Thursday, February 25, 2010

EnTRy MaCaM DiARi

salam to all..

yihaaaa..rase macam baru keluar penjara..hoho.. tak adalah, aku kat JB macam biasa lalui kehidupan luar biasa bagi insan biasa macam aku. aku tak faham apa yg aku type ni sebenarnye..

ok..selesai cuti seminggu kat rumah, aku bercita2 kembali ke JB tanpa menaiki bus. so tunang aku akan anta. siap die ambil cuti hari isnin, beselah JB bukan belakang rumah aku. tapi mak ayah aku tak sampai hati tgk incik kuzer penat hantar aku jauh2. hantar pagi dan balik malam. malamnye die akan drive balik sorang2, so finally terpaksa aku decide naik bus jugak. tapi makaih, barang2 aku banyak giler. macam baru nak mendaftar kat sini. so kuzer aku ikut sekali. tak sampai hati die tgk aku terkedek2 punggah barang ke JB. tengs yunk!

pagi2 ahad(21feb) aku & kuzer gerak ke pudu, tiket pukul 7.30. naik bus terus tidur. rase cepat giler sampai.. dalam pukul 1 dah settlekan barang2 kat asrama. bus kuzer balik ke KL pukul 6.30. so kami decide tengok wayang kat city square JB before kuzer balik. tengok cerita wolfman. best jugak. tapi biasalah, aku kan lemah sikit paru2 tengok cerita2 macam tuh, so agak seram2 kuku juge.

then jalan2 sekejap b4 gerak ke terminal Larkin. hujan maha lebat petang tuh. selebat air mata aku turun menangisi nasib diri di perantauan sebelum ditinggalkan tunang tersayang. wahh! akukah yg menaip ni?? tp serius, aku touching giler masa tgk kuzer balik. rasa nak ikut sekali. huahua..bukan sedih apa, tapi rasa tak mampu tempuh cabaran belajar kat sini sorang2 tanpa ibu bapa tercinta dan kuzer sendiri. tp kene redah jugak lah..

then incik azam dan miss zalina hantakan aku balik ke kampus. malamnya aku bersiap sedia untuk pergi camping esoknya. ade program bina insan guru (BIG). dah lama tak berkhemah. so rasa kekok jugak..4 hari 3 malam pulak tuh..dan hari ni, dah tamat pon kem BIG. hasilnya, muke & kaki aku burn giler. kaki yg paling tak tahan..dari buku lali ke bawah dah macam kaler telur pindang johor. juz imagine..OMG!! semuanya gara2 aktiviti air yg dijalankan (renang + menyelamat selama 4jam)..panas terik..oho

nanti aku post entry berkaitan kem BIG aku ye..plus upload gambar2 menarik sepanjang 4 hari. tunggguuu.=)

wassalam

Thursday, February 18, 2010

SaYa SaNGaT PeNaT

salam to all

dari jumaat lepas aku balik, hingga hari ni aku tak lekat kat rumah lagi. asyik keluar je ke shopping mall, for dinner, lunch, jalan2, carik barang etc..dan rasenye2 sepanjang 6 hari aku kat rumah, aku dah berhabis hampir 3k. hurmm..ape boleh buat!! sob2x..kopak lah lepas neh!

jumaat
sampai rumah pukul 1 pagi

sabtu
mid valley, lowyat

ahad
dinner at sungai choh

isnin
balik kampung
parkson

selasa
sogo, jalan TAR

rabu
lowyat, sg.wang, timesquare, petaling jaya

khamis
.....

jumaat
.....

sabtu
......

ahad
balik JB..hoho..cepatnye mase berlalu..

hari ni aku sibuk duk survey printer. dapatla aku capai 1 printer jenama hp. then akhirnye dapat jugak aku beli swimming suit. hoho. cik pearl nak pakai swimming suit????? aku sendiri tak percaya. ni semua gara2 Kem Bina Insan Guru yg aku kene join after cuti ni. semua guru pelatih kene beli suit renang. mak aih!! tensi2. ni suit yg muslimah punye lah. bukan BIKINI ye. opss. dah lah aku nak pakai sehari je tapi kene beli jugak. disebabkan dah ada suit ni, mungkin aku perlu berhobikan renang pula selepas ini bagi memastikan suit yg aku beli tidak sia2.

aku sangat penat utk ini semua...

*Utusan & Kosmo = semua guru baru akan posting ke kawasan pedalaman dalam jangka masa 3 tahun. so ramai classmate aku pakat nikah tahun ni. aku? nak kawen jugaklah camni..mmm kalau dah nikah then posting jauh jugak macamana????

wassalam

Sunday, February 14, 2010

BeBeLaN DeMi BeBeLAn

salam to all

cepat rasenye hari berlaloo kalau kat rumah ni. seminggu macam sehari. kalau kat tempat belajar, sehari macam seminggu. lol!

jumaat lepas dgn semangat kamikaze nye aku ke terminal Larkin. roomate aku teman. biasalah 1st time nak naik bus sorang2. selalunye belaja dekat, naik komuter je rutinnye. sekali dapat JB nun. gelabah gak la. member2 semua balik tak sama waktu. so redah je lah sorang2. tiket pukul 5 tapi bus gerak pukul 6. makaih! jalan agak sesak. R&R pon penuh. bus yg aku naik pon slow je geraknye macam bawak muatan lebih had. nak tidur, mata agak degil tika itu. bajet pukul 10 sampai, tapi 12 lebih baru sampai pudu. sesak giler kat pudu. mula menyumpah2 dalm hati.

tunang aku tunggu penuh sabar. Dengan hp aku yg kehilangan tenaganya tanpa bateri. menyumpah aku lebih sikit dari selalu. sumpah aku menyampah dgn diri sendiri. at last, sampai rumah pukul 1 lebih. alhamdulillah selamat sampai. (ye la naik bus dua tingkat! glurrpp! )

hari sabtu dah berkejar ke lowyat lak. pekena laptop baru. alasan aku nak laptop kicik sikit, senang nak heret pergi kelas. cume printer tak dapat beli. petang tu dah kelam kabut cina2 tutup kedai mahu makan besar. so plan pergi semula rabu depan. before balik singgah mid valley. rindu giler nak makan kat tempat kegemaran aku, laksa shake. waaahh! lepas hajat. (ni hajat suci murni ye. bukan hajat kat bilik termenung tu. ops!)

dan hari ni balik kampung & malam sempat menyinggah ke parkson. sampai sekarang belum ada peluang merehatkan diri. sama je rushing nye dengan kat maktab. huaaa. rindu mahu tidur melebihi 5 jam.!!!!!!!!!

*tak sangka dapat jumpa cik aishahumairah kat terminal larkin. tapi tak sempat berborak panjang, sibuk ngejar bus. maaf ecah. ade rezeki, kita gather ok.=)

Thursday, February 11, 2010

NaDiA - MuTiArA

Salam to all

mm cam lame je aku tak update kan?? bz bangat!! so dlm seminggu, mungkin 1,2 entry je aku dapat publish. kalo dulu, mahu sampai 2,3 entry satu hari. sob2x.

ok, tak ade apa nak dikongsikan selain aku nak paste kan lirik lagu Ada Band. tajuk lagu 'NADIA'.. mm sebab tu aku teruja. =) dah banyak lagu2 yg kita dgr menggunakan nama perempuan sbgi fokus utama & tajuk macam maria, farhana, zakiah dll. n now barulah muncul nama aku. hehe.

yg tak tahan tu, lagu ni dikaitkan dgn mutiara..=) kalaulah lagu ni dinyanyikan oleh band ungu, lagi syiokkk ! sesuai dgn pearlnedya..=) kan2?


Ada Band – Nadia


nadia..
kau keindahan wanita
pujaan setiap pria
seluruh dunia kau gapai
tetapi dirimu kini terhanyut
di lautan kesedihan
sadar tinggalkan dirimu yg sudah
merasa raih segalanya

memang takkan semudah dirimu
balikkan telapak tangan
kadang kau pun harus merasakan
pahit manisnya dunia

ku ingin bawamu dng nyanyian
ombak dan nyiur di pantai
kan ku bisikkan cinta

nadia..
ku damba kau sejak dulu
yakinlah pada diriku
kau hanya sebutir mutiara indah
di tengah luas samudera

ku kan menjadi sang pangeranmu
yg ada dalam mimpimu
bahagiakan dirimu selamanya
dalam kasih abadi

*tp ade gak part2 yg aku tak faham dlm lagu nie..haih!

**esok aku balik ke tanahair sempena cuti raya cina.. yeayy!!

wassalam..

Thursday, February 4, 2010

CikGu Ohh CiKgU

Salam to all

hari & minggu yg sgt penat. semalam aku lari pusing padang 6 kali, manelah tak lemah gemalai otot2 aku yg sedia longlai. dikhabarkan pulak oleh pensyarah aku, april ni ade byk kursus kene sertai. kursus kepegawaian olahraga, kem bina insan guru, pengakap & hoki. wallamak, otot yg longlai gemalai kian terkulai.

target = multiskills & multipurpose teacher. ok. sila bersedia dgn redha bertambah pasrah sekarang!

seperti biasa, asignment bertambah tanpa berkurang setiap hari. apepon, ni bukan mase utk cakap pasal asignment, cume nak khabar kisah aku di perantauan.

ramai gak yg tak tahu aku tercampak kat johor bahru skrg. after aku grad bulan 8, aku menganggur penuh dedikasi kat rumah. nak sambung master, KPM tak benarkan coz aku terikat dgn perjanjian. aku kene sambung DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) dalam perjanjian tu. tapi disebabkan DPLI dah dibekukan (diambil oleh KPT), kami yg under KPM ni di transfer ke KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah). maka 18hb jan 2010 aku berdaftar di sini, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim JB.

sehari sebelum mendaftar (17 Jan), aku dah gerak ke JB. tak ramai yg hantar aku pon sebab daftar hari isnin. hari sekolah kan, so adik & my sis tak dapat hantar. yg pergi cuma ayah bonda dan tunang aku aje. then kami decide tidur 1 malam kat apartment UTM. dapat jumpe incik azam sekali. Die arrange semua di sana. siap bawak round-round area maktab aku supaya dapat cam jalan utk mendaftar esoknya..so semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

sehinggalah aku berdaftar pagi tu..rase nak meraung jugak tgk semua balik & tinggalkan aku kat sini. 8 bulan duk umah, tiba-tiba kene berpisah. OMG!!. Bak kata pengarah kampus 'macam masuk darjah 1 lagaknya'..huahuah..

seminggu pertama macam biasa lalui orientasi. wallamak, tensi tahap tupai jatuh tanah. hari2 bikin kuzer pening. 'nak balik lah', 'nak quit lah' dan segala2nya. dan yg pasti masuk sini tak digalakkan berkawen. so semua planning ke arah itu ditangguh sementara. sesiapa yg merancang berkahwen masa pengajian, diminta jumpa kaunselor kami di sini. dapatkan kebenaran dulu. huhu. dahsat2. kene minta permission sebab banyak kes sebelum ni libatkan suami / isteri serang kampus sebab suami / isteri mereka yg belajar kat sini sibuk sampai tak boleh balik. so mereka salahkan kampus. tu sebab pasangan yg nak kawen kene jumpe kaunselor, pihak kampus nak jumpa utk terangkan tahap kesibukan & keadaan kami disini. kami tak sebebas seperti belajar di Uni. sgt2 sibuk, so kalo berkahwin belum tentu boleh balik setiap minggu. jadi wahai suami isteri di luar sana, sila bersabar dan tidak menyerang kampus kerana suami / isteri kamu tak balik!

dan skrg dah 2 minggu aku ikuti kelas. perkara paling standard di sini adalah ke mana kami pergi, kami akan dipanggil cikgu. masih janggal dan sedikit kelakar.

situasi 1 = aku main hoki. ade silap teknik. lecturer aku kata 'cikgu, bengkokkan sikit badan supaya senang nak pukul bola'.. (hurmmm, lecturer pon panggil cikgu)

situasi 2 = aku kat cafe nak bayar harga makanan.. 'berapa cik??' jawapan makcik cafe 'rm 3.50 cikgu'..
(hurmmmmm)


Situasi 3 = aku kat koperasi..kat kaunter nak bayar barang2 yg aku beli..'ni aje cikgu?' kate pakcik koop..( hurmmmmmmmmmm)

ini di dalam kampus. di luar kampus pun beginilah keadaannya. mereka dah kenal yg kami pelajar maktab..

situasi 1 = kat kedai makan, 'nak makan apa cikgu?'

situasi 2 = kat kedai fotostat 'berapa keping cikgu nak fotostat?'

situasi 3 = aku nak melintas 'cikguuuu!!!!' jerit anak muda dlm kereta. (sebaya aku kot!)

so...dah biasa kini..1 fenomena yg mungkin tak dirasai oleh pelajar2 pendidikan IPTA. ia kan??

bak kata lecturer aku, gelaran cikgu sgt istimewa berbanding kerjaya2 lain. ia akan berterusan hingga ke tanah perkuburan. kalau kite seorang jurutera, di tanah perkuburan, kita tak dengar org kata 'ni la kubur jurutera nadia'..tapi kalau kite seorang guru 'inilah kubur cikgu nadia'..logik kan??

ni lah semangat2 lecturer kat sini nak pupuk minat & cinta kami dlm profession ini. dan aku sedang belajar utk itu..(siap bg contoh sampai ke tanah perkuburan yg tak tahan tuh. isk2)

wassalam..