KEHIDUPAN..



Apalah ertinya ijazah, masters, phD yang kita capai sedangkan kita masih terkapai-kapai untuk menunaikan tugas hakiki kehidupan?


Apalah ertinya nama yang tercatat dalam sejarah dengan tinta emas sekalipun sedangkan kita masih gagal menjalankan tugas rohani kita?


Pada usia tujuh tahun, kita mula bersekolah bagi mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Bagi menamatkan pendidikan hingga sekolah menengah, kita memerlukan tempoh waktu minimum 11 tahun, enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Namun sesetangah dari kita menyedai yang pembelajaran tidak hanya terhenti dengan berakhinya alam menengah.

Hambatan keadaan dan suasana zaman kini memaksa kita untuk melangkah lebih jauh, oleh itu ramai dikalangn kita yang belajar di universiti selama 4 tahun untuk mencapai sarjana muda. Segilintir juga masih lagi menyambung pengajian sehngga ke peringkat sarjana dan seterusnya doctor falsafah. Oleh itu, ada yang menghabiskan waktu selama hampir 20 tahun daripada sekolah rendah hingga mencapai peringkat doctor falsafah. Namun, adakah kita sedar setelah berakhirnya tempoh tersebut, adakh ianya seiringan kepada tercapainya juga misi dan tugas hidup kita…????

Jawapannya hanya ada pada sahabat sekalian, bagi saya ianya tentu sekali tidak, masih banyak tugasan yang menanti, kita perlu bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga, mendidik keluarga, menjadi pelindung kepada mereka dan ada dikalangan kita juga menganggap yg apabila pencen, dan setelah dewasanya tanggungan kita, berkerjayanya mereka, maka dengan itu berakhirnya juga lah tugas kita. Namun, benarkah seluruh kehidupan kita selesai sesudah kita menguruskan semua hal itu….????

Orang sering sekali mengukur kejayaan daripada aspek keduniaan, misalnya gelaran akademik yang disandang, jawatan yang dipegang, sejumlah wang di dalam bank, rumah besar dan kereta mewah. Ketaksuban mereka kepada sesuatu kejayaan yang nyata sering membutakan mata hati mereka untuk melihat sebuah kejayaan yang hakiki. Oleh itu, sedar tidak sedar, adakah mereka juga lupa bhawsanya kematian juga adlh merupakan sesuatu yang nyata dan pasti….????

Masalah duniawi dan rohani adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Mungkin ada yang orang yang berjaya melaksanakan tugas duniawi tetapi gagal dalam tugas rohani ataupon sebaliknya. Oleh itu kita sebagai makhluk yang memiliki dua dimensi, adalah wajar bagi kita memikul dua misi selagi mana nafas menyertai kita. Misi yang bersifat duniawi dngn berusaha mencapai kejayaan harta benda,dan juga misi rohani adalh dngn mendekatkan diri kepada Allah, menjadi makhluk yg benar-benar brtaraf hamba bg Allah, dan berusaha utk mengenali Allah,kerana Allah berfirman dalam surah az-zariyat ayat 21…

‘Ia berada dalam dirimu, mengapakah kamu tidak memerhatikannya’

Rasulullah juga mengingatkan kita ‘man arrafa nafsahu faqad arafa rabbahu’, barangsiapa yang mengenali dirinya maka ia pasti mengenali tuhannya. 


Perlu untuk kita sama-sama renungi dibulan yang mulia ini, moga-moga dngn keberkatan bulan yang mulia ini dapat dijadikan batu asas kepada perubahan pemikiran kita bahwasanya sebuah kejayaan yg sebenar lagi hakiki adalah terletak kepada mereka yang mampu untuk menggabungkan hala tuju keduniaan dan rohani…Moga-moga Allah menggolongkan saya dan sahabat sekalian dalam kalangn meraka yg benar-benar mencapai erti kejayaan yg hakiki..


‘Belajarlah, tp bkn untuk mengejar CITA-CITA, sebaliknya belajarlah untuk mengejar ERTI KEHIDUPAN’- Prof Dr Muhaya

‘Tujuan hidup yang hakiki adalah mendekatkan diri kepada Tuhan. Tujuan hidup seperti inilah yang memberikan manfaat, tidak hanya bagi tubuh tetapi juga bagi jiwa’- Prof Drs Muhammad Salleh


'Graduation is not the end, it's the beginning.’- Prof Dr……(hehe nok jgk)


Moga-moga peringatan ringkas ini bermanfaat kepada kita..     

 Salam Ramadhan.

menuju kejayaan yang hakiki

Jejak Jordan (siri 1)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud....

"dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan lebih banyak bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah. Yang demikian itu adalah kerena telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata lalu mereka kafir(enggan), maka Allah mengazab mereka. Sesunggunhnya Dia Maha Kuat lagi Maha Keras hukumanNya".  (al-Ghafir 21-22)
  

Location :  Jordan, Syria, Lubnan,Turkiye 
Date : 12 Januari 2011 – 30 Januari 2011 (i.Allah)
Budget : 1300 USD
Travel Members : 3 persons (Arull, Pokcek, Wafi)



Hari pertama ; 12 Januari 2011


11.00mlm- berkumpul di mugamma' abbasi di abbasiyah 
- mengambil bas(east delta) dari cairo ke nuwaiba'(port)
- tambang sebanyak LE80.

* alhamdulillah bas dan kerusi yang agak memuaskan, jenero lah jugak ambo tido dalam bas tuh, sapa sakit tengkuk..kami juga membeli makanan sbg bekal dlam kuantiti yang agak banyak. mnjangkakan perjlnn panjang dan mngkin harga mknn yg mahal semasa perjlnn kami.

11.45- bas bertolak.
- perjlann ke nuwaiba' memakan masa 6 jam


penantian satu penyeksaan..


Hari Kedua: 13 Januari 2011

06.30 pg- alhadulillah kami smpai ke nuwaiba'.
- bergegas mencari tandas..aduhh sejuk brO atas bas..haha
- solat subuh..
- menghentam kedarah.. ala kadar, ngan ish, salatoh, fuluful...ambo berehi!hehe
- usha-usha shubbak tazkarah(tempat beli tiket kapal).

sarapan pagi..


08.30- kaunter tiket kapal baru buka..beratur utk beli tiket lah dop..hehe

* tiket kapal utk ke aqobah(jordan) terbahagi kepada 2 jenis tiket.. yang pertama kapal jenis laju(tasri'), tempoh perjlann mnggunakn kapal nih 1jam setangah, harganya 80 USD. mnakala satu lg kapal yang diberi nama aknnya 'abbarah..hehe.. haa kalu hok nih masalh nih! lamo bhai! 4 jam perjlann teh..huhu.. harganya murah lah, murah2 pon dlm 60 USD jgk.kah2.. sayugianya, x yoh lah ambik hk nih..gamble2 jgk! hok nyusoh kediri baik x yoh ambik..dop keneh?hehe...ado mslh2 len lg perihal kapal nih, x perlu citer cni lah..

10.00- berjaya mendapatkan tiket.
- terus mnghala ke tempat imigresen or boarding room

*x puah hati ngn pok cik imegresen, dyo nganyi nama aku! aihh berani arab nih...haha

10.30- settle semua masalah imigresen. maka menunggu lah di tempat menunggu.

* ditilik, dibelek, direnung, dieja ape yg tertulis lam tiket tuh, nok cari wktu bertolok sbnrnya, x jumpa!! confuse satu perkataan! masa'i.. masa'i nih selamo hok duk ngaji petang mksud dye... aiii x sedap duduk doh, g tnya arab.....hah yakboktam..  sa'ah rabiah i.Allah!!katanya arab... pukul 4?? aduhh...dari pukul 11.00pg nok tggu ke pukul 4 ptg, dalam keadaan tggu terkurung kat boarding room! pah satu mslh lg bile sebut boarding room jngn kamu bayangkan ianya sama keadaan n keselesaan seperti boarding room kat airport nuh!! aihh jange2...alohlahh eh! anak jate pon x se ngaku ank jate kalu lgunih..hahaha..bnyk kisah kami smasa menunggu nih...x perlu citer cni lah dop..hehe


03.30ptg- alhamdulillah awl setengah jam.. kami dikumpulkn utk naik bas menuju ke kapal.
- kapal AB maritime.
- keselesan? 1st class. cam naik flight doh. cuma x dop kakak-kakak n abg2 yang edar mknn n minuman jah..hehe
- perjlnn 1 jam setengah.

sebelum berangkat..hehe


04.00- AB maritime bergerak membelah lautan.

* kapal membelah laut merah, laut merah yang meninggalkan sejarah, menjadi saksi terhadap kisah2 nabi2 terdahulu.. saat melihat air lautannya, saya teringat kisah nabi musa yg dinukilkan di surah As-syuara' juz 19, ayat? no brape eh x ingt..hehe.. tp ini lah kisah nabi musa n kaumnya.. mengahadapi firaun yang durjana! tatkala nabi musa n kuamnya(bani israil) melarikan diri dari firaun dan bala tenteranya, bilaman melihat di hadapan mereka lautan, berkatalah dri kaumnya, sesengguhnya kita sudah terperangkap! belakang kita firaun, di hadapan kita lautan! musa membalas, sesekali tidak! Allah bersamaku, memberi petunjuk. dan setelah itulah, Allah berfirman kepada musa, pukul lautan itu dngn tongkatmu! lautan terbelah...maka, musa n kaumnya menyelusuri lautan dikuti juga firaun n tenteranya, nmun Azab Allah terhadap firaun, dicantumkan kembali lautan, ditenggelami firaun n tenteranya, diselamatkan musa n kaumnya ke seberang.. maka inilah! lautan ini lah! mnjdi saksi terhadap sejarah tersebut!! melihat lautan ini, airnya, Allah..... sungguh Engkaulah Allah tuhan kami!! telah Engkau ceritakan kisah ini buat peringtan kepada kami..Allah..yaAllah ampunikanlah dosa-dosa kami!!

lapar telajok! 2 hari x jupo nasik..huhu



05.30- sampai ke Aqobah(port kat jordan) dah gelap masa nih..
- menyelesaiakn masalah imgresen
- tukar duit ke duit jordan!
- mengambil teksi ke bandar Aqobah( 2 dinar per peson) mahal!

* kami agak kurang bertuah pada mlm tuh, kebiasaannya mmg ade bas utk terus ke muktah, nmun ianya x kelihatan! kami terpaksa ke bndar Aqobah, mencuba nasib kot2 ade bas utk terus ke muktah.

06.30- berada di bandar aqobah!
- terus ke tempat teksi2 or buses kot ade lg ke muktah. haa ade! mmg ade! 50 dinar beb...haha (50 dinar- RM 250)
- mngadu kepada Allah(p smyg luh..hehe)
- sudah semyang cuba lg p tnya..nmun yg 50 dinar tetap setia menunggu..kah2
- bincang2, sewa hotel!

08.30mlm- dpat blik hotal ngn bantuan kawan arab..
- 6 dinar per person..ok doh!
- letak2 brg, rest jap
- lepak2, tngk2 bndar aqobah.




10.00- tdo


Hari Ketiga: 14 Januari 2011


06.45pg- bangun
- smyang subuh
-siap siaga utk ke muktah plok..(alhamdulillah xdop brg tertinggal di hotel tuh)haha

* sejuk! suasana mlm di Aqobah tersngt sejuk.. ambo pon sedar bnyk kali gak! x leh tdo sejuk tlajok.. alolah dih! mmg susah nak tdo, pd pg tuh bngun gak lam kesujukan, seperti biasa, gosok2 gigi, seusai solat, sy terpndng salah seorang kwn sy, dye bru bgun, den dngn selambnya dlm kesejukan tersebut, dye pecat baju, seluar, n pakai tuala ke tandas, aihh ku mula sngsi..apa perlu pecat kesemuanya utk ambik airsmyg, sbb kita msih lam perjlnn nih..bkn duk umh..ku membilang detik waktu, aihh lamo teh dlm tandas nih! mula membuat andaian..hehe.. akhirnya keluar gak dye dngn wajah ceria, segar!! aihh pe citer brO??? tersengih2, tersipu malu dye mnjwb, excident brO!!hahaha...dah agak dah! ko mmg jantan lah brO!haha....inilah bahana kesejukan melampau! kenangan..hehe

08.00- ke stesen bas.
- alhamdulillah bas ke muktah ade.
- tmbang 3 dinar!






 08.45- bertolak ke muktah
- perjlann labih kurang 3 jam lebih..huhu
- perjlann di hiasi gunung ganang, agak menarik n cantik..subhanallah!

 12.30- sampai ke muktah
- alhamdulillah smpai kami ke muktah
- terubat rindu n keletihan bleh jupo saing2 cni..hehe
- azmir, ja, loh, aleng! bereh sume segar...hehe


to be continued.....

Arull fauzi
15 Januari 2011
Muktah, Jordan

Pendahuluan...



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji-pujian selayaknya untuk Allah empunya semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Muhammad s.a.w.

firman Allah yang bermaksud..
"lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui. dan (ini) sesungguhnya Al-Quran yang sangat mulia. dalam kitab yang terpelihara (lauh mahfuz). tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. diturunkan dari Tuhan seluruh alam". Al-Waqiah 75-80

Al-Quran merupakan mukjizat yg berbentuk firman-firman Allah, yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w dalam bahasa arab menggunakan perantaraan saidina jibril a.s. Ganjaran kepada mereka yang membaca dan hikmah pada yang mengambil intipati, menyelami akan makna-maknanya, lantas mengadunkan dalam kehidupan.

Al-Quran tatkala dibaca, direnung maknanya, maka petunjuk lah hasilnya. Al-Quran, isinya digali oleh sang fakeh, maka hukum-hukum lah khazanahnya. Al-Quran, kalimah-kalimah padanya dikaji oleh sang pencinta sastera arab, maka lahirlah tatabahasa pelengkap keindahan. Al-Quran, tatkala kebingungan menemani, maka padanyalah kembali akan segala permasalahan, rujukan pengurai kesusutan. Al-Quran, pengkhabaran peristiwa, menjadi iktibar, menjadi panduan, menjadi peringatan. kepada mereka yang punya akal kewarasan.


Namun, disamping semua itu, pernahkan kita terfikir dikala penglihatan menikmati liuk lentok penulisan di lembaran mushaf Al-Quran akan kisah disebaliknya. Kisah ataupun rentetan kepada terhasilnya mushaf yg tersedia ada sekarang, yang pasti perjalanan kepada realiti meninggalkan berbagai sejarah yang membenihkan rasa keagungan kepada yang empunya realiti dan sejarah tersebut.


Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kekasihNya, lantas dihafal dan disampaikan kepada para sahabat r.h.m dan juga lantas dihafal. Namun apakah punca ataupun peristiwa kepada pembukuan Al-Quran? adakah sahabat semasa bersama nabi muhammad s.a.w menulis Al-Quran selain menghafalnya? jika ditulis dan dibukukan adakah ianya seperti mana yang kita lihat sekarang? jika ditulis apakah jenis penulisan yang digunakan? jika ditulis, dimanakah ditulis penulisan al-Quran tersebut? adakah seperti mana kertas helaian yang wujud di zaman kita sekarang? dan jika ianya ditulis, siapakah mereka yang terlibat dalam penulisannya? yang pastinya, jawapan kepada kesemua persoalan  tersebut akan menatijahkan pengenalan yang lebih mendalam terhadap mushaf Al-Quran.


Al-Quran yang seperti sudah kita semua maklum, mempunyai berbagai-bagai bacaan(qiraat). jadi, mengapakah wujud kepelbagaian bacaan tersebut? tidakkah kepelbagaian itu sedikit sebanyak tidak melambangkan penyatuan ummah? adakah kepelbagaian tersebut dapat menyumbangkan sesuatu kepada umat islam? apakah hikmahnya? apakah rahsia disebalik semuanya? Imam-imam Qiraat, perawi-perawi bagi imam Qiraat! siapa mereka? apakah rupa perbezaan bacaan yang wujud diantara mereka? mengapa sejarah menisbahkan bacaan sesuatu Qiraat kepada mereka walhal kesemua bacaan dari nabi? nah! persoalan demi persoalan mengasak minda, menuntut diri mencari jwapan sebagai penawar, buat diubati segala asakan..Namun yang pasti, jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut  akan membuahkan lagi cinta kita terhadap kalam Allah. Al-Quran yang disebaliknya keindahan yang akan sama-sama kita rungkaikan.


Oleh yang sedemikian, moga dengan izin Allah, selain dari tujuan asal penubuhan blog ini, saya akan jadikan laman blog ini sebagai tempat untuk kita sama-sama lebih mengenali mushaf Al-Quran yang kita tatapi sekarang, mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran, dan juga dapat sama-sama kita terokai keindahan pada rahsia di sebalik pengalunannya. Moga-moga ianya memberi manfaat dan panduan kepada pembaca. Juga suka untuk saya perjelasakan, idea untuk menghasilkan entri-entri yang berkaitan tentang ilmu Al-Quran ini, adalah bersumberkan dari pengajian saya di tahun akhir pengkhususan Al-Quran & Qiraat, Oleh itu, methodologi penulisan serta jalan penceritaan lebih mirip kepada kitab pengajian saya.


Oleh itu sebagai pengakhirannya, semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi penyebab kepada redha Allah dan keampunanNya terhadap kita semua. Moga-moga ianya bermanfaat kepada pembaca dan juga penulis khususnya.


ArullFauzi
Shoubra, kaherah  
11 JANUARI 2011
11.15 pagi.


nota:
penulis akan memulakan langkah kakinya ke jordan, syria, lubnan dan turki tidak lama lagi, jd, kita akan smbung perbincangan kita perihal ilmu AQ ini sekembalinya dari vacation ini, buat masa sekarang, tggukan kemunculan entri-entri  perkongsian penulis tentang pengalamannya mengembara..hehehe


Bermulanya perubahan di saat 1432 h..

Ujian, mehnah, tribulasi yang mendampingi kehidupan adakalanya membuat kita terlupa mengenal diri tatkala  masing-masing lena diulit buaian barat yang sentiasa tidak jemu-jemu mengayunkan buaiannya. Kehidupan kita menyaksikan yang diri kita telah menjadikan barat sebagai paksi ikutan dalam kehidupan, setiap segi, setiap sudut, kita mengagungkan budaya 'jahiliyah moden'  bertemakan kemajuan ini. Sehingga kita malu dan berasa kolot jika ingin mengamalkan apa yang digariskan oleh agama islam. Saya juga malu ingin bersuara mengatakan yg kehdupan saya juga tidak lekang terpias dek kebaratan yang menggila.

Sedar atau tidak, kita sebagai orang islam, dalam keasyikan kita meratah kenikmatan yang dipinjam oleh Allah s.w.t  , mungkin sesetengah daripada kita terlupa yang tarikh islam atau tarikh hijriyah pada pusingan tahunnya telah terenjak, bertmbah pada bilangannya. Namun suka saya melontarkan persoalan pada diri saya sendiri dan pembaca, adakah dengan wujudnya perubahan tahun hijriyah tersebut, menandakan wujudnya juga perubahan pada diri kita? ataupun dengan bermulanya tahun baru hijriyah ini menandakan bermulanya juga titik perubahan dalam diri kita?

Kita selaku remaja yang beridentitikan islam. Pada bicaranya si lafaz yang bangga mengatakan 'aku remaja muslim'! Pada penulisannya si jari rancak dengan bangganya menaip 'aku remaja muslim', tapi pada perbuatan?? tanpa kita sedari yang kehidupan ini sentiasa berkiblatkan barat, beridentitikan jahiliyah moden! layakkah kita mengaku AKU REMAJA MUSLIM?

Adakah sama teriknya mentari memancarakan sinarnya dikala ia terpacak di pertengahan hari dengan teriknya cahaya si mentari yang menunggu saatnya beradu di senja hari?? adakah sama gagahnya seorang lelaki dikala usia remaja dengan gagahnya seorang lelaki di saat menghabiskan bilangan usianya? Remaja adalah merupakan satu tempoh kekuatan dan semangat di dalam umur manusia. Justeru itu, alangkah ruginya jika kita mengisi zaman remaja kita dengan hanya menjadikan acuan barat untuk membentuk peribadi kita. Sungguh AQ menceritakan begitu banyak kisah remaja yang bleh kita ambil teladan, dan ikutan.

Lupakah kita dengan kisah pemuda al-kahfi?? Keberanian, dan pengorbanan demi menjaga akidah dan iman. Sanggup meninggalkan kenikmatan dunia pergi melarikan diri ke dalam gua. Lupakah juga kita perihal kisah yusuf a.s? Bilamana diajak merajakan nafsu dan syaitan, lebih rela memilih penjara dari membiarkan musibah terhadap iman dan kepercayaannya? Kisah remajanya nabi ismail merelakan diri dikorbankan demi mengiayakan perintah Allah terhadap ayah tercinta. Mereka ini lah antara teladan remaja yang beridentitikan islam! Menjadikan Allah tujuan hidup.

Saya teringin menjadi remaja yang benar-benar muslim!! dan saya juga percaya jika masih ada sekelumit iman dalam jiwa para pembaca, identiti remaja yang benar-benar muslim juga ingin dihambat dan diburu.

Oleh itu suka lah saya berkongsi, memetik mutiara ilmu dari Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang berjudul 'wajibu As-syabab al-youm' yang saya kira cukup bermanfat bagi melayakkan diri kita untuk mengaku 'AKU REMAJA MUSLIM'. Dalam kitab tersebut beliau telah menggariskan empat kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan oleh remaja muslim.

1) kewajipan memahami islam secara mutlak/sahih

Memahami islam adalah merupakan asas yang cukup penting bagi kita remaja untuk mengenal identiti kita yg  sebenar-benarnya, baik dari segi akidah, fiqh, dan tasawuf sebagai pelengkapnya. Cabang ilmu ini lah yang sebenarnya akan menjadikan diri kita berjaya menjiwai ruh islam.

2) kewajipan beramal dengan ilmu

Merealisasikan atau menzahirkan ilmu yang dipelajari melalui amal. ilmu yang didahulukn daripada amal melahirakn natijah yang cukup besar dalam pembentukan jiwa seorang remaja. Amal yang dipandu dengan ilmu akan membuahkan hasil yang cukup bermanfaat dalam suluknya seorang remaja mengenal potensi diri dan identiti diri.

3) kewajipan mengajak kepada pengamalan islam

Berilmu dan sudah beramal tapi tanpa rasa tanggungjwab terhadap saudara seagamanya adalah lambang kerugian dalam diri sesorang. Surah Al-Asr sebagai bukti perlu utk mengajak individu lain terhadap islam! dan saya sendiri mengira yang digariskan oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi terhadap kewajipan ini adalah salah satu bentuk tarbiah terhadap remaja muslim.

4) kewajipan bersatu di atas di atas nama islam

Kewajipan yang ke4 ini adalah merupakan pelengkap terhadap 3 kewajipan yang terdahulu! Mana mungkin seorang yang sudah berilmu, beramal, sudah mengajak terhadap islam akan dapat mampu berdiri seorang diri dan istiqamah dalam mujahadahnya melainkan perlu ianya dibantu dan selalu disuntik semangatnya oleh ukhuwah atas nama kesatuan dalam islam.. brotherhood in islam!


Inilah kempat-empat kewajipan yang saya mampu petik dan kongsi bersama para pembaca agar ianya dapat dijadikan satu panduan terhadap keinginan kita yang membuak-buak untuk menjadi seorang yang layak bergelar REMAJA MUSLIM. Saya dengan rendah diri menyeru diri saya sendiri terlebih dahulu dan para pembaca agar sama-sama kita menjadikan titik perubahan tarikh hijriyah, sebagai satu titik pemula terhadap perubahan dalam diri kita, dari remaja yang beridentitikan barat kepada remaja yang beridentitikan muslim.

Akhir kata, sambutlah salam sayang dan kasih dari saya yang hina ini dan salam hijrah 1432..



...........SAYA INGIN MENJADI REMAJA MUSLIM............




ArullFauzi
Shoubra, kaherah      
10 DISEMBER 201O
12.13 malam

Selamat Hari Jadi

Kiranya tatkala hari ini mentari bertukar bulan dan bulan bertukar mentari,  maka sementenyalah juga berakhirnya bulan november dan disambut bulan disember dalam diari tahun 2010.. bulan november yang mungkin meninggalkan kenangan ataupun igauan kepada sesiapa yang menghayati pusingan harinya si bulan november. Saya juga telah hampir terlupa betapa bulan november ini ada sesuatu yang patut saya ingati. Sesuatu yang penting bagi menggambarkan kasih dan cinta saya.

Saya merasakan masih belum terlambat untuk saya mengucapakan selamat menyambut bulan kelahiran kepada 3 insan yang begitu bermakna dalam hidup saya. Merekalah peneman dikala ranjau kehidupan yang mencabar menghiasi lorong-lorong perjalanan. Merekalah si pengubat luka dikala jatuh tersungkur diasak erti kehidupan yang adakalanya ghairah mempamerkan kerakusannya. Jasa kalian yg sudi singgah bertamu dalam selakan diari kehidupanku akan terus ku ingati.

Azizah bt Ahmad

Umi yang telah melahirkan sharul. Umi yg telah mengajar sharul apa itu kesusahan, apa itu pengorbanan, apa itu usaha! Umi yang berkorban waktu, dan tenaga demi melihat anak mu ini membesar dengan sempurna. Sharul masih ingat, umi bercerita tentang kerenah anak kecilmu ini semasa bayi, anak kecilmu ini yang alah dengan susu ciptaan manusia, dan hanya meminum susu badan si ibu!hehe.. maka umi lah yg terpaksa mengorbankan waktu rehat semasa bekerja dan pulang ke rumah demi memenuhi perut sharul.. terima kasih umi..hehe

Umi seorang ibu yang selalu berpesan, 'ngaji sungguh lah', 'baca buku tuh' dan yang paling tidak akan saya lupakan pesanan yang beraroma keagamaan, 'selawat banyok'! fuh...memang tatkala sesuatu yg berlaku berupa sesuatu yang mengundang kesusahan hati, memang pesanan ini lah yang keluar dari mulut umi, sungguh indah pesanan yang berupa ingatan, kesejahteraan terhadap empunya rahmat ke seluruh alam. Moga Allah memberkati umur mu umi. moga 54 tahun pengabadian mu terhadap Allah diterima Nya. Moga Allah memanjangkan umur mu dalam kebajikan dan ketaatan, menjauhi segala penyakit dan musibah! dan menyinari baki-baki kehidupan mu dengan kebahagian dan kenikmatan dalam ibadah mu.

saya amat mencintai awk..ummi~!


Nur ezimiah bt Mohd Fauzi


Anak sulung, kakak sulung, kegarangan mu!, ketegasan mu! bilamana memikul tugas menjaga adik-adik, melayani kerenah adik-adik yang memang selalu mencabar kewibawaan mu. Kak miah, anda indah di mata sharul!..hehe.. Kenangan semasa kanak-kanak sharul bersama kak miah memang tersangat banyak, tapi, yang agak berbekas dalam sanubari ini ialah kegarangan mu dan kekejaman mu menangani saat2 sharul menangis dan meraung!hihi.. Sungguh tergamak dikau menyumbat kain ke dalam mulutku semasa ku menikmati saat2 tangisan dan raungan itu!! ahh sngguh kejam dirimu..hahaha.. masihkah kau ingat???hehehe...
namun itu kisah dulu kita kan?? kenangan yang hanya bila diimbas kembali akan mengundang kegelian hati sahaja..heheheh.. Terima kasih untuk kekejaman itu kak miah..ehehe

Disaat ulang tahun dan bulan hari jadi kak miah ini, sharul hanya mampu mendoakan dari jauh agar kak miah  mencapai kebahagiaan dunia akhirat,moga hembusan nafas yg tidak henti-henti selama 30 tahun ini diberkahi Allah, dipermurahkan rezki zahir dan batin, dan yang paling penting 'PKK' yang berjaya dilancarkan baru-baru ini mendatangkan hasil ye..hehe.. love u kak miah!!


kak miah bersama suaminya~


Nur shukriah bt Mohd Fauzi


Saya mengira bahawsanya insan yg bernama shukriah ini lah yang banyak meninggalkan kenangan bersama, mungkin disebabkan jarak umur antara kami tidak jauh berbeza dan juga kebersamaan kami dalam menghadapi hidup bersama sebagai adik beradik.  Jika hendak diceritakan jasa nya si kakak yang bernama shukriah ini terhadap diri saya khususnya, saya merasakan bukan jejari saya yang akan membuka langkah bersilat di atas keyboard ini, melainkan tidak 'hati' yang penuh rasa hormat dan kebanggaan kerana memilki seorang kakak sehebat dirinya. sehingga kini dan selama-lamanya tidak akan terbalas segala curahan budi nya ihsan seorang kakak ini terhadap diri saya.


Masakan tidak 2 peristiwa yang tidak akan saya lupakan, tatkala diingati jiwa kelakian saya akan terus tercalar dek kelopak mata yang murah dengan lelehannya. Begitu hebat dirimu kakak berkorban demi kesenangan adik mu, sehingga terpaksa menanggung kesusahan dan kesakitan. Ya! kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.. Shukriah! masihkah bermukim di mindamu satu peristiwa yang menyebabkan dirimu menerima kesakitan, saat tatkala aku tidak diizinkan umi ke sekolah( bukit tiu) untuk latihan bola tampar, tidak diberinya duit untuk tambang bas, aku dengan sebab kedegilanku, meraih simpatimu dengan meminta duit, meminta duit dari seorang kakak yang berumur 12 tahun, dengan ihsan dan kasih seorang kakak, terlaksana jua niat di hati, tanpa di hirau amaran si ibu!! ketiadaanku dihidu umi.....ditanya 'tange sapo hok gatal duk buwi pitih ko sharul'!!... tubuh kecilmu dulu kakak menanggung hukuman dari angkara kedegilan adikmu. Terima kasih kakak.

Shukriah..Adakah masih kau ingat satu tabiat adikmu ini, semasa kita bersama di alam sekolah rendah, setiap kali berakhirnya sesi persekolahan, adikmu ini akan berkunjung tanpa segan silu melewati kelasmu, disamping mata merayau memerhati mu yang masih lagi berbaki sesi pembelajaran, drimu memandangku dan mengerti keiinginanku!! apa yang mengharukan aku, sanggup dirimu seorang kakak, darjah 5, yang memang ketiadaan duit ketika itu, tanpa rasa malu meminjam dari kawanmu bagi diberi kepada adikmu ini. Aku melihat ketika itu! aku mengerti ketika itu..! satu peristiwa yang masih segar dalam memoriku.. terima kasih untuk pemberian itu... Aku akan ingat smpai bila-bila..!


Bersempana dengan bulan kelahiran ini, adik yang degil dan mementingkan diri sendiri ini mendoakan akak  agar sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dalam apa yang diceburi, moga Allah membalas jasamu terhadap ku dengan memurahkan rezeki mu di dunia dan di akhirat, moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ba dan umi.. barakallahu fiik..


Shukriah bersama sebi..hehe




YaAllah Engkaulah saksi ke atas pengsaksianku bahwasanya diri ini teramat mencitai mereka bertiga.. Ya Allah, mereka bertiga adalah insan yang begitu bermakna dalam hidupku, kedukaan mereka adalah kesengsaraan bagiku, kebahgiaan mereka adalah keindahan dalam hidup ku...Oleh itu, Rahmatikan lah mereka bertiga Ya Allah, berkatikan lah umur mereka, satukan lah hati kami dalam ketaatan kepadaMu ya rabbul jalil..

Sekian.



ArullFauzi
Shoubra, kaherah      
30 NOVEMBER 201O
9.35 malam

Permata Hatiku..

Aku insan yang mula menghirup udaraNya saat dinihari 7 ramadhan di sebuah hospital..di sambut dengan azan alunan insan yang bergelar ayah, dan si ibu masih terbaring lemah menghabiskan tenaga melahirkan aku, sesungguhnya besar pengorbanan mu wahai ibu, gugurlah dosa-dosa mu tatkala keringat tenaga wanitamu di tagih demi melihat lahirnya aku sebagai anak mu.. terima kasih umi..

insan yang banyak mengajarkan aku erti kehidupan, menunjukkan aku jalan mengenal siapa diriku, pengorbananmu! susah payah dirimu berkorban, tabah mencari rezki tatkala terik mentari menjadi penemanmu..sungguh wahai ayah! aku kenang jasamu itu, akan ku buktikan aku layak bergelar anak kepadamu wahai si ayah..terima kasih ba..

wahai umi, wahai ba..

bilamana usiaku menjangkau 5 tahun, akal yang masih tidak mengerti apa-apa ini dikau paksa belajar mengenal alif, ba', ta'.. umi, perwatakan mu kian menunjukkan aura-aura kegarangan, insan kecil ini tergamak dirimu gertak, tengking bila apa yang diajari tidak dapat dikuti oleh ku.. ba, sungguh ku kecewa! dirimu tergamak hanya melihat tanpa belas kasihan anak kecilmu ini menangis meraih simpati.

bilamana kakiku melangkah ke alam sekolah, alhamdulillah 'surat kecil' sudah ku khatami, dikala itu aku sudah pun boleh berbangga kerana sudah berupaya membaca 'surat besar' dengan tanpa dibantu oleh sesiapa.. Namun, itu bukan bermakna kegarangan mu umi sudah berakhir, rupa-rupanya itu baru permulaan.. dirimu semakin galak, menengking dan kali ini tengkinganmu berpadu dengan rotan yang seringkali singgah di paha kecilku tatkala Al-Quran yang dibaca tersalah, yang menyedihkan lagi, ba juga yang sebelum ini hanya melihat sudah mula turut sama bergandingan dengan umi.. hati kecilku sentiasa merintih, ba umi tidak menyayangiku lagi.

Namun..........

setelah kini, umur dan jiwa dewasaku mempengaruhi pemikiran, baru ku sedari dan ku mengerti, sungguh diri mu umi ba betapa menyayangiku, dengan sebab rotan yg singgah di paha itu lah, ku kini menjadi aku, Dirimu umi ba mungkin sudah mampu tersenyum kerana dengan rotan yg kau singgahkan di pahaku itu lah diriku kini mampu mengalunkan Al-Quran dengan fasih, ku mampu menghafaz seluruh isi AQ, ku juga mampu berdiri di hadapan memimpin solat dan dirimu juga sering mendapat pujian dek anak mu yang serba kekurangan ini. tapi umi ba, jauh dalam sudut hatiku, aku tidak merelakan lagi dirimu berdua tersenyum dengan apa yang aku capai sekarang, sungguh ini hanya permulaan jalan kehidupanku! aku masih lagi tidak mencapai erti sebenar 'kejayaan'.

wahai permata hatiku..

Tunggulah saat dimana ku berjaya menggapai erti kejayaan yang sebenar, disaat itu senyumlah, dan banggalah terhadap anak mu ini, anak yang kau didik ini. aku hanya insan lemah yg mempunyai berbagai kelemahan, tetapi aku tidak akan sesekali menjadikan kelemahan itu penyebab untuk membuat dirimu berdua tidak mampu untuk tersenyum bangga melihat dan merasai kebahagian anakmu menikmati kejayaan yang sebenar-benarnya..
 
ke'bekeng'an dirimu berdua ku hargai*

.......SEKIAN.........


ArullFauzi
Shoubra, kaherah  
29 NOVEMBER 201O
2.30 petang

Bila ia mula belajar menari..

Bismllahirrahmanirrahim...

Nafas ditarik, hembusannya dilepaskan dan ku kira berhasil membuatkan bulu-bulu hidungku menari lenggok mengikut arusnya si angin menerjah keluar melalui lubang yg tersedia ada. dimulai dengan lafaz mulia pujian kepada yang Haq, kini setelah lama menyimpan hasrat, akhirnya dengan nikamatnya si Pencipta yg maha mengasihani, pemurah, diberi akanNyA peluang kepadaku untuk memiliki 'blog' sendiri...

Blog ini terhasil bukan untuk mencari publisti murahan, atau untuk dikenali orang, begitu juga jauh sekali membuatkan si pembaca lalai tatkala menikmati juadah kerahan mindaku.

Hasrat di hati, keinginan di hati dikala ini hanya lah untuk mnjadikan blog ini sebgai medan untuk mngasah bakat penulisan, untuk menajamkan fikiran, untuk berkongsi suka duka kehidupan, untuk berkongsi ilmu yang walaupun secetek sungai, mngkin akan mendatangkan hasil yg sedalam lautan kepada si pemberi dan si penerima, dan akhirnya sebagai hamba Allah, sejahat mana pon diriku, ku berharap dengan terhasilnya blog ini, dengan izinNya dapat kujadikan sebagai bukti bahawasanya tangan dan fikiran yang seringkali melakukan kemaksiaatan kepada Mu ini juga pernah tangan itu menari-nari di atas keyboard, dan otak itu memerah isi dakwah mengajak pembaca mengingatimu, dan mengingati negeri akhirat yg dijanjikan oleh Mu..

Oleh itu sebagai pengakhiran terhadap post sulung blog ini, aku sebagai penulis mengharapkan barakah daripada Allah, keredhaan daripada Allah lantas secara tidak langsung membuahkan infiniti kemanfaatan kepada pembaca dan pengunjungnya..

wassalam.


ArullFauzi
Shoubra, kaherah
28 NOVEMBER 201O
7.00 malam