Isnin, Mac 26, 2012

renungkanlah...

(gambar sekadar hiasan...)

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! dan ada juga surirumah yang berpelajaran tinggi,pernah bekerja namun kerana hasrat untuk menjadi isteri mithali dan keredhaan Illahi,sanggup tinggalkan segalanya...

Jadi .... buat suami hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...

Seorang isteri bukan perlukan harta benda yang melimpah ruah atau tido atas duit...sebenarnya isteri hanya inginkan perhatian dan kasih sayang..sekadar ucapan terima kasih dan kasih sayang yang penuh keikhlasan dah cukup menggembirakan hati isteri... :-) dan sekali sekala membuat kejutan untuk isteri dah membuat isteri senyum x terkata(tapi janganlah kejutan yang menusuk jiwa....hehehe) -kate2 ni dari seseorang.....dil agree sangat.....harta benda x boleh beli jiwa seorang wanita dan isteri..


P/s:cite di atas dil kongsi dari fb dan dil tulis entry ni bukan bermakna tugas suami x penting..tapi dil hanya nak berkongsi tugas surirumah..sebab pernah ada yang mengatakan surirumah ni senang dan mudah je....suami dan isteri ada tugas masing2 dan kena saling tolong menolong...kan abi kan?abi khalish rajin tolong ummi..semoga lebih2 rajin lagi ye....hehehe:-)


Jumaat, Mac 23, 2012

Taman Montazah......



Semalam,hari yang menggembirakan..dapat berjalan beramai2 dengan kawan yang dah berkeluarga pegi ke Taman Montazah... 4 keluarga... makan berama-ramai dan anak2 paling seronok dapat lepas bebas....biar gambar aje yang berbicara.. sekarang ni dah masuk musim bunga,jadi taman montazah ni sangat mendamaikan dan menenangkan hati... montazah adalah salah satu tarikan pelancongan di mesir ni.....jika sesiapa yg menjejakkan kaki ke sini,xkan lengkap jika x berkunjung di sini...masuk,dikenakan bayaran LE6=RM3.50 seorang.... kanak2 tidak dikenakan bayaran..









3 sekawan.......semoga ukhuwah kalian kekal selamanya....

p/s:sangat terkejut,tiba2 ada peningkatan trafik ..terima kasih Ben Ashaari(otai blogger) kerana mempromote blog ini...sangat segan...huhuhu...

ihsan gambar: hakmilik kawan kami....jadi kalau xnak kena saman,jgn berani2 copy ye...dil x jamin......:-)



Khamis, Mac 22, 2012

"Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"


Buat para surirumah,
♥~♥Kita tahu khidmat kita di rumah tiada mendatangkan ganjaran ekonomi untuk keluarga, tetapi kerja kita tidak dapat diganti oleh pembantu rumah sepenuhnya kerana kita lakukannya dengan penuh kasih buat suami dan anak-anak. Teruskanlah berkhidmat dengan penuh ikhlas dan kasih buat keluarga tersayang!♥~♥

-KELEBIHAN WANITA MENETAP DiRUMAH..-
Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:

1) ''Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga''

2)"Wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengawasinya.Dan sesungguhnya selama ia berada dirumahnya wanita itu sangat dekat dengan Allah s.w.t . (Hadis Riwayat Tirmizi)

p/s:aku bersyukur kerana dapat merasai pengalaman menjadi surirumah...satu pengalaman yang sangat berharga..sebenarnya tidak pernah terfikir olehku dulu,bilamana aku melangkah ke alam rumahtangga,dunia pekerjaan akan kutinggalkan....tapi aku bahagia kerana dapat membesarkan anakku dengan tangan sendiri..syukur pada-Mu Ya Allah..:-)

Selasa, Mac 20, 2012

Alhamdulillah...sanah helwa ya ummi....



Bersyukurku ke hadrat Illahi..hari ini 20.03.2012,diri ini masih berpeluang dan bernafas lagi dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan suka duka ini... Pertambahan usiaku bukan bermakna aku semakin tua dan lupa,tetapi ia menjadikan aku seorang yang lebih positif dalam kehidupan..umur sekadar angka...yang penting cara kita mencorak kehidupan kita dan tidak lupa pada Yang Maha Esa....

Di kesempatan ini,dil mengucapkan ribuan terima kasih kepada abah dan mak yang telah melahir dan membesarkan diri ini tanpa mengenal erti penat lelah... sehingga menjadikan diri ini berjaya mengejar apa yang diimpikan..jasamu xtakkan mampu kubalas.. Juga buat papa..terima kasih atas kasih sayangmu terhadapku...(thanz a lot sebab bagi hadiah pada mama....mama suka sangat..tapi kalau x bagi pun xpe..sebenarnya mama hanya inginkan hubungan keluarga kita ini kekal hingga hujung nyawa dan kasih sayang sentiasa mekar di dada)... x lupa buat ahli keluargaku yang lain...keluarga mertuaku dan sahaabt2ku....Tanpa kalian sapelah aku.... semoga kita semua sentiasa dmurahkan rezeki,ceria di hati dan diramati Illahi...amin ya rabb...


Dan yang tersangat istimewa di hati..putera hatiku yang melengkapkan kehidupanku dan akan tambah berseri dengan kehadiran cahayamata yang lain..Insya Allah... khalish nu'man,anak ummi yang sangat cerdik,lasak dan dirimu sebagai harapan kami agar mmbesar sebagai anak yang soleh dan menjadi ketua pada adik2mu...(nanti bila jadi abang,xmo merajuk kuat sangat ye?abiummi sayang khalish....:-))


p.s:klo ade sape2 nk bg hadiah,boleh je...saya sangat hargainya..tambah2 tengah ngidam macam2 ni....antar pos kat umah saya di malaysia ye..mesir ni jauh sangat..pos mmg x sampai .....klo kirim kawan lagi senang.....ada je yg nak mai mesir nanti...hehe.....(x malu betul ummikhalish ni...hahaha...)

Jumaat, Mac 16, 2012

tiba2 terkenang.........



Hatiku setenang lautan biru...... biar hidup adakala dengan cerita yang sendu.....
Namun hatiku tak pernah mudah menjadi kaku... akan kutempuh jalan yang penuh berliku..
kerna kekuatan dan keberkatan dari Allah Yang Maha Satu...serta kasih sayang dari insan yang sentiasa kurindu dan dicintai selalu....

Gambar pertama suamiku yang menjadi pembakar cinta jarak jauh di hati..kami berkenalan sekejap terus bertunang 18.10.2008.. kemudian setelah seminggu dia balik semula ke mesir meneruskan pengajian...dil x banyak mengenalinya..tapi lebih mengenali keluarganya..pendek kata macam bercinta dengan ahli keluarganya..hehe..tapi..dil bahagia..sebab keluarganya menerima dil seadanya...bersatu pada 04.07.2009..... bersanding 1.8.2009....14.10.2009, mengikut suami ke bumi alexandria..sambil2 berbulan madu...hehe..

Pahlawan agama yang lahir pada hari jumaat 23.04.2010 di bumi anbiya'... (bunting pelamin org kata..aduh..blushing2 pipiku..segan...)


Semakin hari semakin dewasa....bermacam telatah yang mengusik jiwa...lagi 36 hari anak ummi akan berumur 2 tahun... cepat masa berlalu...Ummi pun akan bertambah usia lagi 4 hari..pada 20.03.2012 ni..aduhai..terasa diri ini semakin matang(xmo sebut tua..sebab terasa sentiasa mudo.hehehe)


Harapanku pada hari jumaat yang mendamaikan ini...hidup kita sentiasa diberkati Illahi..kasih sayang sentiasa mekar di hati..akan terus bercambah dengan pertambahan ahli keluarga (insya Allah) dan kita dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan abi khalish berjaya mengejar apa yang diimpikan...:-)


Ahad, Mac 11, 2012

15 Orang Di Bawah Ini Syaitan Tak Suka



Selain daripada yang pertama, anda boleh memilih selain daripada itu untuk menjadi mereka yang tidak disukai oleh syaitan. Cuma jangan sampai anda termasuk menjadi mereka yang tidak suka 15 orang yang disebutkan di di bawah, jika tidak mungkin anda sendiri adalah syaitan


1-Rasulullah SAW.
2- Imam yang adil.
3- Orang kaya yang merendah diri.
4- Peniaga yang jujur ( benar ).
5- Orang Alim yang khusyuk.
6- Orang Mumin yang suka menasihati.
7- Orang Mukmin yang murah hati ( belas kasih ).
8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.
9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.
10- Orang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
11- Orang mukmin yang banyak bersedekah.
12- Orang mukmin yang berakhlak mulia.
13- Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.
14- Orang mukmin yang membaca Al-Quran, menghafaznya dan memahaminya.
15- Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud di waktu malam.

#Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972.

Rabu, Mac 07, 2012

WW...PERMATA HATIKU......


Jumaat, Mac 02, 2012

Dumyat-jalan Roksubah part 2

Selepas dari mengutip kerang,kami pulang berehat dirumah dan kemudian petang kami ke pantai roksubah(x pasti betul atau x ejaannya...)pantai ni pertembungan sungai dan laut..... pantainya sangat cantik dan pemandangannya menenangkan jiwa...waktu kami pegi memang sangat lengang sebab musim sejuk..kalau musim panas..memang menjadi tumpuan..

pemandangan di waktu senja....
kanak-kanak riang yang sangat happy sebab dapat bebas....
dari kiri aiman athif (adik susuan khalish),mohd syameel,mohd farees n pahlawan agama....hehehe.....


Budak cerdik yang sangat menggunakan peluang yang ada untuk bermain sepuasnya...

Sebenarnya kami teringin nak ke port said tapi terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu..jadi kami menghabiskan masa di sini saja..kemudian malamnya kami menziarahi teman2 di sekitar tempat penginapan kami di dumyat...esoknya..kami pulang ke alex semula.....


p/s:seronok dapat bercuti beramai2..biar naik turun kenderaan awam.. dengan bawa barang2..dengan anak2 lagi.. bersabar dengan kerenah arab...namun kami puas..mengutip pengalaman berharga di rantau orang... :-)

Dumyat-part 1...Mencari Kerang.....


Alhamdulillah...harini ada rajin sikit nak update.. :-) ikutkan macam2 nak cite tapi buat masa sekarang penyakit 'M' amatlah banyak dalam diri..huhuhu..maaf ye teman2(bajet ade orang baca blognyer..huhu,ummikhalish terperasan....hahahaha)
Oklah.. entri kali ni dil nak cite pasal jalan-jalan kami ke dumyat...kami pegi 4 pasangan dan seorang ikhwah..jadi semuanya 9 orang dewasa+4org kanak2.... Kami bertolak pada 26/02/2012 pada pukul 7.30 pagi.. dari alex ke perhentian besarnya naik tremko.. kemudian nak ke dumyat kami naik bas.... sebenarnya,rancang nak ke dumyat ni dah lama.. dan nyaris2 dibatalkan di saat akhir kerana masing menghadapi masalah kesihatan..Dil sendiri masa hari nak pegi masih dalam keadaan kurang sihat..cirit birit pada hari sebelumnya.. tapi dek kerana memang suka sangat nak berjalan,digagahkan jua....alhamdulillah dil dapat bertahan sampai dumyat,tapi abi khalish pula yang mabuk naik bas....nasib baik ada teman yang sangat prihatin.. dan kami sampai ke dumyat dengan selamatnya pada pukul 3 ptg..... kami menyewa 2 buah rumah sebelah menyebelah...satu untuk lelaki,satu untuk wanita...
Sampai di daerah dumyat,kami sangat teruja dengan keadaan bandarnya yang amat terancang dan sangat tenang..amat berbeza dengan tempat kami di alex,rasa jatuh cinta dengan suasana di sini... memang sangat damai.... hari pertama,kami lepak2 di rumah dan malamnya buat bbq di atas bumbung rumah..memang enjoy sangat.....balik rumah dekat 1 pagi n rest......

Dumyat ni terkenal dengan kerang...jadi pada keesokan hari kami pegi ke pantai... dan sangat terkejut tengok kerang yang sangat banyak.. ini adalah pertama kali dalam hidup dil merasai pengalaman mengutip kerang dan mengopek kerang yang masih hidup....rasa bertuah dapat pengalaman berharga ni...
sepanjang persisir pantai penuh dengan kerang..sampai x larat nak kutiplah...

anak2 yang terpegun di atas lautan kerang...

seorang abi yang sedang menerangkan pada anaknya cara mengutip kerang...:-)


budak cerdik yang sangat happy dapat berjalan-jalan bersama kawan2..
umminyer lebih2 lagi....hehehe...
kerang mesir yang saiznya agak besar.....


klah.. berhenti di sini..bersambung part 2 nanti......Insya Allah.....


Tarikh Penting!!!

Birthday:-

Tok Babah:09.02.1952
Ummi Dil: 20.03.1980
Paklong Fendi:01.04.1985
Makcu Pikah:01.04.2001
Abi: 14.04.1987
Ayahlong:20.04.1979
Khalish Nu'man:23.04.2010 & 24.04.2010
Maklang Nor:10.05.1993
Zaim:20.05.2010
Zahira:01.06.2015
Acu:02.06.1990
Ummi Long:18.06.1981
Abi & Ummi Nikah:04.07.2009
Aisyah Humaira:19.07.2012
Maklong:01.09.1981
Nenek:13.09.1958
Zahra:27.9.2012
Allahyarham Ayah Aref:30.10.1990
Acu ana:19.11.1991
Atok: 08.12.1956
Tok Neni:28.12.1955