiri. Dalam bahasa mudahnya, keinginan seseorang tersebut untuk memahami dakwah..lebih2 lagi memahami apa itu tarbiyah..

Niat seseorang itu, keikhlasannya, adab dengan murabbiyahnya dalam soal isti’zan juga istisyar.

Apa yang penting, hubungannya dengan tali Allah itu sendiri, bagaimana seseorang itu menyemarakkan hubungan yang intim dengan sang pencipta, bagaimana menghangatkan lagi hubungan dengan sang khaliq, bagaimana penyerahan tunduk patuh dan kebergantungan kepada Allah..

Itulah serba sedikit mengenai sebab2 dalaman.

Sebab2 dalaman ini sebenarnya, jika tidak dibaja, dijaga, maka boleh jadi penghalang kepada penerusan tarbiyah.

FAKTOR LUARAN

Sebab yang kedua ni, banyak elemen2 lain yang bersangkut paut; bermula daripada murabbiyahnya sediri hinggalah menyentuh soal pembelajarnnya, kawan karibnya, isu yang selalu dibualkan dan macam2 hal lain lagi.

Di kesempatan ini, suka lah ana hendak menekankan di sini peranan murabbiyah itu.

Di sinilah, point untuk murabbiyah bermuhasabah.

Selalunya murabbiyah akan cek diri sendiri tentang keikhlasan murabbiyah itu dalam soal dakwah ini. Samada murabbiyah memandang mutarabbinya itu sekilas saja, atau berkilas2 (mendalamla maksudnya)

Sejauhmana murabbiyahnya itu mendoakan anak2 mutarabbinya agar thabat dalam dakwah ini. Doa ini sangat penting. Lebih2 lagi jika sang anak tak ketahui akan doa itu..insha Allah mendapat perhatian malaikat untuk mengaminkan doa ini.

Bagaimana pula murabbiyah ini berusaha untuk kenali sang mutarabbi dengan lebih dekat lagi. Hati mutarabbi bukan murabbiyah yang pegang..jadi tugasnya hanyalah berusaha untuk menangi hatinya..tapi kuasa Allah jua yang mengikatnya..

MUHASABAH

Moga post ini membantu diri sendiri u jadi murabbiyah yang terbaik di sisi Allah azzawajalla..

Hasratku mahukan anak2 mutarabbiku menjadi seorang pendokong dakwah turut bersama di dalam sof

Turut bersama mengerah idea mengerah tenaga u agama.

Ya Allah..ikatlah hati kami atas dasar cinta padaMu.

tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...