alhamdulillah..selesai jugak majlis kahwen akak aku belah suami nyer kat pahang..(29/3/09). malam sebelum bertolak, hati aku cam tak bape nak sedap..tambah lak fikir masalah kesihatan yang akak aku hadapi..plus masalah hati mak aku yg tak bape nak tenang mengenangkan anaknya.
akak tak sihat + mak tak tenang = aku pon naik biol
perjalanan amik masa lebih kurang 3 jam utk sampai ke jengka 16. lebih kurang 5 buah kereta bertolak iringi akak aku. aku cam bese la, naik kereta family termasuk my kuzer. die yg drive..
perjalanan nmpak lancar. tapi tak tahu nape bila kuzer bawak lebih 100km/h je, nyawa aku macam nak melayang. padahal kat highway. family aku relax je, aku yg gemuruh macam nak pergi temuduga..
masuk area jengka, seronok jugak..yela, kawasan kampung..tenang..tapi bila aku dah mula tenang, jadi plak detik2 yg mencemaskan. kereta kami membontoti sebuah traktor. besela, trektor tak ada signal. pakai tgn je nak ke kiri ke, ke kanan ke.. kereta depan kami selamat je memotong trektor tu..tapi bila time kami potong, trektor tu nak belok kanan rupenye.. nasib trektor tu ke kiri semula. kalo die teruskan niat murni die, alamat kami sekeluarga berada di hospital jengka..nauzubillah..
hati aku mulala tak sedap..tapi terpaksa la buat2 cool..kawasan umah kat jengka ni agak tak tersusun. atas bukit, bawah bukit, tepi bukit, antara bukit, semua ada rumah..dalam sibuk2 nak arak pengantin, kereta ayah aku dilanggar oleh kereta pak teh aku..bergesel sikit je la. tapi sebelum bergesel tu, mcm2 aksi menyeramkan berlaku..dalam Allah lindungi perjalanan kami dari ditimpa musibah dgn trektor tu, Allah tetap datangkan ujian. Mungkin dah janji Allah..Ape pun aku bersyukur, sekurang2nya Allah timpakan kemalangan kecil berbanding kemalangan besar.
sampai je bawah khemah pengantin, satu lagi ujian tiba..bekalan air & elektrik tak ada. pengantin pon bermandi peluh..ala2 pengantin baru pulang dari membajak sawah. tapi makan memang sodap.. masakan kampung..sedap sampai menjilat jari..ehe
dalam kul 2, kami gerak pulang ke umah. tinggalla akak aku yg kami sekeluarga kasihi. sedih tinggalkan die dalam keadaan sakitnya. risau hati kami..:(
perjalanan balik diiringi hujan lebat. kuzer memandu dengan tragis + sumpah seranah dalam hati sbb 1 family aku tidur. ekeke. tapi alhamdulillah, selamat sampai..
wsalam