A scribble of my mind and heart.....

Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Monday, September 29, 2014

CHE PIAH



Che Piah sudah pergi. Godek2 gambar kucing, rupanya, tak pernah ambil gambar Ceh Piah. :'(

Sebenarnya sudah 2 hari Che Piah tak balik, dan kebelakangan ni, hujan pulak tu. Puas keriau nama Che Piah, tapi dia tak balik jugak.

Tup2 semalam, Che Piah balik dalam keadaan kakinya dah ada maggots. Entah kena gigit dengan apapun tak taulah. Nafasnya pun, dah dengar macam nak semput. Hidung keluarkan hingus kuning, dia ada jangkitan paru2 agaknya...

Saya just buat apa yang terdaya, cuci badan dia, bersihkan maggots dari kaki dia, beri dia minum air dan masukkan dia dalam kandang. Tak kunci kandang tu sebab ingatkan dia tak larat nak kelaur dan jalan lagi. Tapi lepas beberapa lama kat dalam rumah, saya keluar dan dapati kandang tu kosong. Che pi mana pulak?

Keriau panggil Che Piah lagi, tapi tak balik jugak... hinggalah 2 jam lepas tu, kakak yang tengah kemas dapur jerit panggil dan bagitau ada kucing mati kat bawah kabinet dapur yang kat luar. Huhu... Che Piah rupanya, ikut pi cari saya kot pintu dapur, dan mati kat situ...

Sedih, bulan ni, bulan kucing mati....

Photobucket

Thursday, September 18, 2014

SEDIH

Hari ini hari yang sedih. Hari yang sensitif... rasa macam nak lari masuk dalam gua dan membalut diri di celah-celah batu... berhibernasi. Atau kalau boleh, nak pi dekat gaung dan nak jerit kuat-kuat. Biar suara itu bergema semesta alam....

Hari ni, hari ulangtahun kelahiran adik yang tercinta. Adik yang kuat jati dirinya. Adik yang kekar semangatnya. Adik yang sedang berjuang dengan penyakitnya. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk dia. Dan semoga rahmat Allah melangkau kemungkinan-kemungkinan yang tercatat di dalam kitab perubatan. Saya sayang dia. Sayang sungguh2!

Semalam, dapat berita Oyen, stray cat yang saya beri makan selama dua tahun selepas dibuang di depan kedai ( dari 2010-2012). Kemudian dia tiba-tiba hilang... tanpa nampak kelibat dia di mana-mana... Dia sudah berhenti menunggu saya datang kerja. Dia sudah berhenti berlari sambil mengongoi teriak minta makan...

Oyen, masa masih sihat, gambar 2012 sejurus sebelum hilang...


Dan tiba-tiba dua minggu lepas, selepas 2 tahun hilang, dia balik. Balik dalam keadaan daif sangat. Perutnya berlaga... kempis. Jalannya teroleng-oleng, kakinya macam tak kuat. Saya bawa dia masuk ke dalam kedai, seminggu jugak dia sempat duduk kat dalam, dan 5 hari lepas, kaki depannya tiba-tiba kejang. Tak boleh bergerak langsung.

Tak tahu nak buat apa, saya bawa ke vet. Dr kata, dia cuma boleh mencuba... dan saya tinggalkan dia di sana. Semalam, saya dapat berita... Oyen sudah tiada...

Hmm... macam tu lah kan, kalau kita buang kucing dengan menganggap ada orang lain kesian dan beri makan, saya rasa, dalam kes Oyen... kita silap. Oyen tak akan begitu daif keadaannya kalau ada orang sukarela beri dia makanan. Tentu dia terpaksa menyelongkar tong sampah untuk dapat makan. Kesian...

Masih sedih...


Photobucket

Thursday, November 28, 2013

GET CREATIVE AGAIN...

I love to draw but not that good or very talented enough. Just so and so aje... kurang daya creativity. So walaupun teringin nak menghasilkan artwork... ada barrier kat situ.

 I have so many childhood stories that I would love to share with the world. How I wish I could draw cartoon character so I could tell story in comic form. So, by doing that... semua childhood memoris tu boleh diabadikan menjadi cerita yang very interesting. Contohnya... macam pengalaman saya jadi anak gembala dan ikut ajer punggong kerbau tu ke mana-mana...

In trying to achieve that, I had tried distance learning once, but I quit after sometimes... kind of lost interest of the lessons after sometimes. Lagipun distance learning tu macam ikut suka hati jer. Takdak orang nak marah. Kalau nak rugipun, duit sendiri...

Baru2 ni, try lukis pakai Paint. Bolehlah hasilnya... can do lah... ekekeke... I add quotes to the artwork.
Enjoyssss....









Yang ni, I dont put color.. my first trial.


The first I add quote and the later follow...


Photobucket

Saturday, September 21, 2013

RANDOM UPDATES

Been lying low lately, taktau nak tulis apa... so hari ni nak update sikitlah...

1. Kereta masih kat workshop.
Inilah 'M. Nasir' saya... hehe

It has been 3 months, and my 'M. Nasir' still did not get well. Mula2 nak baiki apa yang patut. Depa buat all the trouble shooting but failed. Semua tak boleh nak selesaikan masalah. Last2 depa kata nak kena tukar enjin... cost is about 6K. Minta nyawa... minta nyawa.... sesak nafas. Tapi nak kena buat jugak sebab kalau tak buat nak naik tak buleh, nak juai balik pun tak buleh. Kalau tak buleh nak juai tak buleh nak drive... nak kena juai kat besi buruk la.... huhuhu.

Nota : Saya terima ini sebagai ujian dan kifarah. Masalah ini datang serentak dengan yang lain2 lagi.
Semoga the last choice nidipermudahkan dan berhasil.

2. Feline Panleucopinea (FPL)
Kucing-kucing kat rumah, kena serangan hawar kucing atau FPL. It started with Abu, ingatkan dia tak larat sebab bergaduh, rupanya ada sebab lain... last2 10 ekor telah menjadi korban. Redha ajela...

Everything happens for a reason. Mesti ada hikmah. Allah tahu saya tak mampu nak manage kucing yang banyak. Pagi-pagi terkejar-kejar bersihkan kandang dan beri makan, kadang-kadang sampai terlambat pegi kerja. Mujur Kak Mun ada nak tolong. Maybe sebab itu DIA hantarkan virus dan ambil kucing tu balik dengan cara yang tak memberikan rasa bersalah pada saya. Walaupun sedih, saya sudah mangli. Ini serangan ketiga dalam beberapa tahun ni dan merekodkan kematian terbanyak sebab bilangan kucingpun dah bertambah.

Antara yang sudah diambil Yang Maha Pencipta...

Semua yang dalam cage ni mati kecuali yang hitam pekat tu... he survive the virus attack.
Ini gambar masa kuarantinkan depa.

Abu, yang mendahului yang lain

Saya panggil dia Zoro, ini gambar masa kecik. Beberapa bulan yang lalu. betina.. saya bawa ke vet
untuk S & N, tapi bawa balik sehari jer,
dia mati... maybe sebab badan dia lemah dan tak mampu nak lawan. Kesian dia.

Ini Bulat. Such a very strong cat. Diapun kena, but fighting for 5 days and at last survived.
Selain dia dan Dodoi (yang hitam tu). Qer Qer jugak survived. Alhamdulillah.

La ni, kat rumah tu tinggal 16 ekor semuanya, tak termasuk kucing Kak Ah. Cukuplah kot. Kata kakak2 saya, ' hang jangan dok kutip lagi. Cukuplah banyak ni.' Tapi saya tak berani nak janji dengan depa dan dengan diri sendiri... especially kalau nampak orang buang kitten. Tak sampai hati nak lalu pi. Orang yang buang kitten tu, memang tujuannya nak bagi kitten tu mati. Dia bukan pandai nak cari makan. Dan kalau saya just pass by like seeing nothing... sama je macam sayapun nak biarkan dia mati.

Huhuhuhu...

Nota : Menyayangi kucing itu... terapi minda. Saya suka tengok kucing tidur. Selalu ralit tengok kitten main sesama sendiri dan dengan objek macam bola ka... dan saya suka peluk kucing.

Photobucket

Thursday, January 31, 2013

RUMAH KUCING...

Ini rumah kucing versi kitar semula 
Bumbung dari bengsal kereta Abang Mat. Kayu pulak Ba'om beli yang sudah digunakan. 
Ofer kezen buat construction ( konon), tak mai pun... 
last2 pakai arkitek belakang rumah.

under construction

Arkiteknya tukang kelaghah.
Architect at work, yang kat belakang tu... penasihat.

Tukang kacau paling besaq...

Photobucket

Monday, January 14, 2013

CIK PEAH LAWA

Kenalkan, ini Cik Peah Lawa. Itu nama yang saya dan staff saya gelarkan dia. Tak taulah tuan dia panggil dia apa? Kucing ni rasanya dari kampung belakang kedai, yang selalu datang menumpang makan. Kalau mai tu... selalunya akan merengek depan pintu kedai macam ni lah.



Saya akan bagi dia masuk, dan dia makan kibbles yang saya letak tepi pintu. Selalunya lepas makan, dia akan merengek depan pintu minta keluar. Mudah melayan dia...

Tapi lately, kadang2 dia takmo balik. Puas saya buka pintu suruh dia balik. Tapi dia buat 'no he' jer. Siap bergolek manja kat atas lantai macam kat bawah...


Ramai yang berkenan dengan Cik Peah ni... seriau jugak ada yang tangkap dia bawa balik. Saya pun kadang2 rasa nak bawa balik jer... ngee...


Photobucket

Tuesday, November 6, 2012

LOLENG

Hari ni tulis pasal kucing pulak. Just nak update on LOLENG, kucing OKU yang ada kat rumah. Or should I say KKU ( kucing kurang upaya). Kenapa KKU? Sebab kepala dia akan selalu bergerak macam orang Parkinson. Kalau dia tak bergerak, kepala dia bergetar. Kalau dia berjalan, badan dia macam teroleng-oleng. So that's why we call him Loleng.



Terjumpa dia masa kitten lagi, maybe 2 bulan kot umur dia. Jumpa dekat gerai jual kueh kat KB. As usual I was craving for kueh Qasidah. Unfortunately, they don't sell qasidah on that particular day. Qasidah maker was on leave ( cucu dia bersunat :P). Dah la sedih tak dapat makan qasidah, sedih pula tengok Loleng dok merengek kat kaki dengan luka sebesar telur di belakang tengkok dia.



Tak sampai hati, saya bawa dia balik dan antor pegi vet. Kata Dr, dia traumatized, maybe terlekat kat bawah body kereta dan jatuh semasa kereta tengah berjalan. Atau he was hit by a moving vehicle, cam basikal ke, moto ke... tak kisah la. Saya tambah ajerlah bilangan kucing kat rumah saya tu...

Kusyen kat luar rumah ni, memang tak boleh tarok langsung... sebab depa suka tidur dan spray pewangi semulajadi. Unless kalau ada occasion macam kenduri atau raya, barulah boh balik kusyen tu.
La ni, dah 5 bulan dengan kami, Alhamdulillah! Dah besar dan gemok. Kepala masih ada tremor macam dulu jugak. Jalan pun masih loleng-loleng. Tapi he did touch my heart in his very special way. Bela kucing OKU ni, kena sabar sikit ler, sebab kekadang dia berak2 dalam rumah. Ada satu masa tu, sampai almost every day... sebab dia kena sakit perut kut. Sabar ajerlah!!!

Lagi satu, jangan terkejut arr... saya suka cari kutu kucing. Dan Loleng memang pengeluar baka kutu yang besar2 dan gemok2. Cuma yang tak bestnyer... sebab dia OKU, dia tak akan diam lama2 untuk bagi saya chance kejar kutu kat celah2 bulu dia. Dapat 2-3 ekor, terus dia gigit. Kalau tak gigit, dia cabuttttt...

Hahaha.... :))


Photobucket

Monday, September 17, 2012

DAPAT HABUAN...

Hari ni, sambung cerita stray cat Si Yeyeng ( nama yang saya bagi kat dia sebab susah sangat kalau tak ada nama). Macam story dalam N3 sebelum ni, dia suka menyelit masuk ke dalam kedai bila customer buka pintu. Lepas tu... senyap senyap pulak menyelinap masuk dan tidur di bawah rak.

Sedar yang dia suka buat lagu tu, saya block lorong masuk ke bawah rak tu. Saya letak kotak besar2. Ingatkan dah ok ler, tau2... agak petang sikit ( hari sabtu lepas) saya terjumpa dia tengah tidur kat atas rak dalam setor saya...  nak marahpun tak jadi, sebab kesian. Dia tidok sampai tak sedaq habaq ( kata orang Penang). Sempat juga saya snap foto sekeping...



Bila malam, saya angkat dia letak di luar kedai. Tapi dalam dok melayan kastemer tu, agaknya dia curi2 masuk pula. Nak dijadikan cerita, sewaktu nak balik malam hari Sabtu tu, dalam kalut2 nak balik, saya lupa nak check semula. Sedangkan esoknya hari Ahad dan saya off bisnes.

Hmm... nak jadi habuan sayalah! Pagi tadi bila buka kedai, dah ada bau yang kurang menyenangkan dari dalam kedai. Dalam hati cakap, ' Sudahhhh! Aku dah terkurung kucing dalam kedai1'. Sehari semalam pulak tu. Bila cek sumber bau... rupanya dia terkurung kat dalam bilik rehat cum bilik sembahyang saya. Bilik itu pulak, saya kunci setiap kali nak balik. Jadi, dia terkunci tanpa makanan dan dalam gelap selama sehari semalam.

Adusss!!! Nak marahpun tak guna. Sebab part of it adalah dari kelalaian saya juga. Cuma yang bagusnya, dia tak poo poo merata-rata. Dia poo-poo atas surat khabar yang saya letak bawah katil dan dia kencing atas plastik sampah yang dia bentukkan menjadi seperti kolam. Air kencing tu bertakung di tengah-tengah dan tak susahkan saya untuk mencuci. Tapi bau poo-poo dia, mak datuk! Masam tahap tak tahan. Bayangkan bau tu terkurung selama sehari semalam.

Bila fikir balik, agaknya kucing yang sekor ni, jenis yang pegi sekolah kut! Hehe... apa-apapun, memang padanlah dengan muka saya. Sebab tulah orang malas nak buat baik dengan kucing, diberi betis... dia nak kan paha. Tapi nak buat macam mana, Allah dah kurniakan rasa sayang terhadap kucing dalam hati saya... paling terukpun, saya berleter dekat dia, macam saya berleter dekat orang...

:)
Photobucket

Wednesday, September 12, 2012

UPDATE ON MY CATS...

Lama saya tak updet tentang kucing. Hari ni nak hapdet tentang kucing yang kat kedai ajer.

As always, as well known among family and friends... I love cats. Cats will always be part of my household. Sometimes the number goes up, and some other time it will goes down. The ups and downs usually due to illnesses or they have gone missing in action. I don't dump cats... will never ever do that!

Sedih bila tengok kucing dibuang... sebab sedih dan tak sanggup tengok, I have added my cats collection sampai ke kedai. Now, ada satu mama cat yang orang buang masa masih bunting, dah beranak dan menghasilkan 3 ekor kittens dengan one stray cat yang  saya bagi makan di luar.


Ini kittens yang kat kedai. Mak dia beranak kat belakang ruang kedai. Dah 3 bulan umur depa2 nie... nak panggil nama apa pun tak tau, apa future plan untuk depa pun saya belum tau. Kecik2, boleh ler simpan kat belakang kedai, kalau dah besaq... macam mustahil jer. La nipun, i need to do spring cleaning everyday... kalau tak, bau akan semerbak. Adehhhh!!!

Merenung masa depan...

Ini lah stray cat yang orang buang dan selalu minta makan. Dah 4 bulan saya unofficially bela dia. Macam nilah cara dia kalau nak makan. He will stand outside my door and starts making sound. Buat muka kesian pulak tu. Kalau malam2 masa nak balik, dia akan ikut sampai ke kereta... nak ikut balik. Macam mengharap supaya saya bawa dia balik. Sedih sungguh! Sebab tak dapat buat semua tu, 'Tuan Tanah' dah tak benarkan.. La ni, dia dah faham. Dia dah tak buat macam tu lagi, maybe dia dah terima hakikat yang dia dah tak boleh balik duduk rumah macam dulu2.

Dulu2, saya beri makan kat luar kedai, tapi auntie kat tingkat atas tu bising, dia cakap... bau busuk la, macam-macam la komplen dia. Last2 saya invite kucing tu masuk dalam kedai. Lepas makan, dia keluar semula...

Tapi itu dulu2. Nowdays, dia dah pandai nak duduk dalam kedai. Kadang2, dia menyelinap masuk dalam kedai dan tidur di bawah rak2 saya. Kesian, maybe dia rindukan keselesaan dulu. Lagipun, kat luar tu panas bebenor. Entahlah! Selagi saya mampu, saya akan kongsi rezeki saya, saya cuma risaukan kereta2 yang pass by jer...

A STRAY CAT POEM

Dear God, please send me somebody who'll care.
I'm so tired of running and sick with despair.
My body is aching and filled with such pain;
And dear God I pray, as I run in the rain
That someone will love me and give me a home,
A warm cozy bed, and food of my own.
My last owner left me alone in the yard...
I watched as they moved, and God that was hard.
So I waited a while, then went on my way
To rummage in garbage and live as a stray.

But now, God, I'm so tired and hungry and cold;
And I'm so afraid that I'll never grow old.
They've chased me with sticks and hit me with straps
While I run the streets just looking for scraps.
I'm not really bad, God, please help if you can,
For I have become just a "Victim of Man."
I'm wormy, dear God, and I'm ridden with fleas;
And all that I want is an Owner to please.

If you find one for me, God, I'll try to be good.
I won't scratch the carpet; I'll do as I should.
I'll love them, play with them, and try to obey.
I will be so grateful if they'll let me stay.
I don't think I'll make it too long on my own,
'Cause I'm getting weak and I'm so all alone.
Each night as I sleep in the bushes I cry,
'Cause I'm so afraid, God, that I'm gonna die.
I've got so much love and devotion to give
That I should be given a new chance to Live.
So dear God, please hear me, please answer my prayer,
And send me somebody who will REALLY care.

Author Unknown


Kadang2, cubalah fikir2 apa yang kucing jalanan tu rasa. Kesian, kan! Depapun nak tumpang hidup kat dunia ni.. :(
Photobucket
awesome comments