Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #3/9

milik siapakah...tangan budak debab pakai stokin.. ;)

Nota Hati: rindu padanya..

Monday, October 10, 2011

Cuti-Cuti: Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands [ P7 ]..Sessi mencari munge-munge

tempat terakhir dalam misi di Cameron...

skodeng bunga-bunga...wajib!! *suker suker ;)

gift from him... tengkiu ;)

kali nih kami naik lagi ke atas...kira dekat-dekat ngan Equatorial hotel sana...


kat sini mata aku adalah merambang...dengan bunga aku adalah insan yang tertewas dengan godaan kecantikkannya


sedang menanti akak ini siapkan munga aku...aku pilih bunga yang berkenan dia yang gubahkan...veri cheap dari harga KL

masa dia gubah..mulut dok pot pet..aku layan jer la..kang sentap plak dia tak buatkan plak kan..hehehe...
part paling menyentap jiwa aku..leh plak dia tanya..bunga nih untuk mak mertua ke..adusss...ko kan kak..agak2 ler....baik sungguh menantu bagi munge gayak gini kt mertua kan..

ada ker menantu bagi munge camnie kt mertua erk..kalau ada..bagus ko memang menantu yang baik dah berbahasa..bukan menantu hantu..hikhik

my fren memborong kelopak roses ini nk buat potpuri gamaknya...bila aku tanya nak buat pe ngan bunga nie...leh plak dia jawab..nak feel-feel cam dalam Nora Elena ngan Seth masa episod di cameron....buleh?

jalan hala ke sini..kiri kana penuh ngan kereta yang parking ikut suka..termasuk kitaorang..

best jenjalan disini walaupun ada matahari tapi cuaca berangin jerr...so tak terasa panas ke hapa...

masa untuk kembali ke pangkal jalan..

bye-bye cameron..jika ada rezeki..ingin sekali aku bertandang lagi..

Singgah di Nasi Ayam Gemas...memasing dah melapar sebab sepanjang balik hujan adalah melebat...aku tak sabar nk hirup teh tarik panas-panas...perhhh nikmat sekali..:)

sejarah gemas...kereta api berpisah tiada...

sekian..watamat kisah holiday kami di CH...keinginan untuk datang ke sini lagi...tunggu next plan plak..

Nota Hati: akhirnya penutup kisah CH...

Cuti-Cuti: Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands [ P6 ]

Pagi nie bangun dengan suasana baru...sejuk gilerr...tapi matahari awal-awal dah kuar dari persembunyiannya...sungguh cerah walaupun berkabus-kabus dihujung sana..


korang nengok panaskan cuaca...masa nie jam kol 7 lebih

yang bawah nie kategori bilik-bilik mengikut saiz dan asrama jugak..same time masa kami datang terdapat satu bas rombongan cik kiah budak-budak sekolah menginap disini..

menu pagi nie..nasi goreng & maggi...tak pernah-pernah dibuat sarapan dengan maggi...hahahahhaa...kira darurat..lantak ler ape yang ader kan..abehkan stok..maleh bawak barang balik..

di upkan lagi ikan dan ayam yang tak sempat dihabiskan untuk pembakaran semalam...so kasi perabihkan stok jugak

kami-kami yang ceria dapat makan...giler sapa yang mencuka bila time makan kan..harus ko ilang ingatan disitu..

sebelum kuar shopping & check out..harus dikenyangkan perut memasing

check out..mesti kol 12..no no lewat okeh..sebab lepas ko keluar dorang dengan pantasnya akan mengemas sebab ada orang lain mau check in...Difahamkan disini adalah fullybook okeh..walaupun hari biasa...

Jom kita jenjalan ke pasar tani brinchang sana plak...

yokk...

nampak sedapkan..korang leh celup ngan coklat..ikut suka tekak memasing...tapi aku tak suka

disediakan sekali coklat yang siap sedia untuk dicelup..

masih gila membeli dalam saat-saat terakhir...

yang ini saiz stoberinya besau-besau sungguh..

tempat tumpuan kitaorang...sedap gila makanan goreng-goreng nih..



yang ini cendawan goreng tepung


jambu apple...first time aku makan..sedapp..ranggup dok mencicah...beli untuk bekalan kawan-kawan di opis

makanan yang dikeringkan...

untuk pencinta kaktus


jagung manis..sedap dimakan begitu sahaja..

sayur yang dijual disini amatlah murah-murah...tak membeli pun..sebab beringat jangan gegila merambang mata.. dan jangan membazir..membeli jer..makan nya idak..not gud anak-anak yer


sedang menanti cendawan goreng..hot-hot dari kuali..;)


sabar je la korang nengok bonet kereta kitaorang...nih kira lom abeh tawaf lagi nih...

tak cukup bonet..seat belakang pun sama penuh...;)

next n3...

Nota Hati: mau habiskan n3 CH..

Bayi 23 hari diliwat bapa sendiri.... :(

fikirkan anak seusia begini menjadi mangsa ayah sendiri...sememangnya tidak layak digelar ayah mahupun manusia sekalipun!!

Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Kredit: Informasi Dot My

Nota Hati: bila manusia tidak serupa manusia...binatang pun tahu kasihkan anaknya...

Friday, October 7, 2011

Steve Jobs...Ikon Teknologi Baru Apple



TANGGAL 5 Oktober menjadi tarikh kepada kelahiran sebuah lagi gajet terbaru kebanggaan Apple apabila telefon pintar iPhone 4S dilancarkan di ibu pejabat firma Apple, Amerika Syarikat (AS).

Namun, ironinya tarikh itu akan diingati bukan sahaja oleh warga Apple bahkan seantereo dunia, apabila ia adalah hari terakhir buat pengasas syarikat gergasi itu Steve Jobs. Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, menghembus nafas terakhir ekoran sakit kanser pankreas yang dihadapinya. Jobs yang menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga tercinta mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot sejak bulan Februari tahun ini.

Dia bukan saja mengalami keguguran rambut yang melampau kesan daripada rawatan kemoterapi malah, berat badannya dikatakan merosot dari 79.37 kilogram (kg) kepada 59kg. Sebelum ini, Jobs juga pernah menjalani pembedahan hati pada dua tahun lalu selain membuang tumor pada tahun 2003.

“Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kreativiti,” luah Presiden AS, Barack Obama dalam kenyataan penghormatan buat mendiang Jobs.

Impian menjadi sami


RANGKAIAN kedai Apple Inc. di seluruh dunia dipenuhi foto dan jambangan bunga daripada orang ramai sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Jobs.

Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun dia tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya, sebaliknya dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.

Pencinta seluar jean jenama Levi’s itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di California, AS dan bersekolah di Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Kemudian, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon.

Namun, tempoh pengajiannya di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester sahaja kerana Jobs mengambil keputusan mengembara ke India bagi mendalami ilmu agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke.

Pada waktu itu, usia Jobs baru saja mencecah 19 tahun. Dalam memastikan proses kerohanian itu berjalan dengan sempurna, Jobs sanggup mengikuti amalan ritual keagamaan tersebut seperti mempraktikkan diet ketat dengan berpuasa dan menikmati makan buah saja.

“Secara tidak langsung, minat mendalam terhadap agama ini telah mendorong saya untuk menjadi sami di biara Jepun berbanding melibatkan diri dalam dunia komputer.

“Tetapi, guru saya, Kobun Chino telah menyedarkan saya bahawa anutan ini masih boleh diteruskan walaupun pada masa yang sama saya mengusahakan bisnes komputer,” jelas Jobs yang kembali ke Silicon Valley pada tahun 1974 dengan membawa agama Buddha.

Penglibatan dunia komputer


JOBS (kiri) dan Wozniak (kanan) sewaktu memperkenalkan salah satu produk ciptaan mereka pada tahun 1984.

Menyusuri penglibatan Jobs dalam dunia komputer dan gajet, segala-galanya berpunca selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik.

Persahabatan yang terjalin itu telah membawa Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan maka mereka berdua sepakat melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.

“Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.

Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2,026).

Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun, jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama.


JOBS (kanan) bersama Stephen Wozniak membuka syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT pada tahun 1986.

“Firma NeXT lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. Kami turut memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW),” ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad.

Sebahagian besar pakar IT dan penganalisis ekonomi di serata negara menyifatkan jenama Apple Inc., terus kukuh sehingga kini meskipun hampir bankrap pada tahun 1990, disebabkan kebijaksanaan dan etika kerja yang dipamerkan Jobs.

Perkara itu diakui oleh pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., Azli Paat, yang menyatakan bapa kepada empat cahaya mata itu seorang yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan tinggi.

Jelas Azli, Jobs bijak mencipta telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad, yang ideal dengan perkembangan teknologi serta trend semasa.

Fenomena iPhone


JOBS merupakan tonggak utama kejayaan Apple Inc. dengan menghasilkan telefon pintar dan gajet berteknologi canggih.

Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.

“Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan,” terang Jobs dalam satu temu bual.

Populariti penjualan iPhone dan iPad sekali gus menyenaraikan Apple Inc., sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion).

Malah, penganalisis Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu setiap tahun penjualan iPhone khususnya memperlihatkan peningkatan yang drastik.

Biarpun telah meletakkan jawatan CEO Apple, pada bulan Ogos lalu tetapi, Jobs masih kekal sebagai pengerusi di syarikat berkenaan.

Ini disebabkan khidmat nasihat dan idea kreatif Jobs tetap diperlukan bagi memastikan keluaran produk terbaharu Apple, berkualiti dan terbaik.

Namun, kelmarin bukan sahaja Apple malah, seluruh dunia merasai kehilangan seorang genius yang juga dianggap ikon teknologi era baru.

Kredit: KOSMO 07102011

Nota Hati: tak dapat gajet Apple....dapat makan buah apple pun ok der..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...