Saturday, October 30, 2010

Dia kata...tuduh UMNO aje Allah sangat murka..betul ke ni? Eeee takutnya

GUA MUSANG 29 Okt. - Tuduhan Pas bahawa UMNO tidak memartabatkan Islam serta memperalatkan agama bagi tujuan politik merupakan satu fitnah yang sengaja dicetuskan untuk mengelirukan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perbuatan Pas itu sangat dimurkai Allah kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan rakyat sedangkan UMNO sejak merdeka lagi bersungguh- sungguh meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Rakyat  yang keliru..?????
Rakyat yang mana?

Bagai mana pula dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub hiburan?
Bagaimana pula magnum,toto jugan kasino di Genting?
Yang terbaru, konset penyanyi gay...
Macam macam lagi la...semua menjurus kepada kemurkaan Allah tidak pula di ambil berat..

Pas bukan sekadar menuduh tetapi sememang benar ia nya jelas terbukti...

Rakyat bukan nya keliru atau sebodoh seperti yang menteri di jabatan perdana menteri itu sangkakan,, yang bodohnya hanya pengikut umno, yang tak reti2 membezakan yang mana hak dan yang mana batil...
Itu yang sebenarnya,,,,

marah ke? kalau marah kena jual nanti...

Ini lah demokrasi terpimpin...terpimpin kepala hotak engkau,,,Jawab si abdul Wahab

Ianya tidak ada kena mengena dengan PRK Galas atau Batu Sapi...sekadar mengenang kembali dialog dialog dalam Filem 3 Abdul arahan Seniman P Ramlee,,,

Apa yang sebenar yang di maksud kan demokarsi terpimpin yang di cakap kan oleh Seniman S Kadarisman itu....
demokrasi terpimpin itu adalah membolot segala harta yang ada,,dan tidak ada lansung untuk yang berhak menerima nya,,,
Mana hak rakyat?; Semua di sapu habis,,Ynag melarat bertambah melarat,,yang kaya pemimpin yang berkuasa juga,,,
Apa la salahnya kurangkan harga barang makan,,ini tidak...barang2 yang tak mampu rakyat gunakan,,yang itu lah dikurangkan harga,,,
Kenapa nak inaya rakyat sendiri?

Kesian la kat kami ni...

Wednesday, October 27, 2010

YB mati dapat kubur VVIP..rakyat dapat kesenangan....Bagus.....Tak salah rasanya mendoakan kematian mereka, seperti tak bersalahnya IFF yang Islamic tapi buka aurat...Tak ke gitu?

Bagitu lah nampaknya keadaan yang berlaku sekarang ini..

Bila YB mati je..macam2 yang rakyat dapat..Alangkah baik nya jika tiap2 bulan,Allah cabut je nyawa mana2 YB yang sombong,takbur juga yang selalu ambil kesempatan untuk diri dan kroni kroni mereka.

Lihat saja pada yang lepas2...dan yang terbaharu,, di Galas...baru je TPM nak hadiah 180 juta untuk buat rumah rakyat...Alhamdulillah,,,baiknya hati kerajaan..

Tetapi,,,Sewaktu di Manik Urai..janji nak buat jambatan,,,nape tak jadi pulak?

Baru je td...Kerajaan hadiahkan wifi percuma pada penduduk Galas....best nya...kerajaan bukan nak beli undi. cuma nak bagi rakyat senang je...lagi cepat rakyat tau kan kebaikan mereka selama ini...

Pada mana mana kampung yang nak merasa hadiah ikhlas dari kerjaan..kerap2 la berdoa,yb mati...
Depa kalau mati pun...telah sedia kubur untuk VVIP...
dengar katanya kubur kubur tersebut telah di sediakan  'aircond' untuk keselesaan ,,,
dalamnya pun di letakkan karpet import,..tu pasal harganya mencecah rm 140 ribu untuk satu lubang kubur je
Hebat nya....
Bukan macam kubur rakyat kebanyakan...

Jadi kita rakyat kebanyakan ini tidak menjadi satu kesalahan pun mendoakan kan kematian mereka..sebab mereka pun akan dapat senang dalam kubur VVIP tu..

Entah la...dunia dunia...

Pusara Negara,,,ianya tetap lubang kubur juga..

Ma robbuka? Siapa tuhan kamu? Allah
Sipakah nabi kamu? Muhamad Rasullulah
Apakah ikutan kamu? Islam ikutan ku....

Kubur besar  ke..kubur VIP ke... soalan yang sama juga..
Lagi besar pangkat, lagi banyak le soalan dalam kubur nanti..

Begitu lah adanya jika telah berkuasa,, Sampai ke lubang kubur pun ada taraf taraf... hebat manakah gamak nya.

GUA MUSANG - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahi mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

“Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,

” 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam. - buletin online
Jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000

Monday, October 25, 2010

Antara jambatan dan bangunan,,,banyak beza nya...

Jambatan...menghubungkan antara dua tebing yang di antara nya mungkin sebatang parit.sungai , dan mungkin juga lautan..

Jambatan di gunakan untuk melintasi sama ada berjalan kaki atau berkenderaan...
Permintaan untuk jambatan kedua adalah kerana jambatan yang pertama hampir tidak mampu lagi untuk menampung pengguna yang semakin hari semakin bertambah...


Bangunan pula adalah suatu binaan yang tinggi melebihi satu tingkat sahingga la yang termampu dibena..
Di gunakan sebagai tempat tinggal, pejabat atau tempat perniagaan...


Mengikut fakta yang ada.. pembinaan suatu bangunan yang baru yang bukan untuk kediaman adalah suatu pembaziran..ini kerana di Bandaraya Kuala Lumpur, masih banyak bangunan yang kosong,


Bagaimanakah bangunan warisan akan mendapat keuntungan jika ianya akan kosong juga?


Fikir fikirkan lah... apakah permintaan bangunan untuk pejabat terlalu tinggi sahingga PNB merasakan perlunya bagunan itu di bena?


Di manakan yang lagi penting, pembinaan jambatan kedua atau bangunan warisan itu?


Di manakah rasional nya...perbandingan yang PM jelaskn itu....

Fenin...aku dah fenin,,,,,


Ianya tidak ada yang lain selain nak bermegah megah dan akhirnya menanggung rugi... itu aje....


================================================================


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan."Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan."Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Isnin.

Menara setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion itu lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia kini iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.Najib berkata, projek itu juga bukan satu pembaziran kepada negara.Sebaliknya ia bakal memberi keuntungan kepada banyak pihak."Projek ini bukan satu pembaziran tapi ianya satu projek yang menguntungkan," ujar beliau.Mengulas mengenai bantahan daripada pelbagai pihak khususnya pembangkang berhubung pembinaan menara berkenaan, Najib berkata kerajaan mempunyai rasional berhubung projek berkenaan."Dalam sejarah kita dulu bila zaman Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang pun mereka serang, tapi sekarang ini orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua.

"Dan bila Tun buat Menara Berkembar Petronas pun beliau telah dipertikaikan, jadi bila kita buat menara 100 tingkat... rasionalnya tetap sama," katanya.Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi lambang kemodenan dan kemajuan negara disamping dapat memacu pembangunan ekonomi negara."Pertamanya kita nak satu bangunan yang menjadi lambang bukan sahaja moden tapi negara maju, kita juga nak mencetuskan perkembangan ekonomi... banyak kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi."Kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan yang menempatkan peniaga-peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, ia juga boleh menjadi pusat tarikan yang boleh memberi keuntungan," katanya.

Saturday, October 23, 2010

Apa nak jadi...seramai itu alim ulamak, uztaz, uztazah...sekoq pun tak berani nak tegoq?

Menda la nak jadi...masa YB Neo masuk Surau...siapa ada tunjuk perasaan lagi..konon2 mereka la pejuang agama yang unggul di bumi bertuah ini..
Berlansungnya Islamic Fashion Festival..yang konon nya pakaian cara islam, yang sah sah melanggar tata cara pemakaian islam...sekoq manusia dari puak puak sana yang berani nak membuka mulut...
Mana pergi semua nya? Diam beerti membenarkan..
Semua ulamak muda,ulamak tua,uztaz,uztazah memang bersetuju ke IFF tu mewakili pemakaian dalam Islam?

Ape kah kita hanya perlu berdoa supaya penaung IFF itu di berikan hidayah?
Patut la masaalah sosial semakin menjadi jadi di Malaysia ini..rupa rupa nya bijak pandai agama hanya jadi patung cendana. robot ber remote yang di control  oleh pemerintah...

Apakah alim ulamak ini mempunyai selemah lemah iman..hanya mampu berdoa tanpa berbuat se suatu pun?

Nak tegur pun tak berani?

Masyaalah.... hancur semuanya....

Thursday, October 21, 2010

Bangunan 100 tingkat untuk rakyat termiskin, mengantikan rumah PPRT..Mekasih kerajaan

Harapan rakyat termiskin termasuk yang papa kedana, macam tu lah. Semoga terbuka hati kerajaan yang kaya raya ini memberikan sinar harapan untuk mereka dapat berteduh.. 

Tentunya ada suatu tujuan bagi PNB mencdangkan bagunan tersebut di bena, bukan telah bejuta rakyat Malaysia telah melabur dalam amanah amanah saham dalam PNB , Inilah masanya mereka membuat sedikit kebaikan kepada rakyat yang melabur yang masih tidak mempunyai rumah...


5 billion ,,bukan satu jumlah yang sedikit,,pembinaan bagunan yang tak tau untuk tujuan ape sebenar . adakah untuk bermegah megah atau untuk merialisasikan Malaysia boleh,,,atau sekadar nak mengabiskan saja diut yang,,, tak taulah..hanya PM dan PNB aje boleh menjawab..


Hanya aku berdoa...bangunan tersebut tidak akan di bena,,, itu aje.

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.





Wednesday, October 20, 2010

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, berkata,'Masa depan PKR gelap'

Kata dia la,,,Itu hanya pendapat peribadi bagi orang yang telah kecewa,,kata la ape pun..sebenarnya ia tak menjadi kudis pun...seperti mana Golongan 60 tentera siluman yang mengaku ahli PKR yang menunjuk perasaan dan menghantar memo supaya DSAI bertaubat,,,setelah di selidik mereka hanya la budak budak upahan je..Siapa agaknya yang percaya akan kenyataan nya ini...
Semua pun dah tau...kekecohan yang berlaku tempoh hari adalah di dalangi oleh musuh musuh dalam selimut...
Tak perlu jadikan ia sebagai kayu pengukur kan kegelapan PKR..
Bagaimana pula akan kegelapan yang bakal di lalui oleh UMNO Kelantan setelah bangunan yang dahulu nya milik mereka dan sekarang telah bertukar milik kepada Pas?
Bukan sahaja bertambah gelap, malah ia menjadi  perkara yang amat amat memalukan....
Tunggu saja Perhimpunan UMNO yang bakal berlansung tak lama lagi...Kat akar umbi, kat bahagian aje dah berebut rebut nak pergi...
Setiap kali berlansung,,,duit dalam sampul berpindah tangan... tak percaya...
percaya la,,,,
Kerana ape jadi macam tu...kerana berebut jawatan..kerana kuasa ,,,,
Kalau tak..takkan lah berberapa orang telah di kenakan kan tindakan disiplin...
Takkan yang ni pun tak tau...sia sia lah jadi ketua dulu..


Yang tu nak kata ape pulak? 
Cerah masa depan kot....




IPOH 18 Okt. - Kerakusan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) merebut kuasa menandakan bahawa parti pembangkang itu bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, secara peribadi beliau melihat pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi merupakan detik kehancuran parti itu.
''Budaya kotor dan jahat PKR bukan setakat perebutan jawatan di peringkat tertinggi parti, tetapi budaya kotor dan jahat mereka telah diamalkan di peringkat cabang dan negeri.
''Ia adalah sebuah parti yang menghalalkan cara, hanya indah khabar daripada rupa. Mereka seperti ayam jantan yang berkokok berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang dengan tahi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

''Budaya fitnah, mengaibkan orang melalui surat layang dan berbagai-bagai lagi tindak-tanduk ahli dan pemimpin PKR dimulakan oleh kumpulan yang gila kuasa dan jawatan dalam parti.
''Jadi, tidak hairanlah jika sekarang pelbagai perkara berlaku dalam PKR seperti bertumbuk, bergaduh, baling kerusi, menipu ahli dan guna samseng demi kerana jawatan dan kuasa," katanya.
Katanya, perkembangan terbaru itu jelas menunjukkan walau sesiapa sahaja yang menang dalam pemilihan parti kali ini, ia merupakan titik mula kepada kehancuran PKR sendiri.

Belanja kawan..eh eh.belanjawan yang menyedihkan

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.” Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa...

Bagi PM...belanjawan ini utuk siapa sebenarnya? Untuk semua rakyat atau hanya untuk sebahagian nya sahaja?
Berapa ramai yang ternanti nantikan akan penurunan cukai bagi makanan asasi,,bukan nya tentang pakaian..
Ape penting nya barangan yang PM cadangkan kan itu pada rakyat yang miskin...
Pening aku memikirkan nya...
Masih ada lagi penyokong umno yang merempat memuji akan belanjawan ini...
Makan pun beras hancur..tak sedar diri lagi...
Kesian nya...takpe janji ada beg baru, ada baju dalam baru..
Konon untuk menjadikan Malaysia syurga membeli belah bagi pelancung...
Macam F1, macam Monsoon Cup juga la..kononnya pelancung asing akan datang berduyun duyun, semuanya hanya khayalan semata mata..
Rakyat sendiri yang merana ....

Monday, October 18, 2010

Islamic Fashion....Setakat nama je Islamic..Hakikatnya ia cara berpakaian di laknat Allah...Siapa nak jawab?

Bahagian manakah yang boleh di katakan sebagai Islamic tu...bahagian yang dedah belakang? bahagian yang sempit menampak kan susuk tubuh?

Baginni kah ajaran Islam kepada penganut nya?

Di mana kah perbezaan antara pakaian islam dengan pakaian kafir?

Mengikut pada pentujukan ini...tiada beza nya....

Terang terangan festival ini mengajak umat Islam ingkar pada hukum hukum berpakaian di dalam Islam...Siapa kah ketuanya....

Dimanakah para alim ulama?

Jawab la di akhirat nanti....

Mamat yang sengal ajak ahli PKR dan Pas jadi sengal macam dia juga

SHAH ALAM 17 Okt. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long.

Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

Makna nya mamat ni memang peminat setidak2 nya membenarkan di dalam hatinya akan konsert penyanyi yang terang terangan se orang gay... haram zadeh..
Menyokong penyanyi gay tu di benarkan ke dalam akidah islam hadhari yang lu anuti tu?
.lu lagi teruk dari ahli pas dan pkr...
Masih dalam perbicaraan yang masih belum habis lagi lu dah buat keputusan sendiri,,,
Memang lu dah sengal...

Upacara menghalau mambang tanah....

 Membaca jampi serapah mentera penghalau jin, mambang tanah...
 Mernjis renjis air sungai 7 kuala di tapak pembinaan...mengahalang mambang tanah mengacau nanti
Mengikat kain merah, tanda kawasan bahaya bagi mambang tanah berkeliaran.

Apa alasan MB perak buat menda kurafat ni...adat dari mana? termasuk dalam sunnah nabi ke?
Hebat kan...

Saturday, October 16, 2010

Akhirnya....

Merasa juga la nenek aku yang biasa berbedak sejuk mencuba alat solek bebas cukai...
Dapat juga atuk aku memakai seluar dalam 3 helai rm 500
Bergaya lah maklong aku dengan beg tangan berjenama terkenal....

Hadiah dari kerajaan buat datuk nenek ku yang berada nun jauh di pendalaman,,yang mencari rezki dengan menoreh getah....
Buat pakngah makngah yang berada tanjung sepat...
Bangunan 100 tingkat tempat kita merehat kan minda di hujung minggu,,,menghilang penat menarik pukat

Terima kasih semua...

Sunday, October 10, 2010

Anugerah pelakon terbaik jatuh kepada...?

Awat la sampai macam tu sekali.. kalau nak menipu pun..buat la cara lain..sekarang dah terbongkar..menambahkan lagi kebusukan perangai hangpa...

Wajah pelakon utama ini telah pun di cetak dan di edarkan merata rata,,,semua orang akan tau juga...ikut biodata nya ia adalah seorang ketua bahagian Bukit mertajam...


Menurut cerita salah seorang warga emas yang memulangkan wang tersebut...pulangkan seratus dapat limaratus dari penganjur...siapa yang tak mau....maka berebut la depa memulangkan duit tersebut....pulangan yang lumayan...

Ish,,,betul ke?

Patut la kelihatan ketua bahagian BM tu ada di mana aje majlis berlansung... letak seratus dapat 5 ratus..kalau 5 kali...2500...banyak tu...tapi dari mana depa boleh keluarkan duit sebanyak itu?

Siapa yang sponser? Genting kot...

Pembuangan undi hari bekerja,,,Tak menyusahkan ke?

Pelik sungguh la...yang p pilih hari bekerja tu buat ape? Hari cuti kan ada...Salah ke sebagai seorang menteri besar meminta supaya pembuangan undi di lakukan pada hari cuti hujung minggu?
Masaalahnya..spr mengajar supaya pekerja supaya meninggalkan tugas semata mata untuk membuang undi...bukan kah itu satu pembaziran waktu kerja..selain menyusahkan orang ramai...
Bagaimana pula jika ada guru yang terlibat di dalam pembuangan unti..terpaksa meninggalkan waktu belajar untuk murid murid...siapa yang rugi?

Bodoh punya tunggul kayu...ada hari cuti tak mau buat..otak letak kat mana....

Memang patut tu Menteri besar kelantan berburuk sangka ...hangpa spr.umno/bn bukan nya baik sangat...tak sejujur yang disangka...

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Nik Abdul Aziz tidak perlu marah mengenai tarikh tersebut kerana ia turut melibatkan wakil rakyat BN yang perlu menghadiri sidang DUN menjelang pilihan raya kecil berkenaan.
"Dia selalu ambil sikap buruk sangka. Nik Abdul Aziz hanya baik sangka dengan kawan-kawan dia dalam DAP.
"Sebagai contoh, jika semua papan iklan di Kelantan mewajibkan wanita bertudung, tetapi wakil rakyat DAP boleh pula masuk masjid tanpa bertudung. Begitu juga dengan skandal video lucah wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Elizabeth Wong yang disifatkannya masalah peribadi.

 Alo alo...Datuk Md Alwi....banyak lagi dari puteri sampai la ke mak nenek umno yang masuk masjid tak pakai tudung.....bukti dah banyak le...
Kalau setakat yang lucah lucah...berlambak yang mb.wakil rakyat bn yang dah buat...Mr rahim tambi chik, Mr Abu hasan..yang meraba pelayan pun ada...tak sangka buruk macam mana...dah memang hangpa buruk pun...

Thursday, October 7, 2010

Bayi pertama dari pelajar Sekolah Harapan selamat di lahirkan...

Ini bukan bayi pertama anak luar nikah yang di lahirkan pada tahun ini.. entah bayi yang ke berapa ratus, tak tau la..
Pelajar yang mencipta nama tersebut berumur 17 tahun dan brasal dari negeri Melaka sendiri...

Bayi itu selamat di lahirkan di hospital.. alhamdullillah..jika ibunya tak di masukan kesekolah harapan..mungkin bayi itu tak ada harapan la nak hidup...mungkin sekarang ini, berada di tangga masjid, depan rumah, tong sampah,,tak pun dalam sungai...

Elok juga la ada sekolah tersebut...setidak tidak nya bayi yang tak berdosa itu,,,selamat...

Cuma sekolah tersebut bukan lah jalan penyelasaian untuk membendung gejala sosial melibat kan kegiatan sex tanpa nikah...

Bagaimana caranya?

Kembali lah kepada ajaran islam...mengharam kan ape yang haram..menghalal kan ape yang halal...dan itu saja yang dapat menyelamat kat umat Islam seluruh nya...

Wednesday, October 6, 2010

Ikut cakap enggang, makan buah beluluk,,,ikut cakap orang (umeno) warga emas ( pp) terjun masuk lubuk....dah kena dah....

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang....


Bila depa nak pulang kan duit tu,,,jangan lupa buat sidang akhbar sekali...ramai yang nak tengok Reezal pulangkan duit tu...
Pulangkan juga gaji gaji yang depa dapat...sebab nya duit gaji tu tak tentu lagi halal nya,,,kan banyak sumber yang tak pasti...
Inilah masanya nak membersihkan diri...

Monday, October 4, 2010

Warga emas Pulau Pinang bukan nya layari internet,,lebih baik bagi ceramah, tazkirah atau pun edarkan phemplet kat depa..

Semakin ramai warga emas yang memulangkan wang sumbangan yang telah mereka terima kepada kerajaan Negeri PP. Mengapa ianya terus berlaku...sedangkan di dalam blog blog pakatan, telah berpuluh artikael yang menerang kan hukum menerima wang tidak jelas sebagai suatu sumbangan..
Ini berlaku kerana kebanyakan atau mungkin semua warga emas tersebut tidak tahu akan hukum sebenar,,mereka telah di takut takut kan oleh orang orang yang dengki, orang orang yang dengki ini pula memberi penerangan dari rumah ke rumah..jadi bagaimana kan warga emas ini dapat mencari hukum sebenar?
Setakat memberi penerangan panjang lebar di dalam blog2..tidak akan memberi ape ape kesan pun, kerana warga emas bukan lah warga yang melayari internet untuk membaca blog blog.
Kerajaan PP sekarang, seharusnya memberikan penerang secara terus,,memberi ceramah, tazkirah atau pun mengedarkan artikel penerangan di masjid2. surau2 mahu pun di tempat awam,,perhentian bas, pasar malam contohnya,,,
Jika lambat memberi penjelasan, semakin bertambah ramai warga emas.mungkin juga semua umat islam akan terusan di tipu oleh mereka mereka yang tidak bertanggung jawab itu....

Kepada yang bertanggungjawab bersegera lah berbuat sesuatu....