Friday, 25 December 2015

SIKAP SAMSENG DAP

Kapal masih belayar jauh di tengah lautan luas. Di daratan sudah ada yang berangan mahu berenang meredah samudera.
Kiasan ini sesuai dituju kepada parti pembangkang yang bercita~cita mengemudi kapal (kerajaan BN sekarang).
Persoalannya, mampukah memikul tanggunjawab jika arahan nahkoda kapal yang sedang belayar tidak dihormati.
Sikap tidak hormat parti pembangkang terhadap Ketua Menteri Sarawak amat jelas apabila dengan sengaja menggantung poster pilihanraya sebaris poster perutusan Merry Christmas dan Tahun Baru 2016 dari Ketua Menteri Sarawak.
Satu contoh jelas mengapa rakyat harus menolak parti pembangkang memerintah Sarawak. Belum memerintah dah berlagak dan langsung tidak menghormarti sensitiviti rakyat, persekitaran dan undang~undang majlis tempatan!

MERRY CHRISTMAS

Love, joy and peace are the ingredients for a wonderful Christmas. We hope you find them all festive season.
Merry Christmas and Happy New year!


Wednesday, 23 December 2015

KRISMAS "SARAWAK" STYLE

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa, Sarawak Bumi Kenyalang sudah tentu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Yang menariknya di Sarawak, setiap perayaan besar itu sebenarnya disambut oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun agama dan ianya telah menjadi tradisi yang diamalkan berkurun lamanya.
Apa tidaknya tradisi perkahwinan campur yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi menjadikan masyarakat Sarawak itu kekal bersatu di dalam satu bendera iaitu bendera Sarawak Bumi Kenyalang. Jangan hairan sekiranya adanya rakyat Sarawak yang berkulit cerah bermata sepet tetapi dirinya dari etnik Iban malah boleh bertutur dengan baik di dalam bahasa Cina.
Dan jangan terkeliru sekiranya ada yang bertato di badan sama-sama mengambil wuduk di Masjid ketika hendak mengerjakan solat Jumaat kerana dia sebenarnya sudahpun memeluk Islam. Inilah Sarawak yang unik dan kerana itulah sekiranya apabila kita berbicara tentang agama baik Islam mahupun Kristian atau Buddha serta pagan, boleh dikatakan rakyatnya begitu memahami apa yang dilarang dan diwajibkan untuk penganutnya.
Apabila memperkatakan tentang sambutan Krismas di Sarawak, sudah tentu ianya merupakan salah satu perayaan besar selain daripada Gawai, Hari raya mahupun Tahun Baru Cina. Sambutannya juga meriah dan disambut besar-besaran dengan penuh dasar ukhuwah dan keharmonian.
Sudah menjadi satu tradisi, perayaan Krismas juga merupakan satu platform untuk sesuatu keluarga Sarawak berjumpa sesama keluarga biarpun ada di kalangan keluarga sudah memeluk agama Islam dan sebagainya.
Tradisi “pulang kampung” itu sentiasa dilestarikan walaupun hakikatnya ada yang sudah memeluk Islam dan kemeriahan bersama-sama kaum keluarga tidak membataskan pegangan agama. Tiada pernah ada rasa janggal kerana ingatlah agama itu mampu ditukar namun ikatan kekeluargaan itu tetap tidak boleh diputuskan.
Selain itu, tradisi kunjung-mengunjungi itu tetap utuh dipegang kerana disinilah terjalinnya ikatan ukhuwah antara keluarga dan masyarakat. Walau ada sesetengah pihak yang berkata sumbang dan sebagainya tentang amalan ini namun ianya tetap tidak boleh merobek ikatan antara anak Sarawak.
Malah janganlah terkejut sekiranya ada anak Sarawak akan bangun membela mereka yang lain sekiranya ada yang dihina dan sebagainya kerana setiap anak Sarawak itu telah disematkan sesuatu di dalam diri mereka iaitu kami semua bersaudara.
Biarlah yang mempunyai pemikiran negatif itu “terjun dengan labu-labunya” dan pada mereka yang masih tidak memahami ini jangan terus mempersendakan agama dan tradisi orang lain sekiranya anda sendiri tidak pernah merasainya sebaliknya hanya berdasarkan preskripsi yang retorik semata-mata.
Kami jemput anda untuk bersama-sama kami merayakan setiap perayaan kami termasuklah perayaan Krismas “Sarawak” style.
Selamat Menyambut Hari Krismas

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW :

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Junjugan kita Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita mendapat syafaat daripada-Nya. Amin.

Tuesday, 22 December 2015

TRAGEDI BOT KARAM LONG BUYUN, BELAGA

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita buruk iaitu mengenai tragedi bot karam di Belaga, Sarawak.  Difahamkan bot yang dinaiki dalam perjalanan pulang untuk meraikan perayaan Krismas di kampung mereka di Rumah Tanjung. 
Kejadian yang berlaku pada 22/12/2015 ini sekitar jam 7.00 petang ini melibatkan 9 orang mangsa yang terdiri daripada 8 orang wanita dan seorang lelaki.  Kejadian bot karam ini terjadi di Sungai Batang Rejang berhampiran dengan Rumah Long Buyun, Belaga iaitu tidak jauh dari tragedi bot karam yang menyedihkan kita sekitar tahun 2013.
Sejak mendapat laporan kemalangan, usaha SAR telah dikerahkan ke tempat kejadian tetapi dihentikan sebelum diteruskan pada pagi ini. 
Setakat ini 5 daripada mangsa telah sempat diselamatkan oleh penduduk yang tinggal di kawasan yang berhampiran sementara 4 lagi masih hilang. 
Mereka yang terselamat adalah:
1.    Liam Kelilit, (L) - 50 tahun
2. Bungan Binti Nyaleng, (P) - 50 tahun.
3. Agnes Liam, (P) - 33 tahun
4. Olivia Ploma Thomas, (P ) - 8 tahun
5. Ayu, (P) - 4 tahun


Mangsa yang masih hilang adalah:



1. Sumitasen Thomas, (P) - 15 tahun.
2. Adriana Rosnah, (P) - 12 tahun.
3. Sahirza Mahir, (P) - 31 tahun
4. Nur Amirsha, (P) - 4 Tahun


Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang hilang ini dijumpai dengan segera.  Kita sentiasa bersedih apabila kejadian seperti ini berlaku di kala menjelang sesuatu perayaan akan berlangsung.


TUGU KUCING YANG PALING "LEGEND" DI SARAWAK

Kuching, ibukota Sarawak Bumi Kenyalang sememangnya mempunyai banyak mercu tanda dan salah satunya adalah tugu kucing.

Ada satu tugu kucing yang sentiasa mendapat perhatian orang awam iaitu Tugu Kucing MBKS. Ini kerana apabila menjelangnya setiap perayaan besar di Sarawak, sudah tentu tugu kucing ini yang terletak di Jalan Padungan akan menjadi "tempat wajib dikunjungi" oleh warga Kuching. 

Ini kerana setiap kali menjelangnya sesuatu perayaan, tugu kucing ini akan mengenakan aksesori bertemakan perayaan yang akan kunjung tiba. 

Indahnya bumi Sarawak.

Sunday, 20 December 2015

TEGURAN IKHLAS MEMAKAN DIRI

2 hari yang lepas iaitu Jumaat 18 Disember 2015, kita dikejutkan dengan satu berita mengenai seorang petugas Astro Awani iaitu Saudara Ahmad Hawari bin Zakaria yang cedera parah akibat ditikam di pangsapurinya di Jalan Usahawan, Setapak, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam itu dikatakan berpunca daripada salah faham dengan teman serumah yang mana Hawari dikatakan telah menegur secara ikhlas teman serumah namun ianya seperti membawa kepada pertelingkahan yang akhirnya memakan diri Hawari pada masa itu.

Ekoran daripada kejadian itu, Hawari telah sempat dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad setelah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian perutnya. 

Hawari merupakan seorang anak Sarawak yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan anak lelaki tunggal di dalam keluarganya dan merupakan kakitangan Astro Awani iaitu sebuah syarikat televisyen swasta di Malaysia.

Sungguhpun kecelakaan yang menimpa Hawari ini jauh daripada tanahairnya namun ini tidak bermakna Kerajaan Sarawak alpa tentang kebajikan anak Sarawak di perantauan.

Hari ini 21 Disember 2015, Kerajaan Sarawak melalui wakilnya iaitu YB Hajjah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berkunjung ke hospital di Kuala Lumpur bagi melihat sendiri keadaan Hawari. Dikhabarkan bahawa Hawari sudah semakin sembuh walaupun masih lemah.

Dan difahamkan rentetan daripada kes tikam ini, dua individu telah ditahan oleh anggota polis bagi membantu siasatan serta beberapi lagi individu masih lagi dijejaki.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar saudara Ahmad Hawari akan kekal tabah dan semboh seperti sediakala.

Solidariti ini untuk Ahmad Hawari Zakaria.