Monday, November 28, 2011

Walimah

Hari ini..27 November 2011..

Rasa banyak sekali jemputan kahwin dari kawan terdekat dan kawan ‘terjauh’(ada ke istilah kawan terjauh) (^_^)

Tahniah sahabat2 ku dari SAMER , DQ dan USIM.

Mabruk a’laikum..

Moga layari bahtera dengan penuh iman dan kasih sayang..

Moga antum semua melakar agenda keluarga untuk kepentingan ummah

Moga menjadi suami isteri yang saling faham memahami, ibu bapa yang soleh solehah dan berjaya melahirkan generasi yang soleh lagi musleh.

Ucapan ini khas saya tujukan buat Siti Faizah Makhruzi dan suami, Anwar Faiz dan isteri, Ammar Abdullah dan isteri, Alifah dan suami, Kak Fasihah dan suami, Ejah dan suami, Hibatul Haqqi dan isteri, Saleh Pohan dan isteri, Halimah dan suami, Syikin dan suami, Wahidah dan suami ..dan ramai lagi nampaknya..

………………………………………………………………….

Kadang2 terkilan juga tak dapat pergi walimah sahabat2

Bukannya apa..program2 banyak menunggu bila hujung minggu..nak tinggal..memang tak patut, sebab tak de orang nak run..

Tapi..apa pun..walimah tetap berlangsung kan??:)…asalkan orang penting ada..itu sudah lebih memadai..Cuma tak dapat sekali meraikan..saya tetap mendoakan kesejahteraan pernikahan antum..

…………………………………………………………………..

Program Anak2 ISMA (26-27 Nov 2011)

Tak sangka dipanggil untuk bantu program ni..special betul program ni..memang khusus untuk anak2 ISMA..untuk counter masalh2 yang adik2 ni hadapi..(biasalah no body is perfect)

Anak2 ISMA ni..memang advance pemikiran mereka..alhamdulillah..sesuai la mereka ni anak2 ISMA..


Senang juga nak bermesra dengan anak2 ni, kreatif, ringan tulang..dan suka berkongsi pengalaman… mungkin orang lain tak boleh buat macam mereka ni..berani berkongsi kekurangan mereka untuk diperbaiki (tak banyak orang boleh citer benda2 yang tak baik dalam diri sendiri)

Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada ujian musibah dari segi kecederaan, atau benda2 yang tak baik..

Cuma..

Bila saya mengatakan begitu ketika penutup program tadi..

Akhirnya Allah menguji saya ketika dalam perjalanan pulang tadi..

Saya bersama ukhti amalina pulang bersama dengan masing2 memandu kenderaan masing2..

Atas nasihat ukht kal untuk menggunakan laluan Linggi kerana dikhuatiri ‘jam’ di sepanjang jalan PD

Laluan Linggi tu..memang jauh..mata saya berkali2 terkelip..mengantuk..

Alhamdulillah..berjaya mengawal pemanduan..

Selepas Berjaya menembusi seremban..kami bersama2 menghantar portable mic ke Pejabat Isma Seremban..terus pulang menggunakan jalan LEKAS..

Lekas Seremban – Nilai.

Memang saya tersengguk dalam perjalanan..berkali2..hinggakan semasa saya berada di lorong tengah saya tersengguk2..dan apabila tersedar saya berada di lorong kiri sekali (lane3)..alhamdulillah terselamat..

Pabila berada di lorong 3..saya langsung tak sedar rupa2nya..tersengguk lagi..bila tersedar je..Izzudin (nick name kereta saya) dah terseret kat divider jalan (mujur ade divider..kalau tak boleh jatuh gaung daa..)..Allahu Akbar!

Berdebar2 nya hati..Allah..accident lagi..

Apa pun..sebelum majlis konvo..saya perlu hantar bengkel..untuk ketuk bahagian2 yang kemek tu..(duit lagi) (T T)

Banyak pula pakai duit bulan ni..



tiDakKan mIsKIn jikA meMbeLA ISLAM......TIdak hiNA meRIBA kebeNaraN yang MULia...

3 comments:

  1. ciannya kat izzudin..huhu..smoga kheir semuanya..akak, cakap pasal walimah, akak bila lagi? hehe..

    ReplyDelete
  2. izzudin dah sehat..alhamdlh..

    yang buat akak terharu..isma beri sumbangan u perubatan izzudin..very touching!memang syg nak tinggalkn isma n9..

    ReplyDelete
  3. pasal walimah..kita bukak post lain la..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...