Berbagai-bagai persoalan timbul dalam fikiran kami. Majoriti kami merujuk para seniors, dan ada sebilangan yang merujuk pegawai kementerian. Namun, cara kedua itu agak sukar berhasil kerana agak jarang email pertanyaan kami dibalas.
Akhirnya, atas inisiatif Anam, FB Group untuk pelajar tahun akhir tajaan KPM telah ditubuhkan untuk kami berkongsi maklumat yang kami perolehi. Ianya langkah yang bijak, kerana tidak perlu lagi kami semua bertanyakan soalan yang sama kepada pegawai Kementerian. Seorang tanya soalan, dan jawapannya akan dikongsi di FB Group ini.
Tiket kapal terbang.
Pelajar tajaan KPM perlu mengisi borang yang akan diberi (lebih kurang awal bulan May). Isi tarikh pulang yang diingini dan
Kami ada wujudkan satu post di FB Group untuk semua ahli FB Group isi tarikh pulang yang mereka inginkan. Tujuannya ialah untuk membentuk beberapa kumpulan dan tidak pulang keseorangan.
Memang banyak kerenah dan masalah. Ada yang hantar email kepada pegawai KPM, dan tidak mendapat sebarang respon sehinggalah seminggu sebelum tarikh pulang yang diminta.
Ada juga yang hantar email berkali-kali, namun tidak sampai kepada pegawai berkenaan (Mailer Daemon).
Apa pun, perlu bersabar walaupun tidak mendapat email balas dari pegawai KPM. Jangan panik. Terus email mereka dalam kala sebulan sekali, dan sebulan sebelum tarikh pulang, email pada kala seminggu sekali untuk mengingatkan mereka. Pegawai KPM membaca email kita, mungkin mereka tidak balas kerana sibuk.
InsyaAllah anda akan terima tiket elektronik paling lewat seminggu sebelum tarikh pulang yang diminta.
Penting: boleh minta untuk balik dari airport terdekat dengan universiti anda. Maklumkan dengan jelas dalam borang itu.
Beli tiket kapal terbang sendiri?
Bagi yang ingin pulang dengan mak ayah dan tiket mak ayah bukan Malaysia Airline, anda boleh
Ini dilakukan oleh Emme. Boleh private message dia untuk bertanya lanjut tentang ini.
Dlm email 'Urusan Kepulangan Pelajar Tajaan KPM di Luar Negara', ada di nyatakan dlm point 2(ii):
" Tempahan tiket kepulangan kerana penangguhan kepulangan adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan pelajar hendaklah menuntut bayaran tiket berkenaan kepada BT dalam tahun semasa pembelian tiket. Kos tiket yang dibeli pelajar hendaklah sama atau tidak melebihi kos tiket asal yang telah ditempah KPM."
Tidak dinyatakan dengan jelas yang kita kena beli tiket MAS juga ataupun boleh beli tiket airline lain..
Setelah Emme bertanya kpd En. Asfia, beliau membalas:
"Boleh beli tiket sendiri dan claim but make sure it not business class, tak mahal daripada MAS, tak terlalu lama daripada tarikh awak sepatutnya pulang dan notify kami serta merta sebelum membeli tiket tersebut."
Kesimpulannya, kepada mana-mana rakan yg parentsnya datang, dan ingin pulang ke Malaysia dengan parents boleh beli sendiri tiket kapal terbang, kemudian claim.. KPM tak kisah Airline apa pun asalkan balik KL & harga tak mahal drpd tiket MAS.
Itu sahaja untuk urusan tiket pulang ke Malaysia. Diingatkan, bahawa polisi yang dikongsikan di sini ialah untuk tahun 2011. Saya kongsikan agar adik-adik KPM mendapat gambaran bagaimana urusan ini mungkin akan berlaku nanti. Penting untuk adik-adik merujuk KPM, kerana kemungkinan mereka mengubah polisi mereka.
InsyaAllah selepas ini saya akan kongsikan berkenaan claim tesis (£54), claim duit rumah sewa (bagi pelajar yang balik pada July), dan elaun akhir pengajian.