Monday, March 3, 2014

TriMeSTer PeRTama**

Assalamualaikum..

Sementara masih dalam ingatan, aku nak coretkan kenangan preggy di trimester pertama..

Bagi aku mudah je nak detect aku preggy..Sebab aku ada experience preggy dan keguguran sebelum ni..

Pertama : Aku akan buat benda pelik. (Contoh : niat nak buat breakfast, tapi boleh pula masuk  toilet pergi gosok gigi..sobs~ petanda utama..hiiii)
Kedua : Husband aku akan demam mengejut dan demamnya lambat kebah..

So, pertengahan tahun lepas bila berlaku 2 perkara ni, tak perlu fikir panjang. Pergi guardian ke watson beli pregnancy test kit. Mudah! Memang 2 jalur.. mulanya tak clear tapi hati sendiri mesti boleh rasa kan..So confirm! 

Maka bermulalah episod alahan trimester pertama..

Antaranya :
1- Gastrik serang semula
2- Loya dan kembung perut
3- Masa bulan puasa langsung tiada selera makan. Bersahur dan berbuka puasa hanya dengan cucur bilis (3 ketul) atau lempeng dan buah-buahan. Serius tak ada tenaga dan tak mampu berpuasa..;(
4- Tak gemar ayam dan nasi. (Tapi sebenar-benarnya, aku jadi tak gemar makan. Haaa, pelik gile. Selalu aku la juara jalan-jalan cari makan!!)

Tapi alhamdulillah tak ada pula muntah-muntah atau mengidam apa-apa. Daging rusa ke landak ke..syukur sangat.. sebab selera makan memang ke laut..:-(

Masa-masa ni banyak kali juga aku keluar masuk klinik sebab tak tahu aku ni alahan preggy atau gastrik teruk. Doktor pon confius. huuu.. Aku makan juga ubat gastrik dan siap pergi berurut lagi.. Masa aku gugur sebelum ni aku tak pergi berurut pun, so dah preggy semula baru nak berurut..gila kental dan slumber berurut masa mengandung!!~  

Dan masa trimester pertama ni gigi mula sakit..biasalah aku tak minum susu.. dah tentu baby nak grow perlu kalsium. Maka masa ni lah kelam kabut belajar minum susu. Gigih juga pergi jusco cari anmum yang mango flavour  sebab sesuai untuk preggy women yang loya.. sekali minum terasa juara dunia sebab berjaya habiskan 1 gelas.. Tapi selepas tu, tiada lagi percubaan minum susu.. Susu terbiar sepi.. :'(

Yang peliknya bila kerja, aku berjaya control segala kelemahan dan ketidaklaratan dengan agak baik (Even tak ada energy sebab tak makan. Body pon dah lose weight around 5kg).. Tu suami suruh pergi kerja. Sebab kat sekolah tetap jadi superwoman. Hihi. Sampai rumah terlentang melepek dan tak bermaya..:'(
Sebulan lebih juga aku macam mayat hidup kat rumah.. Tapi aku tetap pergi kerja.. No MC, no cuti!! Dan yang pasti tak ada siapa dapat detect aku preggy dan sedang melawan segala alahan. *sebab depan orang/student/kawan, aku tetap cool** heh!Suami pun duk urus diri sendiri. Hari-hari ke Bazar masa bulan puasa. Aku tak masuk dapur langsung dah...

Masuk je syawal, alahan beransur hilang.. lega.. Masa ni ada selera makan semula walau tak la seselera masa tak preggy. But at least ada rasa nak makan nasi..malangnya makan campur-campur, diarrhea la pula pada raya ke 2 dan ke 7 sampai rasa nak boikot open house..huuuu.. So terpaksa jaga makan..Habis syawal baru berat badan naik 1 kg. Huuu..

Masa kandungan 3 bulan, aku dan suami mula searching klinik yang bagus untuk check up tiap bulan. Maka kami memilih klinik keluarga di Sg. Buloh. Alhamdulillah, doktor perempuan yang sangat lembut dan memahami. Doktor Nik namanya.. Kali pertama pergi check kandungan, aku terus buka buku preggy di klinik ni.. 

 Tamat cabaran trimester pertama..fuhhhh..

Apapun sangat bersyukur sebab preggy woman yang lain dan even kawan-kawan aku pon ada yang sampai warded sebab muntah-muntah dan dehydrate. Aku tak sampai macam tu..Alahan biasa walau pun aku rasa nak tempuh tu dah separuh nanar.. sobs~

Sambung kemudian ye..
Sekian.. 

No comments: