Tiba2 mata ku terhenti melihat satu tajuk yang ringkas, tetapi menarik. 'Tiga jenis sahabat'.
"Tiga jenis?? Pada ku semua sahabat adalah sama, tidak perlu untuk aku membezakan." diriku tertanya sendirian. Mengapa perlu penulis mulia ini membahagikan sehingga tiga sahabat.
Aku teruskan bacaan ku lagi. Kawan yang dijelaskan dalam buku itu, ialah kawan seperti RACUN. Kawan seperti ini haruslah dijauhkan agar diri kita terselamat dari pelbagai fitnah. Mungkin kita menyangka diri ini sudah kuat sehingga segala gelombang jahiliah dapat ditepis tanpa terlarut ke dalamnya. Tetapi ingatkah kita pada satu pepatah ini, mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, sebagai seorang daie, kita haruslah menjadi seorang tabib atau doktor bagi meneutralkan semula racun2 tersebut. Mereka tidak dapat memberi manfaat kepada kita sehingga penyakit mereka itu bisa disembuhkan. Kemudian dari sebuah blog ini, http://tehbri.blogspot.com/2009/10/racun-racun-dalam-pergaulan.html penulis blog ini mengariskan beberapa ciri2 sahabat racun ini.
a. Mereka yang bercakap, tetapi percakapan itu tidak ada faedah.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada menjelaskan:
“Sesiapa yang beriman pada Allah dan Hari Akhirat hendaklahbercakap yang baik atau duduk diamsahaja.
b. Orang yangmendengar tetapi tidak dapat atau tidak mahu mengambil faedah daripada pendengarannya. Dia datang sebagai pendengar tetapi tidak mengambil faedah. Ini dikira kuman yang perlu diubati (misalnya tidur semata-mata, membuang masa dan membuang tenaga).
c. Orang yang tidak mengenal diri. Apabila berada dalam masyarakat maka dia tidak mengenal dirinya. Dia tidak tahu meletakkan diri di tempat yang betul. Lalu dia larut dalam masyarakat.
d. Orang yang memberi nasihat tetapi tidak tahu adab-adab memberi nasihat. Dia tertipu dengan percakapannya sendiri.

Kemudiannya, Kawan seperti Ubat. Ciri2 ubat yang kita jelas ialah, ubat ini amat penting, tetapi amat berbahaya jikalau diambil berlebihan ataupun dengan kata lainnya, ia tidak bermanfaat. Kawan seperti ini adalah seperti kenalan yang kita berjumpa bila perlu sahaja.
dan yang terakhir untuk aku kongsikan ialah, kawan seperti Makanan. Kawan seperti ini amatlah kita perlukan. Makanan yang ingin digambarkan bukanlah bermaksud mencari kawan yang boleh belanja makan. tetapi, kawan makanan itu bermaksud kawan yang amat diperlukan setiap masa. Ianya dapat memberikan kita tenaga, memberi sokongan kekuatan dalam kerja2 yang dagang ini. Ianya matlah penting, kerana jasadiah, rohaniah dan aqliah kita tidak dapat dijana dengan sendirinya. Ia memerlukan sokongan. Dan sokongan dan bantuan dapat deperoleh dari kawan yang memberi makanan.
Tetapi! haruslah kita sedar, masyarakat sekarang semakin tidak berminat dengan makanan yang lazat ini. Mereka digelar tidak sporting, kolot, not open minded gtuh, dan sebagainya lagi. Impaknya, masyarakat lebih gemar memilih sahabat yang racun ini, yang mana katanya mereka itu up to date. Haraplah.. janga up to death dah lah..
Intahanya pilihlah sahabat yang digariskan baik oleh Al Quran dan Assunah. =)
Supaya sahabat2 yang kita pilih tepat itu dapat membimbing dan memgang tangan kita untuk jalan bersama melangkah ke jannatul firdaus. InsyaAllah. =)