Wednesday, May 27, 2009

Bola Oh Bola…


Kerana sebiji bola peminat-peminatnya sanggup bangun dan berjaga di awal pagi dengan begitu bersemangat sekali, namun untuk Allah adakah kita sanggup korbankan masa nikmat tidur itu untuk bangun berjaga serta bersolat malam dan memohon keampunan dari Allah SWT..? Semoga kita tidak tergolong dari golongan umat Islam yang leka dan cuai…Kehidupan%2FKaki+Bola.jpg">

Kisah Imam Syahid Hassan Al-Banna

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan, menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini. Kesempatan bulan Ramadhan dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tida kurang juga qiam-qiam di malam hari. Walaupun, Ramadhan pergi, namun tidak menjadi alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail.
Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:
“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.

Tuesday, May 26, 2009

Sampai Bila??



GAMBAR kiri menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.


SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

----------------------------------------------

Ha..itu lah antara berita dalam Utusan Malaysia hari ini..

Sampai bila la nak berebut2..saya pun termasuklah di kalangan yang berebut2 tu..kalau tak berebut lambat sampaila ke destinasi yang dituju..

Teringat..beberapa hari yang lalu..emak saya nak temankan saya pergi Shah Alam, nak pergi ambil cek..(ha..dapat duit..alhamdulillah..) dengan menaiki kemudahan awam tersebut (bas, ktm dll)..tak sanggup saya nak melihat emak saya berkejar2 dan berebut2...kesian dengan warga emas..terpaksa brlakon jadi warga muda...

Abang saya pernah bercakap dengan saya supaya warga2 asing yang ada kat Malaysia ni, kena bayar tambang lebih sikit..sebab mereka ni bukan warga negara..kalau sama je tambang, tak delah keistimewaan menjadi warga negara..maknanya kita setaraf la dengan orang yang bukan warga negara..(ini tak de kaitan dengan iman dan takwa)

p/s: Tapi siapa lah abang saya tu..kalau menteri ke..berguna juga idea yang dilontarkan tu..


Monday, May 25, 2009

Nilai usiamu


ok. sekarang ni berada di pintu gerbang USIM


ha..ni pemandangan canselori di waktu malam..ni tempat orang-orang besar je..(hehe)
dan ini tempat saya nak bayar yuran..jauh tu..atas bukit..
dan inilah die bangunan fakulti saya..(isu panas di Malaysia tu)


mereka ini sebahagian daripada pelajar lelaki kelas saya..hm..yang lain tu tak de di sini..faham2 je la ye
(sape yang rase rindu nak tengok amin, ha,tu ada pic die..)

dan kakak2 dan adik2 nilah classmates saya

Mereka nilah yang akan bersama2 saya selama 4 tahun..tak tukar kelas tu..(mcm kat sekolah pula) Harap ukhuwah antara kita akan berpanjangan..

Kat sini saya nak kongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tentang golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak..siapakah golongan tersebut:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang membesar dalam ibadat
3. Orang yang hatinya mengingati masjid
4. Orang yang merahsiakan sedekah
5. Lelaki yang menolak ajakan zina
6. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah
7. Orang yang menangis kerana mengingati Allah

ok. Sahabat2 sekalian..saya tahu..para sahabat semua mesti dah banyak kali dengar pasal hadis ni kan? Bahkan ada yang menghafalnya..baguslah tu..Hadis ni merupakan salah satu sumber inspirasi saya untuk mencapai menjadi mana-mana golongan yang disebutkan..dan nak mengejar ganjaran yang Allah tawarkan..

Jadinya..marilah kita semua berusaha untuk menjadi mana-mana golongan tersebut..

Jika..Jaafar bin Abi Talib mewakili delegasi ketika umurnya 20 tahun
Jika..Mus'ab menjadi naqib madinah ketika umurnya 24 tahun
Jika..Umar Abd. Aziz menjadi Gabenor Mesir ketika umurnya 25 tahun
Jika..Usamah Zaid menjadi panglima perang membebaskan palestin ketika umurnya 18 tahun
Jika..Imam Syafie mengeluarkan fatwa ketika umurnya 15 tahun
Jika..Muhammad al-Fateh memimpin tentera menakluki Konstatinople ketika umurnya 24 tahun
Jika..Imam Syahid Hassan al-Banna memimpin Gerakan Ikhwan ketika umurnya 22 tahun

Maka..

di manakah kedudukan kita sekarang ini...

~Hitunglah dirimu sebelum dihitung~


Sunday, May 24, 2009

Kangen


mase ni mate abg chik mcm kene tumbuk, tu pasal la pakai cap..mcm cover(hehe)


nuha, munirah, maisarah (agak baru la pic ni, 25.4.2009)



ni sebahagian dari anak2 buah ni versi kanak2..

ni ialah nur zahidah alya (anak abg ehsan yang the latest)


dah besar?masa ni dah 3 bulan..ada kenduri cukur jambul la

ha..bersama arwah pak cik nya..

dan ini pic widad dan sofi (bulat betul pipi widad)

Rindu nye la same kamu semua...ok..cube nak ingat nama2 anak buah: izzah husna(k.long), nabilatul huda(k.ngah), nur hasya rushaida, nur sakinah hayani, nurul farahin, amirul irfan, fakhrul adli, nazirul mubin, adzam, adzim, rumaiso', yahya, yahya ayyash, mohsen, hasanain, hanif, tasnim, maisarah, adib, anas, hannan munirah, hannan farihah, sofiyurrahman, fauzan, nuha, widad, zahidah alya..

ha berapa semua..wow..ramainya..nampak nye masih kuat ingatan mak cik diorang ni..hehe
lebih kurang 27 orang...

muda lagi dah ramai anak buah..entah2 k.long yang kahwin dulu ni..kan nurul?

dan hari ni..genaplah sebulan..arwah abg saya berada di alam barzakh..moga2 kuburnya merupakan salah satu daripada taman2 syurga dan dipermudahkan urusannya..ameen

Solat Subuh

selepas-subuh-di-laut-tawar

“Mereka (Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kami (Kaum Yahudi) selagi mana mereka tidak menyempurnakan solat subuh mereka seperti mana mereka menunaikan solat Jumaat”
Golda Meir – Perdana Menteri Negara Haram Israel (19..)

Antara solat yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim adalah solat subuh, solat subuh besar ganjarannya, bahkan solat sunat 2 rakaat sebelum waktu subuh pahalanya lebih baik dari dunia dan seisinya…

Tapi, realiti hari ini sangatlah menyedihkan, solat subuh menjadi solat yang paling diremehkan oleh kebanyakan dari muslim hari ini. Lihatlah saja di masjid-masjid ketika waktu subuh, lengang dan sepi, bahkan ada masjid yang langsung tidak kedengaran azan dek kerana muazzin dan imam pun terlena dibuai mimpi.

Universiti, tempat dimana para pemuda bijaksana harapan bangsa berkumpul juga tidak terkecuali dari musibah ini, lihatlah masjid dan surau, pengalamanku 10 tahun di Universiti menyaksikan tika solat subuh, tiang lebih banyak dari pemakmurnya.

Aku pernah bertanya kepada beberapa pelajar yang cukup liat nak solat subuh pada awal waktu, jika waktu bagi peperiksaan diawalkan dari jam 9 am ke 6 am, sanggupkah mereka bangun?

Dengan bersemangat mereka menjawab “Sanggup en., takkan kami nak tuang final exam lak, naya le kena belasah ngan orang tua saya nanti”

Aku kemudian bertanya balik kepada mereka “Haa, kalau pegi Final Exam boleh…pasai apa tang nak solat subuh liat…”

Mereka hanya tersengih bagai kerang…,

itulah realiti kebanyakan dari masyarakat hari ini, untuk dunia sanggup bersungguh-sungguh dan bermati-matian bekerja, tapi untuk akhirat, banyak sungguh alasannya…

Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana dunia berada dihati mereka, bukan di tangan mereka..Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana mereka menjadikan dunia sebagai keutamaan mengatasi keutamaan akhirat…

Sungguh benarlah hadis Rasulullah bahawa umat akhir zaman ini ibarat buih kerana terlalu cinta pada dunia dan takut pada mati….


credit to: pembina kedah

Khas Buatmu Yang Bernama Sahabat


Untuk ke sekian kalinya, kali ini kata-kata ini saya dedikasikan buat sahabat yang disayangi fillah ukhti maryam jameelah dan ukhti zulaiqa yang sentiasa tidak jemu-jemu meniup semangat juang kepada saya dan tidak dilupakan buat ukhti fatimah (puteri)..

Suratan mentakdirkan kita berjuang bersama Andai ada air mata yang mengalir kesedihan Sejuta semangat membahumu dari belakang Andai seorang rebah, tak dibiarkan rebah untuk kali kedua Ya Allah..Kami punya amanat yang perlu kami pikul Namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan yang kami tak mampu tanggung berilah tunjuk dan permudahkan lah urusan kami Moga2 setiap apa yang kami lakukan selaras dengan perintahMu dan bertepatan dengan sunnah pesuruhMu Ya Allah..Kesekian kalinya aku mohon padaMu Kau kekalkanlah ikatan ukhuwah antara kami Masukkanlah kami di antara golongan yang mendapat naunganMu Masukkanlah kami di antara golongan yang memperjuang agamaMu juga mendamba cinta dan redhaMu Ameen..


Sahabat Cerminan Diri Anda

Sementara menunggu respon2 imam sekalian, boleh la update post jap.

Sekarang ni, masih di nilai. minggu depan baru balik kampung dan pergi jaulah ke perak dengan famili yang dicintai untuk melawat kakak dan memenuhi undangan perkahwinan sepupu ku.

Dan hari ini (24 Mei 2009) akan terbang kembali seorang akhawat ke tempat pengajian beliau di Jordan. muda lagi umurnya daripada saya. baru 21 tahun, tapi dah tahun 3 kat sane. Saya kagum dengan ketabahan diri beliau dalam gerak kerja dakwah, pengetahuan ilmu beliau juga syakhsiah.


Dalam kondisi beliau yang tak berapa sihat, beliau masih lagi mengerah tenaga menyumbang bakti apa yang perlu bagi dakwah Islam.

Rasa sayang nak lepaskan ruh yang berjiwa besar ni pergi, lagi-lagi pula ditambah dengan pemergian ukhti radhiah shahidah hamdan dan ukhti kamilah khazali (ke main kampus uia) yang telah bersama-sama dengan saya mengatur langkah menjadi pemacu umat.(yela tu..)

Sahabat seperti antunna memang sukar untuk di cari galang gantinya..

Kata-kata ini saya dedikasikan buat kalian:

Langkah dalam perjuangan memang perit, bertatih, jatuh dan bangun semula

Kadang2 tanpa tangan menghulur bantuan, terasa kembara sendirian

Kita sering mengimpikan syurga idaman

Sedangkan diri tak tahan ujian

Terasa kerdil diri bila menghitung sedikitnya keringat yang gugur

Masih terlalu jauh juga kasih yang dipadu terhadapnya

Dia sekadar hendak menguji sejauhmana rasa cinta kita padaNya

Namun air mata yang sering kita hamparkan

Namun tetaplah engkau dalam barisan

Moga hidup dan matimu

Dunia dan akhiratmu

Setia pada perjuangan Islam…

Friday, May 22, 2009

:: Lets think about it ::

Kisah 1

"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam..."
"apa khabar?"
"alhamdulillah..sihat.."
"ha!dik..bile nak mai alor setar??tengah cuti kan sekarang ni..marilah datang rumah akak, kesian kat akak buat kerja sorang-sorang..jadi lah maid akak seminggu dua ke..."
"hm..malas la kak..kita ada kat nilai la sekarang ni..ada kerja sikit nak buat..kita jumpa nanti masa kas kahwin la.."
"Dik! boleh tolong akak tak?"
"Tolong pe??"
"Tolong nasihat kan anak akak tu ye..
die sekarang dah pandai keluar dengan lelaki..
dia dah buat salah dia tak nak minta maaf dengan akak pun..masam muka pula tu..
dah seminggu da ni.."(nada sedih seorang ibu)
"ok. pasal tu ke?saya pun tak la pandai sangat kak..ok. insya Allah saya cuba yeee"
"ye la..akak nak tengok orang muda bagi nasihat berbanding orang tua..dia dah tak mahu dengar dah..bleh la test power ye dik..."

Kisah 2

"kak..saya nak tanya sikit boleh tak?"
"apa ye hukum memetik gitar..meniup seruling..tapi dia masih tak meninggalkan
perkara yang wajib(eg: solat) dalam hidup die.."
"secara jelasnya, tak tahu la dik..tapi akak pernah tahu yang kedua2 instrumen tu haram sebab
melalaikan umat Islam..tapi akak ada satu citer..abang akak (orang yang hafal quran) tegur kawan die (hafal quran gak) dengar lagu radio era...(abg akk pun tak la syadid mane..)
kawan die ni agak syadid sikit..tahu ape yang abang akak beritahu..sebenarnya dia nak mengusik je kawan tu..dia kata ok..bersederhana asalkan tak melalaikan untuk melaksanakan
kewajipan yang fardhu...(berbalik topik asal:gitar/seruling) tapi kalau perkara syubhat..baik la kita sebagai muslim yang nak amalkan Islam keseluruhannya tinggalkan perkara tersebut.."

Kisah 3

10.00 pagi~22 Mei 2009
Ihya Ramadhan kali ni, nak jemput Ust Halim datang USIM la..
bukan selalu beliau datang..beliau sangat sibuk dengan urusan dakwah dan travel umrah
beliau..nak ke beliau datang sini..ha..buat jemputan kat blog beliau la

12.26 malam~22 Mei 2009
Terima kasih atas jemputan ke ceramah Nuzul Quran 11/9. Dari 12/8 saya ke umrah.
Belum putus bila tiba ke Malaysia. Saya akan comfirmkan segera. JZKK.
~Begitulah mesej yang saya terima melalui sistem pesanan ringkas~

Moral of story...
Terkejut saya bila ustaz halim membalas jemputan saya..
ya Allah betapa pantasnya ustaz ini
bekerja untuk Islam...

Dalam masa yang sama terkenangkan masalh kakak (dalam kisah 1)..minta pertolongan saya
supaya menasihatkan anaknya..
tapi saya masih lagi tidak bertindak menasihatkannya..
sedangkan anak kakak tu bukannya saya tak kenal...(sangat kenal)

Saya terus membuat perbandingan antara attitude saya dengan ust halim..
Beliau segera sahaja bertindak apabila saat diperlukan..
Tapi saya masih lagi tidak bertindak apa2 kepada anak tersebut..
Masih lagi teraba2 apakah cara yang terbaik untuk menasihatkannya..
Masih terbang dengan angan2..

Kisah 2~jangan lengah2kan solat..tak kisahlah apa jua aktiviti kita yang
mengganggu urusan kita dengan Allah tu..tengok movie ke..baca majalh ke...
melayari internet ke..tengah berchting ke..dsb.




Thursday, May 21, 2009

Dah2..jangan asyik nak mengarut je membuang masa..
Banyak lagi kerja yang nak kena buat..
Update kertas kerja Imam Muda, Kuliah tafaqquh, Ihya Ramadhan..

Orang lain tinggal go on je program, kau ni, relax aje lagi

Mengulang Quran tak juga, Sejuz pun tak sampai
Camane nak jadi pendokong agama ni wahai rabiatul adawiah

Nak jadi insan terpilih ke, nk biar orang lain yang terpilih??
Of course la nak jadi yang terpilih kan?

Tepuk dada tanya iman...

Hayatilah makna ayat Quran ni rabiatul adawiah:

Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi lain setelah generasi mereka

Surah al-an'am: 6

Wednesday, May 20, 2009

~ Apa komen anda???~



Saya dah muak dengan rancangan merosak anak bangsa ni! AF la, Malaysian Idol la, Mentor la, apa lagi macam-macam reality shownya, ha.. macam mana kalau kita buat macam ini:

Boleh diusulkan kepada TV3,8TV,NTV7, ASTRO atau RTM..

1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji
ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,menunaikan
sembahyang sunat, azan dan lain lain..Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji
percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup
islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang
telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan
menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan
mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.
Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang
dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms.
Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk
program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid
dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama
samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang
berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong
Islam.

" sesungguhnya mata yang tidak pernah menangis takutkan Allah dan neraka itu
adalah disebabkan oleh hati yang beku"(pEacE tO bE In ISLAM)

Monday, May 18, 2009

:: Konklusinya... ::


Apa yang saya dapat dari konvensyen tersebut?

Ok, pagi tu saya terlepas satu slot, tapi antara isi ceramah tersebut menyentuh tentang boikot. Seramai lebih 3000 peserta yang ada dalam Dewan Merdeka, PWTC itu diseru agar boikot produk-produk yang ada menyumbang saham kepada AS dan Israel.




Banyak la kan barangannya…kalau disebut di sini memang berjela-jela la kan. (Tapi bila menyoal diri sendiri apakah ia diaplikasikan dalam keluarga? Memang sukar untuk jadikan reality sebab kuasa berbelanja semua pada orang tua. Kalau diri sendiri tu, Insya Allah la kan)

Selepas itu, slot Dr. Azzam al-Tamimi. Beliau merupakan Pengarah Institute of Islamic Political Thought, London. Antara perkara yang disebut dalam konvensyen tersebut ialah berkaitan Projek Zionis ini adalah projek memerintah dunia. Beliau mengatakan bahawa semua percaya bahawa zionis sekarang menguasai dunia. Tapi semua alpa dan leka bahawasanya secara hakikatnya, ALLAH lah yang menguasai kita semua. Apa yang kita nampak ini adalah dari mata kasar kita sahaja.


Beliau juga ada menyindir pimpinan-pimpinan Islam yang berada sekitar Palestin sebagai ZIONIS MUSLIM…mereka tak lain tak bukan…MAHMUD ABBAS dan HOSNI MUBARAK…

Ada satu soalan yang dilontarkan oleh peserta. Peserta tersebut menyebut yang Dr. Azzam tak percaya pada Imam Mahdi dan kenapa. Kalau tak silap saya (Insya Allah tak silap sebab Dr. Azzam speaking English) Dr. Azzam menjawab, dia bukan tak percaya, tapi hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi itu adalah hadis dhaif. Jadi beliau tak nak tunggu dan tunggu akan kehadiran Imam Mahdi tanpa berbuat apa-apa, tidak berusaha, bermalas-malasan, biar sahaja Islam ditindas! Beliau tak nak biarkan sahaja Islam begitu. Beliau kata kita mesti sama-sama bekerja untuk Islam dan selamatkan Islam. Lagipula Allah telah berfirman dalam Surah Taubah: 105:


"Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

Beliau juga ada menyentuh tentang tarbiyyah. Kita semua kene menyediakan manusia, tapi isunya di sini manusia yang macam mana?? Sebab manusia tersebut yang perlu menjadi pengubah dunia dan mendidik generasi.

Perjuangan untuk memartabatkan Islam supaya berada di tempatnya bukan kerja sehari dua dan bukan mudah. Bukan satu masa yang singkat…
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Slot yang saya sempat take note adalah slot alu-aluan dari Pengerusi Eksekutif Aman Palestin merangkap Presiden ISMA iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin Abd. Rahman. Beliau pula menyebut serba-sedikit tentang sejarah kedatangan Yahudi ke bumi suci Palestin. Sebenarnya kedatangan mereka ke sana adalah untuk menempuh satu hari iaitu hari al-ghadhab (terima sumpahan tuhan).



Panel seterusnya ialah Prof. Dr. Mohsen Soleh. Beliau merupakan Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian, Az-Zaytouna Lubnan. Apa yang menarik dalam speech beliau, beliau ada menyebut tentang ancaman-ancaman yang dihadapi Israel; mereka semua sekarang di tentang oleh Penentang Sayap Kiri ie HAMAS, ISLAMIC JIHAD..juga kebangkitan kesatuan-kesatuan Islam, Negara Israel ini bergantung hanya kepada kekuatan tentera berbeza dengan tentera Islam yang bergantung pada kuasa yang tertinggi..RABBUL JALIL..belia-belia Israel penakut dan pengecut! Mereka sembunyi dalam kereta kebal dan takut nak keluar sehinggakan mereka ini memakai pampers (ni yang nampak sangat pengecut nye diorang ni..harap je kereta kebal canggih, tapi hati macam semut!)I


tulah bezanya dengan umat Islam yang mengejar SYAHID...ALLAHUAKBAR!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila mana saya jejakkan kaki di PWTC tempohari, saya merasakan satu semngat baru yang menjalar di tubuh saya..seolah-olah meremang bulu roma saya..berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan, menaikkan semangat saya untuk terus berada dalam jalan dakwah ini yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan di dunia ini. Tapi bila Allah telah menawarkan jual beli ini, saya ingin buat saham saya di akhirat kelak!! Moga ini adalah satu jawapan untuk saya bentangkan pada ALLAH..ini baru usaha yang sangat kecil..mungkin tak sampai sebesar zarah..tapi saya amat bersyukur dapat juga peluang untuk berniaga ni. Teringat firman Allah;Surah Taubah: 111:


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar".


JZKK pd PEMBINA PUSAT dan AMAN PALESTIN atas usaha sama menjayakan konvensyen tersebut…

Moga usaha kalian akan menyumbang kepada kemenangan ISLAM suatu masa nanti!:)


Saturday, May 9, 2009

:: AKHIRNYA.....::

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Pelbagai dugaan, cabaran dan mehnah yang kami lalui untuk memohon kebenaran untuk pelajar USIM menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis dalam beberapa minggu yang lalu.

Impian ini tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada usaha sama daripada ikhwah akhawat USIM..Dan yang paling saya kagum adalah dengan semangat junior2 akhawat meyakinkan saya bahawa program ini akan diluluskan oleh TNC HEP akhirnya...Yang sebenarnya kalau diikutkan secara kasar memang takkan diluluskan.

Jazakumullahukhairan jaza' atas bantuan kalian yang merealisasikan impian kita semua. Yang penting kita kena usaha, lulus atau tidak adalah cerita kedua. yang penting kena jumpa sana sini panjat sana panjat sini korban sana korban sini...

ALLAHUAKBAR!

Dan akhirnya Allah membantu kami! Dapat kelulusan HEP & dapat bas.( kalau tak dapat bas...sewa bas la nampaknya..)

AKHIRNYA...julung2 kalinya kami sebagai penggerak pembina peringkat IPT dapat juga membawa kontinjen dari USIM....selama ni, kebanyakan program yang dianjurkan oleh pembina, tidak disertai pun oleh pelajar USIM...kecuali kami ajelah sebagai penggerak...teruk betul prestasi kami sebagai penggerak pembina...(Ya Allah..bimbinglah kami..)

-------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang saya dapat dalam program tersebut akan di post kan x lama lagi..kena update dulu ayat2 nya..
nanti tersalah faham...

ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

~Ku memerhati semakin lama, sinar mentari dakwah cuba menerobosi ruang udara di bumi USIm yang ku cintai ini~

Wednesday, May 6, 2009

......Dilema Seorang Anak.......

Hari ini, dah masuk hari ke 4 saya meninggalkan emak saya di kampung ditemani oleh kakak saya sekeluarga selepas pemergian arwah abang saya baru-baru ini. Kalau ikutkan hati, saya tak boleh biarkan emak saya keseorangan di kampung memandangkan saya adalah satu-satunya anak bongsu beliau untuk bersama-sama berkongsi rasa dan masalah.

Tapi tugas saya di sini (N9) sangat menuntut saya untuk berkorban masa, tenaga dan fikiran memandangkan keadaan di sini begitu amat2 memerlukan saya. (macamlah org penting sangat!perasan la tu).

Tapi itulah hakikatnya, dengan taklifat saya sebagai Biro Pembangunan Insan di Kolej juga tak kurang hebatnya menjadi penggerak untuk dakwah Islamiyyah di N9 benar2 membuat diri saya tersepit dengan status saya sebagai seorang anak.

Saya amat2 takut, dengan kesibukan saya di sini saya tidak sempat berbakti kepada emak saya itu....menjaga kebajikan beliau, makan minum beliau, kesihatan beliau, dan apae2 sahaja yang berkaitan dengan beliau.

Memang tidak dinafikan, ajal itu akan menjemput kita pada bila2 masa sahaja dan di mana sahaja kita berada....tapi saya tidak mahu menyesal dengan diri saya sendiri yang tidak pandai membahagikan masa antara keluarga dan dakwah. Yang pastinya kerja dakwah bukanlah masalahnya. Tapi yang menjadi punca masalahnya adalah diri saya sendiri...
yang masih belum dapat lagi menyempurnakan 10 Muwasofat Tarbiyyah....



Saturday, May 2, 2009

.:: PEMERGIAN MU TANPA KU DUGA ::.


yang tengah tu la arwah abg saya memakai baju putih~kali terakhir menyambut raya idilfitri di kampung
" mak ada tak mat? aku nak wish birthday mak ni..."

" mak da tidur la dik..kenape?? dah insaf ke...takpe-takpe..aku cadangkan kau beli kad hari jadi dan beritahu mak yang kau dah insaf tak jadi berhenti belajar.."

"kahkahkah..kahkah.."

Ini adalah slot perbualan yang terakhir antara saya dan arwah abang saya yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 24 April 2009 yang lalu.

Memang pemergiannya sangat mengejutkan saya. Saya ada mensyuarat pada waktu itu dan tak sedar ada beberapa panggilan yang menghubungi saya untuk memberitahu akan kematian abang saya (mamat).

Beliau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit 'meningo encephalitis'. Maknanya radang otak.
Begitulah menurut pensyarah yang mengajar saya...Abang-abang saya yang lain pun tak sempat nak tanya pada doktor yang rawat beliau. Jadi saya pun tanya panda pensyarah saya yang mengajar saya Food Sciene.

Selepas pemergian beliau ni, memang tak dapat dinafikan sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan beliau pasti rasa seperti apa yang saya rasa sekarang..kosong..sepi..sunyi..Tapi yang paling berat menanggung semua ini adalah emak saya..Beliau tentunya lebih berpuluh kali ganda rasa sedih berbanding yang lain...

Memang benar.. JANJI ALLAH ITU PASTi...



Kematian adalah satu peringatan yang besar dan berat lebih-lebih lagi bila kita kehilangan orang yang tersayang..

Kuasa Allah tiada siapa yang dapat sekat..
Memang itulah takdirnya dan telah tertulis sejak azali..
Cuma kita sebagai yang hidup kena redha dan teruskan hidup untuk gapai redha Nya dan kembali ke SYURGANYA...

AL-FATIHAH....

UHIBBUKA FILLAH YA AHMAD SYARIFUDDIN~MOGA KITA SEMUA BERTEMU DI SYURGANYA~

~KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS~ 9 MEI 2009


Assalmualaikum wbt...

Buat sahabat-sahabat yang ada singgah di laman blog ini, marilah sama-sama kita meraikan dan meramaikan konvensyen tersebut!

Hanya RM 10..
sangat murah....

Marilah sama-sama kita korek dan cungkil apakah benar agenda mereka telah tamat?????

Atau ada makna yang tersirat di sebaliknya..

Jadi...

JUMPA di SANA!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...