Tuesday, January 11, 2022
Friday, January 7, 2022
Saturday, August 25, 2018
PEMINAT IKAN LAGA ATAU SEMILAI
Kalau Anda peminat Ikan Laga atau Ikan Semilai berkunjunglah ke Fiesta Padang Serai di hadapan Supermarket Marco Polo. Dee Udang Kara memperagakan pelbagai jenis ikan laga atau semilai di situ. JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Di samping itu anda berpeluang untuk melihat Dee Udang Kara Air
Tawar dan mengetahui berkenaan penernakan udang kara daripada
beliau. DATANG JANGAN TAK DATANG.
Anda boleh saksikan Dee Udang Kara di TV Okey 28hb. Ogos ini, Jam 2 petang dalam program "UNITNYA DESAKU". Siaran ulangan jam 11 malam hari yang sama. Kita pi jumpa Dee dan kemudian tengok Dee di kaca TV. JANGAN LUPA!
Wednesday, July 11, 2018
PENULIS PETISYEN TERUS KE RUMAH ANDA
Mungkin selama ini orang Padang Serai terpaksa ke Kulim untuk mendapat khidmat menulis surat rasmi
dan lain-lain. Hari ini orang Padang Serai mendapat khidmat PENULIS PETISYEN terus ke rumah anda.
Anda boleh mendapat perkhidmatan MENULIS SEBARANG SURAT
RASMI/SURAT PEJANJIAN SEWA RUMAH, KEDAI, SEWA TAPAK & LAIN-LAIN/MENYUSUN
RESUME/MENYUSUN PROFIL PERNIAGAAN/MEMBUAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN DAN ACARA
ATAU PROGRAM BAGI NGO.
Hubungi PENULIS PETISYEN D’ PADANG SERAI melalui
WHASAPP/SMS ke talian 019-560 7802. Bagi
anda yang belum mendapatkan khidmat ini dan ada kemungkinan akan mendapatkan
khidmat ini masa depan save no ini.
Saturday, August 5, 2017
KAK FAUZIAH TAWAR KHIDMAT URUT WANITA LEPAS BERSALIN
KALAU kita lihat bangsa lain khususnya orang cina apabila
remaja dan muda-muda kelihatan amat cantik dan menarik. Namun apabila mereka
telah melahirkan anak seorang dua rata-rata kecantikan mereka hilang, tak seperti
orang Melayu dan Indonesia yang lazimnya masih kelihatan menarik.
Mengapa begitu? Orang Melayu dan Indonesia mempunyai tradisi
tertentu selepas bersalin. Ibu yang bersalin akan di urut semasa dalam pantang.
Tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang
lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang
mengembang dan melancarkan perjalanan
darah. Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin paling kurang
selama 3 hari.
Disamping itu orang-orang melayu dahulu juga mengamalkan tradisi
bertungku. Bertungku dipercayai dapat memecahkan lemak, mengecutkan
rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin dan engembalikan tubuh badan
kepada keadaan asal.
Bagi mereka yang tinggal di taman-taman perumahan malah baru
saya berpindah pasti sukar untuk mendapatkan orang yang mahir melakukan
kerja-kerja tersebut di kawasan tempat tinggal mereka. Namun bagi mereka yang
tinggal di Padang Serai dan sekitarnya seperti
Tasek Gelugor, Kepala Batas, Lunas dan Kulim boleh mendapatkan khidmat
ini daripada Kak Fauziah Abd. Rahman yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang
Serai.
Menurut Kak Fauziah, beliau telah menjalankan kerja-kerja
mengurut selepas bersalin sudah lebih 6 tahun. Usaha ini adalah diwarisi
daripada Emaknya dan Toknya juga menjalankan kerja-kerja mengurut dan lain-lain bagi wanita yang bersalin.
“Buat masa ini Kak banyak mendapat panggilan daripada
pelanggan yang tinggal di Seberang Jaya kerana Kak berasal dari sana. Walaupun
Kak dah berpindah di Padang Serai pada tahun 2012 namun Kak tetap memenuhi
permintaan pelanggan di kawasan Seberang Jaya.”
“Kak juga sedia memenuhi permintaan mereka yang tinggal di
Kepala Batas, Tasek Gelugor, Lunas, Kulim, Merbau Pulas malah Padang Serai
sendiri.” Ujar Kak Fauziah.
Kata Kak Fauziah, di samping mengurut beliau juga memberi
khidmat bertungku, cukur rambut, belah mulut malah bersunat untuk anak
perempuan.
“Bagi
mereka yang ingin mendapatkan khidmat Kak boleh berhubungi dengan Kak di talian
013-510 2797, In Shaa Allah Kak akan beri khidmat yang terbaik kepada wanita
yang bersalin.” Katanya kepada Portal Padang Serai.
IKUTILAH VIDEO PENDEK BLOGGER
KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL
KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
Thursday, July 20, 2017
EGEN INSURAN ORANG KITA
Anda ada masalah berhubung dengan PUSPAKOM? Anda ingin
membaharui cukai jalan dan insuran
kenderaan? Dan jika anda tinggal di sekitar Padang Serai SHR Ceria Enterprise yang berpejabat di No. 3-A, Arked Koperasi, Kg Guar Lobak, Padang
Serai sedia membantu anda.
Suhaimi Hamid terkenal dengan panggilan Awang |
Tambah menarik lagi Pemilik SHR Ceria Enterprise, Suhaimi
Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Awang, 43, juga sedia memberikan khidmat
terus ke rumah. Sekiranya anda malas untuk keluar membuat urusan ini beliau
sedia ke rumah anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Suhaimi, pada mulanya sebelum membuka pejabat memang
beliau memberikan khidmat terus ke rumah pelanggan atau pun berjumpa dan
menguruskan urusan itu di kedai kopi. Beliau telah menjalankan perniagaan
dengan cara ini lebih 6 tahun dan kini baru beliau membuka pejabatnya sendiri.
Pejabat SHR Ceria Enterprise di depan Masjid Guar Lobak, Tapak Pasar malam |
“Saya berterima kasih kawan-kawan di sini banyak membantu
dan membeli insuran kenderaan dan membaharui cukai jalan daripada saya. Mereka
menghubungi saya dan saya pergi menemui mereka. Selepas 6 tahun barulah saya
dapat memiliki pejabat sendiri. Khidmat seperti yang dinyatakan akan saya
teruskan.”
“Mereka yang ingin mendapat khidmat saya juga boleh datang terus ke pejabatnya atau boleh
menghubungi saya ditalian 019-570 2279 untuk mendapatkah khidmat terus ke rumah.
Oleh kerana siangnya saya menguruskan kerja-kerja ini di pejabat JPJ maka
khidmat terus ke rumah hanya dibuat pada sebelah malam."
Suhaimi sedang memasukan data pelanggan |
“Pejabat saya di buka dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang
setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
Anak saya Mohd Nibiq Syamil menguruskan kerja-kerja pejabat dan saya
sendiri berurusan dengan pihak JPJ dan PUSPAKOM.” Cerita Suhaimi dalam pertemuan dengan Portal
Padang Serai.
SHR Ceria Enterprise memberikan perkhidmatan membaharui
cukai jalan dan insuran kenderaan. SHR Ceria Enterprise juga membuat urusan
membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan tanpa perlu geran kenderaan
melalui sistem MYEG yang disediakan oleh pihak JPJ.
Mohd Nibiq Syamil sedang membantu bapanya di pejabat |
Katanya lagi, urusan dengan Puspakom adalah seperti
potong nama kenderaan, tukar engin kenderaan serta membantu mendapatkan
cukai jalan yang telah lama mati dan tidak boleh dibaharui melalui sistem biasa.
“Sesiapa yang ingin mendapat khidmat saya boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi
saya ditalian 019-570 2279. Simpan nombor ini di dalam
telefon bimbit anda agar memudahkan anda
untuk menghubungi saya bila perlu.” katanya.
KLIK TENGOK VIDEO INI
UNTUK TAHU KEPENTINGAN IKLAN
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI
Sunday, July 2, 2017
CAKAP SALAH TAK CAKAP PUN SALAH
TADI semasa saya tunggu ‘turn’ nak buka balutan ‘operation’ kecil yang saya lalui baru-baru ini, saya berbual dengan seorang peniaga kecil di Padang Serai.
Dia membawa anaknya ‘dressing’ luka akibat kemalangan jalan raya. Dia mengeluh lani hidup memang susah... berniaga nak dapat untung RM50.00 untuk belanja ‘basic’ rumahtangga pun susah nak dapat. Bila awal bulan kita nak kena cari nak bayar bil letrik dan air dan nasib baik saya tinggal rumah kampung tak kena bayar sewa atau hutang.
Belanja ‘basic’ yang dia maksudkan ialah belanja pasar, duit
sekolah anak, ikan, sayur, duit minyak kenderaan dan lain2 keperluan yang tidak
boleh elak. Dia kata lagi cuba tengok di hospital ini, dulu-dulu jarang kita nampak orang cina datang mendapat rawatan tapi sekarang agak ramai.
Oleh kerana kekurangan pendapatan mereka memilih perkhidmatan yang paling murah untuk mendapatkan rawatan. Saya mengakui apa yang dia kata, saya berkata kepada dia, saya sendiri hari-hari belanja pasar makan yang biasa-biasa pun terpaksa berbelanja RM20.00 hingga RM30.00. Saya pun hampir penat dan lemas waktu ini, saya kata.
Dia berkata lagi walaupun kita sayang UMNO tapi kita tidak
ada pilihan, kita kena korban UMNO dalam
pilihanraya kali ini... kita mesti tumbangkan UMNO. Saya bertanya kenapa dah
sayang nak tumbangkan UMNO. Dia berkata,
dia akui UMNO tidak salah dan UMNO melalui pemimpin yang terdahulu memang telah
menaburkan banyak jasanya kepada kita tetapi pemimpin UMNO hari ini tidak lagi
membela kita. Mereka hanya pentingkan
kedudukan dan pangkat serta perut mereka sahaja.
Saya kata, kalau dah
kata macam tu kita tukar pemimpin yang pentingkan kedudukan, pangkat dan perut
mereka itu. Dia kata pemimpin UMNO mana
yang berani bersuara melihatkan kepincangan pengurusan ekonomi negara dimana kini kita yang menanggung beban hidup. Jika ada
yang bersuara pasti akan dikenakan tindakan, jadi demi menjaga kedudukan pangkat dan perut mereka, mereka terpaksa diam.
Kita terpaksa bekorban kali ini beri undi kepada PKR dan
Bersatu, katanya bersungguh-sungguh. Saya tanya PAS bagaimana pula? Dia menjawab, saya tidak pandai politik tetapi PAS saya
lihat dah mirip kepada UMNO dan kalau kita sokong PAS bermakna kita sokong
UMNO. Jika macam tu lebih baik kita terus sokong UMNO, dia menjawab. Saya melihat kata-kata yang dihemburkan penuh
kekecewaan.
Saya terpaksa tinggalkan peniaga
itu kerana giliran saya untuk masuk tengok luka saya. Saya terfikir apa
yang dikatakan itu benar belaka bebenan hidup dirasai sangat-sangat oleh rakyat
di peringkat bawah. Jadi siapa yang akan membela peniaga kecil yang
macam ni? Siapa yang akan membela hidup orang kerja kampung yang menghadapi
tekanan hidup waktu ini? Siapa yang akan membela orang yang bekerja sendiri
yang memang hidup dalam tekanan ini? Siapa?
Subscribe to:
Posts (Atom)