Thursday, 11 June 2009


Awas!!!!Bahaya!!!!Ancaman kepada bangsa Melayu



Salam....ana nak tanya...adakah anda kenal siapa mereka???Rasanya semua kenal orang-orang di dalam gambar ni....Kenapa ana kata mereka ini berbahaya???Sebabnya puak-puak inilah yang selalu berusaha untuk menjatuhkan bangsa Melayu di Malaysia ini. Sedar tak sedar ada jugak di kalangan sahabat-sahabat yang menyokng mereka...Mereka ini bukan sahaja merosakkan bangsa Melayu, malah negara kita Malaysia yang tercinta ini.



Kalau sahabat-sahabat perhatikan gambar-gambar di atas :
Gambar 1 : DAP berjanji akan menghapuskan Hak Orang Melayu jika mereka menang. Tidakkah sahabat-sahabat rasa bimbang dengan pernyataan ini????

Gambar 2 : Gambar ini menunjukkan cara DAP meraikan kemenangan semasa pilihanraya yang lalu. Adakah 5 ekor binatang itu melambangkan 5 negeri yang dimenangi oleh DAP.

Gambar 3 : Cuba tengok berapa kerat je pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana mereka hendak mempertahankan nasib orang Melayu??Fikirkanlah.



Kita lihat gambar ni pulak :
Gambar 1 : Kenapa kita masih menyokong pihak yang telah terang-terang menentang Islam dan kita tahu kebanyakannya Islam berbangsa Melayu...
Gambar 2 : Ini adalah gambar semasa Program Menjana Tenaga Kemenangan di Zon Selatan yang ditaja oleh FNF (Fredrich Nauman Foundation) yang jelas ditaja oleh Jewish Insitutes for National Security Affairs ( JINAS).
Gambar 3 : Sisters in Islam yang kita ketahui pendapatnya disokong oleh Teresa
Gambar 4 : Mereka telah berani mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa..
Gambar 5 : Berani mempermainkan kalimah Allah...




Pernahkah sahabat-sahabat terfikir mengapakah DAP dan PKR tidak bersetuju dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan????Cuba sahabat-sahabat fikirkan..Dalam UMNO dan PAS kebanyakannya adalah orang Melayu. Bayangkan jika kedua parti ini bergabung..apa yang akan terjadi kepada DAP dan PKR???? Maka akan berkuburlah dua Parti tersebut..Inilah sebab ringkas kenapa mereka tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan...Jadi bukalah mata hati sahabat-sahabat untuk menilai bahawa sebenarnya kita dalam bahaya....Kenapa masih nak menyokong pihak yang telah terang-terang merosakkan bangsa kita???Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, 10 June 2009

pulak dah

Di dalam www.harakahdaily.net Dato' Mustafa Ali menggesa agar isu Kerajaan Perpaduan dihentikan segera sama ada di pihak PAS atau pun Pakatan Pembangkang. Hai..apa ni Mustafa...takut rakan seperjuangan tu kecik hati ke????Hurm...ni memang sah menggadaikan agama betul la..Masih sanggup nak bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menyokong penubuhan SIS..kerana politik isu agama diketepikan. Dan ana tak tahu apa dah terjadi dengan NIK AZIZ sekarang ni..sepatutnya dia yang kononnya menjad ikon pemerntah Islam ( ye ke?) tak mungkin akan bersetuju untuk bergabung dengan DAP dan juga PKR...apa Nik Aziz tak tahu ke sekarang ni dia sedang diperkudakan oleh DAP dan PKR....Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris....tapi Nik Aziz tak sedar bahawa dia sendiri adalah kambing tua yang bila-bila masa sahaja akan disembelih oleh DAP dan PKR.



Tuesday, 9 June 2009

1 Malaysia : Ketabahan



Apabila DSN dilantik menjadi PM pada April lalu beliau telah mewujudkan konsep Satu Malaysia untuk dijadikan tulang belakang sistem pemerintahan Malaysia.Untuk itu, Dato’ Sri melalui laman blognya 1Malaysia, telah menghuraikan lapan (8) nilai (atau prinsip kendiri) yang perlu dihayati dan diterokai. Lapan nilai itu ialah budaya kecemerlangan (seperti dalam amalan bekerja dan sikap), ketabahan (dalam mengharungi cabaran), rendah hati (atau tawadhuk dan tanpa riak), penerimaan (bersyukur ke atas apa yang diperolehi), kesetiaan (patuh dan akur, tetapi bukan secara membuta tuli), meritokrasi (pertimbangan mengikut prinsip kelayakan, tetapi perlu disesuaikan dengan situasi dan kondisi negara), pendidikan (berilmu, tetapi menjaga kepentingan semua), dan integriti (jujur dan benar, serta sanggup mengakui kelemahan diri). Kelapan-lapan nilai atau ciri ini adalah merupakan pengisian pada 1Malaysia.

Ketabahan ( dalam mengharungi cabaran)
Ana ingin mengajak sahabat-sahabat ana berfikir mengapakah nilai ketabahan ini diletakkan di tempat pertama di antara-antara nilai yang ada di dalam konsep satu Malaysia. Jika mengikut naluri kemanusiaan yang ada dalam setiap insan, majoriti akan meletakkan perkara yang paling penting sebagai perkara pertama di dalam apa jua konsep. Sebenarnya jika kita perhatikan nilai ketabahan yang ada di dalam konsep Satu Malaysia kita akan dapat mengetahui bahawa ianya amat dekat di hati setiap insan dan ianya berkait rapat dengan sabar..bagi pandangan ana jika seseorang itu bersabar maka dia sebenarnya tabah menghadapi cabaran yang menimpanya. Kita kena yakin bahawa kita tidak akan diuji dengan sesuatu perkara jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Kita juga kena sedar jika tiada nilai ketabahan dalam diri individu maka akan hancur musnahlah segala harapan dan impian malah boleh merosakkan individu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu tidak tabah menghadapi masalah putus cinta, gagal exam, hajat tak kesampaian dan apa jua perkara sedih yang seangkatan dengannya maka dia akan melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri malah yang paling sadis sampai membunuh diri. Ana tak mau perkara ini berlaku dan ana pasti sahabat-sahabat pun rasa begitu. Ye tak???

“Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?" Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” Surah Yusuf ayat 90.

Jika kita lihat maksud ayat ini, dengan jelas kita akan mengetahui bahawa barang siapa yang bertakwa dan bersabar dalam erti kata lain tabah dalam menghadapi dugaan maka Allah tidak akan menghilangkan pahala-pahala orang-orang tersebut. Semakin tabah seseorang itu menerima dugaan dan cabaran daripads Yang Maha Esa, semakin tinggi keimanannya. Inilah yang ingin ditekankan oleh DNS di dalam konsep satu Malaysia. Ini dapat kita lihat pada apa yang berlaku kepada pihak kerajaan yang selalu menerima cacian dan penghinaan dari pakatan pembangkang. Tapi pihak kerajaan dengan tenang dan santainya menerima dan menyambut apa saja dugaan yang datang dari pihak pembangkang. Tapi kita dapat lihat perkara yang sebaliknya berlaku kepada pihak pembangkang. Kena test sikit je, dah mula buat kerajaan bawah pokok, mogok lapar dan sebagainya. Ini sebagai contoh je...

Ana suka membawa sahabat-sahabat berfikir tentang nilai ketabahan ini. Sebenarnya nilai ketabahan ini perlu ada dalam diri, masyarakat mahupun institusi dan yang terakhir sekali negara.Kalau sahabat-sahabat perasan, nilai ketabahan ini telah wujud dari dulu lagi...sebelum merdeka lagi..malah semenjak diciptakan Nabi Adam lagi...

Kalau dari aspek politik ana ingin mengimbas kembali bagaimanakah keadaan Tanah Melayu ini sebelum merdeka. Cuba sahabat-sahabat bayangkan...betapa tabahnya pemimpin-pemimpin Tanah Melayu berhadapan dengan penjajah yang sebenarnya tidak pernah mahu memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ketika itu. Kalaulah pemimpin kita pada ketika itu cepat melatah dan tidak tabah menghadapi dugaan dan halangan TIDAK MUNGKIN kita akan dapat apa yang kita nikmati sekarang ini. Dan kita perlu sedar bahawa bukannya mudah untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang kini mampu berdiri dengan gah-nya jika tiada sifat tabah dan sabar di dalam kita. Kita kenang kembali pejuang dan srikandi kita yang terkorban demi mempertahankan negara...cuba sahabat-sahabat fikir....kalaulah mereka ini tiada sifat tabah dan sabar dalam diri mereka adakah mereka sanggup berkorban demi negara?????Sudah tentu tidak.....Then kita tengok pulak kemelut politik yang melanda negara kita..bukan calang-calang orang yang boleh berhadapan dengan situasi ni...bak kata orang “Kalau kail panjang sejengkal, usah mengail di laut dalam”. Sedangkan nak uruskan keluarga pun berat apatah lagi nak uruskan negara yang didiami pelbagai rakyat yang mempunyai pelbagai karenah...
Selain dari aspek politik cuba kita renung kembali krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1998. Jika pemimpin kita tiada sikap tabah dan sabar dalam menangani isu tersebut kita tidak mungkin akan dapat melalui zaman yang menguji kesabaran itu dengan jayanya. Cuba sahabat-sahabat bayangkan..kalaulah ketika itu pemimpin negara kita cepat menggelabah dan panik tentu kita akan mengalami nasib seperti negara jiran kita yang sehingga kini masih berhutang dengan Bank Dunia.Heee....ana tak sanggup.. Kerana sikap tabah dan sabar itulah pemimpin kita membuat percaturan pintar menggunakan kempen INFLASI SIFAR. Masih ingatkah sahabat-sahabat peristiwa itu???? Selain dari itu ana puji sikap rakyat Malaysia yang tabah dan sabar semasa isu kenaikan harga minyak. Walau pun ana sedar keadaan ketika itu agak panas sehingga ada pihak yang menagmbil kesempatan, tapi berkat ketabahan dan kesabaran, sekarang keadaan kembali stabil. Betul tak??Apa yang penting..kerjasama...
Fuh...penat gak mengarang panjang-panjang ni....tapi tak pe..asalkan sahabat-sahabat sanggup membacanya...ni yang last tok hari ni...kita tengok pulak macam mana nlai ketabahan ni kita boleh lihat dari aspek sosio. Sebenarnya kalau nak diceritakan kat sini...panjang bab sosio ni..tapi tak pe..ana ringkaskan...Kita lihat dari segi hubungan di antara masyarakat majmuk di negara kita...sahabat-sahabat..bukan senang nak jaga hubungan dengan pelbagai bangsa..tambahan pula masing-masing ada adat dan budaya masing-masing...tanpa ada sikap ketabahan dan kesabaran mana mungkin kita dapat mewujudkan hubungan yang baik. Boleh duduk semeja, tinggal sebilik, bercakap dengan bahasa lain-lain....kalau tak tabah dan sabar memahami dan mempelajari bahasa dan budaya masing-masing..last-last macam ayam dan itik bercakap...tapi Alhamdulillah..itu tidak terjadi.
Adoi....habis jugak akhirnya...walau apa pun...ana harap sangatlah agar sahabat-sahabat dapat memahami apa sebenarnya yang tersirat di sebalik konsep 1 Malaysia ni..Untuk kebaikan bersama jugak...Ingat tau...nilai ketabahan itu amat penting dalam diri kita, masyarakat dan institusi serta negara...Ana mengundur diri dulu.....

Apabila Melayu bersatu......

Hurm..ana rasa macam nak tergelak je bila melihat betapa menggelabahnya PKR dan juga DAP apabila Presiden PAS mempertahankan cadangan dan idea Kerajaan Perpaduan bersama UMNO . Malah ada di antara Pemimpin Pakatan Pembangkang melontarkan kata-kata yang tidak sesuai disuarakan oleh bekas rakan seperjuangan PAS. Jelas sudah Teresa dan Lim Kit Siang dapat meramalkan kehancuran dan kebinasaan di pihak mereka.
Nlamun apa yang ana pelik..ada jugak pemimpin pakatan pembangkang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tidak senang dengan penyatuan ini...Siapa orang?????Ana rasa sahabat-sahabat dapat menekanya dengan tepat sekali. Dia adalah makhluk yang terlalu taksub dan setia bersama Anwar...tak lain dan tak bukan....HUSAM....makhluk yang terasa dirinya digelar sebagai musuh dalam selmut...hai Husam..terasa nampak....sapa makan cili dialah yang terasa pedas..ya tak????
Apa yang menarik perhatian ana jugak adala Si Tan Seng Giaw tiba-tiba shaja mengajak ahli komponen Pakatan Pembangkang berbincang mengenai kerajaan perpaduan...Hurm..ana musykil di sini.....pada pandangan sahabat-sahabat pulak macam mana????Ana tinggalkan persoalan di sini......Selamat Berfikir....

Monday, 8 June 2009

PAS di SARAWAK???????

HarakahDaily

Pemimpin diminta kerap turun ke Sarawak
Nyza Ayob
Sat | Jun 06, 09 | 6:17:49 pm

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan PAS meneruskan perjuangan dengan memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri bumi Kenyalang ini

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, mengalukan kedatangan kepimpinan PAS serta Setiausaha Agung PAS ke Sarawak yang sebelum ini jarang dapat dilihat di negeri tersebut.

"Sudah empat tahun kita dapati 'batang idung sik nampak. Kita menegur kepimpinan ini disebabkan kita sayang kepada pemimpin," katanya.

Beliau turut menekankan agar PAS mengambil berat tentang pembahagian kerusi dalam pilihan raya di Sarawak kerana sebagai sebuah negeri yang mempunyai bilangan Dun yang terbanyak serta lebih 60 peratus penduduknya beragama Islam, sudah sampai masanya PAS meletak lebih ramai calon.

Jelasnya, menang atau kalah bukan perkara utama tetapi penyertaan lebih banyak kerusi PAS dalam pilihan raya umum di Sarawak akan dianggap sebagai duta penyelamat rakyat Sarawak yang selama ini dizalimi BN.

"Tidak relevan jika di Sarawak PAS hanya bertanding tiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum akan datang serta jangan abaikan harapan rakyat yang ingin sebuah parti penyelamat kepada mereka. Sarawak merupakan 'hutan simpan' bagi Barisan Nasional.

"Dakwah adalah mekanisme asas yang penting dalam harakah Islamiyah. PAS Sarawak menyeru kepada pimpinan Pusat untuk kali kedua selepas Muktamar PAS yang lalu untuk bersama-sama mengukuhkan program dakwah. Kewujudan isntitusi pendidikan sekular yang diasaskan Sisters in Islam serta pendakyah Kristian menjadi cabaran besar kepada PAS Sarawak. Justeru kami mendesak pimpinan hadir ke Sarawak bagi memberi tunjuk ajar khususnya dakwah serta menghidupkan institusi Islam di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abang Edee turut menyatakan kebanggaan PAS Sarawak kerana setelah 13 tahun PAS bertapak di negeri itu, kewujudan pejabat Perhubungan PAS di Sarawak benar-benar membantu dalam mengurus tadbir PAS di Sarawak.

Salam perjuangan..kali ini ana nak mengajak sahabat-sahabat semua ke negeri bumi kenyalang..Jika sahabat-sahabat membaca artikel di dalam HARAKAH DAILY ini sahabat-sahabat akan dapat melihat bahawa wakil lumpuh PAS di Sarawak sedang menagih ihsan agar pemimpin PAS turun ke Sarawak...telah empat tahun pimpinan PAS tiak nampak batang hidung di SARAWAK..itulah maksud "Sudah empat tahun kita batang idung sik nampak". Ana bersimpati terhadap wakil PAS di Sarawak iaitu Abang Edee Abang Fauzi kerana terpaksa merayu..."Saudara Edee..logiklah sidak sik maok turun Sarawak sebab sidak tauk orang Sarawak nang sik maok ngan sidak"
Baru-baru ini ana baru balik dari Sarawak kerana ada urusan sedikit dan ana sempat berborak dengan penduduk tempatan Sarawak...tak kira Melayu, Cina, Melanau, Iban ataupun kaum lain...yalah...kita kena mempelajari banyak bahasa kan?? Ana sempat bertanyakan soalan tentang kedudukan PAS dan PKR di Sarawak..apa komen mereka????

1) Penduduk Sarawak masih percaya dengan pimpinan BARISAN NASIONAL dan sukar untuk mereka menerima parti lain.
2) Kawasan Barisan Nasional di Sarawak telah menunjukkan kemajuan dan pembangunan yang memberangsangkan.
3) Selagi kebajikan terjaga mereka akan tetap bersama Barisan Nasional.
4) Parti lain takkan mampu buat apa yang BN telah buat dan parti lain cakap tak serupa bikin.\

So ini adalah di antara pendapat dan pandangan mereka. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, walaupun telah 13 tahun PAS berada di Sarawak...namun PAS seperti tiada langsung di Sarawak.Agak menyedihkan..
Abang Edee jangan ingat hanya PAS sahaja yang boleh membanteras dakyah Sisters in Islam dan Kristianisasi...Abang Edee nampaknya telah lupa PAS sekarang bekerjasama dan berkompromi dengan beberapa parti pembangkang yang dalam masa yang sama menjadi tulang belakang gerakan SISTER IN ISLAM...Dari apa yang Abang Edee nyatakan tentang KRISTIANISASI dan SISTER AND ISLAM ini nampak sangat beliau tidak bergaul dengan penduduk tempatan kerana JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK sendiri sekarang sedang giat bergerak melaksanakan program untuk menyebarkan dakwah Islam malah menyelamatkan apa yang patut diselamatkan walaupun hanya sedikit yang perlu diselamatkan. Abang Edee telah lupa PROGRAM BERAMBEH yang dianjurkan oleh JAIS bagi tujuan ini..Abang Edee mungkin tidak tahu Persatuan Ibu Tunggal turut giat memperkasakan Islam di Sarawak..Mungkin Abang Edee tidak tahu bahawa bahagian Pendidikan Islam dan Moral negeri Sarawak telah lama menghantar pelajar Sarawak lepasan SPM ke Nilam Puri Kelantan untuk mengikuti kursus Bahasa Arab dan Asasi Pengajian Islam yang akhirnya akan kembali sebagai tenaga pengajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Sarawak....dan mungkin juga Abang Edee telah lupa bahawa kebanyakan yang murtad atau pun melakukan aktiviti keagamaan terlampau malah ajaran sesat datang dari negeri asal PAS dan negeri-negeri yang berada di bawah jajahan PAS..Abang Edee telah lupa semua itu...Abang Edee fikir hanya PAS saja yang layak buat semua tu....negeri sendiri tak terjaga ada hati nak suruh PAS jaga Sarawak...Apa hanya PAS sahaja yang boleh membangunkan institusi ISLAM????
Abang Edee...tak baik memfitnah Barisan Nasional menzalimi rakyat Sarawak...apa Abang Edee buta mata sehingga tidak mampu melihat pembangunan di Sarawak???Ana rasa Abang Edee ni tidak bergerak menjelajah Sarawak gamaknya....dan hanya duduk bersama kelompoknya sahaja..Kalaulah Barisan Nasional menzalimi rakyat Sarawak..takdelah Miri mampu menjadi bandaraya dan seterusnya Sibu bakal menyusul....
Biarlah Abang Edee nak kata Sarawak sebagai hutan simpan BARISAN NASIONAL...at least Sarawak ada kemajuan dari semasa ke semasa berbanding KELANTAN yang menjadi lubuk PAS..apa pun tarak..hanya kawaan BN je yang ada kemajuan..
Jadi buat ABANG EDEE..jangan malukan diri sendiri tau....keluaraga sendiri pun mintak bantuan kerajaan BARISAN NASIONAL ada hati nak lawan....kalo nak lawan mintaklah bantuan PAS....tak pun get lost from SARAWAK..
jangan berani nak rosakkan aliran dan fahaman politik di Sarawak!!!!!!!!!!!!




Sunday, 7 June 2009

PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS...

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.....

De
ngan yakin TGNA menyifatkan PAS sebagai bahtera yang selamat kepada seluruh rakyat Malaysia. Setelah apa yang berlaku di dalam PAS, TGNA masih cuba menutup kelemahan PAS yang sememangnya telah pun dicemari oleh puak erdogan..TGNA masih lagi cuba mengaburi mata rakyat bahawasanya PAS itu masih suci dan bersih.
Tapi bagi ana, bahtera itu telah pun dibocori oleh anai-anai (PUAK ERDOGAN) sedikit demi sedikit dan akhirnya akan tenggelam bersama-sama dengan siapa saja yang berada di dalam kapal tersebut...
Jika dilihat keadaan ombak yang sedang menghempas bahtera ini...ana yakin bahtera PAS ini bukan sahaja akan tenggelam malah akan hancur berkecai dihempas ke pantai...jadi nasihat ana kepada TGNA....lebih baik fikir baik-baik sebelum mengeluarkan pernyataan yang meragukan....

Saturday, 6 June 2009

nasharuddin menang....husam kalah

ana mengucapkan tahniah kepada Nasharuddin di atas kemenangannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS...nampak gayanya Husam gigit jari lagi lah kali ni...tapi ingat.....puak erdogan tidak akan berpuas hati dengan apa yang terjadi..tidak mustahil Anwar akan menggunakan kuda tunggangannya yang lain kerana Erdogan menang banyak kerusi di peringkat Jawatankuasa PAS. Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Syed Azman Syed Nawawi menang di kerusi Jawatankuasa PAS. Jadi kita tunggu dan lihat apakah percaturan yang bakal dimainkan oleh Anwar al-Juburi....




Friday, 5 June 2009

kerjasama erat pakatan rakyat dicemburui UMNO/BN?????

SHAH ALAM, 5 JUN, (harakah)....ana berasa lucu sebab memang tak patut UMNO atau BN cemburukan Pkatan Rakyat yang kian rapuh itu...tapi itulah yang dinyatakan di dalam Harakah...wahai wargaPakatan Rakyat...UMNO atapun BN sebenarnya kesian kan PR yang semakin hari semakin rapuh........

Thursday, 4 June 2009

PKPIM bantah Chin Peng balik.....

Ana tertarik apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anwar Shazali yang menentang Chin Peng pulang ke Malaysia. Khairul Anwar Shazali mengeluarkan pendapatnya di dalam SIASAH.Khairul juga menyifatkan cadangan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia atas dasar kemanusiaan sebagai cadangan yang tidak berasas.
Ana terfikir....sepatutnya pihak yang menyokong kembalinya Chin Peng ke Malaysia harus malu dengan cadangan bodoh itu...ke mana hilangnya kewarasan dan kebijaksanaan insan yang kononnya bijaksini dan bijaksana itu..kerana politik sanggup mengabaikan keselamatan negara...sedangkan mahasiswa pun tahu berfikir..takkan orang tua tak pandai fikir kot.....

Adakah "musuh dalam selimut "dalam PAS????

Di dalam Harakah Haron Din memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya berwaspada dengan tindak-tanduk orang tertentu di dalam pAS..Kenyataan berupa peringatan dari Haron Din itu dibuat semasa pembentangan kertas kerjanya yang dibentang pada Jubli Perak kepimpinan ulama di dalam PAS yang berlangsung di Taman Melewar di mana majlis itu dijalankan secara tertutup....
Kalau kita menilai sendiri peringatan tersebut telah nyata sebenarnya PAS sekarang jelas terbukti sudah tidak seperti dulu....telah wujud syak wasangka sesama sendiri di dalam PAS....semenjak kehadiran puak erdogan di dalam PAS...musuh dalam selimut ini memang hebat.....PAS seperti yang diperkatakan sebagai organisasi yang ada peraturan-peraturannya...(ye ke???)Bukan sembarangan untuk sesiapa menyusup masuk ke dalam PAS..Mereka yang tidak dikenali akan disoal...tapi sayang...seketat-ketat mana pun peraturan..jika sudah lari dari prinsip asal...semuanya hancur musnah....TAHNIAH PAS!!!!!

Wednesday, 3 June 2009

menang sorak???siapa??PKR???

PKR agak berbangga kerana menang di PENANTI...tapi sedarkah mereka bahawa peratusan yang telah menurun membuktikan bahawa rakyat telah hilang kepercayaan terhadap ANWAR....kita kan bongkarkan segala kejahatan ANWAR.......dan kita akan pastikan BARISAN NASIONAL tetap berkhidmat untuk rakyat...Takbir!!!ALLAHHU AKBAR!!!!

negarawan sejati?????

Ana minta maaf kepada para sahabat kerana menghilang selama ini....ana berasa sangat lucu apabila membaca Suara Keadilan bila mana ada seorang pemuisi mengarang puisi khas untuk ANWAR IBRAHIM....lebih kurang beginilah :
A- atas nama agama keadilan kemanusiaan sejagat
N- Namamu harum semerbak terpahat kukuh di hati rakyat
W- Wadah menerajui bahtera merdeka yang kian goyah
A- Agar kembali terselah martabat bangsa agama dan bahasa
R- Roh yang suram obormu menjadi pelita

agak memalukan apabila pengkhianat negara diagungkan seumpama para ulama sedangkan telah nyata ANWAR ini merosakkan golongan agama...kepada pemuisi yang menghantar karya di SUARA KEADILAN.......al-fakir.....SALIM MOHAMAD...sewajarnya anda berfikir dulu sebelum memuji ANWAR AL_JUBURI....

Sunday, 31 May 2009

memalukan saja....

Calon KeADILan menang besar di Penanti -Harakahdaily,31 Mei 2009-"Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara."
Ana tergelak sendiri...di dalam HARAKAH sendiri pun ada menyatakan bahawa jumlah pengundi di Penanti kali ini adalah yang terendah di dalam negara....memalukan saja....tapi tajuknya pulak " Calon keADILan menang besar di Penanti"..macam tak sesuai je kan????HUUUUU HUUUUU....

PKR Menang di Penanti

Ana kesian dengan kemenangan PKR di Penanti. Dengan terzahirnya jumlah rakyat yang turun mengundi dengan peratusan 46.15 sahaja jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak lagi percaya dengan PKR. Ana dapat rasakan jika BN yang bertanding maka 53.85 peratus akan menyokong BN termasuk mereka yang mengundi calon bebas. Ini namanya menang tak bergaya bagi PKR...dan ini adalah satu kemenangan yang tidak wajar untuk menjadi kayu ukur rakyat setia bersama PKR. Jumlah undi yang merosot sudah menunjukkan bahawasanya tidak lama lagi PKR akan berkubur selamanya..So? Apa tindakan Anwar selepas ini??adakah al-juburi ini akan melaksanakan lagi idea2 jahatnya untuk menawan Malaysia??Kita tunggu dan lihat..

Wednesday, 27 May 2009

sokong Chin Peng?????Get Lost!!!!

Ana benganglah dengan beberapa kelompok parti yang tersangatlah kurang asam menyokong kembalinya manusia kejam " Chin Peng" ke Malaysia...alahai...kenapa cetek benar pemikiran sampai nak dapatkan sokongan komunis???Dalam paper bukan main lagi parti pembangkang dengan tahap kebengongan petala kelapan menyatakan Chin Peng benar2 insaf dan bebas dari ideologi komunis....Ketua Pemuda PAS Pusat Salahudin Ayub mempamerkan kedunguannya bila manyatakan tidak salah Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air asalkan pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya....apa ke he pulak nak kata macam tu...???kalo dah namanya ideologi komunis takkan lari ke mana punye...macam pembangkang jugaklah.....dah namanya ideologi pembangkang walaupun dapat bantuan dari kerajaan, anak dapat bantuan ihsan kerajaan tetap nak membangkang jugak..sebab apa?????dah namanya ideologi pembangkang.takkan berubahpunye....cermin diri sendiri lah...lu dengan Chin Peng sama je....takkan pernah nak berubah...
Kalau kita perhatikan....Statement Salehudin turut disokong oleh Mustafa Kamil Ayub ( Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan jugaDr. Tan Seng Giaw di dalam statement mereka.
sebenarnya walau pun atas dasar kemanusiaan tapi fikirkanlah bagaimana perasaan golongan yang terlibat menjadi mangsa kekejaman Chin Peng dan sekutunya...perasaan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah kehilangan ahli keluarga dan anggota badan mereka..adakah kita nak mempersiakan pengorbanan mereka???kalau nak diikiutkan dasar kemanusiaan seharusnya kita mengambil kira perasaan mereka dan bukannya Chin Peng...
Bagi ana golongan yang menyokong Chin Peng ini sebenarnya tidak layak untuk bermaustatin di Malaysia ini sama seperti Chin Peng....so kalau nak sokong Chin Peng...GET LOST!!!!!!!!

5 isu murahan PEMBANGKANG

Salam….ana mohon maaf kerana lama dah tak post..lama ek??apa pun tima kasih kepada sahabat2 yang mencari ana…So sekaran tengok satu persatu apa yang pihak pembangkang lakonkan.

Kalau kita perhatikan di dalam akhbar sibuk menyatakan tentang isu komunisme, mogok lapar, perarakan lilin, isu pujuk calon dan juga isu PKR “membelasah” BN dalam kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri walaupun BN tidak bertanding di situ.

Sedar tak sedar sebenarnya kita sedang menyaksikan tarian politik sumbang yang dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik perhatian rakyat. Sebenarnya PEMBANGKANG sudah kering idea untuk menjatuhkan BN menyebabkan mereka melakukan perkara yang diluar jangkauan pemikiran manusia. Kini pembangkang sedar bahawa mereka umpama telur busuk di hujung tanduk yang bila-bila masa akan jatuh dan mengeluarkan bau yang busuk sebagaimana busuknya hati-hati mereka.

Isu Komunisme

Apa kejadahnya Si Teng Hock Nan nak jemput balik Chin Peng datang ke Malaysia sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati dari ramai pihak.Kenapa?????Dah tak de inisiatif lain ke nak tawan Malaysia????Cara komunis jugak yang diikut…Ini belum lagi kalau pembangkang yang perintah Malaysia ni..Kalau pembangkang yang pegang Malaysia ana berani jamin segala macam komunis, pengganas yang ada kat dunia ni akan menjadikan Malaysia ni sebagai kubu utama mereka…tak pun makhluk-makhluk yang dari ceruk mana tah…kalau dibuang negara akan berhijrah ke Malaysia….So bayangkanlah apa yang terjadi pada penduduk asal….Ana memang kutuk habisan puak-puak yang cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme ni….tak kiralah awak tu sape…..Pengerusi Gerakan ke..apa ke…dan ana sangatlah bersetuju jika golongan ini dibuang negara…nak sangat hidup dengan komunis pergilah tukar warganegara tu ke negara yang mengamalkan corak pemerintahan komunis….tak payah nak ajak orang lain…..

Isu mogok lapar dan perarakan lilin

Pasal benda alah ni…yang pelknya Parti Islam pun ada sekali…ceh…bikin malu saja….apalah…..segala pandangan ulama tentang penglibatan orang Islam dalam isu ni semuanya dipandang sepi…Tak dihiraukan…nak berpuasa sunat konon( Si Nizar) …woit…tolonglah…..orang berpuasa sunat niatnya kera ALLAH..awak tu puasa (puasa ke?) kerana niat nak bubarkan DUN…tak same NIZAR oi…..nawaitu tu dah terbabas dari landasan asal…nama je ahli agama..itu pun tak dapat nak beza…memang betullah dah buta hati ni…..Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah...ngok...yang awak buat tu menjauhkan diri dari Allah malah dihiasai pulak dengan caci maki..ibadat ape kenama bandanya tu????Si Nizar dalam UTUSAN MALAYSIA bertarikh 26 MEI 2009 tak nak pulak mengulas tentang pandangan tokoh ulama yang melarang masyarakat Islam terbabit…sebab apa??????sebab sebenarnya perbuatan tu dah memang dah salah….dah sudah lah NIZAR….awak tu memang tak layak…pegi lah mengurut ANWAR tu…Si Husam pun sama je dengan NIZAR..bikin malu orang PAS saje…sekarang dah jelas sangat dah….HUsam pun dah rosak dah…kerana politik….AGAMA di gadai..itulah perjuangan PAS dan PKR….dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan….so apa yang nak dipertikaikan lagi…?

Isu pujuk calon

Keh keh keh…ana berasa lucu kerana akhirnya PKR sedar jugak bahawasanya kemenangan tidak akan menyebelahi mereka di Penanti sehingga sanggup nak beli calon..AMINAH…semua dah Nampak kan..sebenarnya PR sekarang ni dah pincang dah..mereka dalam keadaan terdesak dan gersang dengan sokongan rakyat yang semakin hari semakin mengetahui bangkai2 yang cuba mereka sorokkan..Saifuddin pula sibuk membela partinya…..Imej PKR tercalar konon….eleh…bukan setakat tercalar Saifuddin…dah berbau busuk dah pun….macam bangkai….kesian kan???

isu PKR “membelasah” BN

Ni apasal lah??Umpama anjing menyalak bukit je kan…..orang tak bertanding kat Penanti dia dok “belasah2” orang..Memang gila talak betul la PKR ni..dah tak de modal lah tu…sepatutnya time berkempen nilah timbulkan agenda nak menjaga kebajikan rakyat..ye tak???ni dok mengutuk2 orang apa kes???? Ana memang cakaplah..saper lagi yang masih sokong PR ni memang IQ dia rendahlah…dah jelas sangat PR hanya mementingkan agenda politik untuk tujuan peribadi semata-mata dan tak pernah pun nak memikirkan kepentingan rakyat…

So…buat sekian kalinya PR cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka dianiaya….tapi sebenarnya rakyat bukanlah bodoh untuk ditipu oleh pemusnah alam seperti mereka……..Bertenanglah..tak perlu nak wat sume bende ni..dah kalah tu...wat lah cara kalah..terima qada dan qadar Allah k. TAKBIR!!!!ALLAHHU AKBAR!!!

Monday, 25 May 2009

Sogok?Jolok?Hadiah?Tawaran??

Hai...macam tau2 je akan kalah kat Penanti....siap bagi tawaran kat Aminah lagi tu...haa..haa...nampak sangat sebenarnya PKR tak yakin dengan diri sendiri..main bagi tawaran pulak...so dah terang lagi bersuluh macam mana kepala ANWAR IBRAHIM ni..silap orang lah beb.....

Saturday, 23 May 2009

HUSam nUJUM pAK SoNdOL

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Menurut Husam, posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

kalau sahabat2 baca Harakah bertarikh 21 Mei 2009 ini....ana berasa lucu sendiri..yelah...dah tau memang Nizar tak layak kan.....sebenarnya HUSAM telah dapat meramal bahawa kemenangan akan berpihak pada yang benar....so tak payah lah nak cover2 mengatakan bahawa wujudnya unsur pre-arranged di dalam keputusan mahkamah rayuan..sudahlah HUSAM..dah kalah tu sudahlah.......nak melawan lagi ketentuan dan takdir ILAHI?????

nIZAr???SAYONARA...SELAMAT JALAN...

Ana mengucapkan rasa simpati kepada NIZAR kerana telah tergolong dalam golongan yang tidak layak memimpin....inilah natijahnya jika bersama ANWAR DA DEVIL atau nama glamournya ANWAR AL- JUBURI....dah terang dan jelas orang yang mengingkari-Nya akan dijatuhkan bila2 masa sahaja....dan Allah bersama pihak yang benar bilamana walaupun NIZAR bersama 8 orang peguam manakala ZAmbry hanya seorang sahaja..NizAR tetap kalah....so jelas..kuasa Allah tiada siapa yang mampu melawan...TAKBIR!!!ALLAHHU AKBAR......