Yey yey.. barang udah sampei....

alkisahnye aku dok window soping secara online mencarik breastpump.. pehtu terjumpak la leggings, tights baby yg cantik2.. aku dah try carik kat medin laa jasko laa tapi memang tak jumpak menatang ni.. pehtu rege online pun berbeza2.. paling tinggi aku nengok org cas sampai 19.90... mak ai.. bek aku beli inner aku klu centu.. hikhikhik.. ni ler rupa menatang legging tu..
aku beli borong teruih 12 keping.. dapatla satu pattern 3 saiz.. 6-12mth, 12-18mth, 18-24mth... stok sampai semalam kat opis, 4 keping dah jalan... balik umah iman buat rete sekeping... dia panggei menatang ni seluar stokin.. ni ler rupa dia pakai.. sib bek la mamat ni kecik.. masih leh muat lagi.. tu pun dah nampak macam clown jek... siyes laa klu da beso buruk la budak laki pakei legging... hahahaa...
sapo2 nak order sila roger2 yer.. aku juai RM15 sekeping.. selain tu ada gak order brg2 baby yg lain... plan nak masukkan kat kedai online aku... sekarang ni keje dok mempromote kedai tu je ler... tu yg bizi cikit nak hapdet blog... (ahlasang! ngeeee).

Si Hensem dan Si Buruk

Alkisah tersebutlah pada suatu zaman di sebuah kerajaan yg letak duduknya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan, Raja telah melantik dua sahabat untuk menjadi pengawalnya yg setia. Yang satu tu sangatlah hensem paras rupanya, manakala yang satu lagi biasa2 jua adanya. Penduduk2 di kerajaan tersebut menggelarkan mereka dengan nama Si Hensem dan Si Buruk.
Arakian Si Hensem terserlah kesombongannya kerna paras rupanya yg hensem dan menjadi kesayangan Raja. Dia sering dijemput untuk menaiki kenderaan diraja dan turut serta di Balairong. Akan Raja pula tidak segan silu langsung apabila dilihat berada bersama2 dengan Si Hensem. Melonjak2lah kegembiraan dan kesombongan Si Hensem malah dengan sesuka hati menjerkah dan mengherdik penduduk2 di kerajaan tersebut tanpa henti.

Manakala Si Buruk pula seakan sedar akan rupa parasnya yg buruk sangatlah mesra alam dengan sesiapa jua sementelah Raja pula sudah langsung tidak menghiraukan dirinya. Persahabatan Si Buruk dan Si Hensem menjadi getir sehinggakan pernah bergaduh sehingga mencederakan masing2. Maka Raja telah menitahkan agar mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun panas yang diharapkan oleh Si Hensem sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Entah mengapa tiba2 Raja lost interest.. hilang minat untuk melayani kerenahnya lagi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Tiada lagi kunjungan diraja, tiada lagi menaiki kenderaan diraja, tiada lagi makanan mewah, tiada lagi merasa duduk di Balairong beraircond. Terdiamlah Si Hensem mengenangkan nasib dirinya yang sudah tidak dipedulikan meskipun paras rupanya masih lagi hensem.

Si Buruk pula dek kerana kemesra-alamannya, adakalanya dilepas bebas tanpa pemerhatian. Namun lain nasibnya dengan Si Hensem dek kerana ke-eksen-annya dia sentiasa terkurung, hingga satu saat penduduk2 di kerajaan tersebut menyangkakan mereka sudah tidak wujud lagi.
Adapun, inilah rupa Si Buruk...
Dan ini pula rupa Si Hensem...