
Timbalan YDP Kawasan menyampaikan Sijil Cawangan kepada Timbalan Cawangan
Ajk Cawangan
Salmah Mat Husain & Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.
“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008. “Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta. ”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum. Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti. Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan. Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti. Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak. “Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya. Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan. Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas). Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan. “Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya. Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore). Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai. |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perubahan itu tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.
PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.
PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.
Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup. Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan. Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tetap prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain. Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut. Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut. Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu. |
Keadaan dalam Mahkamah yang terbahagi kepada tiga tempat duduk, satu bahagian di duduki oleh rakan media, satu tempat ditengah oleh ADUN dan penyokong BN dan sebelah kanan tepi dinding oleh ADUN dan penyokong PR.
Ahli Parlimen dan ADUN PR yang berada didalam mahkamah setakat ini ialah Ds. Nizar, YB. Lim Kit Siang, Dato' Ngeh, YB. Lee Boon Chye, YB. Khalil, YB. Zainuddin, YB. Chan (Simpang Pulai), YB. Tai (Kuala Sepetang)
Saya Alhamdulillah dibenarkan masuk apabila dibenarkan oleh Pihak Mahkamah dengan bantuan dari Dato' Ngeh. PR dibenarkan menambah seramai 5 orang ADUNnya masuk.
http://politikbanjar.blogspot.com/
Perkarangan mahkamah mula dikerumuni oleh orang ramai seawal jam 7.30 pagi. Shot depan pintu mahkamah. Untuk mendapatkan liputan langsung sila aktifkan Cover It Live anda. 8.30 pagi kita mula berlangsung terus dari mahkamah.Kawalan amat ketat. Tak percaya ?
Kumpulan Pewaris yang turut hadir. Harap tak buat kacau..! Wa caya lu..!!
Barisan peguam mula dibenarkan masuk. Peguam Ds.Nizar dari PR : Hanifa kelihatan masuk ke kamar bicara. 9.40 kelihatan Peguam Negara Ghani Phatail masuk ke kamar bicara.
Salah seorang yang saya temui antara mereka berkata "RM20 sahaja". Itulah ucapan seorang remaja yang berkumpul dengan baju kuning.
Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk, selain itu seorang dari anak lelakinya juga dibenarkan masuk.
Itulah ketatnya kawalan Mahkamah pada hari ini. Semua yang hadir sekarang dalam keadaan senyap berada diluar pintu masuk utama.
Jemaah solat hajat masih meneruskan solatnya.
Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.
Sekiranya maklumat ini benar, adakah keputusan pada hari ini lebih dahulu diketahui oleh Pihak BN??????
Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.
Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.
Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.
Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.
Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk.
Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.
Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.
Orang awam dan media masih di lobby, gate untuk ke atas kamar diblock..TAPI YB dan penyokong Kerajaan Haram (KH) dibenarkan naik.. dimaklumkan 8.45 kamar dibuka..
Ramai YB Kerajaan Haram berada didalam..kedengaran Amidah ular mengatakan kepada saya "Khalil turun pangkat jadi media". Tak apalah Midah, apa pun ok, asal jangan buat keje yang tidak betul. Macam hari ini semua jadi susah kerana kerja haram BN rampas kuasa di Perak.
Sekitar 50 orang lebih remaja belasan tahun dengan baju seragam kuning dengan tulisan 'Daulat Tuanku'. Mereka semacam pelajar sekolah ??
Tentunya mereka datang bukan percuma dan mendapat habuan dari pihak tertentu.
Walaupun agak awal datang saya cuba berbaris dengan rakan media untuk mendapatkan pas masuk,barisan yang lain dikalangan orang awam dan kebanyakkannya ADUN BN.
Peraturan yang ketat pada hari ini menyebabkan saya tidak dibenarkan untuk mendapat pas masuk. Barisan yang saya tunggu hanya mereka dikalangan rakan media yang ada senarai nama yang diserahkan lebih awal.
Namun saya mendapat bantuan dari seorang rakan yang memperolehi kad, katanya dia berbaris sejak jam 7.00 pagi lagi.
Segala maklumat akan disalurkan kepada saya dan akan dihantar ke blog bagi tatapan umum.
Jam 7.40 minit tadi rombongan dari PAS Lenggong seramai 35 orang yang menaiki bas sampai di Mahkamah. Mereka menaiki bas dengan bayaran cuma RM10 seorang. Mereka berangkat dari Lenggong jam 12.30 malam tadi.
Disamping rakan media dan pemerhati lain, namun kelihatan mula sampai orang-orang awam yang juga datang untuk mendengar sama keputusan yang akan diumumkan pada hari ini.
PUTRAJAYA : Keadaan pintu utama masuk ke mahkamah Putrajaya mula ramai dikalangan rakan media yang menunggu awal dan dikalangan ADUN.
Saya mungkin ADUN Pakatan Rakyat yang pertama datang,namun kelihatan sekitar 4 ADUN BN yang hadir awal termasuk Ganesan.
Saya berbaris bersama dengan rakan media dan menunggu untuk mengambil pas masuk sebagai memenuhi prosuder biasa untuk masuk mengikuti proses pengumumam keputusan kes MB Perak pada hari ini.
25 Safar 1431H.