Showing posts with label tulus dari hati. Show all posts
Showing posts with label tulus dari hati. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

DiRiMu TiaDa PeNgGaNTi

salam to all

aku rase sgt terkesan bile owner blog rhedosia mengupas tajuk ini terlebih dahulu dari aku.. sungguh aku tak puas hati..

kisah seorang guru yg memberi kesan sgt mendalam dalam kehidupan semua pelajar yg ambil matematik tambahan (spm batch2004)..

seorang guru yg sgt2 dedikasi..yg dedikasinye sukar ditemui dalam diri kalangan guru dewasa ini..(bosan ayat skema)..----> En. Teh Tat Leong..

tahun 2003 kami masih tak dikenalkan dgn beliau..kami belajar add math semudah mungkin.. tak kire langsung kepentingannya..nak dapat A memang mustahil kuasa 5..setiap kali exam, memang penggagal tegar lah..yg lulus pastinya anak2 cina yg memang tekun mengira dan mengupas setiap equation..kerja kami, copy and paste..as easy as that (kire memang patut gagal lah kan)..

tahun 2004 (form 5), guru add math kami hilang entah ke mana.. En.Teh lah yg bakal menggantikannya..dgr2 cerita hasil bawaan angin2 sepoi language, En.Teh sgt garang.. ops, serius huru hara bila pertama kali dia masuk mengajar..semua nama kami di hafalnya.. mengajar dgn tegas dan sgt suka bersoal jawap..ni la perkara yg sering melemah longlaikan jiwa..asyik2 kene tanya..suaranya bisa menggegar kelas..bukan kerana merdu atau gemersiknya suara, tapi cukup kuat utk buat semua pelajar gigil2 bangun nak bg jawapan..

'kamu tak seriusssss'..fuh!! ayat biasa bila kami gagal lagi.. die berusaha beri kami formula ciptaannya (yg tak terdapat dalam mana2 buku rujukan add math di pasaran) utk memudahkan kami jd scorer utk subjek die ni.. setiap kali waktu add math, semua get ready dgn jawapan2 plastik hasil peniruan dari pelajar2 cina..

bukan mudah utk tgk En.Teh tak masuk kelas..berzikir2 kami kot2 die tak masuk kelas ke, ade mesyuarat ke ..tapi setiap kali mesyuarat guru, mesti bukan masa add math..die dah la punctual..tak sempat nak borak dgn member sebelah tentang keenakan breakfast pg tersebut..giler tepat pada masa dia masuk kelas..mengeluh je lah..makaih!!

kerana kecuakan yg mencapai tahap maksimum setiap kali En.Teh masuk mengajar, kami berusaha sehabis daya utk scor..alhamdulillah, walau tak dapat A utk add math masa SPM, aku tetap teruja dgn B3 (up sikit dari kuzer..ekeke)..tak ada lagi gred D ke bawah utk add math sekaligus membaiki kecacatan keputusan exam yg acapkali cacat kerana gred tercumell hasil kebijaksanaan terlampau aku dlm add math.

dan entry ni aku coret kerana En.Teh bakal meninggalkan SEMEKAR (sek.men. rawang bt.16) dan berhijrah ke sek men tengku abdul rahman Batu Arang..sek ni baru sahaja punyai subjek add math..maka sgt2 bertuah buat pelajar2 di sana kerana memiliki guru sehebat En.Teh..dan 1 kerugian besar lah buat semua warga SEMEKAR..

warga batu arang sgt berbeza dgn warga rawang..aku mendoakan ketegasan En.Teh tidak dibalas dgn tayar keretanya yg tiba2 pancit, cermin kereta pecah atau apa2 sahaja tingkah khianat pelajar2 yg tidak faham erti ketegasannya..

dialah satu2nya guru yg berjaya mencipta memori sepanjang hayat buat aku..


En. Teh bersama pelajar2 SEMEKAR yg bakal SPM tahun depan..

Pelajar2 ini buat jamuan kecil2an utk En.Teh pagi tadi..Dari riak wajah nya dan ketidaklaluannya utk makan, sudah cukup utk meneka keterharuan En.Teh terhadap majlis serba ringkas khas utknye..(tapi tak tahulah kalau sebenarnya En.Teh memang dah kenyang)

bak kata adik aku, alangkah bgusnya kalau En.Teh bertukar tahun depan..sempat die merasa belajar add math dgn En.Teh sampai SPM..tapi ape boleh buat...

pepun nak berjaya sebenarnya bergantung pada diri sendiri.. tapi untuk subjek ini, aku boleh kata bahawa bergantung pada diri sendiri je tak cukup..so perlukan daya penarik yg sgt2 menekan seperti kehadiran guru ini..tak perlu tuisyen pon boleh scor punyelah!! janji ada En.Teh..=)

serius, aku sedih la..so entry ni nampak skema lagi tenang je..

sekian

ana billah walillah ma'allah'

wsalam

Sunday, July 26, 2009

2 EnTrY

Salam to all..

Maaf sgt2 kat semua..lupe nak beritahu pada entry sebelum ni yg hp sy turut masuk ICU seperti hati tuannya nie..huhu..

jadi kebanyakan nombor2 telefon yg di save dlm hp tak dapat dikesan..nombor2 yg dalam simkad je sy ader.. plus, sehari sebelum kenduri ader beberapa maslh yg x dapat dielakkan..kwn2 msg pon, sy tak ley perasan samada dah jemput ke blm..maaf dgn sgt..maaf sgt2..

*buat anda2 yg punyai no telefon celcom sy iaitu 0192160507, sy dah tak pakai no ni ye..harap maklum..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni bermula diari baru dlm hidup sy.. maksudnya, sy nak buka lembaran hidup yg baru tanpa menoleh ke belakang..focus on my career, itu lebih utama..so far as a teacher & after tamat contract, bru sy terhegeh2 nak ambil lesen..dah 4x percubaan mengambil lesen gagal..

1) after tamat SPM...Gagal kerana sibuk kerja dgn kwn mak. then sambung belajar menjahit & ambil kelas komputer..
2) after tamat matriks...sibuk kerja gak..
3) dekat U..malas campur aduk study dgn kelas2 lain seperti memandu.
4) Tamat U...iaitu sekarang..tetap x ambil coz dah kerja gak..huhu..

sememangnya sy byk alasan utk tidak mengambil lesen...hahaha

tahun depan kembali sambung belajar untuk ambil diploma..insyaAllah..ramai gak yg pelik coz dah tamat degree baru ambil diploma..huhu..sy memang pelik..

after diploma, should be posting..maybe ke sabah, sarawak atau mana2 tempat di serata malaysia.. untuk tidak dipostingkan sesuka hati, sy akan bertindak menyambung pengajian lagi..hehe..mungkin kembali ke UKm.. menyambung hajat yg terkandas baru2 ini..tapi ini sume masih dlm perancangan sy dan keluarga..moge peroleh restu dariNYA..Amin..

last but not least, sy sedar sy insan biasa..tapi sy bukan lampin, polistrin, ato tisu pakai buang..tak dihargai tak mengapa, tp layanlah sy seperti sy manusia yg ada JIWA..

Ana billah walillah ma'allah
wsalam




Monday, July 20, 2009

KeNaPa PiLiH DiE.//..

Salam to all..

Tadi A (bukan name sebenar) telah pulang.. Pulang dgn keceriaannye seperti selaloo.. F (bukan name sebenar) juga setia menemaninya..Ku amati kedua wajah ini..

Cinta mereka pernah di halang dulu.. Tapi A tidak berganjak dari keputusannya utk memilih F. Aku sendiri tak faham kenapa..aku tak berapa clear dengan keistimewaan yg ader pada F.. hny A yg tahu..

Segala dugaan telah dilalui..And finally mereka disatukan..Walaupun mereka bersama hampir 7thn sebelum disatukan, dan aku sentiasa mengikuti perkembangan perhubungan mereka tp baru td aku sedari kenapa F sgt istimewa pada A..

Kesetiaan....Kesetiaan F tak dapat ditukar ganti..aku kagum..sgt2 kagum..cinta F pada A tidak bisa pudar walau 1001 halangan mendatang dan godaan bertandang..ini yg pernah dikatakan oleh A pada aku dulu..tapi aku buat tak kisah sbb pada ketika itu, aku sendiri tak kisah tentang cinta.

aku doakan kesetiaannyer terus utuh sampai bila2...biar A semakin membesar dgn sihat dan kuat(ehe) atau A punyai kisah silam yg mengecewakan F..tp F tetap begitu..semoga begitulah utk hari2 seterusnya..

jgn bila aku dah puji ni, esok2 F buat hal plak yer..:)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

*Aku jumpe kaunselor hari ini..meminta sedikit buah fikiran utk lebih tegar melalui kehidupan.. Aku ingin bertambah kuat mulai hari ini..:) byk perkara2 yg negatif pada diri aku telah aku campak jauh2..taubat nasuha la org kate..ehe..utk mencapai sesuatu yg lebih indah pada kehidupan yg mendatang..walopon sgt pahit & berat, tp mak kata aku jgn cepat melatah..Amin..