Assalamualaikum semua.....^^..
ada orang tak ni.hehe..ehem ehem.admin rindu la dekat korang semua.sihat ke korang hari ni?hehe.lama rasanya tangan ni tak menaip.aduuuhai.hehe.
Hari ni hari isnin..hurm hurm..siapa suka hari isnin angkat tangan!! siapa tak suka hari isnin??
mesti ada rasa 'Monday Blues' kan??
haaa...takmo takmo..kita tak boleh ada perasaan negatif tauuu...
cer tengok ni cer tengok
haa..so..kengkawan semua..tak elok tau permulaan hari lagi, kita dah tak suka,takde motivasi diri..negative thinking..kalau mcm tu mcm mana kita nak face hari yg seterusnya..ye dak??
hehe..so..come onnn..let's rock our Monday!!..yeayyyy
ok..habis mukadimah..(^,^).hee.
Actually admin nak cerita sikit....haaaa meh sini semua kak kiah mak pah mak bedah kak peah semua..akak mawar nak story morry sikit nehhhh..
pasal apa???
haa..kak nak cerita pasal event kita yang dah lepas hari tu la..meh nak cerita kat kengkawan semua..hari tu, 5 Mei 2014, kami telah bersama-sama membantu Maahad Tahfiz Darul Masri, dalam menganjurkan satu program yang diberi nama,
'Seminar Mempertahankan Hadith Nabi S.A.W'
bertempat di Masjid Negeri Shah Alam.
Seronok sangat tau..kami dapat macam-macam pengalaman..(^_^)..
pengalaman yang sangat berharga pada kami.
Program bermula dari hari Sabtu iaitu persiapan kami lah untuk program yang berlangsung Ahad nya itu..dan hari Ahad tu, seawal 8.00 pagi kami semua dah bersiap-siap di masjid.
Kami bersama-sama dengan sukarelawan-sukarelawan dari maahad-maahad dan pusat tahfiz di sekitar Selangor telah berkumpul dan diberi tugasan masing-masing..
Subhanallah....
berada di antara mereka membuatkan kami berasa kerdil. Malu pula rasanya di kelilingi oleh mereka yang tentunya banyak ilmunya dari kami ni..)-:
Ok meh akak nak cerita aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang hari itu.
Majlis bermula dengan pertandingan Qasidah pada jam 2 petang ..(',) dan ketibaan para jemputan yang bertugas sebagai juri untuk pertandingan Qasidah tersebut..
ha...sebelum tu..meh nak tunjuk sikit..
Inilah dia Ustaz Syeikh Abdul Razak Al-Masri..Pengasas Maahad Tahfiz Darul Masri. Dan juga selaku penganjur program seminar ini.
Dan yang ini pulak.Juri untuk pertandingan Qasidah kita.
Datang dari jauh tau..Dari Yaman.
Dan Pertandingan Qasidah ini diakhiri dengan sedikit penyampaian tazkirah dan seterusnya penyampaian sijil dan cenderahati.
Pemenang pula diumumkan sewaktu malam kemuncaknya selepas habis program di sebelah malam pula..hehe ^^
Ok beralih pula ke aktiviti di sebelah petang..
Agenda pada waktu petang iaitu dalam jam 5.40 petang selepas Asar adalah
Tausiah Pengenalan oleh Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid dan diterjemah oleh Habib Najmuddin Bin Usman Al-Khered.
Dan seterusnya Forum bertajuk
'Pengorbanan Ulama' Dalam Mempertahankan Hadith Nabi Sebagai Sumber Rujukan Umat'.
Antara panel jemputan adalah :
i ) Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami
ii) Ustaz Aswad Al-Kubra
iii) Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali
iv) Moderator : Dr. Zulkarnain Bin Kedah
Dan seterusnya,
haa....agenda pada sebelah malam pula..(^^)
Pada sebelah malam pula, majlis bermula pada jam 9 malam selepas solat Isya'. Bermula dengan
Tausiyah Pengenalan Ustaz Mohd Fadzil B. Ismail.
Dan kemudian bermulalah Forum yang bertajuk,
'Keuntungan Mengamalkan Hadith Nabi Dan Bahaya Meninggalkannya'
Dan akhir sekali...
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Qasidah yang berlangsung pada siang hari nya.
Pertandingan Qasidah tersebut telah dimenangi oleh
Maahad Tahfiz Darul Hufaz
Alhamdulillah..ramai yang hadir memberi sokongan dan mengikuti program kami ini..
Masjlis bersurai dalam jam 11 malam..Kami di Urban Vibe Event berasa sangat bertuah kerana dapat menimba pengalaman dalam membantu menganjurkan program sebegini..Banyak pengalaman baru yang kami perolehi bukan sahaja dari segi luaran malahan dalamam,rohani kami.
Berada di majlis ilmu yang dipenuhi dengan Ulama' - Ulama' dari dalam negara dan luar negara membuatkan kami semua lebih mengingati dan dekat dengan Allah Yang Maha Esa.
Semoga apa yang kami lakukan mendapat barakah dan dirahmati oleh Allah..dan yang paling kami harapkan, semoga boleh menjadi bekalan kami sewaktu di Akhirat nanti..Amin...
Andai ada waktu, tenaga, kelapangan ingin sekali lagi kami menganjurkan program bermanfaat seperti ini..Semoga Allah mudahkan dan memberi petunjuk kepada kami..
Ok lah....rasanya sampai sini sahaja lah kot cerita akk nehhh
Heheheh panjang berjela ceritanya ye dak?? haha.
Sampai ketemu lagi ya ibuk-ibuk..bapak-bapak..kengkawan semua..
Jumpa di next event kami!!
Aidilfitri Extravaganza 2014
Ikano Power Centre
14-20 Julai 2014
* Event Aidilfitri Extravaganza akan diupdate tidak lama lagi..tunggggguuuuuu..hehe
Sincerely,