Thursday, December 17, 2009

KeNaNgAn EpiSoD AkHiR

salam to all

sambung lagi oke. taraaaa!!!

tak ada apa2 surprise actually..

heh! jgn hangin2..

masih berkaitan mimpi2 nyata di sarawak, aku berjumpa dgn Azizul Khamis di sana. waktu ni nak dinner di kampung gersik. mungkin kamu tak kenal (sebab aku pon tak bape kenal)..batch mak ayah aku kenal la.. maka batch mak ayah kamu semua mungkin kenal. kalau tak, cuba tanya jiran2 sebelah rumah kamu tu ke, telefon nenek kat kampung ke, pasti ada yg kenal.

cik pearl tak ada, sebab die yang amik pic ni ye..(azizul yg tgh baju hitam ye, bukan yg pakai kurung tuh!!)


waktu ni aku try 1 lagi menu Sarawak iaitu Nasi Ayam Penyet. lupe nak mention dalam entry sebelum ni. menu ni agak popular kat sana. aku tak tahu ape keistimewaannya. tgk macam nasi ayam biase je, mungkin ayam nye penyek sikit dari ayam semenanjung. huhu. seperti bese, gambarnya lupe nak ambil. hehe..

ok, hari keempat sudah!

esoknye, pagi2 kami melawat beberapa muzium di sekitar Kuching. Antaranya muzium Etnologi, muzium Kuching, Muzium Tun Abdul Razak & 1 lagi muzium yg aku tak ingat namanya..=))

dari kejauhan kami bergambar. nampak tak? ish, kalau tak nampak pendek umur..(bak kata tompel la)..

ni kat muzium etnologi.






muzium kucing..kucing2 belaka kat sini..

parentz depan muzium Tun Abdul Razak..

selepas penat menziarahi kesemua muzium bunyi macam ziarah org je. heh!! kami gerak ke Fort Marghareta. ni kire kubu pertahanan la macam A Famosa kat Melaka nun. Jalan nak ke Fort Marghareta tu pon dah cukup pelik dgn tersembunyi & sunyi nye. tak macam A Famosa yg lebih terbuka dan agak meriah dgn pengunjung.. kat sini pengunjung nak carik jalan pon susah. org2 Sarawak sendiri masih ada yg tak tahu kawasan Fort Marghareta ni..maka bila sampai sana, agak seram2 kuku jugak la terutama bila lawat kawasan penjaranya, tempat pancung memancung, tempat gantung tahanan, dan menaranya..kot2 la ade lg kesan2 yg masih tinggal.. uiks..



depan Fort Marghareta

Tangga turun dari menara kubu.

menaranya. agak tinggi tp dari gambo ni tak nampaklah!

ni tempat gantung tahanan kot.. masuk pintu tu ade tengkorak dalam jaring yg tergantung.. glurpp!!

Replika kubur isteri Charles Brooke.

dgn hari panas teriknye, kami tetap meneroka segala kesan sejarah yg tinggal kat sini sampai masa tak mengizinkan untuk melawat org utan (ade zoo org utan kot).. so tak dapatlah ke sana. sedih gak..jadi kami sekadar ke pasar / bazar di sana utk beli ikan terubuk masin. ni wajib beli sebab tak terdapat kat Semenanjung..

maghrib kat sini masuk pukul 6.30 petang, so nak melawat lebih2 masa petangnya pon tak brapa nak sesuai. pukul 6 dah gelap macam ukul 7. huhu. malamnya kami sekadar berjalan2 sekitar waterfront dan jenguk2 mahkamah lama.

banyak lagi gambar2 aku kat sana dgn ragam dan aksi yg entah hape2..tapi aku larat nak upload. kalau kamu sudi, jenguk2 fb aku oke. ade lebih kurang 70 gambar2 aku kat Sarawak.=)

dan tiba hari terakhir, flight kami pukul 12.55tghr. sampai LCCT pukul 3 dan sampailah ke tanah air Rawang yg tak berapa nak dirindui tu dalam pukul 5.

Tamatlah riwayat kesan degil disana. moga sedikit sebanyak dapatlah aku berkongsi pengalaman & kenangan dgn kalian. jom pakat ramai2 kite ke Sarawak erk! =)

wassalam.

KeNaNgaN IV

salam to all

sambung lagi ceritera ku di Sarawak. hehe..naik kebas jari jemari ini melontarkan ayat2 puitis bg menceritakan alkisah aku kat sana. puitis la sgt. tunggang langgang je bace..uiks, perli tuh..

ok, lepas aku balik dari Kampung Budaya Sarawak, macam biasa malamnya kami makan lagi kat kampung boyan (termasuk kampung Gersik & petra Jaya) . kat sini senang sikit nak carik makan, sebab majoriti penduduknya adalah org melayu. so org melayulah yg berniaga dan berpesta. kampung boyan, kampung gersik & petra jaya ni kirenye terletak bersempadan dgn waterfront kuching dan sempadannya adalah sungai sarawak.

menu2 yg menarik kat sana macam mee kolok, nasi goreng dabai, tauhu jepun & laksa Sarawak. tapi tak ada pic la nak upload. lepas makan baru teringat tak amik gambar lg. pinggan pon dah kosong. huhu.

esoknya hari ketiga, kami berjalan2 kat area Jalan Tar. bukan Jalan Tar KL ye. ni versi Kuching. lebih kurang macam kat KL ni jugak, kat sini sibuk menjual pelbagai jenis cenderamata dari Sarawak. kirenye macam souvenir centre la..macam2 ada. dari yg biasa2 sampai yg ke pelik2.



model2 tak diundang..

patung2 dari ukiran batu2 & kayu ni memang popular kat Sarawak.

kek lapis pelbagai kaler & rasa..


petangnya plak, kami ke kampung Haji Baki mencari saudara belah emak aku yg hampir 20tahun terpisah. kire bapa saudara emak aku lah. kawen dgn org sarawak dan jarang balik ke semenanjung..mm terharu & terkedu jugak aku tgk keadaan mereka di sana. entahlah, aku pon tak berapa kenal. alhamdulillah, bertemu jugak akhirnye.. jejak kasih jugak lah kirenye ni.

before balik ke hotel, kami sempat jalan2 sekitar kuching & naik bot menyusuri sungai Sarawak. mule2 cuak jugak nak naik, tgk tak bape nak stabil je terutama bile kuzer naik. bergoyang bot macam nak terbalik. heheh.. tapi kuzer beria ajak, naik jugaklah..rupenye, sgtlah seronok meniti senja nan merah di atas bot..hehe..


before naik bot. depan sungai Sarawak.

atas bot. cover je tuh. kalo tgk muka, dah pucat tak berdarah. lame sikit baru cool. heh!


kuzer, parents & kawan2 kuzer.

malamnya, sekali lagi kami ke makan kat kampung gersik. siap terjumpa artis lama kat sana. Azizul Khamis. aku tak berapa kenal mulenya, tp teringat sebab die ada masuk melodi baru2 ni.

nanti aku upload gambar & sambung kisah kat sana ye. daaaaa..

*Salam Maal Hijrah 1431 buat semua teman2 bloggers & readers. Jgn lupe baca doa akhir tahun & awal tahun ye. moga di tahun baru ni, kite sama2 dapat jalani kehidupan yg lebih bermakna dan diredhaiNya. mudah2an. amin..

****jgn asyik tengok bola je. ehe.. go go Malaysia..

wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

KeNaNgAn III

salam to all

setelah virus malas pergi dgn tenang dr tubuh ini, timbullah kerajinan yg bukan sedikit utk aku..buktinya, aku telah mempublish dua entry pada hari ini. so entry ni adalah kesinambungan perjalanan percutian aku ke sarawak baru2 ini.

hari kedua di sana, kami melawat Kampung Budaya Sarawak. dibandingkan dgn Taman Mini Malaysia di Melaka, Kampung Budaya Sarawak jauh lebih terjaga dari segi kebersihan, persekitaran dan kawasan lawatan. maka sangat berbaloilah dgn bayaran RM60 seorang bg dewasa dan RM30 utk kanak2. before masuk, setiap seorang dapat passport lagi. so setiap rumah yg dilawat, akan dapat cop. menandakan kite dah lawat rumah tu. rumah2 yg ada macam rumah orang ulu, penan, melanau, cina, melayu, iban & bidayuh.


entrance kampung budaya Sarawak


aku mengetuai rombongan..(titi pertama selepas entrance)


kawasan2 yg perlu dilawati.250hektar..bersih & damai..


cop passport anda !! selagi cop tak penuh, jgn balik oke!


di sini ada lebih kurang 7 rumah je utk dilawati (dah mention kat atas tu) . walaupun tak sebanyak rumah2 kat taman mini malaysia, tapi kat sini jauh lebih berpuas hati coz setiap rumah ada penyambut tetamu nya, siap bg penerangan tentang rumah2 tu, tarian pembukaan & goreng / masak secara live makanan2 popular setiap kaum. termasuk aksi2 menenun kain dan jualan cenderahati..



tarian pembukaan a.k.a sambut tetamu (tarian ikut kaum)



menyumpit. tak boleh bla. cik pearl nampak gagah perkasa lah. tau tak pe!


tarian2 waktu persembahan pentas..


parents kat chinese farm house


lupe plak, before masuk sini, selain passport pengunjung juge akan dapat sticker hijau tuh..Lekat kat baju oke!! bukan kat pipi seperti mereka di atas!


ni kat bidayuh long house kot..


mm ade pengalaman ni..sesuai..


melanau tall house..

* tak larat nak upload pic. tu lah sedikit sebanyak aksi2 seram kami di sana..sopan je sebenarnye. huhu.

esok aku sambung lagi oke. pengembaraan seterusnye ke muzium2 kat Sarawak & macam2 lagik..=)

wsalam

MisS AKiNa vS AbG ShArK

salam to all..

hai2..

sepatutnye aku sambung entry2 lepas pasal percutian aku ke sarawak. tapi aku KIV dulu oke. kali ni aku nak upload gambar2 pertunangan sahabat UKM aku. aku ade mention dalam previous entry yg dua sahabatku bertunang pada 29nov lepas (entry = musim ikat tali). dan 1 darinye aku dapat pergi dan dah upload pon gambanye (entry = cerita ceriti II)..so ini yg seorang lagi. miss Norhayati Yaakub.. =)

tahniah buat kalian. semoga kekal ke jinjang pelamin & ke hujung nyawa harapnya. abg jerung jaga yatiey baik2 ye. kalau tak, cik pearl kurung yati tak bagi jumpa abg jerung..boleh? cik pearl ingat cik pearl diva ke nak warning2 org? silap2 hari bulan cik pearl yg kene belasah dgn abg jerung. opss..oke2..taubat!!


Hantaran-hantaran..tapi tak tahulah dari pihak laki ke perempuan ni..

yati bergurau senda kot..heheh.

abg jerung..heee..tunang yati a.k.a incik Shahrul Irwan


miss yatiey a.k.a Akina.. alolo ayunyer die..

Both of them..sama cantik sama padan..

miss yati masih belajar kat UKM & ade lagi 1 sem je. pastu bleh la kawen. yeay!!!! cik pearl plak yg seronok, macam die yg nak kawen.. ok2, terlebih suda!

mereka mengikat tali pertunangan ni lebih kurang setahun setengah. miss yatiey kawen dulu dari cik pearl ye? tak boleh jadi nie.. langkah bendul namanye. muahahah..=) jgn marah ye abg shark & miss akina. gurau2 selepas raya..=)

* siapa lg nak bertunang lepas ni sila thumbs up and knee down..

sekian wassalam

KeNaNgAn II

salam to all

entry kali ni adalah kesinambungan dr entry sebelum ni. kesah aku yg bergiat secara cergas di kuching baru2 ni. ayat cik pearl tunggang langgang..tak boleh bla ayat 'bergiat cergas itu'! tak apa, BM aku mase SPM tetap A1. mungkin beberapa entry selepas ni pun, masih berkisar perjalanan & pengalaman aku kat sane. yela, beberapa mlm kat sana, mana mungkin dapat aku ceritakan dlm 1 entry. ditambah plak, virus malas aku utk menaip di alam maya ini telah menyerang aku bermula malam tadi..ala, virus malas tak serang pon, cik pearl memang dah malas.. syhhhhh! senyap2 sudah! jgn malukan aku oke.

di kuching, agak payah jugak nak carik tempat makan. maksud aku tempat makan yg diyakini kepunyaan org melayu & halal2 belaka. rupe2 org di sana sukar utk dikenalpasti identiti agamanya. so biasenye kami dinner kat kampung boyan & kampung gersik.

dinner kami pada mlm pertama memang penuh tradisi. tempat makan tanpa kerusi. maksud aku, makan dgn keadaan bersila saje dan dihiasi dgn cahaya2 suram. lampu2nye malap jer, romantik gitu. nasi dan lauk2 kampung. memang berselera & ade kelassss..

menu = sup sayur, nasi ayam, siakap 3 rasa & kailan ikan masin.

siakap 3 rase.. soodappp..

diapit ayh bonda terchenta..

sementara tunggu makanan sampai ni.


fiancee wif his friends. belajo bahasa sarawak..

makan tyme..yihaaaa

after dinner, balik hotel. hari pertama at sarawak tak berjalan ke mana. sekadar melawat kampung boyan untuk dinner..sok sambung k..nite

wssalam

Monday, December 14, 2009

KeNaNgaN BoLeh KoNgSi2 Ke?

salam to all

taraaaaa..cik pearl dah kembali.

baru je sampai ptg tadi. terus hinggap di depan ini lappy. ceria selepas pulang dr bercuti pjg. taklah pjg sgt, dlm 5hr 4mlm. ok lah setakat nak rest2 kan segala otot dan minda. macam penat kije je bunyik, padahal duduk rumah je !

bertambah ceria dgn penantian dan pencarian yg berakhir dgn jawapan yg pasti. cik mili telah ditemui. dan dgn komennye yg pjg lebar dan begitu bernas, buat aku tersenyum. (komen dr entry bertajuk = tinta pena di alam maya) alah, entry bawah nie je. pergilah jenguk sendiri..

utk kau mili = aku faham ape yg kau maksudkan. terime kasih atas jalinan persahabatan. aku hargai semua yg kau buat. pasal nama aku ke hape, aku dah tak kisah. DIA ada..tagline lame. =) aku maafkan.

oke2, tutup kesah2 lame yg pilu lg mendebarkan. tak ade kena mengena..!!

aku baru pulang dr Sarawak bersame keluarga tercinta sebenarnya. ini yg benar lg sahih, tiada ragu2. Rabu lepas bertolak & balik petang tadi. memang seronok dan mengujakan.. rase tak nak balik pun ade. sebab kat sane boleh mulekan hidup baru dgn kawan2 baru. best jugak kalo dapat smbg belajar kat sane. kan? kan? uiks, termasin plak lidah nie nanti, baru tahu..huhu..lidah rase masin ke? uiks, abaikan. cik pearl tgh serius nie.

so bolehlah aku kongsikan pengalaman2 & kenangan2 aku sepanjang aku kat sane. kenangan boleh kongsi2 ke ye?? pedulik kan lah. aku nak jugak kongsi. tak kire!! bg yg dah pergi, mesti tak heran kan. tapi aku baru pertama kali pergi sane. so aku heran.

hari pertama :

flight kami jam 7.10pg. pukul 4.45 pagi lg dah gerak ke LLCT. wah, pencapaian terbaik buat cik pearl yg telah bgn awal pagi..sampai kuching pukul 9 lebih. rembat kereta sewa terus pigi check in hotel & rehat lorh. penat woo tak tidur. bgn awal..so pe lagi, bantai tidur dulu sampai ptg. macam kat rumah jarang tidur je..!! pigi bercuti pon, tidur yg lebih..uiks!


ni aku la kan? sape lagi. tgh breakfast dlm flight.


ni menu nye. minum ribena pagi2 buta yg tak tahan tuh.

dgn kuzer. (lupe lak nak mention, selain family, kuzer pun join jugak. sebab die ade pengalaman pergi sane. so die leh jadi pemandu pelancong lah kirenye. heh.)

my lil bro.

mase check in hotel. pa & ma sempat bergambar.

after check in, keluar lunch dekat kompleks Tun Jugah. ni lepas makan la kirenye, tu leh senyum2. kenyang sudah..kalau lapar, muke ini harus ade sikit masam. heh.

eh..eh, aku mengantuk lah. sok2 aku sambung isi diari aku sepanjang kat Sarawak ye. then aku upload pic bnyk2. hehe

nite. wassalam.

Monday, December 7, 2009

TiNTa PeNa Di ALaM MaYa

salam

entry ini khas utk mencari yg terpisah. glurpp!! siapakah yg di cari?

-----> Mili Arifah @ cda

aku tahu kau baca entry2 aku. aku tahu kau terasa hati dgn aku. tapi percayalah 'sesuatu perkara yg menyakitkan hatimu, adalah sangat mungkin juga menyakiti hati org lain'.. aku hargai segala pertolongan kau 1 masa dulu. tapi kadangkala aku dapat lihat yg aku terlalu mengikut cara kau yg secara totalnya bukan jiwa aku sebelum2nya. org salah faham pada aku. org salah sangka pada aku. kerana apa yg aku lakukan segalanya adalah dari dendammu pada masa lalu. aku jadi cermin diri kau waktu itu. aku turuti kerana aku buntu. tanpa sedar, aku sendirian pikul kesudahan yg buat semuanya jadi serong. aku rasa tak adil. aku mahukan penjelasan. jelaskan cda. kenapa susah menjejaki kau. sekurang2nya sudi2kanlah diri kau utk tinggalkan komen kat entry aku ni.

suatu masa dulu, bila aku kata pada kau 'tak nak la weh. benda ni akan sakitkan hati org'.. tapi kau kata 'alah, kite minta maaflah nanti'.. aku hilang pertimbangan kerana aku tak pernah lalui saat2 itu. bila ia terjadi, aku mengadu pada kau 'aku serba salah..aku yakin ianya dah sakitkan hati org'..dan kau jawap 'dia kan dah maafkan kita'..

hari ni, aku ingin berkongsi sesuatu dgn kau..

suatu masa dulu dialog2 kita kat atas tu pernah berlaku kepada seorang ibu dengan anaknya. ibunya buntu kerana tak mahu anaknya begitu mudah menyakiti hati seseorang dan senang2 meminta maaf . lantas ibunya berkata 'bila kamu menyakiti hati seseorang, ketuk lah sebilah paku pada dinding. kemudian bila kamu dah minta maaf, kamu cabutlah semula paku itu'..

anak itu akur dan melakukannya. beberapa bulan kemudian si anak berkata 'lihat ibu, tiada 1 paku pun yang tinggal. semuanya dah dicabut'..anak itu berkata dgn bangga..'memang ramai org yg sy sakiti, tapi sy telah meminta maaf dan mereka telah maafkan.'

si ibu menjawap 'anakku, memanglah kesemua paku sudah dicabut. tapi cuba engkau perhatikan keadaan dinding itu. ia calar, tebuk dan berkematu. tidak indah seperti asal. itulah hati2 yg telah kamu sakiti'..

....................

aku tak maksudkan apa2 dari cerita ni. aku hanya ingin kongsikan pengajarannya. kalau 1 masa dulu, hati kita pernah tertebuk dgn kesalahan org lain terhadap kita, kan bagus kalau kita hanya redha dan berdoa. kalau kita mendesak, marah, dan semua yg negatif, kita juga tanpa sedar telah menebuk hati mereka. tidakkah ia sama?

dari dulu aku cuba mengelak, tapi akhirnya aku juga sama...aku ingin diriku yg dulu. tak mudah bertindak.

aku minta maaf.
aku tunggu kau msg.

aku tunggu kau call.

atau sekurang2nya kau drop komen kat sini.

kalau tak, aku tak kan come out dgn new entry. aku akan sibuk tulis entry pasal kau.. boleh? =)

aku rindu kau.

wsalam.



Saturday, December 5, 2009

AkU SaNgAT KaYa

salam to all

hai hai..macam lama je cik pearl tak update. =) tak ada cerita yg menarik utk dikongsikan. semalam aku ke kalumpang melawat ibu saudaraku yg kian sembuh dr sakitnya. alhamdulillah. then ke batang kali untuk memantau kerja2 renovation rumah ku utk diberi sewa kepada bakal2 guru sekolah syed mashor batang kali. cik pearl serius je nie. macam tulis esei. bosan.

ok2..ubah mood..
cerita 1

mm hari ni aku buat biskut raya.. sempena apa? sempena mengisi masa2 terluangku di rumah. sejak bila cik pearl sgt rajin? yes, good question.. aku tak la rajin mana, tapi sedikit kurang malas berbanding hari2 biasa.

taraaaa...tak de lah kiut sangat.



setelah dibalangkan. tak boleh blah ayat itu ----> 'dibalangkan'..

cerita 2

dah tak ada kije nak buat, aku edit gambar2 aku (kire tergolong dalam unpublished photos aku la)..

mesti bergaya, mutu & keunggulan oke..! cik pearl dah macam power rangers kuning..

mm dah macam gaya artis2 kite keluar court kan. hehe.. (ish cik pearl, tak elok tau) mm bukan aku nak tiru2 (sok2 kena batang hidung sendiri baru tahu..nauzubillah) cuma kebetulan gaya tu ala2 mereka.huhu..jgn bikin kontroversi..

ape kena mengena dgn tajuk entry ini?? aku sgt kaya -----> tepat = kaya dgn masa. tu boleh edit2 gamba, bikin biskut raya dan esok mahu bikin laksa johor. sudah lama tak makan. wahh!

* esok ade dua kenduri kawen yg bisa dihadiri. 1 di dewan taman jati rawang..and 1 lagi kat lorong mangga kuang, rumah sepupu kuzer.

wsalam..

Wednesday, December 2, 2009

InCiK SaLaH ORaNg NiE

Salam to all

tengah lepak2 kat rumah hari ni, tetiba kring2x (bukan telefon rumah yg berbunyi sebenarnya, hp aku berbunyik..ringtones mulan- makhluk tuhan paling seksi)..ku angkat ku tanya siapa (ni lagu mase tadika dulu kan? ke kamu terus masuk darjah 1? patutla kamu tak tahu)

aku = cik pearl lah siapa lagi
dia = En.shahrul

aku = hello, Assalamualaikum..(macam confirm je yg kat corong telefon tu org muslim)

dia = waalaikumussalam (mmm confirm..confirm)..boleh sy cakap (memang lah bercakap kan, takkan mengorat pulak! )dgn saudari pearl yg manis anggun bergaya mutu dan keunggulan? (sah aku tipu- die sebut nama aku sebenarnya a.k.a saudari nurul)

aku = ye, sayalah cik pearl yg manis anggun bergaya mutu dan keunggulan(aku tipu lagi) ...ye, sy nurul..

dia = kenal sy tak?

aku = (e..eh kau ingat ko diva aku nak kenal- ish tak elok cakap camtu cik pearl).. mmm tak pastilah siapa..

die = ni shahrul lah..

aku = shahrul mana? (mase utk memerah otak..siapa gerangan shahrul)

dia = ala anak pak hussin ngok ngek..(die tak cakap camni pon).. shahrul 1 sekolah dgn awak dulu.. tak kan tak ingat..

aku = oooo...(aku tak sure sebenarnya) awk yg.....??????? (x sempat habis)

die = dgrnya kau dah kawen. sampai hati tak jemput aku.....bla..bla..(giler laju die cakap.mami jarum ke ni??)

aku = er..err..err

die = laki kau peguam kan? hebatnya..btol ke die duda? ada anak? aku rase kau....bla..bla..bla (meroyan ke dia ni??)

aku = eh, awk silap org kot?? sy..sy.....

die = amboi kau, sampai hati dah kawen peguam kaya buat2 tak ingat kawan..kau tau baru ni aku eksiden.. aku nak pakai lawyer lah......(repekan lebey dahsat)

aku = ......!!!!! jap..jap (aku langsung tak berpeluang mencantas ayat2 dia..tadah je lah telinga)

die = .................eh, kenapa kau senyap je? tak berubah btol lah kau ni...................bla..bla .. (die yg tak bagi peluang bercakap, boleh plak cakap aku senyap !!)

die = wei???

aku = selaju mungkin plak aku berhujah ----> sy nadiah abu bakar. duduk rawang. blm kawen. masih belajar. awak salah org. sy tak kenal awk. awk tak kenal sy. kita saling tak kenal. sy sekolah dulu kat batu arang. sy ada kawan nama shahrul. tapi sy yakin die bukan awk. sy tak kenal mana2 peguam. sy tak dapat bantu awk. ................... awk ade apa2 cerita lagi??

die = tutt..tutt..tutt..(kesian die..penat bercerita..aleh2 salah org)

ade juga org macam ni ye..(awal2 lagi die cakap nak bercakap dgn saudari nurul..aku dah agak kamu mungkin salah org..sgt3x jarang org panggil aku nurul..ramai yg tak tahu pon nama aku ade Nurul.)

*moral of da story = kenalpasti dgn siapa anda bercakap..

wsalam