Tuesday, June 23, 2009

PEMIMPIN POLITIK PERLU DISIPLIN - Tun Dr.Mahathir Mohamad

Seseorang pemimpin politik perlu berdisiplin dan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dalam usahanya membina negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dalam hal berfikir, anda perlu cukup berdisiplin kerana fikiran berdisiplin berkemungkinan membawa hasil yang diharapkan".

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya berjudul "Asian Political Leadership: Disciplined Thinking For Change" di Persidangan Antarabangsa ke-14 mengenai Pemikiran (ICOT) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Selasa.

Sidang lima hari itu, yang bermula Isnin, dihadiri oleh kira-kira 500 peserta dari 42 negara termasuk Malaysia.Dr Mahathir juga berkata kebolehan Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 adalah hasil dari proses pemikiran berdisiplin oleh kerajaan ketika itu.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

"Contoh baik dapat dilihat pada negara Jepun yang moden dan cukup maju selepas pemimpin-pemimpin politiknya memutuskan untuk mencontohi negara-negara Eropah. Begitu juga China, bagaimana di bawah Deng Xiao Ping negara itu telah bergerak ke arah permodenan.

"Kini, China sebuah negara pembuat terbesar di dunia dan mereka boleh menghasilkan hampir apa saja. Walaupun sesetengah pihak berkata produknya bermutu rendah, saya percaya ini boleh ditambah baik akhirnya," kata beliau.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan, bila seseorang memegang kuasa, adalah sukar untuk menyingkirkannya walaupun ia bukan seorang pemimpin yang baik dan telah membawa kemusnahan kepada negaranya.

"Di bawah sistem demokrasi, rakyat perlu menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk menyingkir atau menukar pemimpin yang tidak baik, dan dalam pada itu rakyat akan menderita," katanya.

Dr Mahathir berpendapat kualiti kepimpinan yang diperlukan di negara-negara Asia adalah berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan budaya."Di Eropah, idea mereka hampir serupa dan situasi yang wujud membolehkan mereka mencontohi satu sama lain, tetapi ini berbeza dengan negara-negara Asia di mana sistem nilai dan budaya mereka berbeza. Akibatnya, pembangunan di Asia tidak seimbang," katanya.

Kepada satu soalan daripada hadirin mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa ilmu supaya mendapat akses kepada penemuan-penemuan dan teori terbaru dalam Sains dan Teknologi yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa utamanya.

"Walaupunpun kita belajar terbaik dengan bahasa ibunda kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain terus atau sentiasa membantu menterjemah maklumat atau penemuan dalam bahasa lain semata-mata untuk faedah kita," katanya.

NAJIB DEDAH USAHA BURUKKAN NEGARA MELALUI MEDIA BARU

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia menerusi media baru.

Namun, kata Perdana Menteri, cubaan itu boleh ditangkis sekiranya Malaysia dapat mempamerkan kejayaannya bagi membolehkan lebih ramai orang luar mengenali Malaysia dan mahu berurusan dengan negara ini.

"Saya lihat kebanyakan daripada mereka (orang luar), kalau sudah datang ke Malaysia, mereka tahu...baru mereka dapat memberi pengiktirafan yang lebih (terhadap Malaysia). Ini juga akan menambah tahap keyakinan mereka terhadap negara ini.

"Usaha memburukkan negara dilakukan melalui media baru dan juga mungkin ada pihak-pihak tertentu tapi saya yakin usaha yang kita lakukan dapat menonjolkan imej negara yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama pada persidangan ketua-ketua perwakilan Malaysia di luar negara di sini hari ini.

Ditanya mengenai persepsi terhadap Malaysia di arena antarabangsa, Najib berkata Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang moden dan progresif dan sebagai sebuah negara Islam yang menghormati agama-agama lain.

"Ia merupakan contoh yang amat baik dan telah diiktiraf oleh Presiden (Amerika Syarikat, Barack) Obama sendiri dalam ucapannya di Cairo baru-baru ini," katanya.Perdana Menteri berkata diplomat yang mewakili negara menghadapi banyak cabaran tetapi beliau yakin sekiranya mereka dapat melengkapkan diri dengan segala pengetahuan dan mendapat tingkatkan kemahiran mereka, mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.

"Bila kita ada perjumpaan seperti ini kita dapat memberi mereka maklumat terkini dan juga menentukan apa dia keutamaan dan fokus yang patut diberikan oleh mereka," katanya.

1 MALAYSIA - menyerlah di sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sarawak sebagai contoh amalan budaya hidup 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian', sekaligus menjadi petanda konsep 1Malaysia diterima baik rakyat.

"Jika apa yang saya lihat sepanjang lawatan saya ke Sarawak baru-baru ini satu petanda bahawa konsep 1Malaysia itu bukan sahaja diterima dengan baik oleh Rakyat, malah ia adalah satu cara hidup.

"Rakyat Sarawak adalah contoh apa yang saya maksudkan dengan 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian', seperti yang mereka sama-sama hormati budaya dan perayaan kumpulan etnik mereka yang pelbagai," katanya dalam posting terbaru melalui blognya http://www.1malaysia.com.my/.

Beliau yang menceritakan lawatannya ke Sarawak baru-baru ini umpama sebuah catatan perjalanan, juga menyifatkannya kunjungan ke Kota Kenyalang itu sungguh berhasil.

"Saya merenung kembali perpaduan yang ditunjukkan yang saya lihat pada dua hari yang lalu. Malah sebelum saya menjelaskan nilai-nilai dan unsur-unsur 1Malaysia, ianya telah lama diamalkan oleh rakyat Sarawak, sama ada mereka yang tinggal di pekan dan bandar yang telah maju atau di rumah-rumah panjang tradisional dan kampung-kampung tinggalan nenek moyang mereka.

"Pada masa yang sama, saya memikirkan akan pentingnya memastikan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri berganding bahu meneruskan usaha untuk membangunkan semua daerah di Sarawak untuk mencapai matlamat dan cita-cita, seperti yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Sarawak," katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa terkilan atas kesuntukan waktu untuk bertemu dengan anggota Dewan Undangan Negeri; tetapi berjanji tindakan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan perbincangan bersama Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.Najib berkata 1Malaysia adalah dan akan terus menjadi satu proses dinamik pembangunan negara.

Najib juga berkata, beliau akan membuat beberapa pengumuman liberalisasi pada akhir Jun ini, dan selanjutnya, akan ada lagi pengumuman pada hari ke-100 saya menjadi Perdana Menteri, khusus untuk rakyat dan menggambarkan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Saya berharap anda semua akan terus menyokong konsep ini melalui penyertaan anda dalam laman web saya melalui interaksi anda dengan rakyat Malaysia yang lain dan sesiapa juga, dan melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsipnya dalam kehidupan seharian anda," katanya.

PARTI POLITIK - AKUI BAJET MINI PENUHI PERMINTAAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Beberapa parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengakui Bajet Mini yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam memenuhi permintaan yang telah disuarakan rakyat sebelum ini.

Pakej rangsangan berjumlah RM60 bilion itu juga dikatakan sebagai 'Bajet Penyelamat' kepada segenap lapisan masyarakat yang semakin resah dalam menangani krisis ekonomi global.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad menyifatkan 'bajet penyelamat' itu tertumpu kepada perkara teras dalam menyediakan peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan dengan soal pembangunan sumber manusia.

Sementara itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan berkata rancangan memberikan pelepasan cukai kepada pembeli rumah bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun, adalah sama seperti cadangan parti itu yang diserahkan kepada Menteri Kewangan minggu lepas.

Naib Presiden parti Datuk Mah Siew Keong pula berkata cabaran sekarang adalah untuk kerajaan menunaikan janji dan memastikan bahawa tiada pembaziran dan ketirisan dalam proses pelaksanaan.

Mah berkata kerajaan mesti menghapuskan semua halangan dan bergerak dalam cara yang padu dan sistematik bagi memastikan semua inisiatif yang diumumkan dilaksanakan dengan segera.

Bendahari Gerakan Datuk Ng Chiang Chin berkata tindakan kerajaan untuk mengkaji semula polisi pekerja asing adalah tindakan yang tepat. "Bagaimanapun, pada masa yang sama, kerajaan kena ingat bahawa ramai rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor pembinaan di Singapura akan kembali ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kejayaan pelaksanaan pakej rangsangan RM60 bilion itu memerlukan komitmen menyeluruh sektor awam untuk memberikan yang terbaik dan berusaha keras bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pakej rangsangan kedua itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (InMind) Norizan Sharif pula mengalu-alukan peruntukan RM29 bilion untuk sektor swasta yang pada pandangannya mampu menyelamatkan rakyat dari segi jaminan pekerjaan.

Katanya pelbagai lapisan masyarakat akan mendapat manfaat dengan lebih berkesan dengan adanya sistem penyampaian kerajaan yang lebih mantap."Apa yang pasti sekarang ialah untuk kerajaan menentukan bahawa rakyat dapat merasai kesan langsung daripada pakej ini," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Wan Mahmood Pawan Teh turut menyifatkan pengumuman pakej berkenaan sebagai tepat pada masanya memandangkan negara kini berhadapan dengan krisis ekonomi global.

"Satu tindakan bijak, dalam keadaan kemelesetan, kerajaan menjana aktiviti yang dapat menghidup dan membangunkan semula ekonomi dan kami mengalu-alukan pemberian RM10 billion yang diasingkan bagi meringankan beban rakyat terutama mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan," katanya.

Monday, June 22, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU

SUBSIDI SECARA TUNAI KEPADA PETANI1)PADISKIM SUBSIDI HARGA PADI :
Bantuan bayaran kepada pesawah - RM248.10 bagi setiap tan metrik padi yang dijual pada pengilang BERNAS atau swasta.

INSENTIF PENINGKATAN HASIL :
Insentif yang diberikan kepada pesawah apabila terdapat peningkatan hasil sekurang-kurangnya 1% daripada musim asas - RM650.00 setiap tan kenaikan.

INSENTIF TANAMAN :a)Sayur-sayuran : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM81 bagi setiap metrik tan.b)Buah-buahan : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM78 bagi setiap metrik tan.

SUBSIDI / INSENTIF DALAM BENTUK INPUT
1)Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan- Bantuan ini diberi dalam bentuk baja : 240kg setiap hektar bagi baja sebatian (12 beg@20kg/beg)dan 100kg baja urea setiap hektar (5 beg@20kg/beg)- Bantuan dalam bentuk baja tambahan NPK : 3 beg@50kg per beg dengan kadar RM400 sehektar.

2)Insentif Pengeluaran Padi - untuk mengurangkan kos pengeluaran akibat kenaikan harga input dan perkhidmatan.- Baja Taambahan : Maksimum RM140 setiap hektar semusim- Bantuan Pembajakan : Maksimum RM100 setiap hektar semusim.

3)Insentif Benih Padi Sah - Pelaksanaan program penggunaan Benih Padi Sah akan dimulakan di Semenanjung Malaysia mulai dari musim 1/2009 dan seterusnya program ini akan dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak.- RM 0.50 sekilogram kepada pengeluar-pengeluar Benih Padi Sah.

4)Insentif meningkatkan Beras Negara) Kapur + Upah : 3mt/ha/3tahun@250/ha. Bahan-RM750 , Upah-RM100b) Baja Tambahan NPK : 150kg/ha@6 beg@25kg - RM518.40c)
Bantuan Kawalan Makhluk Perosak : RM200 sehektar semusim - kupon.2)

BERAS
1)Insentif Kepada Pengilang Beras
- Bayaran insentif yang diberikan kepada pengilang-pengilang beras yang mengeluarkan beras Super Tempatan.- RM800 setiap metrik tan beras Super Tempatan 15%.

2)Subsidi Beras Sabah Sarawak-Beras Super 15%
- Harga Borong RM1350.00 bagi setiap metrik tan.-Beras Super 5% - Harga Borong RM2100.00 bagi setiap metrik tan.

Kerajaan Perpaduan - Jangan terbawa - bawa propaganda Perosak Rakyat

Memanglah ini cara pakatan rakyat, hendak melihat peminpin dan penyokong BN melatah sehingga merayu-rayu kepada PAS untuk kerajaan Perpaduan.Mujurlan BN tidak terbawa-bawa, kalau dilihat sebenarnya tak ramai pemimpin BN yang bercakap tentang kerajaan perpaduan. Itupun dah memadai DS Najib dan TS Muhyidin cucuk isu kerajaan perpaduan sehingga tidak senang penyokong PAS apatah lagi PAS Erdogan yang menyokong kuat ANwar Ibrahim.

Kalau dilihat seriusnya isu kerajaan perpaduan ini sehingga 'three stooges' ini (Hadi, Anwar dan Kit Siang) terpaksa tandatangan MoU untuk menjawab isu kerajaan perpaduan ini kerana hakikatnya PAS memang berpecah tetapi isu kerajaan perpaduan ialah isu kecil, tetapi isu Erdogan dan Ulama sehingga Husam tersingkir.

Saya dari dahulu berpendapat isu kerajaan perpduan ini adalah helah untuk kurangkan isu antara Erdogan dan Ulama dalam PAS. Kerana dengan isu kerajaan Perpaduan ini mereka boleh mengaitkan UMNO dan dituduh sebagai boneka UMNo walaupun isu ini bukanlah UMNO yang timbulkan.

Walaubagaimana pun kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ianya adalah hati nurani ramai orang Melayu khasnya mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Kini mereka boleh melihat sejauh mana keikhlasan PAS terhadap perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.. mungkin ini sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran mengenai politik sempit PAS ini.

Walau apapun UMNO perlu terus memperjuangkan hak Melayu dan Islam walaupun bersendirian dan terus melakukan reformasi dalaman dan luaran dengan lebih drastik lagi. Tugas dakwah UMNO belum terhenti, dakwah kepada kesatuan dan perpaduan, dakwah berpegang kepada tali Allah, dakwah membangunkan umat Melayu dan Islam, Dakwah menjadikan negara ini 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' dan 'khairun nas' serta khaira ummah'. Islam ialah agama yang universal yang UMNO boleh bersama menjadi alat bagi menyebarkan dakwah Islam. Islam yang sebenar dan bukan Islam yang bertopengkan politik sempit dan berkepentingan.

UMNO ialah reformis kepada Melayu dan Islam di negara ini sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh dan merubah sosio ekonomi orang Melayu pada hari ini.. berapa ramai orang Melayu yang berjaya pada hari ini kerana dasar kepentingan orang Melayu, walaupun sebenarnya mereka tidaklah layak dari segi merit namun disebabkan kouta iaitu hak istimewa mereka, maka mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan berjaya pada hari ini sebagai doktor, guru, jurutera dan sebagainya. kerana inilah tujuan utama perjuangan UMNO..

Tuesday, June 9, 2009

UMNO DAN PAS BERSATU MUSNAHLAH HARAPAN DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Lim Guan Eng mula keluh kesah dan kerengsaan dengan kekalahan Husam Musa di tangan Nasharuddin. Kini dia mula berkira-kira tentang usaha perpaduan Melayu yang amat-amat ditakuti olehnya. Baginya, apabila Melayu bersatu, musnahlah impiannya untuk memastikan bangsa majoriti ini kekal berpecah belah.

Lim Guan Eng sedar bahawa mimpinya yang berlainan di atas bantal yang sama dengan pemimpin PAS dan PKR tidak akan menjadi kenyataan tanpa terlebih dahulu memastikan umat Islam di negara ini berpuak-puak.

Hanya dengan berpecahnya umat Islam, mereka dapat meraih sokongan sebilangan dari mereka untuk menegakkan doktrin sosialis mereka yang merupakan sekularisma tulen. Hakikat ini menunjukkan, DAP hampir berjaya meraih sokongan 'golongan yang terlalu taksub dalam mempolitikkan Islam' hingga golongan ini tidak menyedari bahawa perjuangan mereka berada di atas jalan sekularisma tulen.

Sebab itulah Lim Guan Eng mula menggeli-gelikan liang bulu roma penyokong taksub PAS dengan meletakkan dirinya sebagai jelmaan pemimpin Islam terdahulu dengan pembayang-pembayang yang ternyata hanya memukau mereka yang leka berhalusinasi.

Disusuli dengan agen-agen mereka di Perak yang merupakan Cina totok, tidak pernah mengenal kalamullah dalam bahasa syurga, meluahkan rapik caca marba mereka membaca surah yang tidak diketahui maksud bunti dan hukum bacaa n yang tiada dari "Surah Aura".

Segalanya merupakan langkah-langkah DAP dalam memastikan umpan yang dipasang kepada ikan-ikan Melayu yang lapar berpolitik, akan sentiasa disambar. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ianya ibarat nasi kangkang yang sedikit sebanyak berjaya menjadikan penyokong-penyokong PAS kampungan berada dalam keadaan hipnotis.

Sebenarnya, Cina, dalam berpolitik, mereka tidak lupakan nasib bangsa dan tuduh menuduh berhubung isu rasuah tidak menjadi bahan membuka aib. ( Mungkin kerana memang rasuah-merasuah tu berasal dari mereka ).

Tetapi, kaum Melayu, yang menganut agama paling syumul di muka bumi ini, menjatuhkan martabat agama itu sendiri apabila memberi gambaran kepada bukan Islam di negara ini bahawa hanya penganut Islam yang kuat bermusuhan padahal orang Melayu lah yang tebal sifat dengkinya. Tiada kena mengena dengan pegangan agama. Ini masalah attitud.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Dalam majlis Bersama Masyarakat Peneroka yang lalu, saya ada menjelaskan mengenai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ dalam konteks Jenerasi Felda Peneroka Moden. Jadi, dalam pengisian blog saya pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua mengenai terjemahan dan definisi slogan ini khusus dalam sumbangan peneroka kepada negara.

Bagi pihak kerajaan, Rakyat dan Prestasi adalah 2 perkara asas yang sangat berkaitan dan saling lengkap-melengkapi. Mendahulukan rakyat adalah matlamat utama dan terpenting kerana dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, pemimpin dipilih oleh rakyat dan sewajarnya pemimpin mengabdikan diri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Justeru sewajarnyalah kepentingan rakyat diutamakan daripada lain-lain kepentingan.

RAKYAT DIDAHULUKAN
Apakah maksud rakyat didahulukan? Pertamanya, siapakah rakyat dalam konteks Pengajian Tinggi? Ini perlu diperjelaskan supaya masyarakat felda sendiri mengetahui dengan jelas sasaran yang hendak ditujui. Bagi FELDA, terdapat empat stakeholders yang merupakan ‘RAKYAT’nya, iaitu:

1. Ibubapa;
2. Anak;
3. Orang ramai;
4. Kerajaan.

Seterusnya apakah yang hendak didahulukan untuk masyarakat Felda ? Dari perspektif Felda, perkara yang hendak didahulukan boleh dilihat dari segi pengharapan (expectation). Apakah pengharapan rakyat? Pengharapan ini pula boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu pengharapan berbentuk am dan pengharapan berbentuk khusus.

Pengharapan Am ini termasuk:
1. Pengharapan mendapat penghidupan yang bermutu;
2. Pengharapan agar anak - anak berjaya menjejaki menara gading dan mudah mendapat
pekerjaan selepas tamat pengajian;
3. Pengharapan agar anak - anak sebagai pwaris dapat meneruskan kesinambungan
yang lebih baik dari ibubapa;
4. Pengharapan agar Negara mempunyai daya saing dan daya produktiviti yang tinggi
dengan hasil sumbangan peneroka felda.

Manakala Pengharapan Khusus adalah termasuk:

1. Pengharapan ibubapa yang mana

• Pengharapan Peneroka mendapat hasil tuai yang lebih baik dan bermutu;
. Harga komuditi seimbang dan tidak terlalu membebankan peneroka
• Pengharapan agar anak-anak mereka memperolehi pekerjaan sebaik sahaja bergraduat;
• Pengharapan keselamatan dan kesejahteraan terpelihara terpelihara dibawah jagaan Felda
• Pengharapan agar anak-anak mereka menjadi manusia yang baik.

2. Pengharapan Anak (Generasi Kedua) pula adalah:
• Pengharapan agar mereka memperolehi pendidikan yang bermutu dari institusi yang mereka
belajar;
• Pengharapan agar ibubapa mereka dihati tua akan lebih mendapat perhatian dati Felda

3. Pengharapan kerajaan (sebagai Custodian OF PUBLIC INTEREST) ialah

• Pengharapan kepada Felda Bertaraf dunia
• Pengharapan kepada Felda lebih mengutamakan kebajikan kepada peneroka
• Pengharapan kepada Felda mampu meningkatkan daya saing dan produktiviti negara
• Pengharapan kepada Felda untuk sentiasa perihatin terhadap wish list rakyat serta
menjadikan pengharapan rakyat sebagai pengisiannya.

PRESTASI DIUTAMAKAN
Slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” juga bererti membina jambatan antara Impian dan Amalan (bridging dreams and deeds). Memang benar terdapat selama ini banjiran kenyataan Impian, tetapi ketandusan dari segi amalan.

Maka wajar sekalilah ungkapan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” dizahirkan serentak dan senada untuk menekankan bukan sahaja impian, bahkan juga amalan adalah sama penting. Ianya bermaksud mengotakan apa yang telah dikatakan. Justeru prestasi menjadi KPI yang amat penting bagi mengukur pencapaian tersebut.

Seperti mana yang telah saya umumkan bersempena dengan majlis tersebut juga, KPI untuk kerajaan adalah termasuk:
1. Pelaksanaan Pelan Strategik ;
2. Pendemokrasian dalam masyarakat Felda;
3. Pengantarabangsaan; dan
4. Pembangunan Insan

Oleh yang demikian, saya secara peribadi ingin menyatakan iltizam dan kesungguhan saya untuk memastikan hasrat dan matlamat slogan ‘Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ sama-sama dapat dijayakan.

Tuesday, June 2, 2009

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:--
-warga negara Malaysia
-tidak kurang dari 21 tahun
waras fikiran-bukan seorang muflis
-tidak mempunyai rekod jenayah
-Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
-Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara.
- Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-
bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
- Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
- berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
- beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat : -
1. YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar - (01.09.1959 - 29.02.1964)
2. YB Dato' Syed Esa bin Alwee - (18.05.1964 - 24.11.1964)
3. YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman - (25.11.1964 - 03.11.1974)
4. YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood 04.11.1974 - 20.12.1977.
5. YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail - (09.01.1978 - 16.03.1982)
6. Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail - (14.06.1982 - 14.10.2004)
7. YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib - (22.11.2004 - 27.04.2008)
8. YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia28.04.2008 - kini

RAKYAK ATAU POLITIK - mana didahulukan

Hari Ahad ini, genap satu bulan Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Najib telah memperkenalkan slogan "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan."Sekarang sudah ada suara-suara yang mula bertanya apakah yang dapat rakyat hidu, lihat dan sentuh. "Rakyat didahulukan.

Pencapaian diutamakan." adalah baik. Bagaimanapun, rakyat ingin melihat dan merasai impaknya.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mula-mula menjadi Perdana Menteri dulu, beliau telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang walaupun nampak mudah, tetapi boleh dilihat dan dirasai oleh rakyat.

Biar saya sebutkan beberapa inisiatif itu.Mahathir memperkenalkan tanda nama (name tag) untuk pegawai kerajaan. Tujuannya mudah. Apabila berurusan dengan mereka, orang awam tahu nama pegawai itu. Sekiranya nak buat aduan, sebutkan nama pegawai tersebut. Mahathir sebagai Perdana Menteri juga memakai tanda nama itu.Beliau juga memperkenalkan kad perakam waktu.

Sekali lagi, Mahathir menyampaikan mesej bahawa pegawai kerajaan hendaklah tidak curi tulang dan bekerja pada waktu pejabat. Ini adalah mesej yang jelas bahawa beliau inginkan pegawai kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Mahathir juga menyamakan waktu antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Ketika itu, waktu Sabah dan Sarawak cepat 30 minit berbanding Semenanjung. Ini menyukarkan urusan dalam negara.

Langkah Mahathir ini diikuti oleh Brunei.Inilah contoh beberapa inisiatif Mahathir yang mungkin kelihatan mudah, namun dapat dirasai oleh rakyat.Najib bercakap mengenai rakyat didahulukan. Itu adalah satu niat yang baik.

Persoalannya ialah bagaimanakah ini dapat direalisasikan? Apakah inisiatif yang boleh dilihat dan dirasai rakyat?Adakah rakyat didahulukan bermaksud kita menerima apa yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dato' M Saravanan yang dikatakan berjaya "menangkap" dua orang doktor "culas" di Hospital Kuala Lumpur?Maaf, saya tidak dapat menerima itu sebagai satu pendekatan yang betul.Sebagai orang politik, Saravanan inginkan "political mileage". Sebab itulah dia membuat kenyataan mengenai "tangkapan" itu kepada media massa.

Sebagai rakyat, saya menolak pendekatan sedemikian. Saya ingin mengingatkan Saravanan agar usah menjadi hero. Saya percaya dalam pekeliling perkhidmatan awam, ada panduan bagaimanakah seseorang kakitangan boleh diambil tindakan.

Adakah Saravanan sekarang sudah menjadi polis, pendakwa dan hakim dengan menghukum doktor itu sebagai bersalah? Saravanan boleh menuduh, tetapi belum tentu tuduhannya itu betul.

Apa yang berlaku ini adalah satu resipi yang paling mujarab untuk membuatkan kakitangan perkhidmatan awam menolak Barisan Nasional pada PRU13 nanti kerana merasakan pemimpin politik tidak berlaku adil kepada mereka.

Najib harus memberikan amaran kepada Saravanan bahawa itu bukanlah cara yang betul untuk mendahulukan rakyat. Sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, bukan tugas Saravanan untuk "menangkap" doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Pertama, Saravanan hanyalah orang biasa seperti saya dan anda apabila berada di Hospital Kuala Lumpur.

Kedua, tugas Saravanan ialah menjaga Wilayah Persekutuan. Eloklah kalau Saravanan "menangkap" Mat Rempit yang berlumba haram pada setiap malam minggu, "menangkap" pelacur yang bersepah di Bukit Bintang, "menangkap" pejalan kaki yang tidak menggunakan jejambat atau "menangkap" orang yang mengotorkan ibu kota.

Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri, Saravanan memberikan fokus kepada menyediakan dasar dan blueprint bagi mewujudkan kesejahteraan ibukota melalui penyediaan perkhidmatan perbandaran (urban services) yang terbaik.

Itu cara yang betul untuk mendahulukan rakyat.Inilah beberapa kekeliruan yang sedang berlaku. Cabaran di bahu Najib sekarang ialah untuk beliau dan barisan kabinetnya memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang dilihat sebagai mendahulukan rakyat, dan mengutamakan prestasi.

Ia mungkin kecil, tetapi boleh dirasai oleh Mat, Ng dan Subra.Sekiranya tidak, orang seperti Saravanan akan terus berpolitik dengan "menangkap" pegawai kerajaan untuk menunjukkan beliau mendahulukan rakyat!

MODIFIKASI KERANGKA SISTEM PELAJARAN MALAYSIA

1. Apakah rasionalnya cadangan Kementerian Pelajaran untuk menghadkan pengambilan subjek di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 10 subjek sahaja?

2. Apakah relevannya menggurangkan subjek teras dalam SPM kepada 4 subjek jika dibandingkan dengan 6 subjek sebelum ini?Seperti yang kita tahu, 6 subjek teras SPM ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral.

Pada pendapat penulis, selain daripada menimba ilmu, subjek-subjek teras juga merupakan permulaan kepada proses pembentukan seorang warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi dan erti asal-usul negara bermajmuk.Pelajaran seperti Sejarah amat penting untuk pelajar-pelajar, begitu juga Pendidikan Islam/Moral.

Subjek-subjek ini perlu tampak signifikan untuk di ajar dan bukan hanya sekadar lulus peperiksaan.Ianya mesti dapat diadaptasi dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar tersebut.Realitinya, pengisian dan pemahaman yang tulin kepada content subjek itu adalah jauh lebih penting daripada terburu-buru menghabiskan topik-topik di dalam buku tersebut.

Malah, penekanan kepada beberapa topik penting yang sangat relevan kepada negara majmuk hari ini perlu dipertingkatkan agar mesejnya sampai ke sanubari warga muda negara ini.

Di sini penulis mensyorkan agar topik-topik di dalam subjek-subjek teras seperti Sejarah, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris patut juga dikaji semula agar relevan dan lebih compact.

Adakalanya, terdapat topik-topik di dalam subjek tersebut yang tidak berapa signifikan ke atas perkembangan persepsi warga muda tersebut. Dalam masa sama, topik-topik yang signifikan untuk mereka sekadar bacaan sambil lalu dan ringan yang hanya untuk dihafal dan bukannya mendatangkan impak emosi kepada mereka.

Ayat mudah, mana-mana topik yang dikaji tidak ada atau kurang signifikan kepada pelajar-pelajar perlu digugurkan sahaja. Tidak apa jika topik-topik di dalam subjek itu dikurangkan asalkan topik-topik lain yang tidak digugurkan itu relevan dan berkesan.

Makanya, topik-topik yang penting seperti pemahaman evolusi negara dan bangsa perlu di tekan dan diperkembangkan dengan harapan agar pelajar-pelajar muda ini dapat menjiwai kerangka negara dengan lebih sempurna.

Realitinya, Kementerian Pelajaran masih mempunyai hak untuk membantu membentuk anak-anak didik mereka menjadi warganegara yang lebih toleran dan sensitif terhadap masyarakat berbilang kaum di negara ini.Jika mengurangkan subjek teras kepada 4 sahaja (kemungkinan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), Kementerian Pelajaran seolah-olah telah terlepas satu peluang untuk membajai jiwa pelajar-pelajar muda ini agar lebih patriotik.

Subjek Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral patut terus menjadi subjek wajib agar ianya dipelajari dan difahami oleh setiap pelajar Malaysia.

Ianya seperti 'satu paksaan' kerana jika subjek-subjek ini dijadikan subjek alternatif, mungkin ada pelajar-pelajar yang tidak akan mengambilnya.

Dan jika berlaku, seperti kata penulis tadi, Kementerian Pelajaran telah terlepas peluang untuk bertindak sebagai organisasi penting yang membentuk keluhuran jiwa dan emosi warga muda yang masih dibawah penjagaan kementerian.

Ayat mudah, tidak kepada pengurangan subjek teras.Seperkara lagi, struktur peperiksaan Kementerian Pelajaran patut fleksibel di dalam menerima pelbagai taraf IQ pelajar-pelajar.

Tidak ada salahnya jika ada pelajar-pelajar yang mahu mengambil lebih daripada 10 subjek semasa peperiksaan SPM.Ibubapa dan guru-guru yang terlibat di dalam proses pembelajaran tersebut pastinya sudah mengkaji dan menganalisa kapasiti pelajar tersebut sebelum menggalakkan pelajar itu mengambil lebih banyak subjek.

Dan penulis pasti ianya bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk menilai diri sendiri. Lagi pun, ianya satu usaha yang positif, maka apa salahnya.

Ayat mudah, tidak perlu hadkan pengambilan subjek untuk peperiksaan SPM tapi satu kaedah seperti kaunseling atau penilaian khas diperlukan untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut benar-benar mampu.

FULL STOP TO CHING PENG

Bernama TV malam ini menyiarkan kenyataan DS Muhyiddin Yassin mengenai ketegasan kerajaan Malaysia untuk tidak menerima kemasukan Chin Peng ke negara. Tambah beliau, kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan yang dipersetujui oleh kabinet dan beliau juga mahu agar perdebatan mengenai Chin Peng turut ditutup segera.

Kementerian Dalam Negeri pula telah membuat kenyataan mengenai rasional kenapakah Chin Peng tidak perlu dilayan lagi dan sehgala bukti-bukti mengenainya termaktub di dalam perjanjian genjatan senajata tentara komunis.

Chin Peng pula tidak menyerah diri sehinggalah tamat tempoh 1 tahun pengampunan tersebut. Apa yang berlaku ialah Chin Peng telah menggunakan saluran undang-undang untuk membolehkan beliau diterima kembali Bagaimana pun, pada 25hb Julai 2005, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan beliau. Begitu juga yang berlaku di Mahkamah Rayuan pada tahun 2008.

Chin Peng juga tidak boleh diiktiraf sebagai wira atau pun pejuang kemerdekaan kerana beliau tidak menyetujui Perundingan Baling dan telah menentang kerajaan yang sah semasa kemerdekaan Malaya pada 31hb Ogos 1957 sehinggalah PKM meletak senjata pada tahun 1989.

The moral of the story ialah penolakkan Chin Peng bukan sahaja kerana sentimen kuat yang berkait rapat dengan perasaan rakyat Malaysia tetapi ianya juga sah berdasarkan undang-undang negara ini. Dan jika rakyat Malaysia benar-benar berpegang teguh kepada rukunegara Malaysia, kedaulatan undang-undang mesti dipatuhi sepenuhnya.

Dan jika selepas ini masih ada yang bersuara sumbang dan masih berpihak kepada Chin Peng, merekalah yang sebenarnya tertekan perasaan dan beremosi kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan.

KOMUNIS : masih wujud manusia bebal menyokong komunis

1.Sedih dan mengecewakan. Inilah perasaan yang saya rasai apabila membaca satu artikel yang ditulis dalam Tranungkite Online oleh seseorang yang mungkin juga merupakan salah seorang penyokong Pakatan Rakyat.

2. Penulis ini cuba menyamakan isu komunis yang kini sedang hangat diperbincangkan dengan peristiwa hitam di Memali. Seperti biasa, Penulis ini menyalahkan kerajaan kononnya menjadi punca pembunuhan tragis di Memali. Dan penulis ini juga mahu kerajaan membenarkan Chin Peng masuk dan menetap di Malaysia.

3. Penulis ini memberi alasan kononnya Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia hanya disebabkan dia berbangsa Cina. Penulis ini juga menyifatkan bahawa tindakan kerajaan adalah tidak adil kerana pada waktu pertelingkahan antara kerajaan dan komunis berlaku, bukan sahaja Askar yang dibunuh oleh komunis malah ramai komunis yang terdiri dari berbilang kaum telah dibunuh oleh askar.

4. Kalau pun penulis ini ingin terus hidup menongkah arus dan sentiasa hendak mencari silap kerajaan, jangan la sampai perkara sesensitif ini cuba dipermainkan. Mungkin disebabkan penulis ini membuka mata di waktu negara dalam keadaan makmur maka dia boleh tergamak mengatakan bahawa pembunuhan dalam peperangan adalah perkara biasa.

5. Penulis ini mungkin tidak merasai atau hatinya sudah tertutup untuk membayangkan kesengsaraan hidup di waktu penentangan komunis sedang memuncak. Bukan sahaja askar menjadi mangsa, malah ramai penduduk kampung, orang awam, wanita dan kanak-kanak dibunuh dan diseksa dengan zalim.

6. Jadi, kepada penulis yang menulis artikel jahil ini agar insaf dan kembali memikirkan adakah dakyah yang difahaminya itu berada di pihak yang benar atau hanya semata-mata ingin menunjukkan sikap tak sehaluan dengan kerajaan. Jangan jadi terlalu benak sampai sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.