OSEMMM TERKINI!!
PERGH OSEMMM!!
OWHHH OSEMMM!!
WOW OSEMMM!!
BLOGLIST.03
Visitors
Zul Ariffin Nafi Bercinta Dengan Nasha Aziz
BARU sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjalin antara aktor Zul Ariffin dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, malah Zul juga ada mengatakan mahu memantapkan ilmu agama sebelum menyunting Gayatri menjadi isteri.
Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz.
Khabarnya, mereka mula menjalin hubungan cinta selepas bergandingan buat kali pertama dalam telefilem raya "Kasih Bersulam Daun Palas".
Ekoran daripada desas-desus ini, Zul mengaku bahawa dia sememangnya bercinta dalam babak telefilem berkenaan tetapi bukan di luar lakonan.
"Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telefilem "Kasih Bersulam Daun Palas". Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telefilem yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami," kata Zul.
Ketika ditanya mengenai kemesraan mereka yang dilihat ketara sewaktu di lokasi penggambaran, Zul memberitahu bahawa tidak ada salahnya bagi mereka untuk mesra demi mencari keserasian namun kemesraan tersebut bukanlah ke tahap serius.
"Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.
"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut," jelasnya lagi.
Tambah Zul, dia menghormati Nasha sebagai seorang artis yang lebih berpengalaman dan merasa bangga dapat bergandingan dengan pelakon profesional seperti Nasha.
Posted in
hiburan
Cinta Sejati: Rempuhi Ribuan Kilometer Untuk Mengahwini Kekasih Yang Lumpuh
CINTA tidak memandang fizikal, kerana cinta sejati terdetik dari hati. Kalimah ini terdengar begitu manis dan membuat setiap orang merindukan cinta yang tulus dengan apa adanya. Cinta yang sederhana, tanpa pelbagai syarat dan ribuan alasan. Ternyata cinta sejati dan tidak mengenal keterbatasan, masih ada dan hidup hingga ke hari ini.
Gadis cantik ini rela terbang ribuan kilometer jauhnya dari Malaysia ke China untuk menemui kekasihnya dan mengahwininya. Kekasihnya menderita lumpuh sejak di usia kanak-kanak, tapi cintanya tidak luntur kerana alasan itu, malah semakin kuat kepadanya.
Gan Sook Yin, gadis berusia 35 tahun ini 'bertemu' dengan Li Kang Yu di internet. Mulanya mereka sekadar berchatting dan berlanjut sehingga menceritakan kisah hidup masing-masing. Li bercerita tentang keadaan tubuhnya yang menderita lumpuh sejak kanak-kanak dan lelaki berusia 38 tahun ini hanya boleh terbaring di katil, kerana lumpuh membuat tubuhnya tidak boleh duduk atau berdiri seperti lelaki normal lainnya.
Sook Yin merasa sedih dan bersimpati. Dirinya seolah dapat merasakan bagaimana rasanya menjadi seseorang yang tidak boleh berbuat apapun kerana kecacatan yang dideritai. Perempuan berkulit putih ini kagum dengan Li yang optimis melanjutkan hidup. Kekaguman itu perlahan berubah menjadi suka, dan benih-benih cinta bersemi di antara mereka berdua.
Sook Yin yang tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia ini membuat keputusan terbesar dalam hidupnya. Melepaskan karier, berpisah dengan keluarga, dan terbang ke China untuk menemui Li dan berkahwin dengan lelaki yang sudah membuatnya jatuh hati ini.
Banyak yang mempersoalkan keputusan Sook Yin, tapi gadis ini menjawab dengan yakin bahawa Li adalah jodohnya. "Saya bahagia jika dapat selalu bersama Li, walaupun dia tidak seperti lelaki lain. Saya yakin tidak pernah tersilap dengan keputusan ini" ujar Sook Yin.
24 Julai lepas, Sook Yin dan Li mendaftarkan perkahwinan mereka dan pada 8 Ogos 2013 pasangan yang tengah berbahagia ini melangsungkan resepsi perkahwinan mereka.
Lihatlah begitu cantik Sook Yin dengan gaun putih, tersenyum bahagia ketika berjalan menuju tempat resepsi. Sook Yin duduk di samping Li yang terbaring di sisinya, mereka berdua membuka mata kita bahawa cinta pada hakikatnya adalah sederhana. Sudahkah anda menemukan cinta sejati dan manis seperti Sook Yin dan Li? [sumber]
Posted in
cintan
Fida Nak Sertai Akademi Fantasia? Tak Peduli Walau Dikritik...
PELAKON dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF) walaupun mendapat kritikan ramai.
Fida, 27, berkata, keputusannya itu bukan sekadar suka-suka sebaliknya menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran bagi membolehkannya mendalami ilmu muzik dan nyanian.
"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.
"Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," katanya.
Nama Fida antara yang diumumkan dalam senarai pendek program realiti itu yang bakal bermula pada September depan.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata, pandangan skeptikal yang diterimanya juga diambil sebagai menguatkan lagi semangatnya melakukan yang terbaik sekiranya diterima sebagai peserta akhir AF 2013.
Jelasnya, dia tidak perlu berasa malu untuk menyertai program itu walaupun sudah mempunyai nama dalam bidang seni dan yakin peluang tersebut akan memberi kebaikan kepada kerjayanya.
"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," katanya.
Posted in
hiburan
10 Perbezaan Lucu Antara Lelaki & Perempuan
JIKA kita membahaskan tentang perbezaan antara lelaki & perempuan, perkara tersebut takkan ada penghujungnya. Selain perbezaan fizikal ada banyak lagi perbezaan lain... seperti sikap, bahasa tubuh, dan sebagainya.
Jangan khuatir dengan hal ini kerana perbezaan inilah yang membuatkan lelaki & perempuan saling melengkapi.
Okey, sekarang OSEMMM!! senaraikan 10 perbezaan lucu antara lelaki & wanita yang mungkin selama ini kita tidak sedar... :
1. Ketika menguap, perempuan akan menutup mulut dengan tapak tangan yang terbuka. Tapi lelaki menutup mulut dengan tangan mengepal semasa menguap... itupun kalo diorang nak tutup mulut laaa!
2. Perempuan membuka baju dengan menarik bahagian bahu ke atas, tapi lelaki menarik dari bahagian paling bawah ke atas.
3. Ketika dipanggil, perempuan akan menolehkan wajahnya, tapi lelaki akan memusingkan seluruh tubuh.
4. Perempuan tidak selesa jika tangannya tidak menyentuh sesuatu. Sebab itu biasanya perempuan akan memegang handphone, buku atau tangan seseorang. Lelaki ada kisah pasal tu??
5. Ketika menuruni jalan yang curam, perempuan akan berjalan menyamping ke sini, sedangkan lelaki akan berjalan terkangkang-kangkang.
6. Perempuan akan bercakap secara berkias jika mahu menyebut bahagian sulit. Sedangkan lelaki selamba saja menyebut bila membicarakan soal itu.
7. Ketika berjalan tanpa alas kaki di jalan yang panas, perempuan akan berjingjit dengan hujung kaki, sedangkan lelaki akan menggunakan tumitnya.
8. Perempuan mengepit paha, tapi lelaki mengangkang bila duduk di kerusi.
9. Perempuan akan menutup telinganya dengan satu jari sahaja semasa menutup telinga, sedangkan lelaki akan menutup menggunakan tapak tangan mereka.
10. Bila diminta untuk menunjukkan tangan, lelaki akan menunjukkan telapak tangannya. Sedangkan perempuan lebih suka menunjukkan belakang tangannya.
Camana?? Korang setuju dengan fakta-fakta di atas?? Kalo korang perempuan tapi suka melakukan perkara seperti lelaki, begitu juga sebaliknya oleh lelaki.... baik berwaspada, pasti ada sesuatu yang tak kena!!
Posted in
cintan
Pengalaman Putus Tunang Ajar Ikhwan Jadi Matang
PENYAMPAI radio Hot FM, Ikhwan meneruskan tradisi berayanya bersama Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said pada Hari Raya pertama.
"Keluarga dan tunang tidak memberikan tentangan. Kami rapat kerana rancangan 'Terengganu Kita' dan sering kali berkunjung ke rumahnya," kata Ikhwan.
Selain itu, hos Galaksi ini turut berkongsi cerita yang tahun ini merupakan tahun kedua dirinya bergelar tunangan orang. Bagaimanapun, pada hujung tahun hadapan dia merancang untuk melangsungkan pernikahannya.
"Selepas raya, saya rancang ke Bandung untuk mencari barang-barang kahwin. Mudah-mudahan jodoh saya kesampaian kerana ajal maut di tangan Tuhan dan kita hanya mampu merancang," ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ikhwan juga berharap semua yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan. Ini kerana dia tidak mahu peristiwa pahit tujuh tahun lalu berulang kembali di mana pertunangannya terputus di tengah jalan.
"Saya pernah bertunang pada usia 23 tahun, namun putus di tengah jalan. Tidak dinafikan pengalaman banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dalam memastikan pertunangan kali ini dapat dijayakan dengan baik."
Jelas Ikhwan lagi, dia bersyukur kerana tunangnya, Natasha Nadia Abd Kahar tidak terlalu mendesak dan begitu memahami kerjayanya sebagai seorang 'public figure'. GUA
Posted in
hiburan
Shuhaimi Baba Optimis Tanda Putera Dapat Diterima Ramai
Penerbit dan pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda penayangannya.
Shuhaimi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan menyusun strategi pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat diterima oleh orang ramai.
"Benar filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu telah melemahkan semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan pengumuman tarikh tayangan Tanda Putera.
"Kami akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti mana dilakukan dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton filem ini nanti," jelasnya kepada mStar Online.
Shuhaimi ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk mengembalikan momentum filem berkenaan dikalangan penonton kerana menerusi satu kajian orang ramai masih menyedari kewujudan Tanda Putera yang ditunda penayangannya.
Malah kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.
"Ramai yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah beberapa kali ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini dan ada yang marah kerana dengan kelewatan itu.
"Dalam kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari kewujuduan filem ini dan dengan strategi pemasaran yang betul Insya-Allah akan menarik orang ramai menonton," katanya.
Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.
Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.
Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). -mStar
Posted in
wayang