#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 30 January 2013

#RCI Sabah : Jangan Dipinggirkan Mereka Ini


Untuk kali ini, MyMassa hidangkan poster Pemimpin-Pemimpin Pembangkang yang harus dihadapkan ke RCI!




Pencacai Pakatan, jangan cuba nak spin plak. Kalau nak bangkang pun cuba bagi fakta. Jangan jadi macam lembu dicucuk hidung. Asyik angguk-angguk saja!

Kredit to MyMassa

Tuesday, 29 January 2013

Tiada Iktibarkah Dari Kisah Nasib Melayu Singapura?



Penghapusan Kampung Melayu oleh PAP (People's Action Party) adalah salah satu cara untuk menghapuskan indentiti melayu di Singapura.

Monday, 28 January 2013

#RCI Sabah : Kerajaan Sedia Ambil Tindakan - Peguam Negara


TAWAU: Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.

Sunday, 27 January 2013

Medan Politik Untuk Kutuk Melayu?


Print screen di bawah adalah dari sebuah fan page pro DAP yang tidak habis-habis mengutuk dan menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang menyakitkan hati adalah sikap yang memandang rendah kepada bangsa mamak. Cara mereka meletakan ayat itu semacam mereka itu hebat sangat la kononnya.

Wednesday, 23 January 2013

Isu Kalimah Allah : PAS vs Pakatan


PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Tak Bolehkah Berpakat Demi Melayu & Islam?

Surat Kepada Pemimpin Ulama


Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.



Kepada Yang Dihormati,

YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

Monday, 21 January 2013

Kenalkah Siapa Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok?

Amanat Dato' Mursyid Diraja
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
Kepada Bangsa Melayu


Oh Bangsa Kami Melayu Handalan
Hendaklah Kita Bersatu Simpulan
Menyatu Kebangsaan Ambil Kawalan
Kerana Watan Hidup Berkekalan

Kalau Bangsa Kita Tiada Bersatu
Bangsa Yang Lain Kelak Meluru
Hak Kita Mereka Hendak Melatu
Akhirnya Melayu Tiada Bermutu

Bangsa Yang Lain Semakin Tumpat
Mereka Mendesak Bertambah Rapat
Hak Kita Mereka Hendak Mendapat
Jikalah Kita Tiada Bersatu Cepat

Halaukanlah Inggeris Durjana
Di Tanah Melayu Membuat Pesona
Anak Watan Kita Dah Hidup Merana
Di Negeri Sendiri Kitalah Dihina

Hapuskan Malayan Union Hapuskan Segera
Kembalikan Sultan Ke Atas Takhta
Daulatlah Raja Daulatlah Negara
Supaya Hidup Tiada Sengsara

Hidup Melayu, Merdeka, Merdeka
Janganlah Lalai Janganlah Leka
Korbankan Jiwa Pertahankan Pusaka
Bangsa Melayu Ditimpa Mala Petaka

Dinukilkan Dalam Bentuk Sajak
Yang Dibuat Khas Oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
Yang Dilaungkan Murid-Murid Sekolah Semasa
Perhimpunan Menentang Malayan Union
Pada 30 Mei 1946 Di Padang Court, Alor Setar

Siapakah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok? >>KLIK SINI<<

Sunday, 20 January 2013

Murtadkan UMNO Seperti Ikhtiar Terakhir Menjelang PRU-13


PAS kembali akur dan kembali bertaut kepada realiti - undi Melayu adalah tiket utama dalam menjamin kelangsungan politiknya ke arah memenuhi cita-cita menakluki Putrajaya. 

Bagaimanapun, ibarat perlawanan bola sepak yang memasuki waktu kecederaan, PAS menyumbat gol sendiri apabila mencetuskan polemik baru dengan memanjatkan doa menghancurkan UMNO dan BN, selain memurtadkan UMNO kerana didakwa menolak Islam. 

Tahap kematangan pengundi Melayu menjelang PRU-13 tidak boleh disamakan dengan 1981 apabila timbulnya isu kafir-mengkafir oleh Presiden PAS ketika ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Banggol Peradong, Terengganu. 

Hasilnya, timbullah Amanat Haji Hadi yang antara lain menyumbang kepada perpecahan dalam masyarakat sesama Islam dan mengambil masa bertahun-tahun bagi memulihkan keretakan itu, walaupun tidak sepenuhnya. 

Dalam pada PAS lantang mendakwa perjuangannya semakin diterima golongan bukan Islam menerusi pendekatan ‘PAS Untuk Semua’, parti yang berpaksikan kepimpinan ulama itu dilihat rakus mengelirukan umat Islam menerusi pelbagai tindak-tanduknya.

Friday, 18 January 2013

Santai : Sendiri Timbul Isu, Lepas Tu Sorok Tangan?


Santai di pagi Jumaat

Tokong Penang ni yang mula timbulkan isu, dah tu lepas tangan je biar Melayu dalam PR dok gaduh sesama sendiri.. jadi, fikir-fikirkan bersama.. 

Tok Kenari: Memang tepat dengan ungkapan, "Melayu sama Melayu gaduh, bangsa lain tengok tepuk tangan"

Thursday, 17 January 2013

Listen! Listen! Listen! Wahai Bawani KS


Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma : 

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

Wednesday, 16 January 2013

Panduan Sambutan CNY, Kenapa Perlu Hina Agama?


Kerajaan Negeri Kedah telah mengeluarkan panduan bagi Sambutan Tahun Baru Cina di Kedah.. setelah banyak aksi tarian lentok & tarian tiang di pub-pub dan kelab-kelab malam yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Kedah, sekarang aksi persembahan perempuan sempena perayaan pula dilarang secara terbuka.. takut jadi persembahan tak cukup kain kot macam di Pulau Pinang?

Tapi biasa la, kalau dah pembangkang tu, kerjanya membangkang je la kan? Walaupun berada di pihak yang sama dengan pemimpin negeri.. Tak salah untuk tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin, tapi kenapa agama pula nak dipermainkan? Kalau kita boleh membantah Sharifah Zohra Jabeen #Listen kerana kebiadabannya, kenapa kita tak boleh membantah kenyataan Patrick Teoh yang juga biadab seperti di bawah ni?


Tok Kenari: Tak rasa apa-apakah? Racist kah Tok jika menyuarakan tentang hal Melayu dan Islam?

Tuesday, 15 January 2013

Sanggup Ke Anwar Terima Cabaran Ni?


Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP dicabar membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. 


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, berkata atas semangat setiakawan pakatan pembangkang, pemimpin dua parti sekutu PAS itu sewajarnya menyatakan pendirian berhubung keputusan itu. 

“Saya mencabar Anwar dan DAP atas dasar semangat setiakawan pakatan yang mereka agung-agungkan selama ini agar membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu. 

“Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS untuk meneruskan perjuangan pakatan seterusnya,” katanya, semalam. - Berita Harian


Berita sebelum ini: Sokong ke Bantah?

Sokong Ke Bantah?


Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu bukan saja menukar pendiriannya malah mengelak daripada menjawab mengapa beliau bersetuju sebelum ini.Ketika ditanya mengapa sebelum ini beliau menyokongnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut. 

"Kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah," Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Sunday, 13 January 2013

Analisa Ucapan Pemimpin Pembangkang Semasa #KL112


Tidak salahkan kita buat perbandingan siapa berucap lagi power semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka sebentar tadi. JK hanya ambil pemimpin yang prominen sahaja ya sebab yang lain-lain tu tiada fungsi pun, semuanya berucap sebab nak mileage dan bertanding dalam PRU13 akan datang.

Mat Sabun: Tidak putus-putus minta derma dari beruk-beruk KL112 ini. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik simpati orang ramai dan kerap menyatakan mereka tiada duit untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka walhal Nik Aziz datang ke sana menaiki Toyota Alphard!

Saturday, 12 January 2013

Himpunan Samsidar #KL112 Untuk Survival Komunis?


Himpunan Kebangkitan Rakyat (kononnya) #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka dikatakan mendapat sambutan hangat dan mencecah sejuta orang!! (ye ke?). Ada akai juga penganjur kali ini sebab boleh fikir nak buat kat stadium berbanding di jalanan.


Friday, 11 January 2013

Perkasa Bersama Rakyat Bangkit Bantah Balak!




 



Dengan inisiatif Perkasa Kedah, ribuan rakyat Kedah bangkit untuk bersama-sama membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah berikutan pencemaran kawasan tadahan air di Pedu akibat kegiatan pembalakan yang tidak terkawal pada jam 3.00 petang 11/01/2013.

Thursday, 10 January 2013

Beza Konsep Triniti Dengan Keesaan Diyakini Muslim


Lafaz Allah dalam agama Islam dan Kristian jelas berbeza. Justeru, sewajarnya kalimah ini tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang Kristian menerusi dalil penggunaan kalimah Allah menerusi kitab Bible mereka yang telah menyekutukan Allah swt. Ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Contohnya, kata Jesus kepadanya:
"Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang aku akan pergi kepada Bapaku dan Bapamu, Allahku dan Allahmu" (Yohanes 20:17)

Wednesday, 9 January 2013

Pusing, Pusing & Pusing


Sat dia kata lain.. pastu bila orang marah, dia pusing kalih kata lain.. la ni isu kalimah Allah pulak dipusing oleh geng-geng depa semata-mata untuk tarik penyokong.. tak pikir pasal masa depan agama pun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...