Sunday, January 15, 2017

Retreat KAMI...Sg.Lasir,Kenyir.

Hari ke 3...!

  Tamat sudah Retreat KAMI yang berkampung di Sg.Lasir,Kenyir 3 hari 2 malam.Berbagai pengalaman dan kenangan yang terpahat di hati masing-masing.Ukhuwah yang terjalin antara satu sama lain amat kukuh dan rapat.
  Sebelum meneruskan pelayaran berlepas pulang,peserta menerima sijil penyertaan masing-masing dan hamper.








  Peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan penganjur program dalam pelayaran pulang ke Pengkalan Gawi.










  Segala kenangan yang terpahat akan kekal dalam lubuk ingatan...sekian!

 Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, January 14, 2017

Retreat KAMI...Sg.Lasir,Kenyir.

Hari ke 2...!

  Peserta dikejutkan dari lena mimpi seawal jam 4.30 pagi untuk berqiam dan tahajjud sehingga waktu subuh.Selepas solat subuh berjamaah,dihidangkan kuliah subuh oleh pengarah program, Nazmi Ghazali.



Selepas sarapan pagi aktiviti penerangan teknik-teknik penulisan berita disampaikan oleh Editor Harakah,Wan Nordin Wan Yaakub.Banyak input berguna yang diterangkan oleh beliau.






Tengah hari makan disediakan oleh muslimat yang bertugas.Menu nasi putih berlauk ikan bakar ,budu dan ulam disediakan untuk mengalas perut peserta.






Selepas makan tengah hari aktiviti ditangguhkan untuk solat qasar dan jamak serta rehat.Peserta diberi kebebasan untuk menikmati keindahan dan kedinginan air terjun Lasir.Peluang ini diambil untuk berendam dan mandi manda sepuas hati.






Selepas acara bebas,peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan diberi beberapa tugasan untuk membuat liputan berita semasa.Peserta menempuh denai,jalan licin dan jambatan gantung untuk mencari objek cerita yang menarik.







Selesai tugasan mencari objek berita,peserta terus membuat suntingan berita ringkas.Setiap berita perlu dipersembahkan dalan bentuk slideshow untuk penilaian Editor Harakah. Tiga berita terbaik akan menerima hadiah hamper sumbangan penganjur program.





  
Selesai program retreat hari kedua...semua peserta kepenatan tak terhingga!!!

Adiosss...Graciasss...!!!




Retreat KAMI-Sungai Lasir,Kenyir.

  12 January 2017.        
     
    Hari Pertama...!
     
    Pukul 12.45 tengahari turun dari rumah ke Taman Rakyat untuk mengambil Tuan Shafei dan Nooreni Abu Bakar untuk ke program Retreat KAMI di Tasik Kenyir.Cuaca amat baik dan cerah hari ini biarpun tengkujuh belum lagi berlalu.Perjalanan dari Dungun meredah LPT 2 ke Ajil,Kuala Berang amat lancar tanpa sebarang gangguan hujan.Singgah di Masjid Kg. Matang untuk solat jamak sebelum meneruskan perjalanan ke Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir.Tiba di Pengkalan Gawi pada pukul 3.15 petang,hati begitu teruja bila melihat deretan rumah bot ( houseboat ) sedang berlabuh di pinggiran tasik.
   Selepas memunggah barang-barang ke dalam perut bot dan menunggu ketibaan peserta yang lain,penulis mengambil peluang meninjau di sekitar.Panorama amat memukau air yang hijau dan langit yang membiru,membuat mata amat terpana.


                                                     Ketibaan peserta.




   Selepas ketibaan semua peserta dan pendaftaran,ucapan pengarah program terus bergema.Beliau mengalu-alukan kehadiran peserta dari seluruh Terengganu.Majlis pelepasan disempurnakan oleh ADUN Bukit Payung,Ustaz Mohd Nor Hamzah.Beliau meminta semua peserta Retreat KAMI memanfaatkan ilmu yang dicurahkan untuk perkembangan perjuangan Islam.


                  Pengarah program Nazmi Ghazali sedang berucap.                                         
                 Ustaz Mohd Nor Hamzah merasmikan program Retreat KAMI.
     
   Tepat jam 5 petang bot beransur-ansur meninggalkan Pengkalan Gawi.Sepanjang pelayaran,kami disajikan pemandangan Tasik Kenyir yang indah.Perjalanan ke Sungai Lasir mengambil masa 2.30 jam untuk tiba ke sini.







    Jam 7.30 petang kami tiba di lokasi berlabuh di Sungai Lasir.Persediaan untuk solat jamak berjamaah dilakukan oleh peserta.Sebelah malam diadakan sessi taaruf antara peserta disamping bbq ayam dan makan malam.







  Sessi pelayaran hari pertama tamat jam 11.30 malam dengan penuh keletihan...!
Sambung hari ke 2...!

 Adiosss...Graciasss...!!!